Ada ramai anak muda yang suka sangat melancong dengan bajet minimum. Jangan terlalu berkira untuk kurangkan bajet hinggakan lupa beberapa perkara utama. Selalunya faktor utama kembara bajet murah adalah kerana faktor gaji kecil. tiada pendapatan sendiri kerana masih belajar tetapi mempunyai keinginan untuk merasa cabaran ketika mengembara membuatkan anak muda khususnya suka melancong dengan bajet rendah. Ada antaranya boleh melancong dengan bajet serendah RM400 dihabiskan selama 3 hari di Thailand. Bahasa mudah untuk melabel mereka adalah golongan "Backpackers". SA kadang- kadang suka je bercuti ala- ala backpackers ni...tak perlu nak pening fikir atau plan percutian...
Ada ke kos percutian semurah tu? Jangan la kata takde..jangan la kata kalau bajet rendah tak boleh bercuti kan..ada je tempat yang murah yang penting kita pandai uruskan perbelanjaan...percaya tak SA pergi Lombok, Indonesia hanya bawak duit belanja RM600...haaaa...tapi x adil la SA cakap murah sebab tiket dan hotel di tanggung company....tapi pada pendapat SA la kan...nak pergi Lombok murah je sebenarnya..tapi x perlu melalui agent...kena semua sendiri...rasanya bawah RM1500 untuk explore banyak tempat di Lombok...
Bercuti Untuk Shopping?
SA ni pelik sikit tau korang...SA kalau bercuti luar dari Malaysia memang tak suka nak shopping walau bawak cash lebih.stail SA dari Malaysia bawak bag pack besar skit..pas tu bawak 2 helai jeans, 2 helai tshirt..selebihnya sampai kat tempat tu baru beli baju 2-3 helai lagi..x suka bawak beban banyak2. SA lebih suka tengok tempat orang, budaya, pemandangan dan keindahan alam..itu jiwa SA...Bukan SA je...anak dara SA pun sama...
Jom SA share gambar pemandangan yang sempat SA cari masa SA bercuti di Perlis dan Langkawi bersama keluarga...ikutkan dah share sebelum ni tapi takde bahan untuk entry blog so SA share aje la...
PERLIS
LANGKAWI
SA bercadang nak bercuti berdua dengan anak dara SA memandangkan dia dah cukup besar untuk SA bawak berjalan..ini proses awal untuk anak seusia dia belajar berdikari. Mana tau kan kalau ada rezeki belajar jauh, masuk universiti dia dah tak rasa kekok dah...SA memang galakkan Dania berdikari sebab SA dulu pun macam tu...habis belajar dan zaman belajar SA memang berdikari..seawal usia 12 tahun dah boleh buat segala urusan sendiri dan SA nampak Dania pun macam tu...
Bercuti bajet murah ni lebih kepada anda yang sukakan cabaran. tips penting adalah keselamatan,kemudahan penginapan dan keselesaan. Biasanya hotel bajet/ motel/ homestay menjadi pilihan kaki kembara bajet.Cuma abaikan tanggapan negatif sesetengah masyarakat terhadap hotel bajet dan fokuskan pada matlamat utama untuk bercuti..Lokasi hotel perlu strategik dan ada kemudahan untuk akses pengangkutan awam, selamat dan selesa. Kalau ada kemudahan wifi lagi bagus supaya anda boleh share perkara- perkara atau gambar menarik terus ke media sosial.
Dulu SA takut tau nak meneroka percutian bajet murah/ backpackers..sekarang dah tak lagi lepas beberapa pengalaman bercuti di luar negara..kata orang tua pengalaman mengajar kita kan..alhamdulillah SA tak pernah menghadapi masalah ketika bercuti.Pada SA korang jangan sesekali malas meneroka tempat baru. Sekurang- kurangnya setahun sekali. Pilih yang terbaik dan jangan sesekali menjadikan faktor kewangan sebagai sebab utama penghalang untuk anda bercuti...
Ke mana destinasi seterusnya SA nak teroka...tahun ni SA tumpukan dalam Malaysia dulu...SA baru balik dari meneroka Kuala Selangor ( nanti SA kongsi next entry) dan SA teringin nak teroka Sekinchan yang terkenal dengan jelapang padi.Harap dalam masa terdekat atau sebelum hujung tahun SA dapat bawak Dania jalan - jalan lagi..
Hey korang...kalau korang nak merancang percutian ke Cherating, website Bagasi sedia ada list hotel di Cherating yang memudahkan proses mencari dan merealisasikan impian percutian korang. Cuba la..mana tau kan dengan adanya website Bagasi ni korang akan lebih mudah bercuti setiap bulan dan maybe setiap tahun. Siapa tau kan? Akan datang SA plan nak bercuti ke Cherating pula. So SA dah boleh rujuk dah list hotel di Cherating melalui website Bagasi. Semoga impian SA menjadi kenyataan...yeay!!!nak bercuti lagi........
cantiknya pemandangan.
ReplyDeletebetul tu kakak.tapi bagi Cici kalau adult memang sesuai dengan percutian bajet. kalau macam Cici bawak baby kecik, dengan parents warga emas memang kurang sesuai nak duduk hotel backpackers
ada jugak plan konon nak bawak anak cici yang umur 4 tahun tu road trip and jadi backpackers. dia tahan lasak sikit. hehehhee
Cuci mata dengan pemandangan hijau
ReplyDeleteBanyak yang kita boleh cut cost bila nak bercuti dengan bajet yang rendah ni. Heheh. Nani pun haritu cari hotel murah murah je asalkan selesaa. Wahh nak bawa Dania ke mana tu kak SA?
ReplyDeleteTq for info. Mama lah Salah sorang yg suka bajet trip. Biar bajet tapi puas Hati. Sebab Tu mama x suka shopping trip
ReplyDeleteRuby suka terapkan dekat dalam keluarga kecil ruby ni. Jangan nak tunggu duit beribu lemon baru nak bercuti. Bercuti je kemana aja. Supaya anak-anak terdedah dengan dunia luar. Masa bercuti ni kawasan lain, so mereka belajar untuk berhati-hati. Stranger is Danger. Kemudian enjoy la bercuti tu. No kerja kerja. No gadget. Hehehe. Kak pi Desaru kak. Best gila! Macam ala-ala dekat New Zealand tau. Hehehe
ReplyDeletesemuanya tertakluk kepada siri sendiri...kalau rajin nak buat research...senang je nak buat itinerary dan buat belanjawan...tapi kalau malas...mmg mahal la semua benda...
ReplyDeleteSaya pun sukakan cuti bajet. Huhu anak dah 3 expenses kena cut juga . Tak le mewah sangat
ReplyDeleteBestnya.. Short vacay mcm ni. Sbb akn datang dah ada hubby sng nk merancang. TQ share kak SA
ReplyDeleteAntara angan-angan kak zi juga adalah meneroka sambil melihat keindahan alam ciptaanNya ni. In sya Allah akan cuba dicapai juga
ReplyDeleteTeman suka bercuti, berjalan kat tempat orang... Seronok... Dapat melapangkan fikiran... Teman suka tengok laut... dan hutan yang menghijau... dapat lupakan sebentar soal kerja dan apa jua problem yang ada...
ReplyDeleteAna pun prefer sightseeing kalau bercuti kak. Shopping ni mmg out of the list selalunya. Selalu yg bajet tu yg seronok.
ReplyDeleteSaya tak pernah lagi sampai Perlis apa yang menarik kat sana saya teringin nak ker sana saya pernah makan Harum Manis Perlis jer wakakakkaka..
ReplyDeleteBestnya bercuti lari dari kesibukan kota
ReplyDeleteTeringin nak bercuti solo atau dengan partner hahaha belum tiba masanya lagi sebab tengah merancang nak sambung degree dlu
ReplyDeleteLama dah tak pergi ke Langkawi. Miss that place so much.
ReplyDeleteDalam Malaysia pun banyak tempat2 untuk bercuti..Tak semestinya kena keluar negara..Kalau bajet kurang, boleh je bercuti dalam Malaysia..
ReplyDeleteRawlins ada sedikit perasaan takut nak stay kat backpacking hotel - segan nak share ruang dan takut macam-macam. Haha.
ReplyDeleteKak Sue pun tak kisah cuti bajet murah, banyak boleh jimat kan SA..
ReplyDeleteHee langkawi...2 thun lepas ada pegi...tpi tu la...mahal nau kt lkawi tu...
ReplyDeleteCik en pon.. suka jalan2
ReplyDeleteAkak kalau kemana-mana memang percutian budget aje..tak mampu mahal2...walau budget pun sekurang2nya dapat berjalan..:D.
ReplyDeleteAkk pun dok bawak anak dan ajar dia menikmati keindahan tempak org. Skrg ni kalau ke mana2 memang dia lah jadi harapan buat itu ini...:D
Belum pernah sampai Perlis. Bella memang tak pernah pergi backpacking hotel. Seriously segan nak share bilik dgn org lain. Huhu. Tapi kalau terpaksa, boleh sahaja kot.
ReplyDeletebest ni lari dr ksibukkan kota. tambah2 percutian bajet
ReplyDeleteKalau kak SA sukakan pantai. Baik pergi pulau je boleh snorkeling & island hopping 😉
ReplyDeleteBestkan cuti-cuti malaysia, sis dgn hubby rajin jln2 jumpa kwn2 lama, paling jauh selalu pg ke Sg Petani kedah
ReplyDeleteRindu langkawi.. dulu masa menetap kat sana rasa tenang dan aman je.. sbb tak sibuk seperti ibukota yang lain..
ReplyDeletepaling best sekali suasana pantai yang ada keliling langkawi..
Sejak ada anak kecil nie, susah nak plan percutian bajet, sebab duit keluar lagi banyak dari apa yag dibajetnya... Kena tunggu dorang besar + faham bahawa umi daddy dorang bukannya mesin ATM
ReplyDeleteJust been there last year Raya. nice and natural place it is
ReplyDeleteSeronoknya travel dengan anak2 bila dah besar ni, pegilah bawa anak dara SA, dia pun dah besar. tak kalut itu ini. Tapi akak memang dah biasa travel dgn anak2 since dorang baby, tak jadi masalah bila kita dah biasa handle. Tak sanar nak cuti sekolah, kepala dah mula fikir nak travel kemana pula, passport dah buat hehe
ReplyDeleteyanmie
www.yanmieonline.com
Seronoknya gi cuti sorang2 kan...tp tuhlah ada anak kecil xleh tinggalkan diorang. Gi mana mana memang bawak jalan2 sekali
ReplyDeletebaguskan..kalau mahal-mahal tak banyak tempat boleh pegi...kalau ada anak kecil ni,emmm...payahlah nak travel
ReplyDeleteSaya kalau ke mana mana, penginapan, tempat makan memang diutamakan...
ReplyDeleteTapi tak pernah travel jauh jauh sangat..harap one day dapat jugak holiday..trip ke mana-mana luar..selain Johor, melaka, N9, kalau setakat hantar adik p belajar kedah....tuh sekejap je..x rasa trip sangat...huhu...hantar orang kahwin kat Kelantan pun ada..tp still..macam tak cukup..
Sha tak pernah lagi bercuti gaya backpakers ini.. Namapk menarik dan adventure..
ReplyDeletebaca blog akk , rasa mcm terus nk pi bercuti je ni haa hehehehe
ReplyDeleteBestnya anak dara akak dah besar...jalan jalan sure orang ingat kakak dgn adik
ReplyDeleteBoleh je bercuti dengan bajet yang kurang. Hari tuh saya dan suami plan last minute pergi fraser hill dengan genting habis lebih kurang rm300 minyak, tol, makan
ReplyDeleteteringin nak kembara bajet bertiga dgn anak2 dara, SA.
ReplyDeleteseronok rasa nyer.
diorang pun da besar.
boleh jadik member. releks releks. makan makan :)
seronok pula nampak org lain bercuti.. entah bila dapat bercuti ke sana..
ReplyDelete