Monday, October 30, 2017

De Palma Eco Resort Kuala Selangor Menawarkan Konsep Percutian Kembali Ke Alam Semulajadi

Hi korang..

Konsep kembali ke alam semula jadi membawa percutian di  De Palma Eco Resort Kuala Selangor ke kehidupan dalam suasana santai yang nostalgia di kawasan pedalaman. Pada masa kini, orang ramai menjalani kehidupan yang sibuk, kompleks dan konsep tempat percutian resort semakin menarik perhatian ramai ketika ini. De Palma Eco Resort Kuala Selangor sentiasa menekankan privasi dan pengalaman bercuti sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Ia akan menghidupkan semula kegembiraan dan pengalaman yang jarang dinikmati masa kini.20 tahun dulu alam semulajadi Malaysia sangat indah namun disebabkan arus kemodenan jarang tempat- tempat yang menampilkan keindahan alam semulajadi menjadi pilihan..

Bagi memperkenalkan percutian santai dan memperkenalkan keindahan alam semulajadi De Palma Eco Resort Kuala Selangor mampu memberikan pengalaman indah buat anda semua. Terletak di tepi tebing Sungai Selangor, De Palma Eco Resort Kuala Selangor menawarkan ketenangan dan resort menekankan suasana santai yang pasti akan membawa anda ke dunia yang berbeza. Resort ini terletak di bandar Kuala Selangor dan hanya satu jam memandu dari Lembah Klang. SA sendiri teruja semasa mengikuti rombongan bloggers bersama media kerana kiri kanan perjalanan dihidangkan dengan alam semulajadi yang tenang berbanding sebelum ini mata di hidangkan dengan hutan - hutan batu.


Disapa mesra kakitangan terlatih Resort

Resort, Chalet & Villa.

De Palma Eco Resort Kuala Selangor menawarkan 48 chalet dan 12 vila untuk dipilih, tetamu akan merasa seperti tinggal di rumah yang selesa di resort. Semua bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, TV warna atau TV plasma, bar mini di suite, telefon dan tentu saja Al-Quran, dan tikar sejadah  di bilik-bilik Islam khas khusus kami. Nikmati pancuran mandian air panas dan sejuk di bilik mandi bersaiz penuh yang dilengkapi dengan sinki dan ruang kaunter yang luas. Resort yang mengutamakan syariah compliance memang menjadi pilihan segenap lapisan masyarakat yang beragama islam.

Jom ikut SA tengok chalet dimana SA bermalam selama 3 hari 2 malam.. SA menginap di Villa Superior iaitu katil Queen + Twin. Bilik ini sesuai untuk Family 4 orang...












Resort Facilities & Services

  1. Surau with Imam
  2. Kolam renang
  3. Safe deposit boxes
  4. Laundry Services
  5. Internet Access ( Lobby only)
  6. Shuttle Services 
  7. City Tour ( Upon Request)
  8. Major Credit Cards Accepted

Restaurant

Rumbia Restaurant boleh memuatkan sekurang- kurangnya 150 orang dalam satu masa dan dibuka setiap hari dari pukul 7.00 pagi sehingga 10.00 malam.Restauran menawarkan pelbagai masakan tempatan dan hidangan barat. Pihak De Palma Eco Resort juga sedia menyediakan majlis makan malam mengikut konsep yang dikehendaki pelanggan tetapi haruslah di maklumkan awal.




Fitness & Wellness Activities

  1. Horse Riding
  2. Cycling
  3. Badminton
  4. Volley Ball
  5. Zumba
  6. Team Building Jungle Trekking
  7. Telematch





Tempat-Tempat Yang Menarik Di Boleh Dilawati Sekitar De Palma Eco Resort Kuala Selangor

1. Bukit Malawati



Altingsburg Lighthouse


Monkey feeding


Batu Hampar


Meriam Penggawa

2. Kelip - Kelip Kampung Kuantan

Buat pertama kalinya SA berpeluang melihat kelip- kelip depan mata, sayangnya SA tak bawa kamera canggih untuk SA abadikan kenangan bersama kelip- kelip..guna kamera handphone memang tak akan nampak...walaupun buat video..sedihkan..tapi takpe..sekurang- kurangnya SA dah berjaya melihat kelip- kelip yang cantik..sememangnya kelip- kelip merupakan khazanah yang tidak ternilai sebab itu pelancong atau rakyat Malaysia di seru untuk melindungi kelip- kelip.




3. Salar De Uyuni Of Malaysia ( Sky Mirror )

Sky Mirror merupakan tarikan terbaru di Kuala Selangor yang terletak kira- kira 40 minit perjalanan dari Pekan Lama Kuala Selangor. Sky Mirror di Kuala Selangor ini di beri gelaran Salar De Uyuni Malaysia. Siapa Jangka "Pulau Misteri" ini yang ditemui oleh penduduk tempatan menjadi tarikan terbaru sebagai tempat pelangoan di Kuala Selangor kepada peminat fotografi

Kawasan beting pasir yang turut berdekatan dengan Pulau Angsa ini menjadi tular kepada pelancong dari dalam dan luar negara mengenai keunikkan fenomena Salar De Uyuni ini iaitu pantulan imej seakan- akan refleksi cermin seperti di negara Bolivia yang ahanya berlaku setiap awal tiga hari dan lima hari di penghujung kalendar Lunar Cina.

Harga RM80/pax  - 0193809722




4. Taman Alam Kuala Selangor

Taman Alam Kuala Selangor adalah syurga untuk pelbagai flora dan fauna serta  terdiri daripada lebih 200 hektar tanah pantai di mana sebahagian besarnya adalah paya bakau dan sangat sesuai untuk pelajar universiti yang membuat kajian serta sesuai untuk pencinta alam

Taman Alam ini mempunyai lebih daripada 800 ekar habitat yang berbeza termasuk hutan sekunder, muara sungai berlumpur dan tasik payau yang dihuni oleh haiwan lembap.

Mempunyai lebih daripada 150 spesies burung, 100,000 burung yang ditakluki terdiri daripada 30 spesies yang berhijrah ke sini pada aktivi penghijrahan tahunan mereka. Oleh itu, mengenali dan melihat species burung adalah salah satu aktiviti yang menarik di Taman Alam Kuala Selangor.

Terdapat empat jejak untuk dilihat untuk melihat hidupan liar iaitu Egret Trail (550 meter), Pangolin Trail (1km), Bund Pantai (1.7km) dan Langur Trail (1.1km) masing-masing selama kira-kira 30 minit, 50 minit, 2 jam dan 2.5 jam perjalanan.

Waktu Operasi:
Harian: 9.00 pagi - 6.00 malam

Kadar Bayaran:
RM4 untuk Dewasa,
RM1 untuk Kanak-kanak (di bawah umur 17 tahun)
RM 2 untuk Warga Emas (melebihi 60 tahun)






Lain -lain kenangan SA dan kawan- kawan bloggers untuk trip kali ini...pengalaman yang sangat menarik yang tidak mungkin dilupakan...yang penting ada banyak aktiviti menarik yang korang boleh buat di Kuala Selangor. Antaranya boleh melawat Perigi Beracun, Makam Anak Dara, Pasir Penambang, Muzium Bersejarah dan banyak lagi..dengan menjadikan De Palma Eco Resort Kuala Selangor sebagai tempat penginapan korang akan dapat melawati tempat- tempat menarik di sekitar Kuala Selangor...


SA dan rakan- rakan bloggers sebelum meneruskan perjalanan ke Sky Mirror..


Aksi acah- acah berani dari SA ..Silver Leafed Monkey tu sebenarnya aimed handphone SA...ye i ngaku i ni penakut....


Berjaya merakamkan aksi monyet merampas air kotak...bukan main lagi dia minum tanpa hiraukan SA amik gambar dia...


beribu pose yang dirakam di Sky Mirror


Pemandangan di kiri kanan jalan


Pekan Lama Kuala Selangor


Pokok yang berusia beribu tahun di dalam Resort...cantik untuk dirakam peminat photography, psst...buat pre wedding shooting pun cantik ni


Antara Chalet- chalet yang ada




Sebenarnya banyak lagi gambar- gambar kenangan yang ingin SA kongsikan tetapi SA nak korang sendiri menikmati keindahan alam ini.. So....apa tunggu lagi korang......jom la menginap dan rancang percutian anda di De Palma Eco Resort Kuala Selangor. Sesekali lari dari hiruk pikuk bandaraya dan kota metropolitan dan menikmati udara segar alam semulajadi yang mampu memberi ketenangan. Kenalkan alam semulajadi kepada anak - anak kita kerana mereka lah pewaris kita yang harus mengekalkan keindahan alam semulajadi. Semoga keindahan alam kita tidak dicemari oleh arus kemodenan..

SA sangat - sangat rekomen korang menginap di sini...

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

website : www.depalmahotel.com
Intagram : www.instagram.com/depalmahotels
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Dpalma-Hotel-Kuala-Selangor/1690609594574133
Tel : 03-3289 7070

39 comments:

  1. Cantiknya resort dia kak. Boleh lah plan cuti ke sini nanti :)

    ReplyDelete
  2. buat apa nak gi jaoh2 untuk tengok tempat cantik kan.. dekat selangor pun banyak :D

    ReplyDelete
  3. Cantik lah chalet dia kak SA 😘😘

    ReplyDelete
  4. rupanya banyak lokasi menarik sekitar kuala selangor ya.

    ReplyDelete
  5. cantiknya tempat tu..x pernah sampai lagi Kuala Selngor nih..kene pegi la satu hari nnt..hehehe

    ReplyDelete
  6. pernh stay sini ms outstation kuala selangor...tp bkn stay yg chalet ni..tp yg belah blkng....seram juga..huhu....syok dpt join event camni..byk tmpt menarik tu

    ReplyDelete
  7. bestnya Kuala Selangor di, banyak tempat menarik rupanya. Nak masuk dalam wishlist dan nak bawa keluarga nanti

    ReplyDelete
  8. cantiknya tempat ni...pergi ramai2 best ni

    ReplyDelete
  9. Bestnya banyak aktiviti boleh buat. Chalet pun kemas dan bersih ja.

    ReplyDelete
  10. Wah byk juga aktiviti yang D'Palma anjurkan... ada juga tempat-tempat yang SA share Bonde dah jejak kaki, cuma Sky Miror tu belum sampai, menarik teringgin nak pergi

    ReplyDelete
  11. Wah.. Bestnya.. Kalau buat family day pun syok ni..

    ReplyDelete
  12. Nampak muka Tu takut gambar dgn en minuet haha.. apapun best la aktiviti Dan hotel kak sa

    ReplyDelete
  13. Dah dekat sgt dgn umah mak cikla ni. Tp taman alam macam dh lain je. Dah makin cantik. Lama tak pergi sana. Last pergi form 5, 18 tahun yang lalu. Lama tak lama kan..

    ReplyDelete
  14. Cantik tempat dia. Memang sesuai bercuti untuk release tension ni

    ReplyDelete
  15. tiap kali balik kampung memang akan lalu k.selangor.. xpenah pun masuk area ni.xtau ape yg ada di sana.. best juga rupanya dan banyak benda yg boleh diterokai.

    ReplyDelete
  16. Lawa tempat dia, SA..sesekali bercuti ke pekan kecil ni memang best..

    ReplyDelete
  17. Bestnya kak SA. Suami pun ada suruh risik tempat best untuk bercuti ni. Nak bawak budak kecik terokai alam. Rasanya kat sini sesuai kot nak bawak dia.cukup semua facilities pulak tu

    ReplyDelete
  18. Tahun lepas CCL pernah menginap di sini . Time tue company adakan team building di DePalmaResort . Memang first pergi rasa mcm tak nak balik . CCL suka dengan enviroment kat siti . Facilitis pun ok . CCL bagi 20 bintang . Hehe

    ReplyDelete
  19. ehehehe..model drinho tu. Bole update sa kat Fb.Ehehehehehe. Btw,best la aktvt mcm ni.. suasana nyaman..alam semulajadi.

    ReplyDelete
  20. Cantik sangat resort ni. Nampak bersih dan kemas. Best kalau dapat buat team building kat sini.

    ReplyDelete
  21. Menarik betul resort ni dengan byk aktiviti boleh buat sekitar kuala selangor..dah lama teringin nak g tgk kelip2 tu..bila ntah nak tercapai hasrat..huhu

    ReplyDelete
  22. so cutelah itu monkey minum air kotak. dia minta atau u bg dear..
    hahaha.. cute sgt.. anwaways cool lah.. relax jer tempat ni..
    main masak2 pun nest gak ni. bakar belangkas..hahaha

    ReplyDelete
  23. kak! seronokkan. nanti kalau ada trip macamni lagi join sesama tau

    ReplyDelete
  24. Cantiknya De Palma Eco Resort ini tak pernah pergi pun hari tu masa pergi jalan2 kat Kuala Selangor tido kat hotel bajet. Sana memang banyak tempat menarik rasa nak datang lagi jalan2 kat sini...

    ReplyDelete
  25. Cantiknya tmpt ni. Suka jalan2 tmpt mcm ni boleh tenangkan fikiran.

    ReplyDelete
  26. Banyak juga tempat menarik di sekitar Kuala Selangor. Pernah [ergi sekali je ke Bukit Melawati tu, ada tapak istana lama. Btw, tak tahu pula yang Sky Mirror tu ada masa tertentu br menjadikk

    ReplyDelete
  27. Bestnya...kita suka duk resort yg mcm ala2 chalet ni

    ReplyDelete
  28. Best kalau ada short vacay kat sini. Dapat hilang stress sekejap. Paling teringin nak pergi sky mirror tu.

    ReplyDelete
  29. Seronoknya, macam-macam aktiviti ada.
    Gambar akak yang takut kat kera tu memang rare la akak ^_^

    ReplyDelete
  30. Ruginya tak dapat join ke sana hari tu sb sakit waktu tu, banyak betul aktiviti boleh buat kat sana ya!
    Insaallah boleh lah nanti sis terjah ke sana

    ReplyDelete
  31. Lokasi ini tak beberapa jauh je dari rumah.. Kenkadang nak lari dari kehidupan kota... terus drive ke sana...

    Tapi kenkadang ke sana atas sebab nak makan Karipap Gergasi (Dulu dikenali sebagai Karipap King Kong

    ReplyDelete
  32. seronok betul beraktiviti bersama2 kan. meriah hehe

    ReplyDelete
  33. Bestnya akiviti macam ni. Dapat pulak bercuti di tempat yang menarik mcm ni. Memang best!

    ReplyDelete
  34. Tempatnya bagus sangat, nyaman dan terasa senyap. Sepertinya menjadi pilihan tepat bagi family yang nak holiday.

    ReplyDelete
  35. Satu lagi tempat santai yang dekat dan sesuai untuk percutian singkat terutamanya dihujung minggu.

    ReplyDelete
  36. love kuala selangor. this place look good and decent

    ReplyDelete
  37. Nice place for relaxation. I love the nature environment

    ReplyDelete
  38. Memang best konsep nature macam ini. Dah lama i tak pergi Kuala Selangor, mungkin kena singgah satu hari nanti.

    ReplyDelete
  39. Tempat ni takdelah jauh dari rumah tapi alahai kenapalah rasa sukar nak ke sana.. hehehe..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......