Saturday, October 21, 2017

Penampakkan Roh Seram Selepas Bangun Dari Koma

Hi korang...

Rata-rata korang dh tau SA dulu pernah koma sebulan..koma akibat kuman H1N1 first wave yang ramai terkorban..ramai yang tanya apa yang SA rasa masa koma tu..terus terang SA katakan SA tak mimpi apa2 pun..SA pun x ingat macam mana SA sedar..bila tarikh SA sedar cuma SA ingat orang yang SA nampak adalah boss SA, beberapa kawan opis dan jugak cik abe SA...macam mana sedar dan buka mata SA memang x ingat...yang SA rasa macam malam ni SA tido..esok SA dh bangun..tak rasa apa pun tau...sedangkan SA dh tido sebulan lamanya...

Gambar dari google sebagai hiasan

Hari ni SA nak ceritakan kisah yang agak seram semasa SA dalam wad ICU..seorang demi seorang mangsa H1N1 meninggal depan SA dengan SA mengalami halusinasi..jam dinding jadi terbalik...tak tau macam mana SA nak explain kat korang..jarum jam dari no 12 terbalik ke no 9 pas tu no 6 pas tu no 3..dia x ikut arah jam..tp ikut melawan jam...pas tu SA hari2 setiap masa berjumpa dengan roh-roh orang yg dh meninggal..ada budak kecil..ada orang tua..remaja..macam-macam la..roh tau..bukan hantu..roh manusia biasa..macam mana SA nak tau diorang roh ke tak..bila ada je nurse kat depan SA..roh ni berjalan menembusi nurse tadi...SA tak boleh menjerit...hanya tangan menggapai2 nak bagi tau nurse..tp nurse buat x tau je...kenapa SA x boleh bercakap? Sebab leher SA di tebuk..kalau korang perasan leher SA ada kesan tebukan kan? Apabila dh ditebuk automatically SA x boleh bersuara...bercakap pun x boleh....cuma abah SA je yang faham...

Hari demi hari macam- macam roh yang SA nampak..ianya dh jadi macam pemandangan biasa..siang atau malam SA x boleh bezakan...mungkin ada yang akan cakap SA buat2 cerita tp tidak..x guna SA buat cerita sebab x ada faedah pun...semua yang SA hadapi dalam ICU dh pun adik SA ceritakan dalam blog ni..entry awal 2010.. kalau korang nak baca boleh je cari semula...swmuanya pengalaman yang pahit..

Kisah penampakkan roh seram ni bukan setakat dalam ward...selepas SA betul2 sihat dan dah mulakan sesi kerja...SA masih berulang Seremban KL, KL - Seremban..satu malam SA balik berlaku accident di highway...allah..mangsa adalah penunggang motosikal...SA yakin dia dh meninggal..jalan jammed teruk..bila bas berhenti betul2 di tempat kejadian..SA nampak sendiri roh mangsa berada di tepi orang yg meninggal..baju, kasut, topi semua sama..tiba2 yang berdiri pandang ke arah SA dengan muka sedih...dan terus hilang...SA x sanggup lagi...terus mengadu dengn abah...abah kesiankan SA..then bawak berubat utk tutup hijab...bukan mudah ye korang....bukan mudah....penampakkan entiti dan roh tu tetap berlaku berbulan-bulan lamanya..sampai la SA dh x nampak apa2 lagi roh atau entiti...lega rasanya... alhamdulillah sampai sekarang...tapi sekiranya berada di empat2 yang x sepatutnya ..bulu roma tetap akan rasa naik dan seram...tapi SA cuba juga buat seperti biasa..banyakkan baca ayat suci alquran..sebab SA percaya..yang itu tetap makhluk allah yang menghuni muka bumi ini....asalkan dia tidak mengganggu dan kita tak ganggu dia...

Ni baru- baru ni dpt invitations untuk menguji tahap keberanian blogger...bermalam di Amber Court..memang tak la SA nak join..tak nak la cari penyakit...SA ni baru je nak elok dari ternampak entiti2 seram ni...Kalau nak cabar diri  SA untuk aktiviti yang lasak SA x kisah..kalau bab keberanian mmg awal2 SA angkat tangan...cukup2 la pengalaman selepas bangun dari koma dulu....tak sanggup rasanya...

Ada yang tanya hari tu...SA masa koma takde dengar apa2 ke..suara orang ke..mimpi ke?
Ada....SA dengar apa orang bualkan..dengar suara mak abah masa dtg melawat...lebih dengar suara mak abah la dari suara orang lain...ekceli doktor suntik Morphin dalam badan SA untuk SA berehat...kaki tangan SA diikat masa tu sebab abah cakap SA meronta2..nak kata x mimpi macam mimpi...yang SA ingat SA dalam majlis sambutan hari ibu..SA pakai gown warna Jingga..dalam mimpi tu SA tercari-cari Dania...x jumpa...sampai situ je SA ingat...lepas pada tu mmg x ingat dh ada mimpi apa2...orang ckp roh orang koma ni merayau kan...SA x ingat langsung....dah 8 tahun dah pun kisah SA koma tu...tapi trauma yang SA hadapi masih terasa sampai sekarang especially pengalaman dilayan teruk dalam ICU...

Sampai sini dulu entry ni...nanti SA sambung lagi..

23 comments:

  1. Baru tahu SA penah koma...
    Macam org ckp, bukan senang klau hijab dah terbuka.kalau jenis berani mmg ok la... klau jenis yang mmg xboleh nak tahan peradan bagai ni... jgn la cr pasal... but respect SA sbb hadapi juga trauma2 roh2 yang ada

    ReplyDelete
  2. takutnya SA...nak baca la kisah2 SA masa koma dulu...yelah baru2 ni je kenal SA kan...seronok pulak baca...

    ReplyDelete
  3. Betul tu SA Allah akan buka hijab hambaNya utk melihat benda ghaib. Saya percaya SA dan say juga buat kajian dlm bidang ni.... Semoga Allah sentiasa dilindungiNya. Kadang kala apa yang Allah mahu tunjukkan pada kita adalah untuk memberitahu sesuatu pada hambaNya... mungkin SA salah seorg hambaNya yg terpilih... Semoga Allah sentiasa melindungi SA.... InsyaaAllah...

    ReplyDelete
  4. Meremang baca, semua yang jadi dengan izin Allah kan SA.. semoga SA sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.. aamiin ya rabb..

    ReplyDelete
  5. xsangka SA pernah koma.nak tahu lagi kisah selanjutnya

    ReplyDelete
  6. Pengalaman yang x dapat dijual beli,.. semoga dapat dijadikan pedoman dan sempadan... sambunglah kisah ni lagi ...

    ReplyDelete
  7. Cerita SA lebih kurang mcm cerita adik ipar. Dia koma 2-3 bulan juga sbb kemalangan. Ms dia koma dia dapat rasakan dia merayau2 kat wad icu tu. Di siap nampak mil bc yasin sebelah tubuh dia. Dan dia nampak bygn entiti lain. Diata kata di jerit byknkali tp jasad dia ttp kaku. Dia siap ckp tersiat2 hati tgk mak dia bersedih. Bila dia cam tersedar first perkataan dia sebut “mama”.

    ReplyDelete
  8. Ya Allah tetiba terasa sayu dengan cerita SA.. Kisah penampakan roh berdiri selepas kemalangan paling menyentuh jiwa.. Semoga SA terus dikurniakan kesihatan yg baik & dilindungiNya selalu..

    ReplyDelete
  9. Ya allah x sangka sa pernah alami pengalaman camni.. Taak tau mcm mana nak hadap kalau jd kat dri sendri..

    ReplyDelete
  10. Baru tau kisah nie... Semoga SA sentiasa kuat dan tabah menghadapi segala ujian yang mendatang... Anggap la segala dugaan itu sebagai ujian untuk kita menjadi lebih baik... pasal hijab yang di buka tu, teman pernah juga melihat sepupu yang di uji sebegitu... hanya insan yang terpilih saja dapat melalui dugaan sebegitu...

    ReplyDelete
  11. satu pengalamam yg tak semua orang rasa.. ada orang koma terus takde kat dunia ni, tapi sa di beri peluang untuk menceritakan pengalamam SA selpas koma. ada kawan zie pernah koma bila ditanya dia taknak cerita dan kemudian nangis.. biar lah rahsia antara dia dengan dunia roh dia.. setiap kejadian yg berlaku meninsafkan kita..terima kasih Sa kerana kuat untk menceritakan ..

    ReplyDelete
  12. betul SA..org koma mmg dengar apa org lain bualkan tapi mcm mak akk dulu tapi jugak. Pasal org yg dibuka hijab ni mmg scary tapi dia kena berani..mcm kawan ofis hubby..kesian kat dia sbb bila travel je dia akan pastikan tempat yg diorg nak buat shooting tu selamat atau tak..apa2 pun akk doakan semoga SA terus sihat dan dipeliharaNya selalu

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah akak dah sihat skrg kan. Semua tu pengalaman. Hanya org yg pernah melalui je yg tau perasaan tu mcm mana. Semoga akak terus sihat dan dilindungi Allah selalu.

    ReplyDelete
  14. Wah pengalaman nih kak...Takut jugak kan bila hijab terbuka..

    ReplyDelete
  15. Your article is very unique and powerful for new reader. Thanks

    ReplyDelete
  16. Allah.. Berat dugaan sis.. Kuat semangat betul kak SA nie.. semoga sentiasa dalam perlindungan allah..

    ReplyDelete
  17. aduhaii. kalau fiza pun xsanggup nak hadapi nampak semua roh tu.

    ReplyDelete
  18. Org terpilih je yang dpt pengalaman mcm ni. Bukan senang nk hadapi situasi hijab terbuka

    ReplyDelete
  19. along... adam bawak shu dtg sini baca balik kisah2 along koma dulu..hehe... semoga along sihat2 selalu ye..love u..

    ReplyDelete
  20. Baru tahu bila kata SA pernah koma. Ya Allah cerita SA nampak roh tu macam ala ala dam movie cerita seram yang saya pernah tonton la SA. Mungkin tu pun berdasarkan kisah benar tak?.

    ReplyDelete
  21. Saya penah bangun tido sebagai roh banyak kali memang tempat keadaan yang kita tido tu sama yang x sama makhluk yang hidup dlm alam tu menangis2 doa supaya bende ni dpt dipisahkan alhamdulillah lama2 x nampak dah...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah