Wednesday, October 25, 2017

Tampil Berseri Dan Menawan Dengan Innershine® Dan Bella Ammara

InnerShine® menjadikan anda berseri dan anggun secara semula jadi melalui kerjasama terbarunya dengan Bella Ammara, jenama fesyen Muslimah yang digemari kerana stail minimalis bergaya dan fabrik yang berkualiti.

Pengguna kini boleh memiliki hijab Bella Ammara bernilai RM65 dengan pembelian setiap pek minuman kecantikan InnerShine® yang diperbuat daripada bahan terbaik semula jadi bagi memberikan kecantikan dari dalam. 


Dengan pilihan lima warna menarik – Lembayung Ungu (Royal Purple), Jingga Kesumba (Salmon Pink), Krim, Merah Manggis (Maroon) dan Hitam – kumpulkan satu atau lebih warna hijab ini bermula dari sekarang hingga bulan Disember sementara stok masih ada. Hijab Merah Manggis dan Hitam tersedia secara eksklusif di Watson’s manakala hijab Jingga Kesumba dan Krim boleh didapati di Guardian. 

Penebusan ini boleh dilakukan dengan setiap pembelian pek 24 botol atau dua pek 12 botol InnerShine® Pati Prun atau InnerShine® Pati Beri di farmasi terpilih seluruh negara.

Rangkaian minuman kecantikan InnerShine® diperbuat daripada buah-buahan premium dan kebaikan semula jadi bagi menyihatkan tubuh dari dalam. Memanfaatkan kekuatan alam semula jadi, sari pati buah-buahan semula jadi ini sesuai dan selamat untuk diminum setiap hari. 



InnerShine® Pati Prun adalah ekstrak pati prun yang diperkaya dengan serat pemakanan larut bagi menyahtoksikkan tubuh secara lembut dan menggalakkan sistem pencernaan yang sihat, lantas membolehkan tubuh menyerap nutren dengan lebih baik. Pengambilan minuman kecantikan yang kaya dengan anti-oksida secara kerap boleh memerangi radikal bebas dan  membantu mengekalkan keremajaan kulit wajah.

Segarkan kembali mata yang letih dengan InnerShine® Pati Beri yang mengandungi semua nutren penting yang diperlukan bagi mengembalikan semua kilauan mata anda. Diperbuat dari campuran eksklusif acai beri, beri biru, blackcurrant, chokeberry, cranberry, elderberry dan strawberi, gabungan enak tujuh jenis buah beri premium ini kaya dengan unsur anti-oksida bagi memerangi kerosakan akibat radikal bebas di samping memulihkan mata yang letih, memperbaiki peredaran darah dan mengurangkan kelesuan.

Kunjungi farmasi terdekat dengan anda sekarang atau hubungi Talian Khidmat Prihatin Pelanggan BRAND’S® di talian 1-300-228-300 atau layari InnerShine® Club di laman Facebook bagi mendapatkan butiran promosi secara lanjut. 

15 comments:

  1. sedapnya pati beri ni, lelagi minum sejuk. pergggggggggghhhh

    ReplyDelete
  2. Pati ni sangat baik untuk mata....rasa dia pon best =)

    ReplyDelete
  3. Tak pernah rasa lagi InnerShine punya pati, rasa macam nak cuba lah nanti..

    ReplyDelete
  4. tak pernah lagi minum pati innershine ni. kalau sedap confirm rajin minum sebab nak cantik.

    ReplyDelete
  5. Tak pernah cuba lagi inner shine ni. Nanti nak try la

    ReplyDelete
  6. Wah bestnya dpt tudung...lama x beli innershine

    ReplyDelete
  7. Nieyl biasa minum pati beri..sedapnyaaa...

    ReplyDelete
  8. marketing bijak bella ammara ni

    ReplyDelete
  9. waaa..bella ammara ngn inner shine plak

    ReplyDelete
  10. minum untuk kecantikan dapat redeem produk lagi bestnya

    ReplyDelete
  11. menariknya offer ni. innershine mmg bagus utk kesihatan dan kecantikan kan

    ReplyDelete
  12. Bestnya.. minum dan sihat.. pastu boleh tebus tudung lagi..

    ReplyDelete
  13. Canteknya warna Royal Purple tu <3

    ReplyDelete
  14. Pandai strategi bella ammara buat kolaborasi dengan innershine

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah