Friday, October 20, 2017

Bonding Time Mama & Anak Dara Ke Taman Eko Rimba KL

Minggu ni budak- budak sekolah bercuti 1 minggu sempena perayaan Deepavali kan...untung la jadi budak sekolah..Mak budak je tak cuti terpaksa kerja..tapi untuk Dania Mama eh gamble je apply cuti sehari untuk habiskan masa dengan dia. So Isnin lepas Dania ikut SA balik KL dan seharian dia habiskan masa dengan SA kat opis...sampai tertido- tido je dia..ingatkan memang Selasa tu nak bawak dia lepak opis je..tapi kawan- kawan cakap amik la cuti kak..kesian dia cuti tapi x kemana..apa je yang ada kat opis ni...so SA pun apply la cuti dan boss SA approve kan Isnin tu jugak...seronok Dania bila mama cakap mama cuti esoknya...

So petang Isnin dah cari dah mana tempat - tempat nak bawak Dania berjalan esoknya...salah satu tempat yang kami jumpa Taman Eko Rimba KL. Hutan Simpan di tengah bandar Kuala Lumpur.
Hutan Simpan Bukit Nenas merupakan sebuah sistem ekologi hutan dara silam yang tumbuh subur di kawasan seluas 10.5 hektar di Bukit Nenas, betul-betul di tengah bandar Kuala Lumpur. Ia diwartakan sebagai Hutan Simpan pada 1906 dengan itu menjadikannya sebagi hutan simpan tertua di Malaysia.


Papan tanda pertama SA jumpa masuk2 ke sini...SA masuk ikut pintu masuk berhadapan KL Tower


Tanda Arah..


Titian Silara..SA dan Dania decide ikut titian ini dulu..kami ingat hanya itu je Titian Silara ni..rupanya...sepanjang jalan adalah Titian Silara...seram- seram sejuk meniti..tapi tak tunjuk kat Dania..nanti kena kutuk...


Peta lokasi yang terdapat di setiap check point Titian Silara


Anak Dara SA teruja...


tengok la tu..ditinggalkan mamanya kat belakang


Nampak muka cuak tak?


Korang tengok la...tinggi kan...memang tak pandang bawah la kalau dah naik Titian Silara ni...cuak..


Dia yang suruh amik gambar dia cenggini...


SA pun tumpang sekaki...


yeayy...i'm free katanya....area ni canopy walk...berjurai2 peluh SA meniti tangga...nasib baik la banyak pit stop...memang semput dibuatnya..dia ok la muda lagi...


Ni masa kat atas


selfie berdua kat atas jugak...

Kami tak teroka semua bahagian...sebab terlalu penat..badan dah busuk dengan peluh...perlu cari tempat utnuk refresh semula..x pernah SA penat macam tu sekali walau baru- baru ni ada ikut Media Trip Kuala Selangor..kali ni memang SA kalah...nampak sangat jarang work out kan...lepas keluar tu kami terus ke KL Tower...eh...nampak benda baru la.....


Kuala Lumpur Upside Down House...Tarikan baru di KL...entry fee RM15 satu kepala ye...Puas pujuk Dania masuk sebab SA nak bergambar dalam ni...tak nak katanya sebab dia dah besar...masa tu ramai kanak- kanak tadika yang masuk...erm...lain kali la...

So Dania bergambar kat mercu tanda KL Tower ni je la sebagai kenangan...


Kami berdua terus naik ke KL Tower...jalan- jalan area tu...mini zoo tutup sebab renovation, pas tu kami decide nak naik KL Tower...sayangnya tak dapat gak naik sebab ramai giler pelancong dari Bangla dan India nak naik atas tu...beratur panjang which is kami berdua memang tak suka nak tempoh..so cancel naik...amik grab car terus ke Pavilion...

Hahaha..pi Pavilion sikit nyer dekat..tambang pun RM4 je...sampai situ sejukkan badan...orang pun tak ramai walau cuti sekolah...then kami tengok wayang....citer apa?

Mulanya nak tengok citer GeoStorm, tapi takde tayangan awal..then kebetulan ada citer The Foreigner, citer baru Jackie Chan...so tengok itu je la sebab tayangan pukul 12.20 tengahari....

Sambung next entry eh.....

36 comments:

  1. ingatkan adik tadi, dua2 comel

    ReplyDelete
  2. kalau mama ke sini maunya pancit juga hihi

    ReplyDelete
  3. Sekali sekala keluar berdua dengan anak dara memg seronok. Nak nak dia pun dah mcm kawan kita

    ReplyDelete
  4. Wah, mcm best je. Nnti boleh bwk bdk2 dtg sini.

    ReplyDelete
  5. Hehehehe taman Eko ni kita pernah pergi memang best kalau nak photoshoot kawasan masih hijau ditengah2 KL ni..

    ReplyDelete
  6. Menarik juga tempat nie... Boleh rancang untuk kesini masa cuti sekolah december nanti...

    ReplyDelete
  7. tak pernah sampai lagi.. bestnya kalau pi riadah sini kan kak..

    ReplyDelete
  8. Macam best jer ... Kalau gie, mesti pancit jgk nih, dengan anak kecik lagi ... Hold dulu lah ... Eko Rimba tu mmg free eak ? Upside Down tu kanak2 pun RM15 ?

    ReplyDelete
  9. Merecik peluh bestnya kak SA bonding time dengan dania. kena tunggu cik qilah besaq sikit kot baru boleh kalau tak naya kena dukung dia

    ReplyDelete
  10. Mother and daughter bonding session. I'm sure your daughter will love this.

    ReplyDelete
  11. memang seronok aktiviti begini kak.
    baru tahu pasal Eko Rimba ni, macam menarik je hehe

    ReplyDelete
  12. kalau nak ke sini naik public transport, nak turun kat mana ea?

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  13. sha yang umur 21 ni pun teringin nak masuk upside down, kenapa dania taknak masuk?? T.T bestnya luangkan waktu bersama. btw kak, novel dh sampai :>

    ReplyDelete
  14. macam adik dan kakak la....sweet sangat...

    ReplyDelete
  15. Menarik jugalah kat sini. Last time naik kanopi di Taman Negara. Bella pun suka juga aktiviti riadah macam ni but lately asyik takde masa je nak pergi. Huhu

    ReplyDelete
  16. Amboi jauh jugak.🤣 Sebelum ni nak pergi tapi kena pulak hari tu tutup ada cuti apa yer tak igt. Jadi tkr plan nak bas hop on off

    ReplyDelete
  17. tak pernah Sal terfikir nak ke sini bawak anak-anak. Tq sis SA share info..

    ReplyDelete
  18. wah seronoknya ada upside down tu..harga masuk pun macam okay nanti nak pergilah.. hehe

    ReplyDelete
  19. Taman Eko Rimba tuh sejengkal jer dengan tmpt kerja dulu tapi sekali pon tak pernah pergi..jeling jeling je..haha

    ReplyDelete
  20. macam best je.. boleh pergi nii. dekat sangat dengan opis!

    ReplyDelete
  21. Lama betul tak jalan2 KL. Banyak juga tempat menarik.

    ReplyDelete
  22. tak pernah lagi nak pergi taman eko rimba tu, teringin nak pergi. nanti nak ajak islam pergi la. hehe

    ReplyDelete
  23. Baru lepas pergi jalan-jalan kat sini ritu.. hhehe best nak bergambar kat sini...Buat photoshoot utk wedding pun okay

    ReplyDelete
  24. Bestnya kak...saya pun jenis gayat teramat sgt hehehe.

    ReplyDelete
  25. Cantik gak eco park tu kan... agaknya di area yg dulu ada cable car tu kan? Menara KL memang la selalu pwrgi tapi bila ada PC laa cuma rumah Terbalik tu blm terokai...

    ReplyDelete
  26. Alah bestnya, kalau tak sarat pregnant ni mau juga naik titian tu..

    ReplyDelete
  27. bonding timeee! yeahhh. bestnya kak..

    ReplyDelete
  28. Bestkan, cuma ada 3 entrance sahaja.
    Jauh juga dari stesen Monorel Bukit Nanas.

    ReplyDelete
  29. Bestnya. Dah lama tak jalan-jalan area KL. Panjang jugak titian silara tu.

    ReplyDelete
  30. Bestnya. Dah lama tak jalan-jalan area KL. Panjang jugak titian silara tu.

    ReplyDelete
  31. Seronoknya bonding time dengan anak dara..
    Baru tahu pasal taman rimba ini.. Menarik nie kalau ajak anak-anak ke sini..

    ReplyDelete
  32. besnya...dua2 tak pernah pegi lagi..msuk list!

    ReplyDelete
  33. Syioknyaa, lama tak naik jambatan camtuhh, cuak haruslah...tapi bila dah selamat rentas tu...puas betul kann

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah