Thursday, November 23, 2017

KTMB Umum Ambil Masa 3 Hari Pulihkan Perkhidmatan

GANGGUAN PERKHIDMATAN KTM BERHAD 23 NOVEMBER 2017 (KHAMIS)


Perhatian kepada semua para pengguna perkhidmatan KTM Berhad, adalah dimaklumkan berlaku kegelinciran 12 gerabak tren Kargo, perjalanan dari Ipoh ke Pelabuhan Klang, pada jam 2.58pagi ini, di antara Stesen Bank Negara - Stesen Kuala Lumpur, km386.00.

Oleh itu, berikut adalah gangguan perkhidmatan dan status terkini operasi perkhidmatan tren KTM Berhad;

• Perkhidmatan KTM Komuter

LALUAN TANJUNG MALIM - PELABUHAN KLANG


Perkhidmatan komuter hanya beroperasi di antara laluan Stesen Tanjung Malim - Stesen Kepong dan Stesen KL Sentral - Stesen Pelabuhan Klang.

Tiada perkhidmatan di antara laluan Stesen Kepong - Stesen KL Sentral.

LALUAN BATU CAVES - SEREMBAN - TAMPIN/PULAU SEBANG


Perkhidmatan komuter hanya beroperasi di antara laluan Stesen Batu Caves - Stesen Sentul dan Stesen KL Sentral - Seremban - Tampin/Pulau Sebang.

Bas disediakan di antara laluan Stesen Sentul ke Stesen KL Sentral.

Jangkaan kelewatan perkhidmatan tren KTM Komuter bagi semua laluan adalah di antara 30 hingga 45 minit.

• Perkhidmatan ETS


LALUAN SEKTOR UTARA
(PADANG BESAR/BUTTERWORTH - IPOH - KL SENTRAL - GEMAS)


Perkhidmatan tren ETS dari Sektor Utara akan beroperasi hingga di Stesen Sungai Buloh. Para penumpang akan dibawa menggunakan perkhidmatan tren MRT dari Stesen Sungai Buloh ke Stesen KL Sentral dan meneruskan perjalanan ke Stesen Gemas menggunakan perkhidmatan tren ETS.

LALUAN SEKTOR SELATAN
(GEMAS - KL SENTRAL - IPOH - BUTTERWORTH/PADANG BESAR)


Perkhidmatan tren ETS dari Sektor Selatan akan beroperasi hingga Stesen KL Sentral. Para penumpang akan dibawa menggunakan perkhidmatan tren MRT dari Stesen KL Sentral ke Stesen Sungai Buloh dan meneruskan perjalanan ke Stesen Padang Besar, Stesen Butterworth dan Stesen Ipoh menggunakan perkhidmatan tren ETS.

Jangkaan kelewatan perkhidmatan tren ETS bagi semua laluan adalah di antara 30 hingga 60 minit.

Kerja-kerja baikpulih sedang giat dijalankan dan dijangka mengambil tempoh masa sehingga dua (2) hingga tiga (3) hari untuk perkhidmatan kembali beroperasi seperti biasa. Sebarang perkembangan terkini, akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila layari laman twitter rasmi KTM Berhad di @ktm_berhad dan hubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di 03-2267 1200.

KTM Berhad memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.


** Penumpang perkhidmatan KTM Berhad kena ambil solution lain sebagai alternatif untuk ke destinasi yang menggunakan pengangkutan Komuter.

8 comments:

  1. Benda dah nak jadikan.. Sabar sajalah penumpang yang setia menggunakan perkhidmatan mereka

    ReplyDelete
  2. Sabar yolah. Kalau boleh cari allternative naik bas ke?

    Mujur dah tak travel lagi Seremban-KL-Seremban by komuter nih! kerana janji mereka selalunya janji dicapati

    ReplyDelete
  3. Nampak tren yang tergelincir ni masa lalu kat jejantas nak ke LRT Sogo tadi...

    ReplyDelete
  4. Jenuh juga ya, dua.. tiga hari baru selesai. Stesen Sungai Buluh tu Kak Sue pernah tukar train kat situ, punya lama nak tunggu.. letih..

    ReplyDelete
  5. Dah bertahun tak naik perkhidmatan ni.

    ReplyDelete
  6. Jenuh jugak nak mencari alternatif bila dah selalu guna KTMB. semoga di permudahkan

    ReplyDelete
  7. Allah.. kesian pada pengguna KTMB.. Semoga dipermudahkan..

    ReplyDelete
  8. Huuu tapi KTM punya perkhidmatan cm not bad jugak hee

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah