Monday, November 6, 2017

Enchanteur Paris Petite Parfum Khas Buat Wanita Sofistikated Dan Berani

Cipta Detik “Scent-sasi” Di Mana-mana Sahaja..


Kebiasaan hari seorang wanita bermula dengan semburan wangian pada nadi, rambutnya dirapi dan membuat kemasan terakhir pada pakaian dan solekan di hadapan cermin sebelum melangkah keluar. Menjelang tengah hari, selepas menghadiri beberapa mesyuarat dan melakukan tugasan lain beliau akan menambah gincu pada bibir selepas makan tengahari. Menjelang petang, beliau akan membuat perancangan bersama rakan untuk menikmati makan malam, ataupun temujanji bersama teman lelaki dan sekali lagi membuat sentuhan terakhir pada solekan sebelum melangkah keluar. Satu perkara yang perlu beliau ingat setiap kali selepas merapikan semula diri adalah untuk menyembur semula wangian memandangkan bau dapat mencipta daya tarikan penuh “scent-sasi” dan memberi impresi yang berkekalan.  



ENCHANTEUR berbangga menjadi pakar dalam memperkenalkan wangian Perancis yang memahami keperluan dandanan wanita dan sentiasa berusaha untuk mencipta inovasi bagi menghasilkan produk yang relevan. ENCHANTEUR juga sedar bahawa sesetengah wanita sering membawa bersama sebotol wangian EDT atau semburan wangian badan untuk merapikan semula wangian diri.




ENCHANTEUR memperkenalkan wangian terbaharu mesra beg tangan iaitu ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dalam bentuk bebuli – yang boleh didapati dalam saiz padat 9ml. Rangkaian ini merupakan inspirasi personaliti gadis-gadis Paris yang feminin namun penuh dengan tenaga dan sentiasa menyerlah. Dengan usaha sama bersama pencipta wangian Perancis, ENCHANTEUR menterjemahkan personafikasi keempat empat gadis ini pada pakej pembungkusan yang menarik. Dilancarkan dalam empat variasi wangian, para gadis kini mempunyai dua pilihan dari 2 aroma paling laris dari rangkaian ENCHANTEUR PARIS, iaitu Belle Amour dan Adore; serta wangian baharu iaitu Cheri dan Jolie yang lahir dari inspirasi trend bunga semasa.




ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dirumus khas tanpa alkohol, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk pengguna beragama Islam kerana sesuai dibawa sembahyang tanpa perlu mencuci wangian. Tambahan pula, formulasi berasaskan minyak ini membolehkan aromanya bertahan lebih lama.

Direka dengan aplikasi bebuli membolehkan pengaplikasian menjadi lebih pantas dan mudah pada bila-bila masa sepanjang hari. Cara penggunaan yang mudah dapat membangkitkan deria seseorang secara halus disulami sentuhan keajaiban.

Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM yang baharu, anda akan sentiasa bersedia untuk mencipta saat penuh sensasi, di mana sahaja. Pembungkusan berbentuk kompak dan mudah ini cukup kecil untuk dimuatkan di dalam tas tangan anda – direka untuk kelihatan hampir sama dengan saiz gincu, menjadikannya benda penting yang perlu ada sebelum meninggalkan rumah. Rekaannya juga mesra pesawat dan mudah dimuatkan di dalam beg kosmetik atau bagasi bimbit sebagai penambah wangian yang lebih mudah. Kini, para wanita boleh membawa pelbagai wangian di dalam tas tangan tanpa perlu bimbang tentang lebihan ruang atau muatan. 




Rangkaian ini membolehkan wanita meneroka kreativiti yang sememangnya ada pada diri mereka! Mereka boleh suai padankan mana mana wangian untuk mencipta wangian tersendiri yang menjadi ‘signature’ si pemakai.

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Jolie (Lovely)
Kombinasi keanggunan Rose, Honey dan Pear amat sepadan dengan personaliti santai bersahaja yang gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan, atau insan instimewa. Aroma lembut dengan bauan bunga amat sesuai digunakan untuk memberikan ‘mood’ tenang ketika bersama pasangan. Kemasan biru denim menjadikan anda kekal anggun di pandangan dan tetap disukai.




ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Cheri (Darling)
Buat yang berhati muda remaja, kami persembahkan bauan yang enak dan manis untuk memastikan anda tersenyum sepanjang hari. Bagi si gadis yang gemar menyebarkan kegembiraan kepada orang-orang sekelilingnya, aroma Apple, Cherry Blossom dan Vanilla yang lazat bakal mencuri hati dan mendapat perhatian ramai.




ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Belle Amour (Beautiful Love)
Ciptaan dari aroma yang menawan yang mampu membuat jantungmu berdegup dan meransang deria. Pembungkusan merah jambu ini bakal mengimbau memori si gadis pada saat temujanji pertama manakala campuran Apple Melon, Blackcurrant dan Pink Rose Paris amat sesuai dengan gadis berpersonaliti romantis dan menawan. Belle Amour membolehkan anda menikmati setiap kenangan manis dengan yang tersayang, dan menjadikanmu teman istimewanya selamanya. 




ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Adore (Adorable)
Haruman ‘signature’ ini mencetuskan kegembiraan, keyakinan dan daya tarikan yang abadi. Rona pembungkusan ungu ini mengandungi sensasi aroma Wild Jasmine, Pink Mimosa dan Golden Pear sepadan dengan si gadis yang elegan, anggun dan manis pada malam temujanji romantisnya. Cipta kesan berpanjangan pada temujanji anda dah penuhi hatinya dengan dambaan kasih padamu. 




Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM, anda akan sentiasa bersedia. Hanya perlu diaplikasikan ke nadi bila bila masa yang anda inginkan dan anda akan sentiasa bersedia untuk mencetuskan saat romantis bersamanya.

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM boleh didapati pada harga RM9.90 (Semenanjung) dan RM10.40 (Sabah Sarawak), di Watsons, Guadian, AEON Wellness, Mydin, The Store serta pasaraya dan pasar mini di seluruh negara.   



ENCHANTEUR merupakan rangkaian berkualiti berinspirasikan wangian dan produk penjagaan diri dari Paris

Wangian ENCHANTEUR dicipta khas untuk menyemarakkan saat kemesraan di dalam setiap perjalanan romantis seorang wanita

36 comments:

  1. packaging camni senang nk bw travel

    ReplyDelete
  2. wah bestnyer,senang nk simpan dlm beg kan...nk beli jugak lah nnt

    ReplyDelete
  3. Cantiknye botol baru ni..senang dibawa

    ReplyDelete
  4. Puashati kalai dpt semua set, hari2 ada wangian baru di badan...

    ReplyDelete
  5. Kompem wangi semuanya ni. Kalau dh Nama enchanter Tu kan

    ReplyDelete
  6. murah je harganya. boleh la beli semua empat2 jenis bauan tu sekali heee

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  7. Comel je kan, senang nak letak dalam handbag..

    ReplyDelete
  8. Suka bentuk dia comel..senang nak bawak ke mana2..

    ReplyDelete
  9. Wahhh seronoknya. Mesti best bau2 parfum ni hehehe

    ReplyDelete
  10. Bestnya..mudah nak bawa ke mana-mana. Kewangiannya pun boleh tahan lama.

    ReplyDelete
  11. Comel je kan. Mudah dibawa ke mana-mana kan. Maka tiada alasan jika masih tidak berbau wangi selepas ini kan?

    ReplyDelete
  12. Lepas ni boleh kekal sentiasa wangi lah kan kak sebab senang nk bawa ke mana2. masuk dlm poket pun boleh.

    ReplyDelete
  13. kak, saya ada beli yang botol purple tu. adik saya belanja . sebab saya nak sangat haha

    ReplyDelete
  14. Untungla dapat 4 botol parfum. Hehe. Memang penting pafrum dalam handy size. Dalam beg dah penuh macam-macam barang. Kalah beg doraemon! Bau Enchanteur pun sedap, wangi.

    ReplyDelete
  15. Kaklong suka bau Jolie. Dah letak dalam siap2 ^^

    ReplyDelete
  16. Comel je kan.. senang nak baw jalan..zaman sekolah perfume mcm ni mmg ada dlm poket baju..hahaha

    ReplyDelete
  17. suka sngt. bau wangi. sy kekdang bwk yg ni je dlm handbag sbb kecik. ehhehehe

    ReplyDelete
  18. Setakat ni suka bau yg warna purple tu.. Mmg ada dlm handbags sentiasa...

    ReplyDelete
  19. Wangian melengkapkan penampilan setiap wanita dgn sentuhan elegen & boleh menambahkan aura keyakinan diri . So perfume enchanteur memang pilihan CCL

    ReplyDelete
  20. Untung orang perempuan sekarang produk kecantikan banyak dan produk wangian pun makin banyak sekarang ni kalau tak bergaya lagi tak tahu lah kan wangi ju hari tu try perfume ni.

    ReplyDelete
  21. Wahh...dah ada bekas kecik ni lagi lah anak sis suka, boleh le dia bawak gi jenjalan.

    ReplyDelete
  22. so cute la. I am going to try them too

    ReplyDelete
  23. Kenapa lawa sangat packaging dia? Teruja jap bils tengok.
    Honestly, saya suka bau Enchanteur. Bedak, perfume, semua wangi.

    ReplyDelete
  24. Comelnya Enchanteur Paris Petite Parfum ni. Senang nak bawa travel & nak simpan dalam handbag. Nak kena beli satu ni.

    ReplyDelete
  25. Nak try nnt ni..m

    ReplyDelete
  26. Nak try nnt ni..
    http://yangunguitumanggis.blogspot.my/

    ReplyDelete
  27. Luqman Suke yang Adore. Pernah beli and pakai untuk diri sendiri. kikhih.Hentam jer la asalkan bau dia wangi!

    ReplyDelete
  28. They look amazing!!

    https://julesonthemoon.blogspot.it

    ReplyDelete
  29. Cantik packaging dia... tertarik... antara jenama yang dah lama Bro kenali....

    ReplyDelete
  30. Comei jew senang masuk handbag dan poket

    ReplyDelete
  31. Alolo comelnya! Lepas Dashing, kini Enchanteur. Tiada lagi alasan untuk tidak wangi. Hehehe

    ReplyDelete
  32. suka bau enchanteur ni sejak zmn sekolah lg

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah