Sunday, September 10, 2017

Pasar Besar seremban Terbakar

Pasar Besar Seremban merupakan nostalgia dimana di sini la masyarakat Seremban membeli keperluan harian..berpuluh-puluh tahun para peniaga berniaga disini kini ianya musnah terbakar. Walaupun tidak memusnahkan bahagian bawah dimana barangan keperluan harian di jual tetapi ianya tetap memberi impak yang cukup besar buat peniaga dan masyarakat di Seremban yang sepenuhnya bergantung dengan Pasar Besar Seremban.Bukan tiada pasar lain tetapi ianya tidak sama.

Nampaknya SA kena la beralih ke Pasar Ampangan buat sementara waktu, cuma pasar yang ni agak kecil berbanding pasar Besar Seremban dan tak banyak pilihan...semoga Pasar Besar Seremban pulih kembali....






SEREMBAN: Pasar Besar Seremban yang terletak di Jalan Tun Dr Ismail di pusat bandar ini terbakar jam 7.30 malam tadi.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya yang menerima laporan kebakaran pada jam 7.36 malam, menghantar enam jentera dengan 30 pegawai serta anggota ke lokasi untuk memadamkan api.

Sehingga jam 8.40 malam ini, kira-kira 80 peratus tingkat satu bangunan itu musnah dan bomba masih berusaha memadamkan kebakaran.

"Kami berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke bangunan lain, namun belum dapat memastikan sama ada terdapat mangsa dalam kejadian ini," katanya

Sumber Berita Harian Online.

11 comments:

  1. Allah.. Semoga semuanya selamat..

    ReplyDelete
  2. Ada juga terbaca berita nie semalam kat FB.. semoga semuanya selamat lah ya..

    ReplyDelete
  3. yaallah kesian nya...moga xde apa yang serious

    ReplyDelete
  4. Masa dpt berita pasar besar seremban terbakar terkejut gak saya kak

    ReplyDelete
  5. Masa dapat berita pasar besar seremban terbakar saya pun terkejut kak

    ReplyDelete
  6. Masa dapat berita pasar besar seremban terbakar saya pun terkejut kak

    ReplyDelete
  7. Allahu akbar! Habis terbakar tingkat 1 tu. Saya ni baru aje tahu. Kalau tak datang ke sini, memang takda baca pun berita dua, tiga hari ni.

    ReplyDelete
  8. Allah, seriau dengar pasal terbakar ni huhu

    ReplyDelete
  9. Kita sedih melihatnya.
    Mereka yang mengalaminya pasti lagi teruk.
    Moga mereka kuat dengan ujian itu.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......