gambar sumber google.com
Ketahui risiko diabetes anda.
Adalah lebih baik untuk mengesan dari awal dan mulakan sebarang langkah pencegahan untuk melengahkan permulaan diabetes.
Makan secara sihat.
Amalkan diet sihat yang seimbang, sederhana dan pelbagai. Kurangkan jumlah karbohidrat, lemak (terutama lemak tepu), gula, dan garam dalam diet anda. Ambil lebih buah, sayur dan makanan tinggi serat.
Berhenti merokok.
Perokok mempunyai risiko lebih tinggi terhadap diabetes berbanding mereka yang tidak merokok
Jika anda minum alkohol, hadkan pengambilannya.
Alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan berlebihan berat badan, seterusnya menyebabkan diabetes. Alkohol juga meningkatkan risiko anda terhadap tekanan darah tinggi dan paras trigliserida anda.
Kawal berat badan anda.
Kekalkan berat badan yang sihat atau berusaha untuk mengurangkan berat badan. Pengurangan berat badan sebanyak 5 hingga 10% akan membantu mengurangkan risiko anda terhadap diabetes (dan penyakit lain yang berkaitan).
Kekal aktif setiap hari.
Ini membantu anda mengawal berat badan, mengurangkan paras glukosa darah, dan juga boleh memperbaiki tekanan darah dan paras kolesterol anda.
Buat pemeriksaan kesihatan secara tetap.
Apabila umur anda semakin meningkat, lakukan pemeriksaan berat badan, paras glukosa darah, tekanan darah, dan paras kolesterol darah setiap tahun
Terima kasih SA..panduan berguna..lebih-lebih bila mak ayah ada diabetes..ada sesetengah Dr cakap keturunan..ada Dr lain yang cakap tak semestinya kerana semua bergantung corak hidup kita.Apa2 pun kita usaha dan doa..
ReplyDeletemakin berumur ni makin kene lebih jaga kesihatan...huhu
ReplyDeletediabetes ni dalam diam...tapi, kena check selalu
ReplyDeleteBila dah berumur ni lagilah kena jaga makan dan minum.
ReplyDeletealhamdulillah, saya sudah berhenti merokok, karena sadar bahwa kesehatan itu penting apalagi untuk diri kita dan keluarga :)
ReplyDeletebetul tu SA...dalam umur 30++ ni kena jaga pemakanan kita...kalau boleh tak nak lah kena diabetes
ReplyDeleteBagus info ni. Berguna untuk semua orang tak kita tua atau muda
ReplyDeleteJom kak diet. Makan pok choy.hehe. bella malam tadi makan sayur lemak memalam buta. Btw, sekarang memang kena jaga kesihatan baya-baya kita ni. Makan juga supplement tapi tak istoqomah la pulak. Tq atas panduan.
ReplyDeleteAlhamdulilah, setiap 6 bulan saya memang akan menjalani pemeriksaan kesihatan dan memang saya bersenam juga.
ReplyDeleteGood tips. Suami cikla pun ada diabetes..
ReplyDeleteGood tips! Can also take lady's finger. Cut half and soak in cut of water overnight, next morning remove the lady's finger or chop it up... drink the water and eat the raw lady's finger if can.
ReplyDeleteYelah kan.... dah semakin tua ni kena jaga berat badan ideal untuk kesihatan. Takut jugak . Mcm mcm penyakit sekarang ni
ReplyDeleteTips yg berguna. Bahaya betul penyakit diabetes ni. Risau
ReplyDeleteTakutnya bila dengar tentang penyakit ini.. dup dap je rasa hati nie.
ReplyDeleteBukan sahaja kencing manis...
ReplyDeletesemua penyakit kita takut...
Tu la kesihatan ni mmg kena jaga dari awal,kalau dah kena baru nak jaga hurmmm mmg payah la,skrg pun hari2 kena bebel ngan en somi suh kurangkan gula dlm makanan dan minuman huhuuu
ReplyDeleteMuda-muda Pon boleh kena diabetes ni. Jadi hati-hati semua. Penyakit Tak kenal umur dah sekarang
ReplyDeletenice sharing akakk..
ReplyDeletepaling pemakanan tu memang kena jaga..manis-manis tolak tepi.
ReplyDeletebetul tu kak, kita berhati-hati part ni. Alhamdulillah dari segi genetik, mak ayah tak ada masalah. tapi kena sentiasa berjaga!
ReplyDeleteThanks for sharing SA. Makin berumur ni makin kena jaga makan.
ReplyDeleteYang penting kena jaga pemakanan
ReplyDeletethanks for sharing kak SA
ReplyDeleteUyul Rosli | AFBdotmy & JDTBlogger
keturunan aida ramai diabetes.
ReplyDeleteaida da start jaga dari skang ni, SA.
cegah sebelum parah.
medical check up semua ok so far. alhamdulillah...
Paling penting.. kekal aktif setiap hari.. fikir positif, kuatkan semangat. Itulah yang ai cuba lakukan sekarang ni SA..
ReplyDelete