Friday, November 24, 2017

Pilih Aktiviti Terbaik Isi Masa Cuti Anak Contohnya...

Tidak Semestinya Keluarkan Wang Tapi Kebanyakannya Perlu Ada Komitmen Dan Sokongan Ibu Bapa

Sibuk bekerja selalunya menghadkan waktu untuk ibu bapa berfikir dan merancang aktiviti sepanjang cuti persekolahan anak. Mungkin ada banyak idea kreatif yang terlintas di fikiran namus sukar untuk merealisasikan berikutan kekangan masa, perjalanan, lokasi, pengangkutan dan kewangan. Macam SA la...sibuk dengan kerja kan..nak plak SA menggalas tanggungjawab yang besar bila mana SA la ibu dan ayah serta anak dalam satu masa..

poster sumber google.com

Tak lama jer lagi cuti sekolah akhir tahun..cuti yang panjang kan...SA seperti biasa belum merancang apa- apa pun untuk Dania..tapi dah terfikir dah...SA ingat nak ambil cuti dan luangkan masa dengan Dania beberapa hari..Apa jer yang SA boleh buat berdua dengan Dania nanti kan...jom la tengok beberapa plan yang SA dah senaraikan dan boleh dijadikan panduan juga mana tau ada yang tak ada idea nak luangkan masa dengan anak- anak ketika cuti sekolah. 


1. Belajar memasak
Ada anak perempuan senang sikit kan..masa ni la sesuai nak belajar memasak terutamanya jika tinggal di asrama nanti. Ringankan tulang menolong ibu di dapur. Cuba belajar memasak resepi mudah. Banyak teknik memasak boleh di cari di internet.

2.Melancong
Bagi keluarga yang berkemampuan boleh la merancang untuk melancong ke destinasi percutian pilihan. Aktiviti ini memang menyeronokkan dan dapat membuka minda anak- anak selain mengeratkan hubungan kekeluargaan, dapat menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman. Antara pilihan terbaik adalah melancong ke tempat- tempat bersejarah, taman tema, pusat pelancongan dan tempat yang tidak pernah dilawati.

3. Membantu Datuk dan Nenek Di Kampung
Macam best je aktiviti ni kan..terus teringat masa SA kecil dulu...bila tiba cuti sekolah mesti mak abah hantar balik kampung. Kenangan manis dan lebih bersifat aktiviti kekeluargaan namun mempunyai banyak manfaat.Bagi yang masih mempunyai datuk dan nenek dikampung rebut peluang ini untuk merasai pengalaman hidup yang berbeza.

4.Menolong Ibu Bapa Di Rumah
Jika hanya menghabiskan masa dirumah, boleh la membantu ibu bapa yang keluar bekerja..kena ingat ye walau cuti sekolah ibu bapa ada yang masih bekerja. Antara kerja rumah yang boleh dilakukan adalah mencuci pinggan mangkuk, basuh baju, lipat pakaian, sapu sampah dan macam- macam lagi.

5.Membaca
ulat buku tentu sekali tak boleh berenggang dengan naskah ilmiah kan..pilih la novel atau komik. Luangkan masa yang berharga dengan membaca buku yang bermanfaat. Berlatih untuk menulis dengan baik. Kalau ada internet boleh cuba buat blog ( macam mama) dan explore macam- macam yang sangat berharga contohnya sesuatu yang berilmiah

6.Ulangkaji Untuk Persediaan Pembelajaran Tahun depan
Ini hanya cadangan, umum sememangnya maklum bila tiba cuti sekolah anak- anak pasti nak release tension belajar kan. Tetapi kena ingat..ada anak- anak yang akan menghadapi peperiksaan penting bila penggal baru persekolahan di buka..Masa ini perlu untuk mengulangkaji pelajaran untuk persediaan.Kedengaran seperti membosankan tetapi boleh luangkan masa beberapa jam untuk ulangkaji. Insyaallah boleh membantu.

7.Berkebun 
Menanam sayur atau pokok hiasan di sekitar rumah boleh dianggap sebagai terapi. Sekurang- kurangnya hasil tanaman boleh dimasak atau dijual. Pilih tanaman yang mudah dan cepat megeluarkan hasil dalam tempoh yang singkat memandangkan cuti sekolah hanya ada sebulan lebih..tetapi tanaman itu boleh aje di tanam untuk jangka panjang untuk hasil yang boleh menjimatkan belanja kan....

8. Kraf & Anyaman
Bagi anak- anak yang sukakan kerja tangan, seni lukis dan sebagainya macam Dania mereka boleh luangkan masa dengan mereka cipta kraf atau anyaman.Kraf yang mudah dihasilkan menggunakan bahan- bahan terbuang. Boleh rujuk melalui internet atau bahan bacaan bagi menghasilkan kraf yang cantik kan...anak dara SA suka la part ni...

Sebenarnya banyak perkara atau aktiviti yang boleh diketengahkan apabila tiba musim cuti sekolah.Pokok pangkal terpulang kepada individu bagaimana mengisi masa lapang ketika cuti sekolah tiba.Namun perlu diingatkan anak- anak perlu menjaga keselamatan diri supaya tiada kejadian tidak diingini ketika cuti sekolah. Elakkan aktiviti berbahaya atau pergi ke lokasi yang tidak sepatutnya tanpa ditemani orang dewasa. Keselamatan sememangnya penting kerana malang tidak berbau.

Setakat ini perkongsian SA part program atau plan cuti sekolah yang tidak melibatkan kewangan yang banyak atau tidak melibatkan wang langsung..ye la..masa ni perlu guna banyak wang untuk persediaan sesi persekolahan yang baru kan...zaman sekarang semua perlu beli baru..kalau guna yang lama ada pulak yang meroyan..anak sorang takpe lagi kalau anak ada 5 yang bersekolah...pening mak ayah cari duit esktra. Belum perbelanjaan untuk buku lagi kan...so Ibu bapa perlu la mengawal perbelanjaan.

Jumpa lagi next entry ye.....

25 comments:

  1. Banyak aktivit yang boleh dibuat bersama anak-anak kan sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha buat yang no 5 dan no 6 tu.. Memang setiap kali dapat keputusan periksa Sha belikan Amani buku cerita dan buku aktiviti untuk tahu depan..

      Delete
  2. cuti sekolah mcm2 aktiviti ank2 bole buat..ibubapa bole la tgk mana2 yg sesuai

    ReplyDelete
  3. good read.

    jom la join n meriahkan GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  4. gee pun duk fikir ni nak buat apa dengan anak-anak sepanjang cuti sekolah nie..

    ReplyDelete
  5. inilah aktiviti yang lina amalkan bila tiba cuti sekolah...

    ReplyDelete
  6. act banyak aktiviti yg boleh dilakukan waktu cuti sekolah..semua best..asalkan tak tidur dari pagi sampai petang dah le..

    ReplyDelete
  7. Setuju tu..Dulu time cuti sekolah memang ni lah aktivitinya. Memang mak suruh berkebun, masak etc. Memang dok kemas rumah je lah instead of melancong. Hehe.

    ReplyDelete
  8. Betul juga that payah bayar mahal mahal utk kelas memasak

    ReplyDelete
  9. Memasak tu yang saya setuju sebab kita lihat kanak-kanak luar negara kecil-kecil dah pandai memasak dan memasak mampu memberi masa depan yang cerah good idea...

    ReplyDelete
  10. Haaa...memanglah sibuk yang ada anak masih sekolah utk bercuti tapi kak semua dah besar2 tggu cucu plk bila dah bersekolah..

    ReplyDelete
  11. Thanks for sharing, great tips for me to bond with my child.

    ReplyDelete
  12. kalau ibu yang jadi suri rumah sepenuh masa, memang banyak masa untuk anak2.
    Kalau yang bekerja, kena rancanglah cuti untuk bersama2 anak2 dalam pelbagai aktiviti

    ReplyDelete
  13. Betul kak SA, anak anak time cuti sek ni kita bg dia pengalaman dalam aktiviti. Ada pembelajaran untuk dia

    ReplyDelete
  14. Teringat masa zaman sekolah dulu. Bila cuti macam ni banyak aktiviti yang boleh dibuat. Paling best sekali duduk kat kampung tolong opah. Sekarang ni bila dah ada anak tambah jadi suri rumah luang masa dengan anak je la. Selalunya time cuti sekolah ni confirm penuh tempat2 percutian ni huhu

    ReplyDelete
  15. The most thing that I do is read a book. Best

    ReplyDelete
  16. Banyak kan aktiviti yang boleh dibuat, Kak Sue selalunya kalau ada duit lebih akan bawa anak-anak bercuti atau balik kampung. Kalau tak berapa nak ada tu, jalan-jalan kat KL aja atau rehat-rehat kat rumah SA.. ehehe..

    ReplyDelete
  17. Melancong jom kak. Jalan2 dalam malaysia je dulu. Pun best juga kan. Belajar memasak tu pun menarik juga. Lagi2 macam akak teror memasak kan.siap menang acara memasak lagi.

    ReplyDelete
  18. Haaa...buntu gak mikir sebenarnya...tq sis SA...atleast ada gak idea

    ReplyDelete
  19. Cuti sekolah anak anak saya balik kampung...sebab duduk kampung dorg dpt berjalan sana sini

    ReplyDelete
  20. Rumah atuk dan nenek x masul list kami sebab risau jalan naik air. Tq sis..

    ReplyDelete
  21. Anak-anak lebih banyak melepak dirumah sebab ayahnya tak cuti, tapi si kakak banyak ulangkaji sebab tahun depan nak naik darjah 1

    ReplyDelete
  22. Macam-macam aktiviti boleh dilakukan semasa cuti persekolahan. Tapi kebanyakan orang lebih gemar membawa anak-anak makan angin

    ReplyDelete
  23. banyak aktiviti yang boleh dibuat masa cuti hee :) kalau balik kg lagi syok

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah