Tuesday, November 7, 2017

Awas Scammers Hubungi Telefon Secara Rambang

Hi korang...

Pernah tak korang dapat panggilan scammer? SA kena lagi tapi kali ni diorang call direct line office...pandai plak diorang call line office eh...dah tukar modus operandi plak ke?...bukan senang nak tipu orang la...silap betul dia call direct line SA...tapi takpe..walau bukan SA sorang yang kena tapi SA tetap berhati- hati...kawan- kawan lain pun..dapat jer call terus letak...ikutkan kelakar la kan..masa dengar tu..siap suara dari machine dan mengatakan anda mempunyai saman/ sepina jenayah di mahkamah sekian2...pas tu suruh tekan no 9...memang letak je la..tak nak la layan...bila dah letak orang lain plak dapat call yang sama...fikir semula macam - macam penipuan wujud zaman ni kan. Bayang kan mak ayah kita yang dapat panggilan macam tu...

Berikut merupakan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia yang kawan- kawan grup whatsaap forward..SA share kat sini untuk kongsi sama- sama ngan korang. Diorang ni dah melampau kan...kita semua kerja macam nak mati diorang senang- senang je kerja menipu orang. Senang betul nak dapatkan duit dengan jalan mudah...





Sumber pekeliling dari whatssap group


Kalau fikir secara logik pun...pihak mahkamah, pihak bank atau mana- mana balai polis sekalipun takkan sewenang- wenang buat panggilan secara rambang dan mengatakan kita terlibat dengan jenayah atau mempunyai pinjaman peribadi puluhan ribu ringgit. Ikut procedure mereka akan keluarkan surat peringatan dahulu kan..peringatan pertama, kedua dan terakhir.Barulah tindakan sewajarnya di lakukan..

Ini kali ke 4 SA dapat panggilan scammers, pertama melalui handphone bagi tau SA ada pinjaman peribadi di Hong Leong Bank, Kedua di Ambank, Ketiga gagal hadirkan diri untuk sebutan kes dadah dan yang terbaru ni Sepina dari Mahkamah Tinggi. SA terbayang kalau la panggilan ni Mak atau Abah atau adik beradik lain yang dapat..haih..confirm banyak drama yang berlaku. Benda macam ni selalunya akan mencetuskan Panik melampau. Macam Mak SA tengah tak sihat baru baik dari sakit jantung..haaaa...apa akan jadi berikutnya...allah tak leh bayang la...

So untuk elakkan dari kita semua menjadi mangsa...jom sebarkan tentang scammers ni pada ahli keluarga kita.Bagi tau kalau dapat call dan dengar suara machine letak je telefon. Tak payah tunggu lagi dah...Kita kena sabar explain pada orang tua kita sebab diorang akan ambil masa untuk faham.Ini je cara untuk elakkan dari berlakunya penipuan dalam hidup kita..Semoga kita semua selamat dari menjadi mangsa..Jangan dedahkan identiti kad pengenalan, password bank atau apa sahaja yang confidential di mana- mana website atau orang perseorangan. It's dangerous..sama- sama kita banteras panggilan scam ini dari berleluasa.

13 comments:

  1. Tu la . Mya pun baru tahu tadi . bahaya betul skrg ni, kan?

    ReplyDelete
  2. adik ipar ada kena juga aritu...soh p mahkamah kt penang tp adik ipar tk layan

    ReplyDelete
  3. pergh diaorang ni bukan lagi kan..tak baik betoi..kite yg dgr pon terkejut

    ReplyDelete
  4. Bahayanya sekarang ramai jugak mber opis miza dah kena. Ingat betul-betulah bank coll jahat lah dorang ne

    ReplyDelete
  5. Makin melampau pula modus operandi dia.. Bahaya ini..

    ReplyDelete
  6. hmmm...ape nk jd ngn scammer nii

    ReplyDelete
  7. Allahuakbar risau mak pak.kita kan kak. Nt saya war2 kan

    ReplyDelete
  8. Pernah dapat yang guna whatsapp. Dorang menyamar sebagai kawan kita, then akan start la. Tapi kita pun kenal kawan kita macam mana. Kalau rasa lain macam tu block terus cepat2. Bahaya btol sekarang macam2 tektik scammers.

    ReplyDelete
  9. Mak mertua saya pernah dpt panggilan telefon nih kak..dia boleh percaya..nasib baik bapak mertua sy ada dia ckp jgn jd bodoh nak percaya.

    ReplyDelete
  10. Mcm mcm lah sekarang ni. Takut terpedaya je...

    ReplyDelete
  11. Macam-macam sekarang nie kan..

    ReplyDelete
  12. Banyak sungguh scammer sekarang ni, sampai saya pun susah nak angkat call kalau bukan orang yang kenal telefon

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah