Ayam Bakar Pasu Terlangkop Resepi Salai Abang Yusdey
Ahad lepas...SA bawak Mak Abah dan Dania lunch kat Telok Kemang Port Dickson. Saje nak cuba makan kat gerai Ayam Bakar Pasu Terlangkop Abang Yusdey yang viral baru- baru ni.Sebenarnya Ayam Bakar Pasu Terlangkop ni di usahakan oleh kawan sekolah SA..20 tahun tak jumpa kan...tau- tau dah jadi tauke besar dah...suka tengok kawan- kawan meniaga maju..SA tak tau pun kedai ni milik kawan sekolah Yusdey tu. Sebab tengok Majalah 3, baru la tau. Dah banyak kali nak singgah tapi asyik penuh je..terus singgah juga Ahad lepas sebab tak tau nak singgah makan kat mana lagi kan...Dania masa tu dah bising dah cuti sekolah tak kemana dan dah bosan duduk rumah.Haih cuti sekolah tengah bulan kan..mak pak semua tengah kering nak oii....sayang anak punya pasal layankan aje...
Landmark kedai ni di Telok Kemang, selepas Sekolah Kebangsaan Teluk Kemang dan berhadapan Balai Bomba kalau tak salah.. SA sampai je terus dapatkan meja kosong...suruh Mak Abah duduk situ sambil SA dan Dania beratur order makanan. Kena beratur? yesza...kat sini style Self Service baik untuk makanan mahupun minuman.Masa beratur ni la mencabar sikit sebab panas..pas tu ngan budak2 kecik menangis melalak walau mak ayah diorang dukung. Menangis takpe lagi..ada yang terjerit2...alahaiii....yang bawak beratur sekali kenapa..bagi la sesapa tolong jaga kejap...dengan cuaca panas lit lit sebab tepi pantai...mengundang api kemarahan tapi SA relaks je la..tengokkan aje...
Korang kalau nak singgah sini pastikan pi hari biasa sebab tak berapa ramai orang dan boleh makan dengan selesa..cuma SA nak cadangkan kepada owner sediakan beberapa kipas industry bawah khemah ni...kesian masing2 panas nak makan....
Ramai kan gara- gara Viral...Ayam bakar dijual murah seekor RM22 dan 1/2 ekor RM11
SA menunggu order
Ni sebenarnya order orang lain..hehehe...
Lauk sampingan yang turut dijual
1. Daging Salai Masak Lemak Cili Api
2. Ayam Salai Masak Lemak Cili Api
Mama dan Kakak Dania yang happy dapat makan kat luar
Lepas makan kami meneruskan perjalanan ke Pengkalan Balak, Kuala Sungai Baru..konon- konon nak pi cari ikan fresh...tapi memandangkan hari dah petang..memang takde la ikan..Abah siap bawak pancing tapi malas nak mancing sebab panas..tak tahan katanya...singgah beli tudung saji je..tudung saji memang cantik- cantik kat sini...masa kat sini ada insiden confused..giler punya confused..Abah beli tudung saji baru...harga tudung saji RM38..Abah cuba mintak kurang 2 hengget jadi RM36 budak yg jual tu cakap x boleh pakcik..kalau RM35 boleh...aik..SA pun confuse. Abah pun confuse...dh dia ckp macam tu bayar je la RM35..Kira rezeki kitorang la kan..SA terpaut hati kat rak bawang bertingkat tu ha...cantik kan?tapi harga tak cantik la....mahal RM60.
Abah pilih tudung saji
orang nak yang bulat dia kata nak yang lonjong...ikut la...
Lepas dah beli tudung saji, beli kupang 2 kg....terus balik Seremban...panas kan..tak tahan..sampai seremban dalam pukul 4 macam tu...Abah nak balik cepat sebab dia nak pi Mancing...sabar jer la...ada tujuan rupanya...panjang la muncung cucu kesayangan dia tu...then dia nak ikut mama balik KL plak...cuti panjang katanya bosan tak kemana...SA ikutkan aje la...kesian kat dia..asyik duduk rumah je kan...masa ni la nak luang masa dengan dia...SA pun last minute decide amik cuti Selasa...hehehe...sib baik bos ok...
Next entry SA citer part jenjalan KL.
kalau pegi nogori...toringat pulak kek..daging salai masak lemak..pergghh..sambil ratah ayam bakor pehhh..
ReplyDeletenanti bole try..terliur tgk....aritu ms p PD mkn nasi ayam cowboy panas gk tp kipas byk
ReplyDeleteBoleh masuk dalam list kalau ke PD semula. Nampak menarik sangat ayam bakar pasu ni.
ReplyDeleteperghhhh. bila nak belanja kc kak sa? hahahha
ReplyDeletenampak menarik ni. nanti ke PD boleh lah cuba kedai ni nanti :D
ReplyDeleteFatinamudz
Salam singgah :)
ReplyDeletehttps://messarah.blogspot.my/2017/10/hectic.html
asam pasu telangkop...hadoiii..macam-macam nama kan..yang penting sedap kan...hehe..
ReplyDeleteyuhuu... sedapnya SA,,, tang masak lemak tu menggiurkan...
ReplyDeleteUish..murah sungguh ayam goleknya. Cuaca sekarang memang panas. Pergi mana-mana pun rasa nak terbakar je.
ReplyDeleteKalau pergi NS boleh la try ni.
ReplyDeletewuhuuu...sedapnya nasi ayam telangkop ni...nak cuba lah nanti..tulah kalau panas,tak selesa nak makan kan...
ReplyDeleteBoleh singgah makan sini la next time ke PD.
ReplyDeletenmpk sedap ayam dia tu
ReplyDeleteKak Sue masa pergi bercuti ke PD, melilau cari tempat makan SA. Ada nampak Ayam Bakar Pasu Terlangkup nie, tapi tak singgah pun.. dok sibuk cari tempat makan lain. Last-last tutup tempat yang akak nak pergi tu.. huhuhu..
ReplyDeletefeveret betul daging salai masak lemak tu...
ReplyDeleteAyam ni mmg masak kt dlm pasu kan. Cikla pernah tgk kisah ayam ni kt majalah 3. Nanti bila2 g pd boleh singgah try rasa...
ReplyDeleteSaya yg kampung kt Telok Kemang pun tak pernah makan kat sini kak. Kalau pergi rumah nenek memang selalu nampak sebab nak pergi rumah nenek masuk simpang sebelah balai bomba tuh hah. Tapi memang selalu ramai orang makan kt kedai dia. Macam saya sekluarga suka makan dekat Gerai Ayam Bakar Station batu 11
ReplyDeletePernah jgk nak singgah sini, tapi tak jadi, penuh, terlalu ramai & terlalu panas ... Dah ler atap zink ... Tak sanggup nak menunggu dengan anak2, dah ler perut dah lapar sangat ...
ReplyDeleteBeratuq kauuu! Boleh cuba try test makan kat sini nanti. Tempting ngattt!
ReplyDeleteUi masak lemak cili padi. Fuh~ kesat peluh dan perut baca entri kak SA subuh-subuh ni. Lapar. Ayam terlangkup Lin tak pernah try lagi, juicy tak?
ReplyDelete#TheRealBloggerMak