Gillette Venus mengumumkan duta jenama pertamanya, yakni Farah Ann, pemenang pingat emas gimnastik artistik Sukan SEA
Procter & Gamble hari ini secara rasmi melancarkan Gillette Venus, jenama pencukur nombor 1 untuk wanita, serta memperkenalkan pencukur Gillette Venus Comfort Glide White Tea di Malaysia. Di pelancaran tersebut, Gillette Venus turut mengumumkan duta jenama pertamanya di tanah air, Farah Ann Abdul Hadi, pemenang pingat emas gimnastik artistik Sukan SEA.
Rangkaian produk Gillette Venus ini boleh didapati di Malaysia. Ia direka khas untuk kaum wanita bagi mencapai kulit yang licin dan tidak berbulu lebih lama dalam keselesaan rumah. Gillette Venus Comfort Glide White Tea yang dilancarkan di acara tersebut direka dengan bar pelembab berserta body butter dan aroma tropikal yang menyegarkan, tanpa memerlukan krim pencukur. Di samping itu, ia dilengkapi tiga bilah pisau yang memberikan sentuhan yang rapat serta cukuran yang selesa, walaupun pada untuk kulit yang sensitif. Pemegangnya dicipta berdasarkan konsep ergonomik, sekaligus menjadikannya sukar tergelincir dari pegangan semasa bermandi, iaitu masa biasanya wanita bercukur.
“Gillette Venus memahami kepentingan kulit yang licin untuk berasa selesa. Rutin penjagaan peribadi bagi kaum wanita biasanya lebih panjang, rumit dan mahal. Menyedari cabaran ini, Gillette Venus’ melancarkan rangkaian produk termasuk Gillette Venus ComfortGlide White Tea sebagai penyelesaian bagi kaum wanita moden demi membantu mereka mencapai kulit yang licin secara mudah, tidak sakit, dan mampu dimiliki,” demikian kata Utkarsh Mohan, Pemimpin Kategori Shavecare, P&G Malaysia, Singapura, Pasaran Perkembangan Asia dan Vietnam di pelancaran tersebut.
Di pelancaran tersebut, Gillette Venus merungkai beberapa anggapan lazim bersama sekumpulan panel mengenai pembuangan bulu di kalangan wanita di seluruh dunia.
“Ada kalanya kita menerima nasihat dan tip kecantikan dari kawan dan keluarga tanpa mengenal pasti kesahihannya. Ianya tidak mudah untuk membezakan kebenaran daripada anggapan yang salah kerana terdapat banyak anggapan yang saling bercanggah mengenai pembuangan bulu. Oleh itu, Gillette Venus beriltizam untuk mendidik kaum wanita di Malaysia mengenai pelbagai tanggapan yang salah berkenaan kaedah pembuangan bulu,” tambah Mohan.
Berkongsi pendapatnya dalam perbincangan panel, duta jenama Farah Ann berkata bahawa penjagaan penampilan dari atas hingga bawah sangat penting baginya sebagai gimnas negara. Menurut Farah, beliau mengikuti rejim penjagaan kulit yang ketat. “Saya tidak perlu bimbang dengan adanya Gillette Venus, kerana rekaannya yang unik memastikan pencukur wanita tidak kasar untuk kulit, malah meninggalkan kulit saya licin dan lembab. Paling penting, kini cukuran saya tidak lagi rumit,” kata Farah Ann.
Berkongsi mengenai kepakarannya dalam bidang kecantikan, Pakar Estatik Dr. Yeow Hui Qian berkata, “Kebanyakan wanita khuatir akan cukuran. Mereka mengelakkan cukuran kerana percaya ia akan menjadikan kulit mereka lebih gelap, atau bulu mereka akan bertumbuh lebih cepat dan tebal. Namun, pertumbuhan rambut sebenarnya ditentukan oleh gabungan faktor genetik dan hormon seseorang.”
Rangkaian produk Gillette Venus kini boleh didapati di peruncit-peruncit utama di Malaysia seperti Tesco, Giant, AEON, AEON Big, Watsons, Mydin, Guardian dan sebagainya. Anda dapat memperoleh maklumat lanjut di peruncit-peruncit tersebut.

Segala keputusan mengenai harga, promosi, pengedaran, kepelbagaian serta penyusunan produk terpulang kepada pihak peruncit untuk menentukannya.
Wah.. produk dan duta baru dari Gillette..
ReplyDeleteOkey, nanti kalau nampak kat pasaraya, nak beli la..Selalu beli pencukur yang biasa tu je...
ReplyDeleteFarah Ann ni dah lah lawa & berbakat pulak tu. Rangkaian produk gillete venus ni memang pilihan wanita. nak cantik kan.
ReplyDeleteKeluaran baru ye yang ni? Boleh cuba nanti.
ReplyDeleteWow, new product that I looking forward to it. I wonder how much is the price.
ReplyDeleteBoleh cuba yg baru ni. Ana memang guna gillette je dr dulu kak. Selesa dan selamat.
ReplyDeleteWoww.. Farah Ann dh jd duta Gillete la. Warna pink tu sgt menarik hati seketul Haida Eyda ni
ReplyDeleteWah cantiknya gilette utk women ni. Pink gitu
ReplyDeleteMemang selesa kalau guna gillette venus ni, lagi satu boleh beli pisau dia je bila nak tukar yang baru
ReplyDeletegood product indeed :)
ReplyDeleteCantiknya Farah Ann..
ReplyDeletewow vest ni
ReplyDelete