Hi Korang....
Cuti sekolah hujung tahun bakal tiba...korang dah plan ke percutian?Tak kisah la bercuti di dalam negara atau luar negara kan asalkan percutian menarik serta bermakna buat anak- anak yang dah bertungkus lumus belajar sepanjang tahun. Inilah masa yang sesuai untuk mereka berehat seketika dan buang segala stress yang ada dan SA percaya inilah masa yang ditunggu - tunggu oleh anak- anak kan...Memandangkan SA bekerja so SA bercadang untuk plan sesuatu yang menarik yang berdekatan sahaja memandangkan di Kuala Lumpur pun ada tempat- tempat menarik yang belum sempat diteroka..
Peraturan pertama dalam berjaya merundingkan kehidupan di Kuala Lumpur adalah untuk mengetahui bahawa tiada siapa yang menyebutnya Kuala Lumpur. Penduduk tempatan merujuknya hanya sebagai "KL", malah rakyat Malaysia pun menyebutnya sebegitu kerana mudah, akronim yang mengusir lidah jauh lebih mudah daripada nama lengkapnya yang clunky, iaitu dalam bahasa Melayu adalah muara tanah liat. Sejarah sebenar Kuala Lumpur tetapi ia lebih daripada persoalan sebutan, kerana nama samarannya mencontohkan sikap santai dan santai yang menyerupai pendekatan santai hidup di kota Metropolitan atau hutan batu..
Apa yang menarik di Kuala Lumpur ni? Eh korang tak tau ke kita boleh jer menikmati Kuala Lumpur Sightseeing yang tak kurang menariknya dan menjadi tumpuan pelancong dari luar negeri mahupun pelancong tempatan.Realisasikan percutian korang di destinasi Kuala Lumpur Sightseeing. Penuhi impian percutian korang jangan sampai tertunda atau dilupakan terus...kalau duit tabung korang tak mencukupi banyak jer tempat menarik di Kuala Lumpur ni yang menjimatkan dan berpatutan..Eh.. jomlah check Kuala Lumpur Sightseeing yang menarik. Sure korang tak sabar nak tau kan?
1. Kuala Lumpur River of Life and Blue Pool
River of Life dan Blue Pool ni baru saja dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 28 Ogos yang lepas dan ianya terletak bersebelahan dengan Dataran Merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad dan juga Masjid Jamek Sultan Abdul Samad. Ianya merupakan tarikan terbaru di Kuala Lumpur. Apa Yang menarik tentang blue pool ini adalah antara usaha untuk mencantikkan Kuala Lumpur serta menarik perhatian pelancong dan menjadikan kawasan tumpuan orang awam. Dari Blue Pool ini korang juga akan disajikan dengan pemandangan KLCC serta Menara KL. Sesuai sekiranya korang ingin membawa keluarga beriadah di waktu malam dan sangat sesuai untuk korang yang cintakan dunia photography. Blue Pool indah pada waktu malam dimana air sungai kebiru- biruan ditambah dengan spotlight bagi mencantikkan lagi panorama.
Photo sumber google.com |
2. Taman Eko Rimba Kuala Lumpur
Terletak di tengah- tengah Kuala Lumpur masih ada lagi hutan simpan yang kekal hijau. Di Eko Rimba selalunya ramai yang berkunjung untuk aktiviti riadah atau jungle trekking, disini korang boleh menikmati keindahan dan kehijauan alam semulajadi dengan menyelusuri jambatan gantung yang disediakan. Berdekatan dengan KL Tower dan juga KL Upside Down House. Disini juga disediakan tempat pembelajaran dan research pokok- pokok bagi tujuan pembelajaran.Taman Eko Rimba KL ini sentiasa di jaga keindahanya oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia serta Kememnterian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk melestarikan habitat haiwan liar dan tumbuh- tumbuhan yang semakin terancam.Tambahan pula mampu menjadi pusat rekreasi dan riadah di samping mampu memupuk semangat cinta akan alam, kita dapat menyihatkan tubuh badan melalui aktiviti lasak di hutan.Seterusnya, keunikan Taman Eko Rimba KL dapat dijadikan aset penting dalam menggalakkan sektor pelancongan dan mampu menarik minat pelancong asing terutamanya untuk melihat ribuan spesies flora dan fauna yang terdapat di sini. Konklusinya, hutan simpan di negara kita haruslah dikekalkan untuk tatapan generasi yang akan datang.
3. Upside Down House Kuala Lumpur
Juga tarikan terbaru di Kuala Lumpur dibuka pada June 2016, Tarikan terbaru ini sesuai untuk semua golongan dari kanak- kanak, family dan pelancong. Biasanya tarikan disini lebih kepada aktiviti yang menyeronokkan kerana keunikkan rumah yang semua peralatan adalah terbalik. Ramai yang suka bergambar disini dan menjadi popular apabila di kongsi di media sosial.Tumpuan lebih kepada kanak- kanak dan golongan remaja kerana golongan ini yang lebih teruja dengan sesuatu yang unik. Sesiapa pun akan rasa teruja apabila melihat susun atur semua perkakas di atas siling dan khabarnya ini merupakan rumah terbalik tertinggi di Malaysia. Rumah 2 tingkat yang dibina dengan ketinggian 6.1m dan luas 2000sqft hanya mengambil masa 3 bulan untuk dibina.
Juga tarikan terbaru di Kuala Lumpur dibuka pada June 2016, Tarikan terbaru ini sesuai untuk semua golongan dari kanak- kanak, family dan pelancong. Biasanya tarikan disini lebih kepada aktiviti yang menyeronokkan kerana keunikkan rumah yang semua peralatan adalah terbalik. Ramai yang suka bergambar disini dan menjadi popular apabila di kongsi di media sosial.Tumpuan lebih kepada kanak- kanak dan golongan remaja kerana golongan ini yang lebih teruja dengan sesuatu yang unik. Sesiapa pun akan rasa teruja apabila melihat susun atur semua perkakas di atas siling dan khabarnya ini merupakan rumah terbalik tertinggi di Malaysia. Rumah 2 tingkat yang dibina dengan ketinggian 6.1m dan luas 2000sqft hanya mengambil masa 3 bulan untuk dibina.
4. Lost in Chinatown Kuala Lumpur
Tarikan terbaru di Kuala Lumpur, terletak di dalam Petaling Street yang di buka beberapa bulan yang lepas. Lost in Chinatown merupakan galeri masyarakat Cina Malaysia yang memperkenalkan budaya dan asal usul masyarakat tempatan khususnya kaum Cina. Pelbagai info menarik terdapat disini antaranya The Old Vehicle Rickshaw yang dibawa khas dari China dan Replika The Famous Wishing Will. Terdapat juga Sejarah penubuhan The Chinatown Petaling Street di galeri ini. Menarik kan?
photo sumber google.com |
5. Air Terjun Kemensah
Ramai yang tidak tahu wujudnya lokasi air terjun yang menarik tidak jauh dari Kuala Lumpur yang boleh dikunjungi bersama keluarga dan rakan - rakan pada hujung minggu atau cuti sekolah.Anggaran masa untuk ke Air Terjun Kemensah ini dalam satu jam perjalanan.Air terjun Kemensah ini merupakan antara air terjun yang paling selesa dan menarik untuk dikunjungi. Selain lokasinya yang terletak berhampiran dengan Zoo Negara, air terjun ini juga dilengkapi dengan kemudahan chalet. Jadi bagi anda yang merancang untuk bermalam di sana, boleh menginap di chalet tersebut. Air terjun ini juga terkenal dengan kebersihan kawasannya, jadi anda tidak perlu risau tentang keselesaan ketika bermalam di sana
Gambar sumber FB
Sumber Thevocket.com |
6. KL Bird Park
Taman Burung KL (KL Bird Park) berada di Taman Botani Perdana (Perdana Botanical Gardens) yang tenang dan permai, 10 menit dari pusat kota Kuala Lumpur.Taman ini dihuni lebih dari 3000 ekor dan 200 jenis burung local dan asing, faktor utama yang membezakan Taman Burung KL (KL Bird Park) dengan taman burung lain adalah konsep lepas terbang bebas. Berjalan di dalam taman, korang mungkin akan melihat Itik Mandarin, helang, burung unta, dan banyak lagi berkeliaran di keliling korang dan sememangnya ada yang jinak. Kunjungi juga ruang Inkubasi Telur dan Pemeliharaan Anak Burung serta lihat pengeraman buatan telur ayam dengan inkubator.Jangan lupa mengambil gambar berbagai jenis burung, dan mengikuti program memberi makan. Pertunjukan burung setiap hari juga diadakan di amfiteater semi terbuka pukul 12.30 dan 3.30 petang setiap hari.
sumber google.com |
Tempat Makan Best Di Kuala Lumpur
Bila dah jalan- jalan sepanjang hari dah tentu nak makan kan? KL ni sememangnya syurga makanan. Ramai pelancong dari dalam dan luar negara yang sukakan pengalaman makan di restaurant- restaurant yang menghidangkan makanan yang sedap..ada yang jadi hot spot sentiasa penuh sampai terpaksa beratur panjang. Jangan risau..terlalu banyak tempat makan di Kuala Lumpur yang korang boleh terjah...Kalau korang inginkan sesuatu tempat yang banyak pilihan makanan, area Kampung Bharu adalah destinasi yang sangat strategik, banyak pilihan makanan dari makanan tempatan sehinggalah western dan dari luar negara.
Antaranya :
- Ikan Bakar Bellamy
- Restoran Sambal Hijau Sungai Pechala
- Restoran Rebung
- Restoran Dapur Sarawak
- Restoran Mee Tarik Warisan Asli
- Nasi Lemak Antarabangsa
- Restoran Kari Kepala Ikan ZK
- RSMY House Of Real Beriani
- BBQ Lamb Kemensah
Sebenarnya banyak lagi tempat- tempat makan yang hebat dan sentiasa mendapat perhatian pelancong tempatan dan luar negara. SA sendiri belum habis terjah lagi area Kuala Lumpur walaupun dah agak lama bekerja dan tinggal di sini. Hari demi hari semakin banyak tempat menarik yang wujud di sini sampai dah tak boleh nak ingat mana satu.
Kalau nak senaraikan memang tak tersenarai kan..Jom tengok senarai tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di https://www.traveloka.com/ en-my/infographic/malaysia/ unseen-malaysia mana tau boleh membantu korang merancang percutian dalam Malaysia kan...pada SA bercuti dalam negara pun best asalkan tempat yang dipilih mempunyai daya tarikan.
Rancang percutian yang korang idamkan sekarang. Pilih destinasi percutian yang korang rasakan boleh dijadikan sebagai tempat yang menyenangkan korang dan anak-anak. Jangan lupa tau pilih Kuala Lumpur Sightseeing menjadi salah satu destinasi percutian korang..
byk tmpt2 menarik...river of live tu ingt nk pi tp xpi2 lg
ReplyDeletebanyak hidden gems di Kuala Lumpur. dah 30 tahun duduk sini pun tak habis explore lagi. Kena try lah nanti.Thanks share S.A
ReplyDeletewah.. nak pergi semuanya nanti bila gi kl ! saya masuk list dulu.. tq akak..
ReplyDeleteBanyaknya tempat Rawlins tak gi explore lagi rupanya. Nanti la cari masa untuk just jejalan dan tenangkan fikiran. TQ share info ini SA
ReplyDeletejalan-jalan dalam kl pun dah cukup best kan, kak?
ReplyDeleteminggu depan dah mula cuti sekolah..pasti penuh tempat ni dengan manusia
ReplyDeletememang banyak tempat menarik di KL ni yang belum singgah lagi. Tak perlu pergi jauh, dekat-dekat pun puas hati kalau dapat manfaatkan sebaiknya.
ReplyDeleteBestnya kalau dapat bercuti. Hilangkan serabut yang melanda diri. Tempat-tempat di Malaysia ni banyak best-best, kena pandai cari kan. Teringin nak pergi Lost In Chinatown. By the way Auni pernah pergi Sungai Kemensah tu, not bad. Sungai dia bersih, tempat pun cantik.
ReplyDeleteThe river of Life pun kita pergi lagi. byk tempat menarik kat KL ni sbnrnya.
ReplyDeleteBaeu tau banyak sebenarnya tempat menarik di Kl ni. Ana tak sempat explore semua lagi. Tq kak sharing info ni. Dah boleh plan nak bawa syafi ke mana nanti.
ReplyDeleteBanyak lagi yang belum explore kat kl ne. Anak-anak dah besar sikit ne boleh jew angkut bawak jenjalan Tq kak Sa banyak info menarik
ReplyDeletebanyak rupanya tempat menarik kan....walaupun dekat belum pernah sampai lagi kat tempat2 best ni
ReplyDeletebanyak jugak tempat menarik kan, selalu orang cakap kl bangunan banyak lah haha terus takjadi nakpi bercuti sana
ReplyDeletewow..syiok jugak KL nii..selalu, klo p sana p IKEA jaa....
ReplyDeletekemensah aje kolin teringin nak pi. Tapi skrg banyak sangat virus..so kene hold lerrr
ReplyDeletesemua tu saya tak pernah pegi lagi walaupun saya orang KL..hahahaha.. oklah nnti nak kena masuk dalam list..thanks kak for sharing..
ReplyDeleteBanyak tempat di KL yg belum kunjung.. biasa pegi mall je.. lepasni kena lebih aktiviti outdoor plak.. berminat nk p no.2 n 6.
ReplyDeleterindu KL, dah byk ada tempat yg menarik kena berkunjung ni!
ReplyDeletemcm2 ada kat KL ni kan...bangga akk jd org KL ni tau..hehe
ReplyDeleteI baru je pi KL Eco park berdekatan Menara Kuala Lumpur tu. Lenguh jugalah kaki berjalan.
ReplyDeleteKL ni sebenarnya masih banyak lagi tempat menarik yang tak semua kita pergi kadang-kadang kita anggap tempat tu biasa tapi bila orang lain pergi menarik sangat jadi ada masa kena jalan2 kat KL ni..
ReplyDeletenti lau turun kl nak pi lah tgk blue pool tu hihihi
ReplyDeleteKL banyak tempat menarik yg sy sndri x explore lg. Ada masa nant nak explore KL dgn anak anak
ReplyDeleteOkeh ... klu Mia jjcm ke KL dgn family nanti, entri ni wajib jadi rujukan :)
ReplyDeleteSebenarnya banyak juga tempat yang boleh kita bawa keluarga jalan-jalan kan kat KL nie..
ReplyDeleteUihh..tak sangka, kat KL pun banyak tempat menarik kan..Yg kat Dataran tu, cantik la..Selalu nampak dari LRT je..
ReplyDeleteOhh banyak lagi tak gi tempat menarik kat KL ni, dlm byk2 tu no 6 je pernah pegi. Hihi adoi la tq info ya.
ReplyDeletewow blue pool tu i memang sekarang baru tau! thanks for sharing. lain kali pi KL boleh try food yang you mention tu jugak! haha
ReplyDeleteWhich Income Group Do You Belong To?
Dah lama tak jalan-jalan area KL. Banyak tempat-tempat menarik dekat KL ni. Cuma tak habis explore lagi.
ReplyDeleteBanyak sebenarnya tempat-tempat menarik dekat KL tapi tah kenapa bila dah balik kampung baru sedar kewujudannya hahaha
ReplyDeletesemua tempat ni dekat denagn rumah, tapi ongkos takde lagi..haritu nak pergi river ta k buka sampai tengah malam rupanya..kemensah dalam perancangan
ReplyDelete