PAMERAN MAKANAN TASTE OF NEW ZEALAND DI 7 OUTLET AEON
New Zealand Trade and Enterprise (NZTE) akan menganjurkan Pameran Makanan Taste Of New Zealand bermula pada 30 November 2017 - 10 Disember 2017 di 7 outlet AEON di seluruh negara. Kepada peminat makanan dari New Zealand boleh lah berkunjung dan mendapatkan makanan keluaran New Zealand Trade Enterprise.
Terdapat lebih dari 150 jenis produk keluaran New Zealand terdiri dari produk tenusu,biskut, produk organik, produk kecantikan dan kesihatan dan macam - macam lagi produk terbaik New Zealand yang akan dipamerkan dan boleh dilihat sendiri. Harga yang menarik juga turut ditawarkan sepanjang pameran makanan ini berlangsung dan jangan risau semua produk keluaran NZTE adalah Halal.
Antara jenama yang terkenal yang terlibat dalam pameran adalah :
- Mainland - https://www.mainland.co.nz/
- Pure n Ezy - http://www.leaderbrand.co.nz/products/pure-n-ezy
- Eco Store - http://www.ecostore.co.nz/
- Only Organic - http://www.onlyorganic.co.nz/why-only-organic
- Greenlea - https://www.greenlea.co.nz/
- Whitakers - https://www.whitakerschocolates.com/
- Griffin - https://www.griffinsfoodcompany.com/
- Pic's Peanut Butter - https://www.picspeanutbutter.com/
- Prosper Crisps - http://www.propercrisps.co.nz/
- Weet Bix - https://weetbix.co.nz/
- The Sweet Meadow - http://www.thesweetmeadow.com/
serta banyak lagi jenama yang bakal memeriahkan pameran.
Antara produk makanan yang mengambil bahagian dalam pameran nanti
Pelbagai Keju
Biskut dan produk tenusu
Keju
3 hidangan yang akan dimasak semula oleh blogger
Cabaran Pertandingan Memasak Blogger NZTE
Percaya tak kalau SA katakan yang SA tak tau pun semua blogger untuk sessi petang kena jadi peserta pertandingan memasak. Kami yang tak tau semua terkejut bila rupanya blogger sessi pagi baru aje habis sessi pertandingan memasak diorang...bila tanya kena masak apa...diorang cakap kena masak steak dan cheese mussel...telan air liur SA tau...matilanak...SA tak reti masak western..masak lauk- lauk kampung tu pejam mata je boleh lulus...tapi hati sedikit lega bila diorang cakap nanti Chef akan tunjuk demo masak steak.
Cooking Demo Oleh Chef Krishnan
Selepas sesi lunch dengan blogger sessi pagi kami semua blogger sessi petang masuk ke dapur "masterchef" untuk mencuba nasib dalam cabaran memasak antara blogger. Masa ni dah tak fikir apa..Apa nak jadi pun jadilah..SA cuma mencari pengalaman kan...maunya tak seriau korang..ingat datang untuk cover event kan..tapi rupanya jadi antara peserta. Nasib baik ada demo masakan oleh Chef Krishnan. Lega sikit perasaan kan...kalau tak maunya meraung....satu demi satu tips yang di kongsi oleh Chef Krishnan cuba diingati sebagai panduan tetapi bila dah sampai di station masing- masing semua yang dipelajari hilang!
Chef Krishnan memulakan sesi demo masakan..
Chef Krishnan menerangkan tentang kualiti daging steak yang paling baik..
Ada 3 jenis hidangan yang di masak oleh Chef Krishnan. Bagus juga kan sebab SA dapat ilmu cara - cara memasak 3 hidangan yang tak pernah SA masak. Lepas ni boleh cuba di rumah
3 Hidangan yang di masak oleh Chef Krishnan:
- Sirloin Steak
- Cheese Baked Mussel
- Grass-fed Beef Stir Fry with Capsicum
Cara- cara memasak Grass-fed Beef Stir Fry with Capsicum
Bahan- bahan
Baked Mussel Cheese
Bahan- bahan untuk hiasan steak rasanya..
Tips untuk memasak Sirloin Steak
1. Pilih daging yang sesuai yangterdapat di pasaran sebaiknya Sirloin Steak
2. Marinate dengan garam sahaja
3. Dimasak Medium Rare
4. Pan mesti betul- betul panas dan gunakan sedikit minyak sayuran.
Sirloin Steak yang sedang dimasak..
Sirloin Steak yang dimasak oleh Chef Krishnan...
Grass-fed Beef Stir Fry with Capsicum
Baked Mussel Cheese
Pertandingan Memasak Antara Blogger Bermula
Dan....dengan debaran yang tak berhenti...SA memulakan dengan memasak semula hidangan yang di masak oleh Chef Krishnan. Aduhaiiii....macam mana la rasanya nak masak 2 jenis hidangan dalam masa 30 minit..Macam- macam rasa ada ni...rasa nak muntah..rasa nak tarik diri pun ada tapi malu la..kawan- kawan lain dah menuju ke station masing-masing..SA plak takde pasangan..tiba- tiba Henry offer diri jadi teammate SA..huh legaaa...ada teammate...well kami mulakan la sesi memasak dan 2 hidangan yang perlu di masak semula oleh semua peserta adalah Baked Mussel Cheese (Wajib) dan Sirloin Steak serta Grass-fed Beef Stir Fry with Capsicum ( Pilihan) ..kelakar betul bila tengah leka masak- masak assistant chef umumkan dah tinggal 10 minit...huwaaaa...steak baru nak masuk frying pan....ah belasah je la...Henry plak siapkan plate. Kami siap dalam masa yang ditetapkan alhamdulillah..Cuma sayangnya gambar semasa sedang memasak tak sempat ambil..sebab sibuk memasak kan...
SA sebelum memulakan pertandingan....nampak muka cuak tak?
Baked Mussel Cheese
Medium Rare Sirloin Steak
SA dan Henry bersama hidangan kami
Dan pengalaman manis sangat apabila SA dan Henry diumumkan sebagai Pemenang..masa ni tak tau nak cakap apa sebab kami berdua tak target untuk menang. Hanya suka- suka kan...rezeki betul...special thanks to Henry sebab sudi jadi teammate SA.
SA dan Henry setelah dinobatkan sebagai pemenang bersama Ms Tam Poh Poh dan Chef dari Berjaya University College
Selain Pameran Makanan Taste Of New Zealand, terdapat 2 peraduan yang akan diadakan bermula 30 November 2017 sehingga 10 Disember 2017. Anda semua boleh mengambil bahagian dengan syarat yang sangat mudah seperti terdapat di dalam poster di bawah. Pelbagai hadiah menarik ditawarkan untuk mereka yang menyertai pertandingan ini
Berbelanja RM80 dalam satu resit anda berpeluang untuk redeem shopping bag dan juga meneyertai cabutan bertuah.
atau
Bergambar dengan kreatif, tulis sesuatu yang menarik dan post di facebook. Jangan lupa tag #TasteNZMY dan pastikan anda ''public' kan penyertaan anda. 10 pemenang bertuah bakal pulang dengan RM100 AEON voucher tunai.
Menarik kan?
Jom ramai- ramai ke Pameran Makanan Taste Of New Zealand di AEON yang terlibat.