Hi korang...
Hari Isnin yang lemau sebab masih lagi migraine..sebenarnya dah makan pain killer..dah ok cuma ada rasa sengal2 skit..ikutkan nak pi klinik kat area office ni ha...tapi malas plak..kang doktor ingat SA suka2 je cakap migraine sebab hari ni Isnin kan...
So hari ni sambil2 nak amik mood blogging SA nak citer pasal kenduri arwah sepupu SA yang meninggal last year...semalam genap setahun arwah tinggalkan kami...alhamdulillah majlis berjalan lancar..makcik SA masak sendiri je..SA sampai ngan family tgok semua dah siap..tolong la dia hidang letak kat meja buffet..biasa kenduri arwah makcik buat kat surau cuma kali ni buat kat rumah...rasa sedih sangat semalam sebab SA sangat rapat dengan arwah...arwah dah macam adik sendiri...tapi semalam rasa macam arwah ada je dikalangan kami...entahlah..bila terasa macam tu terus cepat2 istighfar..dah setahun arwah pergi dan ketiaadaan arwah sangat buat kami rasa kehilangan...
Jom la tengok gambar makanan yang sempat SA capture semalam...sebenarnya SA memang takleh nak move on...makanan semua sedap..cuma SA yang tgh migraine tak dapat menikmati dengan tenang...sampai hari ni rasa takde mood dengan migraine. Biasanya kenduri- kenduri ni lauk pauk kalau tak katering sure masak sendiri..dan family SA selalunya pilih untuk masak sendiri...macam tu jimat kan..walau agak penat..tapi kepuasan kat situ...
Masak Tempoyak Daun Kayu
Pajeri Terung
Rendang hati ayam dan pedal campur kacang panjang
Ayam masak kicap
Sayur campur
Mak Jemah yang tengah migraine
sdp2 lauk pauknya..:)
ReplyDeletebetul tu sis...kalo tgh migrain..ape yg best semua jd x best... potong mood...semua tergendala..camtu la bile kene migrain ni...kdg2 yg kita plan awl2, last2 x jadik sebab x blh nak gerak gi mana2.. kang paksa diri jgk, menyusahkan orang lain plak...pastu x nak la tunjuk muka xde mood sbb migrain kat org lain...mana yg selalu kena tu, faham la..yg x kena, kang org ingat kita saja ngada2 walhal time migrain tu ape pun xblh.. cuma nak mandi, basah kepala, lumur minyak angin aromaterapi, telan ubat & tido..tu jer
ReplyDeletekenapalah time kenduri pulak kena migrain kan SA...hihi...lauk2 tu memikat hati sungguh..
ReplyDeletesedapnyer....
ReplyDeleteMigraine ni la paling tak best kan kak SA. Makan painkiller pun taknak hilang. Makanan sedap mana pun tak lalu nak makan kalau dah kena sakit ni. :/
ReplyDeleteBila migrain memang satu kerja pun tak jalan. mood pun swing 360 darjah.
ReplyDeleteAl Fatihah untuk arwah sepupu akak
Mak jemah ... migrain migrain pun menten lawa...
ReplyDeleteAl fatihah utk arwah Sepupu SA
Sedapnya lauk pauk tu. Memang penat sikit kalau masak sendiri tapi mana nak dapat lauk macam tu kalau order katering kan. Al-fatihah untuk arwah sepupu SA.
ReplyDeleteAdooii dapnyaaa pajeri terung.. sama laa kalaunkenduri lebih suka masak sendiri walaupon penat.,dengan kecah lagi kan., 😂😂
ReplyDeletekesian nye migraine, semua makanan tu nampak sedap2. ><".. buat kenduri lagi, hehe.
ReplyDeleteAwal-awal pagi nie tengok pajeri terung - terus rasa nak makan tengah hari tau. Hahaha. Pecah liur tengok juadah gini.
ReplyDeleteMood terus down bila kena migrine kan . Alih-alih kena attend kenduri . By the way laup-pauk semuanya sedap belaka .teringin tengok pajeri terung tu
ReplyDeleteSedapnya SA. Terliur tengok walaupun takde selera sebab pms. Migrain mmg sakit SA. Tak tertahan tau. Semua pun tak mau buat. Huhuhuhu... Apa-apa pun semoga SA cepat sembuh
ReplyDeleteSedapnya semua lauk-pauk tu. Terpaling saya suka tempoyak daun kayu. Dah lama tak makan. Susah nak jumpa kat kedai makan. Nak buat tak reti...huhuhu...
ReplyDeleteSedapnyaaaa terus rasa lapar tengok menu makanan semua lagi lagi dengan nasi panas hujan2 ni hee
ReplyDeleteSis kalau maigrain mmg tak leh dah keluar rumah, mmg kena duduk je dlm bilik..langsung x leh dengar bunyi bising.
ReplyDeleteLauk2 kenduri tu nampak mengancam sangat, lama rasanya x makan sedap2 cam tu, masak pucuk ubi tempoyak gan hati dan pedal tu..perghhhh terlioq dibuatnya
Tengok masakan kat blog SA ni memang tak pernah mengecewakan. Membuka selera lagi. Take care tau.
ReplyDeleteAduhhh lauk dah sedap. Sekali migraine plak. Hahahaha. Redha lah sis. Nanti cari majlis lain. Hahaha
ReplyDeletedaun kayu? ke daun ubi kayu?
ReplyDeleteKalau migrain, elok jangan makan pucuk ubi... Memang azab la jawapannya....
Adui kebetulan bukak blog kak SA memalam gini, berkeriukk perut berbunyi haha.
ReplyDeleteGet well soon akak.
Ubat migrain paling mujarab bagi Annur, so far..tido je haha
Menu masakan kampung paling syok untuk di layan kalau pergi kenduri.. ;)
ReplyDelete