Tuesday, November 7, 2017

Masak Campak - Campak Aje...

Resepi Mudah Ikan Goreng Berlado

Lamanya tak share resepi bergambar...hahahaha...korang ingat SA rajin nak type resepi tengah2 busy dengan kerja yang melambak...tapi SA rajin amik gambar utk memudahkan korang...ye la..korang kan manja...SA kan sayang korang....hahahaha....takde la..menu simple2 boleh la SA share resepi bergambar selalu...macam semalam SA sampai rumah dah pukul 9 malam..terus defrost ikan yang SA dah beli last week..tak nak simpan lama- lama..habiskan jer la stok apa yang ada..senang tak yah pening fikir nak masak....lepas dah bersihkan ikan terus bedak dan mekapkan dengan kunyit serbuk dan sedikit garam...biar kejap dan SA start masak pukul 9.40pm......berdesup SA masak dah macam burung puyuh gelabah dah ( macam pernah tengok burung puyuh gelabah)

Bahan- Bahan
  1. Ikan selar 2 ketul & ikan cencaru 2 ketul
  2. bawang putih 3 ulas
  3. bawang merah 3 ulas
  4. cili api 15 biji
  5. bawang besar 1 labu hiris kasar
  6. sos tiram 1 sudu besar
* bahan no 2-4 tumbuk lumat

Jom tengok cara masak...



Macam biasa la goreng ikan dalam minyak yang panas, dah masak angkat dan ketepikan...kurangkan minyak dan tinggalkan hanya untuk menumis


Bahan- bahan yang dah tumbuk lumat..saje buat pedas


Tumis bahan- bahan tumbuk tadi dan masukkan sos tiram, make sure bau merebak ke rumah jiran sebelah..dan dah nampak garing skit masukkan bawang besar...tutup api


masukkan ikan dalam bahan tumisan dan gaul mesra...x mesra tak baik tau..

Dah siap.....

Beria la ko ni bedah masak memalam...hahaha...SA bawak bekal pi keja la korang..kadang malas gak masak..setakat masak sambal ikan macam ni memang SA masak malam dan pagi sebelum pi kerja perangatkan semula...senang skit...selalunya makan dengan kawan- kawan kat opis pas tu share la lauk masing2..seronok makan sama-sama sambil gossip...eh.....hahaha..takde la..nenek SA ada cakap dulu..kalau nak selera makan...elok makan ramai- ramai...laju je makan dan laju je bertambah...tp SA makan nasi tak banyak pun..kurangkan pengambilan nasi dan makan lauk lebih especially sayur...buah jangan lupa ye....

So korang kalau nak masak menu simple macam resepi SA bagi tu...boleh jer guna..nak tukar ikan ke ayam pun boleh...tapi muak la makan ayam dah...balik2 ayam kan...tapi tu la..ayam jer yang murah sekarang kan?Ikan mahal.....bawak RM100 pi pasar pun dapat beli berapa jenis barang je...stress kan.....

36 comments:

  1. haha...sedapnye campak2 kan SA...

    ReplyDelete
  2. Senangnya! Dah la pedas2. Pembuka selera sungguh.

    ReplyDelete
  3. Campak2 pun sodap, terutama kalau makan ramai2.
    Tinggal tulang ajo

    ReplyDelete
  4. nieyl pun suka kalau ikan masak berlada ni..
    makan dengan nasi panas..memang bertambah-tambah nasinya...hihihi

    ReplyDelete
  5. Selalunya resepi yang campak-campak ni lebih menyelerakan. Tapi ai tak pernah lagi cuba masak berlado.

    ReplyDelete
  6. simple sgt...bole try nnti along...thanks for sharing along

    ReplyDelete
  7. walaupunnn campak campak, tetap nampak menyelerakannn

    ReplyDelete
  8. foyooo campak2 pun sedap ni kak SA

    ReplyDelete
  9. Thanks for the recipe. I will try to make it for my children and I'm sure they will love it too.

    ReplyDelete
  10. Masakan simple memang sedap Kak. Boleh geng dengan saya lah masak memalam. Tengah malam lagi. Bila nak jemput makan?

    ReplyDelete
  11. Adoi lapo tgk lauk ni..lauk ni mmg faveret ami..simple tp sedap..bertambah nasi..huhu

    ReplyDelete
  12. Sedap ni. Selalu yang main masak campak-campak ni boleh buat makan bertambah ☺

    ReplyDelete
  13. Masak campak campak tu yg sedap kak

    ReplyDelete
  14. Akak pun baru semalam masaak balado. Tapi tak boh sos tiram ngan garlic, akak tipikal minang, masak takda bawang putih sos tiram bagai hihi, kang abah marah tak kene ngan selero minang dia

    ReplyDelete
  15. Main campak2 aje kan . Tak pe janji sedapa . Rasanya menu malam ni CCL nak try campak2 cam ni jugak . Harap boleh kenyangkan perut

    ReplyDelete
  16. Aduhhh sedapnya... Campak campak ginilah yg sedap selalunya SA. Esok nak masak ikan berlado mcm nilah.
    Betullah sekarang ni RM100 nilainya dah mcm Rm10 henggit kan...sikit beno dapat barang

    ReplyDelete
  17. Konsep campak-campak ni I loike. Simple dan sedap!
    Aish, tengok pun dah kecur liur

    ReplyDelete
  18. Selalu cakap campak-campak je. Tapi menu mesti sedap n menarik. Kasi terliur ni

    ReplyDelete
  19. Kalau mmg dah pandai masak..campak2 pun leh sedap, cuba kalau x pandai mcm sis ni...kalau campak2..terus tak leh makan...hehehehe

    ReplyDelete
  20. Wah !! Boleh masuk cek list, mudah cepat dan nampak menyelerakan.. nyum2.. selalu pening balik kerja naknak masak apa

    ReplyDelete
  21. Boleh tak terliur tengok sambal tu hahaha... belum lagi hidu aroma gorengan dia hahaha
    Melampau Rawlins nie... mana tak gemuk, asyik nak makan je

    ReplyDelete
  22. Fuhhhh menggoda! Ruby suka sambal ikan macam ni. Sebab nak elak rada hanyir ikan tu. So kena makan dengan sambal. Hahahaha. Nanti nak masak mcm resepi akak tu. Yummmm

    ReplyDelete
  23. simple yg campak2 tu hak sedap kak SA

    ReplyDelete
  24. Uhuiii sodap ni kak...goreng garing2 sampai tulang pun boleh kunyah sekali

    ReplyDelete
  25. Campak-campak pun nampak sedap tu, senang ja nak masak resepi nie SA kan.. nak cuba nanti..

    ReplyDelete
  26. Heheheh.. kelakar part pastikan bau sampai ke jiran rumah sebelah :D

    ReplyDelete
  27. Oh ni memang betul-betul masak campak jer. Tapi campak pun nampak sodap dimakan

    ReplyDelete
  28. Alahaiii sedapnya. Hujan-hujan camni lapar la pula

    ReplyDelete
  29. SA campak campak pun dh nampak sedap huu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......