Sunday, October 1, 2017

Sinopsis Novel Perempuan Paling Bahagia



Bahagia adalah pengorbanan. Berkorban untuk buat orang yang kita sayang bahagia, kita akan turut merasakan bahagia. Bagi Arissa yang berasal daripada keluarga yang susah, bahagia itu adalah duit. Ada duit semuanya akan bahagia.

Tetapi makna bahagia bagi Arissa berubah apabila Arissa diberi tugas untuk menjaga Rayyan, bayi yang dijumpai di tangga masjid yang telah dibuang oleh Rafi, abang Rafa. Rayyan yang merupakan anak tidak sah taraf telah dinafikan haknya oleh Rafi dan disebabkan Datin Zarina menghibahkan semua harta yang sepatutnya milik Rafi kepada Rayyan, Rafi berdendam.
Namun, anak tidak sah taraf hanya akan mempunyai pertalian keluarga dengan keluarga sebelah ibu yang melahirkannya dan melalui ibu susuanlah, Rayyan akan ada pertalian keluarga dengan Rafa.

"Baby Rayyan? Encik letak nama dia, Rayyan?" –ARISSA
"Kenapa? Awak nak letak nama dia apa?"-RAFA
"Rosyam Nor." -ARISSA

Akibat kasih sayang dan layanan baik Arissa ke atas Rayyan, Rafa dan Datin Zarina merasakan Arissalah calon yang sesuai untuk menjadi isteri Rafa dan ibu susuan Rayyan. Dalam masa yang sama, tanpa pengetahuan mereka, Arissa sudah pun mula mengambil ubat hormon itu. Ini kerana mereka masing-masing mempunyai alasan mereka tersendiri. Alasan Arissa adalah kerana dia sayangkan Rayyan dan menganggap Rayyan senasib dengannya, yatim piatu.

“Dia berikan saya peluang untuk bahagia. Apa salahnya, saya berikan dia peluang untuk bahagia juga? Saya tak ada sesiapa, begitu juga Rayyan. Kita orang hanya ada satu sama lain saja, pak encik.” – ARISSA

Alasan Rafa adalah kerana dia sudah mula jatuh cinta. Tetapi terikat dengan perjanjiannya dengan Datin Zarina, Rafa buat-buat... Kebal.

“Errr... Neng. Jari tu, tak baik dibiarkan kosong lama-lama. Orang tua-tua kata, kalau jari tu dibiarkan kosong, nanti masuk angin. Orang tua-tualah yang kata, saya tolong sampaikan saja. Baik pakai sekarang.” - RAFA

Alasan Datin Zarina pula adalah kerana dia telah meletakkan Arissa sebagai penama polisi insuransnya yang bernilai RM50 juta untuk mengaburi mata Dato’ Rafail yang mahu membunuhnya.

Tajuk Novel : Perempuan Paling Bahagia
Penulis : Syamnuriezmil
Harga : RM30

8 comments:

  1. wah..baca sinopsis pn dah best..:)

    ReplyDelete
  2. Novel Syamnuriezmil tak pernah tak best.. Nanti nak cari novel inilah..

    ReplyDelete
  3. tak sempatlagi nak tgk kat tv cite ni...kena tgk dari awal la ni nmpaknya...

    ReplyDelete
  4. patutlah SA takboleh stop baca, sha baca sinopsis pun dah best. nak kena tengoklah cerita ni

    ReplyDelete
  5. bagus novel ni ada dramanya kat TV. Dapat juga tengok. Kalau nak harap Fiza baca novel, memang tak nampak novel tu..hihi

    ReplyDelete
  6. menarik juga citernya, patut la masuk drama ya

    ReplyDelete
  7. Macam best ni...mak pun dah lama tak beli novel... :)

    Bagi mak membaca lebih seronok dari menonton sebab kalau menonton rasa macam lambat sangat nak habis...

    ReplyDelete
  8. Suka tgk syera berlakon drama nih..best

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah