Hi korang..
Konsep kembali ke alam semula jadi membawa percutian di De Palma Eco Resort Kuala Selangor ke kehidupan dalam suasana santai yang nostalgia di kawasan pedalaman. Pada masa kini, orang ramai menjalani kehidupan yang sibuk, kompleks dan konsep tempat percutian resort semakin menarik perhatian ramai ketika ini. De Palma Eco Resort Kuala Selangor sentiasa menekankan privasi dan pengalaman bercuti sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Ia akan menghidupkan semula kegembiraan dan pengalaman yang jarang dinikmati masa kini.20 tahun dulu alam semulajadi Malaysia sangat indah namun disebabkan arus kemodenan jarang tempat- tempat yang menampilkan keindahan alam semulajadi menjadi pilihan..
Bagi memperkenalkan percutian santai dan memperkenalkan keindahan alam semulajadi De Palma Eco Resort Kuala Selangor mampu memberikan pengalaman indah buat anda semua. Terletak di tepi tebing Sungai Selangor, De Palma Eco Resort Kuala Selangor menawarkan ketenangan dan resort menekankan suasana santai yang pasti akan membawa anda ke dunia yang berbeza. Resort ini terletak di bandar Kuala Selangor dan hanya satu jam memandu dari Lembah Klang. SA sendiri teruja semasa mengikuti rombongan bloggers bersama media kerana kiri kanan perjalanan dihidangkan dengan alam semulajadi yang tenang berbanding sebelum ini mata di hidangkan dengan hutan - hutan batu.
Disapa mesra kakitangan terlatih Resort
Resort, Chalet & Villa.
De Palma Eco Resort Kuala Selangor menawarkan 48 chalet dan 12 vila untuk dipilih, tetamu akan merasa seperti tinggal di rumah yang selesa di resort. Semua bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, TV warna atau TV plasma, bar mini di suite, telefon dan tentu saja Al-Quran, dan tikar sejadah di bilik-bilik Islam khas khusus kami. Nikmati pancuran mandian air panas dan sejuk di bilik mandi bersaiz penuh yang dilengkapi dengan sinki dan ruang kaunter yang luas. Resort yang mengutamakan syariah compliance memang menjadi pilihan segenap lapisan masyarakat yang beragama islam.
Jom ikut SA tengok chalet dimana SA bermalam selama 3 hari 2 malam.. SA menginap di Villa Superior iaitu katil Queen + Twin. Bilik ini sesuai untuk Family 4 orang...
Resort Facilities & Services
- Surau with Imam
- Kolam renang
- Safe deposit boxes
- Laundry Services
- Internet Access ( Lobby only)
- Shuttle Services
- City Tour ( Upon Request)
- Major Credit Cards Accepted
Restaurant
Rumbia Restaurant boleh memuatkan sekurang- kurangnya 150 orang dalam satu masa dan dibuka setiap hari dari pukul 7.00 pagi sehingga 10.00 malam.Restauran menawarkan pelbagai masakan tempatan dan hidangan barat. Pihak De Palma Eco Resort juga sedia menyediakan majlis makan malam mengikut konsep yang dikehendaki pelanggan tetapi haruslah di maklumkan awal.
Fitness & Wellness Activities
- Horse Riding
- Cycling
- Badminton
- Volley Ball
- Zumba
- Team Building Jungle Trekking
- Telematch
Tempat-Tempat Yang Menarik Di Boleh Dilawati Sekitar De Palma Eco Resort Kuala Selangor
1. Bukit Malawati
Altingsburg Lighthouse
Monkey feeding
Batu Hampar
Meriam Penggawa
2. Kelip - Kelip Kampung Kuantan
Buat pertama kalinya SA berpeluang melihat kelip- kelip depan mata, sayangnya SA tak bawa kamera canggih untuk SA abadikan kenangan bersama kelip- kelip..guna kamera handphone memang tak akan nampak...walaupun buat video..sedihkan..tapi takpe..sekurang- kurangnya SA dah berjaya melihat kelip- kelip yang cantik..sememangnya kelip- kelip merupakan khazanah yang tidak ternilai sebab itu pelancong atau rakyat Malaysia di seru untuk melindungi kelip- kelip.
3. Salar De Uyuni Of Malaysia ( Sky Mirror )
Sky Mirror merupakan tarikan terbaru di Kuala Selangor yang terletak kira- kira 40 minit perjalanan dari Pekan Lama Kuala Selangor. Sky Mirror di Kuala Selangor ini di beri gelaran Salar De Uyuni Malaysia. Siapa Jangka "Pulau Misteri" ini yang ditemui oleh penduduk tempatan menjadi tarikan terbaru sebagai tempat pelangoan di Kuala Selangor kepada peminat fotografi
Kawasan beting pasir yang turut berdekatan dengan Pulau Angsa ini menjadi tular kepada pelancong dari dalam dan luar negara mengenai keunikkan fenomena Salar De Uyuni ini iaitu pantulan imej seakan- akan refleksi cermin seperti di negara Bolivia yang ahanya berlaku setiap awal tiga hari dan lima hari di penghujung kalendar Lunar Cina.
Harga RM80/pax - 0193809722
4. Taman Alam Kuala Selangor
Taman Alam Kuala Selangor adalah syurga untuk pelbagai flora dan fauna serta terdiri daripada lebih 200 hektar tanah pantai di mana sebahagian besarnya adalah paya bakau dan sangat sesuai untuk pelajar universiti yang membuat kajian serta sesuai untuk pencinta alam
Taman Alam ini mempunyai lebih daripada 800 ekar habitat yang berbeza termasuk hutan sekunder, muara sungai berlumpur dan tasik payau yang dihuni oleh haiwan lembap.
Mempunyai lebih daripada 150 spesies burung, 100,000 burung yang ditakluki terdiri daripada 30 spesies yang berhijrah ke sini pada aktivi penghijrahan tahunan mereka. Oleh itu, mengenali dan melihat species burung adalah salah satu aktiviti yang menarik di Taman Alam Kuala Selangor.
Terdapat empat jejak untuk dilihat untuk melihat hidupan liar iaitu Egret Trail (550 meter), Pangolin Trail (1km), Bund Pantai (1.7km) dan Langur Trail (1.1km) masing-masing selama kira-kira 30 minit, 50 minit, 2 jam dan 2.5 jam perjalanan.
Waktu Operasi:
Harian: 9.00 pagi - 6.00 malam
Kadar Bayaran:
RM4 untuk Dewasa,
RM1 untuk Kanak-kanak (di bawah umur 17 tahun)
RM 2 untuk Warga Emas (melebihi 60 tahun)
Lain -lain kenangan SA dan kawan- kawan bloggers untuk trip kali ini...pengalaman yang sangat menarik yang tidak mungkin dilupakan...yang penting ada banyak aktiviti menarik yang korang boleh buat di Kuala Selangor. Antaranya boleh melawat Perigi Beracun, Makam Anak Dara, Pasir Penambang, Muzium Bersejarah dan banyak lagi..dengan menjadikan De Palma Eco Resort Kuala Selangor sebagai tempat penginapan korang akan dapat melawati tempat- tempat menarik di sekitar Kuala Selangor...
SA dan rakan- rakan bloggers sebelum meneruskan perjalanan ke Sky Mirror..
Aksi acah- acah berani dari SA ..Silver Leafed Monkey tu sebenarnya aimed handphone SA...ye i ngaku i ni penakut....
Berjaya merakamkan aksi monyet merampas air kotak...bukan main lagi dia minum tanpa hiraukan SA amik gambar dia...
beribu pose yang dirakam di Sky Mirror
Pemandangan di kiri kanan jalan
Pekan Lama Kuala Selangor
Pokok yang berusia beribu tahun di dalam Resort...cantik untuk dirakam peminat photography, psst...buat pre wedding shooting pun cantik ni
Antara Chalet- chalet yang ada
Sebenarnya banyak lagi gambar- gambar kenangan yang ingin SA kongsikan tetapi SA nak korang sendiri menikmati keindahan alam ini.. So....apa tunggu lagi korang......jom la menginap dan rancang percutian anda di De Palma Eco Resort Kuala Selangor. Sesekali lari dari hiruk pikuk bandaraya dan kota metropolitan dan menikmati udara segar alam semulajadi yang mampu memberi ketenangan. Kenalkan alam semulajadi kepada anak - anak kita kerana mereka lah pewaris kita yang harus mengekalkan keindahan alam semulajadi. Semoga keindahan alam kita tidak dicemari oleh arus kemodenan..
SA sangat - sangat rekomen korang menginap di sini...
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
website :
www.depalmahotel.com
Intagram :
www.instagram.com/depalmahotels
Facebook :
https://www.facebook.com/pages/Dpalma-Hotel-Kuala-Selangor/1690609594574133
Tel : 03-3289 7070