Thursday, November 16, 2017

Difikirkan Gurauan Anak Kecil Selalu ‘Call’ Lelaki Ini Panggilnya ‘Ayah’..Bila Siasat², Hatinya Jadi Amat SEBAK !!!

Difikirkan Gurauan Anak Kecil Selalu ‘Call’ Lelaki Ini Panggilnya ‘Ayah’..Bila Siasat², Hatinya Jadi Amat SEBAK !!! | Pada satu hari, semasa saya sedang memandu, tiba-tiba telefon bimbit saya telah berbunyi.

Gambar sumber Google.com

Kemudian terdengar suara seorang anak kecil , “Ayah, pulanglah ke rumah sekarang. Saya rindukan Ayah!” Saya tahu anak gadis kecil ini pasti telah mendail nombor yang salah kerana saya tahu anak perempuan saya tidak mempunyai suara yang comel seperti itu.

Baru-baru ini saya telah menerima banyak panggilan yang tidak dikenali. Jadi saya menjawab kepada anak kecil ini dengan nada yang sopan, “Maaf, kamu mendail nombor yang salah.” Kemudian saya telah meletakkan telefon bimbit tersebut.

Keesokan harinya, paparan nombor yang sama terus memanggil saya seakan mahu bergurau sehingga membuat diri menjadi jelek.
Kadangkala, saya membalas panggilan itu dengan cara yang kurang sopan dan ada kalanya saya tidak mempedulikan panggilan itu.

Pada satu hari, pemanggil nombor yang sama telah memanggil saya sekali lagi, dan tidak seperti sebelumnya, saya menenangkan diri dan menjawab panggilan ini apabila saya ingin mengetahui mengapa anak gadis kecil ini sering menghubungi nombor telefon saya.

Saya menjawab panggilan itu dan mendengar suara anak kecil yang sama, tetapi pada kali ini suaranya sangat lemah dengan nafas yang tersekat-sekat.
Katanya, “Ayah, pulanglah dengan segera. Saya sangat rindukan ayah! Ibu kata nombor ini nombor yang betul. Nombor ini nombor telefon ayah.”

Kata anak gadis kecil ini lagi, “Ayah, saya sedang sakit! Ibu memberitahu saya yang ayah sangat sibuk dan ibu sahaja yang menjaga saya siang dam malam.
Ibu sangat letih. Ayah, saya tahu mesti ayah berasa sukar kerana terpaksa bekerja setiap hari. Jika ayah tidak dapat datang ke sini, bolehkah ayah berikan ciuman jauh untuk saya?”

Setelah mendengar suara comel anak gadis kecil ini, saya tidak dapat menolak permintaannya dan saya telah membuat beberapa suara ciuman jauh kepadanya.
Selepas mendengar suara ciuman saya itu, anak ini berkata dengan suara yang sangat lemah, “Terima kasih ayah… saya sangat gembira. Saya berasa sangat gembira…”

Selepas itu, saya menjadi berminat dengan suara anak kecil ini dan mahu melayannya. Terdengar seperti suara seorang wanita yang sedang menangis telah mengambil panggilan telefon itu dan berkata.

“Saya minta maaf kerana telah menyusahkan Encik selama beberapa minggu ini. Saya betul-betul mahu meminta maaf.
Kata wanita ini, “Anak saya telah mengalami kehidupan yang amat menyedihkan. Beliau telah didiagnos dengan penyakit kanser tulang tidak lama dahulu, dan satu kemalangan maut yang saya tidak berani untuk memberitahunya sebagai berita buruk.”

Kata ibu ini lagi,”Anak saya telah menjalani rawatan kimoterapi setiap hari dan penderitaannya dalam usia yang masih kecil, seperti tidak tertanggung olehnya.
Selepas menjalani sesi rawatan kimoterapi dengan melalui kesakitan yang amat sangat, anak saya akan membuat panggilan telefon kepada bapanya yang selalu memberi dorongan kepadanya untuk menjadi lebih kuat.”

Dengan nada sedih wanita ini berkata, “Saya tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu anak saya yang sedang sakit ini bahawa bapanya telah meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya.

Jadi, dari hari bapanya meninggal dunia , saya telah membuat panggilan secara rawak dan kebetulan nombornya adalah nombor telefon Encik… “
Selepas mendengar kisah ini, saya menjadi sedih dan bertanya kepada ibu anak gadis kecil ini, “Bagaimana keadaannya sekarang?”
Katanya dalam suara yang sayu, “Anak saya Niu Niu baru sahaja meninggal dunia… Encik mungkin telah memberinya ciuman selamat tinggal bagi pihak bapanya.

Anak saya pergi dengan senyuman di wajahnya. Sebelum Niu Niu pergi, beliau telah memegang erat telefon yang biasa digunanya bagi menelefon Encik. Terima kasih kerana Encik telah memberinya memori indah yang terakhir buatnya.”
Perasaan saya tiba-tiba menjadi sebak dan air mata tanpa disedari telah mengalir apabila mendengar anak gadis kecil ini baru sahaja meninggal dunia setelah mendengar suara saya.

Kredit : FB Gegar Vaganza Fans 2016

Cerita ni buat SA sebak sepanjang malam semalam....sedih giler...walaupun hanya cerita dan tidak tahu sejauh mana kebenaran..SA tetap boleh membayangkan scene sedih ni....Kalau korang agaknya macam mana ye....tergamak tak nak cerita kepada anak yang sakit kronik yang ayahnya telah pun meninggal dunia...sedih weh....seriously sedih....

16 comments:

  1. Tak baik menipu walaupun pahit untuk berkata benar tapi itulah yang terbaik

    ReplyDelete
  2. aduiiii....sedihnyerrrr,tak mampu nak berkata-kata.....

    ReplyDelete
  3. Sedih nya kak cerita ni. Nk nangis pula rasanya.

    ReplyDelete
  4. sedih . ok kena tahan nangis . nanti ofismet hairan pulak

    ReplyDelete
  5. Faham, mak dia tak berniat nak menipu. tapi ini memberi kesan buruk. kena gtau awl2 tpi dgn bahasa mudah. sedihnya

    ReplyDelete
  6. siapa kupas bawang ni. sedihnya..... ni kalau baca time malam ni mesti lagi sayu rasanya

    ReplyDelete
  7. Kesedihan yg berganda untuk si ibu...kehilangan suami..kemudian kehilangan anak..

    ReplyDelete
  8. cerita yang sedih...tapi bayangkan di sebaliknya ada juga manusia masih mempunyai bapa tetapi mengabaikannya sedih kan

    ReplyDelete
  9. Dulu pernah juga anak orang panggil kita ayah... semua orang terkejut...

    Rupanya muka ayah dia hampir nak sama dengan muka kita hahahhaa

    ReplyDelete
  10. Agaknya ni la org panggil tipu sunat. Tipu utk menggembirakan hati org lain.. sedih plak cerita

    ReplyDelete
  11. Saya baca pun dah air mata dah bergenang

    ReplyDelete
  12. Sedihnya, namun perasaan anak tu mungkin gembira bila mendapat ciuman walaupun melalui telefon jer kan

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......