Saturday, September 30, 2017

Rajin Sedekah Bawa Rezeki..

Sedekah memiliki pelbagai cara dan tidak semestinya dengan harta. Tidak semestinya dengan wang. Tidak perlu menunggu kaya kerana orang papa juga boleh bersedekah. Rajin - rajinkan bersedekah kerana sedekah amalan yang mulia....

gambar sumber google


Ajaibnya Bersedekah!

Semakin Bersedekah Semakin Kaya!

Kepentingan BerSEDEKAH:


1) SEDEKAH merupakan Pembersih Jiwa: Fikiran kita akan sentiasa tenang kerana 'kolam' kita senantiasa bersih.

2) SEDEKAH boleh menghindarkan seseorang drp ditimpa musibah. Tuhan mencipta dinding yg melindungi kita dr segala kejahatan tanpa kita sedari.

3)SEDEKAH itu menambahkan dan memberkati rezeki kita. Pendapatan, bantuan, wang akan sampai pada kita dgn mudah.

4) SEDEKAH dgn Ikhlas memastikan Rezeki kita berterusan, hidup dilimpahi kebaikan dan harta kita berlipat-ganda tanpa disedari.

Sesiapa sahaja yang sentiasa berSEDEKAH dgn ikhlas, Tuhan akan melepaskan kita dari sebarang kesukaran dan mempermudahkan urusan kita.

Maka, janganlah ragu-ragu setiap kali berjumpa dengan kesempatan untuk berSEDEKAH.

Jom bersedekah !

Paling penting ajar, didik anak-anak kita untuk bersedekah...tak kira la pada orang buta atau pada sesiapapun yang diluar kemampuan...SA kalau pergi pasar malam..nampak peminta sedekah confirm suruh dania masukkan sedikit duit..tak banyak sikit dah cukup untuk kita didik anak kita..tak kisah la mereka datang dengan sindiket ke apa ke..itu tolak ketepi..itu antara dia dan tuhan...

9 comments:

  1. T.kasih S.A.... Nice sharing. Insyaallah. Sama2 kita mengerjakannya

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya, bila kita ikhlas bersedekah, kita akan rasa satu kepuasan yang tak tergambar dengan kata-kata... :)

    ReplyDelete
  3. sedekah biarlah ikhlas. InshaAllah Allah memberikan ganjarannya

    ReplyDelete
  4. in sya allah utk
    masa depan di akhirat sana

    ReplyDelete
  5. biar kecik nilainya asalkan ikhlas😊 thnkyou for sharing SA

    ReplyDelete
  6. Besar hikmah bila bersedekah nih

    ReplyDelete
  7. Semakin banyak sedekah semakin bertambah rezeki, malah berlipat kali ganda

    ReplyDelete
  8. Tak banyak, sikit asalkan ikhlas dari hati.. ;)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......