Tuesday, October 31, 2017

Lunch Treats At Dolly Dim Sum NuSentral

Hi korang...

Sapa suka makan Dim Sum...haaaa...boleh belaanja SA plak lepas ni..ngeh..ngeh..ngeh..SA memang dari dulu suka makan Dim Sum dan yang pastinya yang Halal la kan? Ada je banyak tempat atau restoran yang jual Dim Sum halal...semua jenis Dim Sum kat Dolly Dim Sum NuSentral ni memang awesome...memang sedap...boss SA pun selalu je bawak kami satu department makan kat sini...cuma bila ada boss tu makan agak behave la kan...pada SA better pi makan Dim Sum dengan kawan- kawan yang sangat pemakan...kalau jenis perut kecik macam SA ni buat rugi je bawak..hahaha...SA perut kecik ke?ye la..SA cepat kenyang.....x sampai lagi hidangan ke 5 ke 6 kan..SA dah surrender...yer la..setiap hidangan di hidang panas..memang laju je la masuk mulut...

Jom tengok gambar semalam...SA makan kat Dolly Dim Sum ni sebab kawan opis belanja sempena birhday dia Jumaat lepas...ni memang geng sarapan dan makan SA kat opis sekarang...thanks Safiyyah belanja kami makan...


Makan kat sini kena datang awal, kalau tak jadi macam ni...beratur tunggu tempat..tapi tak la lama pun...


Safiyyah tengah order menu apa nak makan...kami bertiga sebulat suara serahkan pada yang tukang belanja


Nampak...nampak tak semua meja penuh...


Nah...antara Menu yang ada..terpampang kat dinding


Yeay...kita lunch Dim Sum......


Air SA Watermelon Juice


Usah di tanya nama ye...ngap sudah...kami berempat..dia hantar 3 je..so kena la pandai2 bahagi dan potong 2


Ni pun tak tau nama...ini la masalahnya bila orang yang belanja pilih....resit sure dia tak bagi tgok..so x tau la nama menu ni..tapi SEDAPPPP!!!!!


Pau ni pun sedap...tapi hati2 makan sebab panas..kang melecur plak lidah


Baked Mini Egg Tart


Bak Choy apa ntah...nampak tak yang hirisan macam bawang tu...itu bukan bawang ye...itu sotong kering yang di goreng garing...giler sedap..


Candid time........sorry korang...hahaha...

Selfie dengan yang tukang belanja....

Sebenarnyaaaaa......

Sebenarnya banyak menu...tapi sebab ianya bertalu- talu sampai kat meja..so SA tak sempat nak amik smeua gambar..nak plak masing2 dah start makan...malas nak tunggu lagi...cukup la beberapa gambar...menu selepas2 tu semua best..ada Chee Chong Fun yang dalamnya ada udang...ada nasi goreng butter la...SA memang dah surrender bila last dishes sampai...bagi je diorang makan..Egg Custard Bun..masing2 perut dah penuh tapi paksa SA makan...memang tak la..SA memang surrender...perut i kecik uolls...hahahaha....sebenarnya takut gemuk....

Makan Dim Sum bleh gemuk ke SA oiii....

SA memang scary dengan berat badan ni...selagi tak cecah 52kg selagi tu risau....sekarang berat badan dah tinggal 56kg dari 58kg....haih...nak naik berat bukan main senang lagi...nak turun sikit punya payah....bengang je.....

Dua Beranak Yang Kuat Makan....

Hi korang...

Tengah belek- belek handphone terjumpa plak beberapa keping gambar yang blom share...so dari takde cerita meh la kita share skit..hahaha...dua beranak ni kan...pergi mana- mana pun memang akan lebih pada makan..makan..dan makan...jalan kejap pas tu sibuk nak makan...especially anak dara sorang tu ha...dah makan pun akan rasa lapar gak lagi...pelik betul...tau la tengah membesar...bila dia asyik makan mama pun sama akan makan...bila mama makan masalah utama adalah...berat badan akan naik...aduhaiiiii.....macam dia memang tak naik la berat badan kan..sekeping jer...


Masa tunggu MRT


Sempat dia selfie kat opis mama


Pose ke 2


Tak ingat nama makanan ni

Mee goreng mamak mahal RM19

Kalau makan mee goreng mamak kat kedai mamak lagi bagus..murah pun murah kan..hahaha..tapi tu la sesekali...udang eh bosar2 tu ha...sepinggan RM19..makan kat mana ni?makan kat Chilli's Espresso..kat mana Chilli's Espresso ni?Kat NuSentral uolls.....sebenarnya SA happy sangat..walau bulan lepas agak kronik kewangan..dalam masa sama treat anak dara..SA puas hati sangat...ye la..SA kerja selama ni pun bukan untuk diri SA sendiri...dah tentu- tentu untuk anak dara tu...moga rezeki SA akan datang lebih murah...amin.....

Monday, October 30, 2017

De Palma Eco Resort Kuala Selangor Menawarkan Konsep Percutian Kembali Ke Alam Semulajadi

Hi korang..

Konsep kembali ke alam semula jadi membawa percutian di  De Palma Eco Resort Kuala Selangor ke kehidupan dalam suasana santai yang nostalgia di kawasan pedalaman. Pada masa kini, orang ramai menjalani kehidupan yang sibuk, kompleks dan konsep tempat percutian resort semakin menarik perhatian ramai ketika ini. De Palma Eco Resort Kuala Selangor sentiasa menekankan privasi dan pengalaman bercuti sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Ia akan menghidupkan semula kegembiraan dan pengalaman yang jarang dinikmati masa kini.20 tahun dulu alam semulajadi Malaysia sangat indah namun disebabkan arus kemodenan jarang tempat- tempat yang menampilkan keindahan alam semulajadi menjadi pilihan..

Bagi memperkenalkan percutian santai dan memperkenalkan keindahan alam semulajadi De Palma Eco Resort Kuala Selangor mampu memberikan pengalaman indah buat anda semua. Terletak di tepi tebing Sungai Selangor, De Palma Eco Resort Kuala Selangor menawarkan ketenangan dan resort menekankan suasana santai yang pasti akan membawa anda ke dunia yang berbeza. Resort ini terletak di bandar Kuala Selangor dan hanya satu jam memandu dari Lembah Klang. SA sendiri teruja semasa mengikuti rombongan bloggers bersama media kerana kiri kanan perjalanan dihidangkan dengan alam semulajadi yang tenang berbanding sebelum ini mata di hidangkan dengan hutan - hutan batu.


Disapa mesra kakitangan terlatih Resort

Resort, Chalet & Villa.

De Palma Eco Resort Kuala Selangor menawarkan 48 chalet dan 12 vila untuk dipilih, tetamu akan merasa seperti tinggal di rumah yang selesa di resort. Semua bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, TV warna atau TV plasma, bar mini di suite, telefon dan tentu saja Al-Quran, dan tikar sejadah  di bilik-bilik Islam khas khusus kami. Nikmati pancuran mandian air panas dan sejuk di bilik mandi bersaiz penuh yang dilengkapi dengan sinki dan ruang kaunter yang luas. Resort yang mengutamakan syariah compliance memang menjadi pilihan segenap lapisan masyarakat yang beragama islam.

Jom ikut SA tengok chalet dimana SA bermalam selama 3 hari 2 malam.. SA menginap di Villa Superior iaitu katil Queen + Twin. Bilik ini sesuai untuk Family 4 orang...












Resort Facilities & Services

  1. Surau with Imam
  2. Kolam renang
  3. Safe deposit boxes
  4. Laundry Services
  5. Internet Access ( Lobby only)
  6. Shuttle Services 
  7. City Tour ( Upon Request)
  8. Major Credit Cards Accepted

Restaurant

Rumbia Restaurant boleh memuatkan sekurang- kurangnya 150 orang dalam satu masa dan dibuka setiap hari dari pukul 7.00 pagi sehingga 10.00 malam.Restauran menawarkan pelbagai masakan tempatan dan hidangan barat. Pihak De Palma Eco Resort juga sedia menyediakan majlis makan malam mengikut konsep yang dikehendaki pelanggan tetapi haruslah di maklumkan awal.




Fitness & Wellness Activities

  1. Horse Riding
  2. Cycling
  3. Badminton
  4. Volley Ball
  5. Zumba
  6. Team Building Jungle Trekking
  7. Telematch





Tempat-Tempat Yang Menarik Di Boleh Dilawati Sekitar De Palma Eco Resort Kuala Selangor

1. Bukit Malawati



Altingsburg Lighthouse


Monkey feeding


Batu Hampar


Meriam Penggawa

2. Kelip - Kelip Kampung Kuantan

Buat pertama kalinya SA berpeluang melihat kelip- kelip depan mata, sayangnya SA tak bawa kamera canggih untuk SA abadikan kenangan bersama kelip- kelip..guna kamera handphone memang tak akan nampak...walaupun buat video..sedihkan..tapi takpe..sekurang- kurangnya SA dah berjaya melihat kelip- kelip yang cantik..sememangnya kelip- kelip merupakan khazanah yang tidak ternilai sebab itu pelancong atau rakyat Malaysia di seru untuk melindungi kelip- kelip.




3. Salar De Uyuni Of Malaysia ( Sky Mirror )

Sky Mirror merupakan tarikan terbaru di Kuala Selangor yang terletak kira- kira 40 minit perjalanan dari Pekan Lama Kuala Selangor. Sky Mirror di Kuala Selangor ini di beri gelaran Salar De Uyuni Malaysia. Siapa Jangka "Pulau Misteri" ini yang ditemui oleh penduduk tempatan menjadi tarikan terbaru sebagai tempat pelangoan di Kuala Selangor kepada peminat fotografi

Kawasan beting pasir yang turut berdekatan dengan Pulau Angsa ini menjadi tular kepada pelancong dari dalam dan luar negara mengenai keunikkan fenomena Salar De Uyuni ini iaitu pantulan imej seakan- akan refleksi cermin seperti di negara Bolivia yang ahanya berlaku setiap awal tiga hari dan lima hari di penghujung kalendar Lunar Cina.

Harga RM80/pax  - 0193809722




4. Taman Alam Kuala Selangor

Taman Alam Kuala Selangor adalah syurga untuk pelbagai flora dan fauna serta  terdiri daripada lebih 200 hektar tanah pantai di mana sebahagian besarnya adalah paya bakau dan sangat sesuai untuk pelajar universiti yang membuat kajian serta sesuai untuk pencinta alam

Taman Alam ini mempunyai lebih daripada 800 ekar habitat yang berbeza termasuk hutan sekunder, muara sungai berlumpur dan tasik payau yang dihuni oleh haiwan lembap.

Mempunyai lebih daripada 150 spesies burung, 100,000 burung yang ditakluki terdiri daripada 30 spesies yang berhijrah ke sini pada aktivi penghijrahan tahunan mereka. Oleh itu, mengenali dan melihat species burung adalah salah satu aktiviti yang menarik di Taman Alam Kuala Selangor.

Terdapat empat jejak untuk dilihat untuk melihat hidupan liar iaitu Egret Trail (550 meter), Pangolin Trail (1km), Bund Pantai (1.7km) dan Langur Trail (1.1km) masing-masing selama kira-kira 30 minit, 50 minit, 2 jam dan 2.5 jam perjalanan.

Waktu Operasi:
Harian: 9.00 pagi - 6.00 malam

Kadar Bayaran:
RM4 untuk Dewasa,
RM1 untuk Kanak-kanak (di bawah umur 17 tahun)
RM 2 untuk Warga Emas (melebihi 60 tahun)






Lain -lain kenangan SA dan kawan- kawan bloggers untuk trip kali ini...pengalaman yang sangat menarik yang tidak mungkin dilupakan...yang penting ada banyak aktiviti menarik yang korang boleh buat di Kuala Selangor. Antaranya boleh melawat Perigi Beracun, Makam Anak Dara, Pasir Penambang, Muzium Bersejarah dan banyak lagi..dengan menjadikan De Palma Eco Resort Kuala Selangor sebagai tempat penginapan korang akan dapat melawati tempat- tempat menarik di sekitar Kuala Selangor...


SA dan rakan- rakan bloggers sebelum meneruskan perjalanan ke Sky Mirror..


Aksi acah- acah berani dari SA ..Silver Leafed Monkey tu sebenarnya aimed handphone SA...ye i ngaku i ni penakut....


Berjaya merakamkan aksi monyet merampas air kotak...bukan main lagi dia minum tanpa hiraukan SA amik gambar dia...


beribu pose yang dirakam di Sky Mirror


Pemandangan di kiri kanan jalan


Pekan Lama Kuala Selangor


Pokok yang berusia beribu tahun di dalam Resort...cantik untuk dirakam peminat photography, psst...buat pre wedding shooting pun cantik ni


Antara Chalet- chalet yang ada




Sebenarnya banyak lagi gambar- gambar kenangan yang ingin SA kongsikan tetapi SA nak korang sendiri menikmati keindahan alam ini.. So....apa tunggu lagi korang......jom la menginap dan rancang percutian anda di De Palma Eco Resort Kuala Selangor. Sesekali lari dari hiruk pikuk bandaraya dan kota metropolitan dan menikmati udara segar alam semulajadi yang mampu memberi ketenangan. Kenalkan alam semulajadi kepada anak - anak kita kerana mereka lah pewaris kita yang harus mengekalkan keindahan alam semulajadi. Semoga keindahan alam kita tidak dicemari oleh arus kemodenan..

SA sangat - sangat rekomen korang menginap di sini...

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

website : www.depalmahotel.com
Intagram : www.instagram.com/depalmahotels
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Dpalma-Hotel-Kuala-Selangor/1690609594574133
Tel : 03-3289 7070