ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan ..Belaian Menawan Sepanjang Hari!
Fakta lazim yang sememangnya diketahui umum bahawa pengambilan 8 hingga 10 gelas air sehari dapat memastikan badan kita mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk berfungsi. Tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa hanya dengan meminum air tidak mencukupi untuk meningkatkan penghidratan pada kulit. Kulit yang mengalami dehidrasi akan menjadi kusam dan boleh membawa kepada masalah kulit yang lain seperti kegatalan dan alahan.
Ramai wanita termasuklah suri rumah yang perlu berhadapan dengan kerja-kerja mencuci atau atau yang terdedah pada persekitaran yang berhawa dingin, akan cenderung mengalami kulit kering. Penggunaan losyen tangan dan badan boleh mengekalkan hidrasi kulit, namun memerlukan pengaplikasian semula beberapa kali sehari agar kelembapan sepanjang hari.
Losyen baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan yang
dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih, dan minyak zaitun menawarkan
losyen untuk wanita yang sibuk dengan tugasan, agar kulit mereka kekal lembap,
muda dan berseri sepanjang hari hanya dengan penggunaan sekali dalam sehari.
Air Mawar merupakan bahan semula jadi yang menyubur dan menghidratkan kulit. Ekstrak Lily Putih pula kaya dengan
asid amino dan mineral manakala Minyak Zaitun pula sememangnya terbukti dengan
manfaatnya dalam mengekalkan kecantikan kulit. Gabungan ketiga-tiga bahan semula
jadi yang istimewa ini bekerja untuk meresap jauh ke dalam kulit agar dapat
memelihara, melembap, dan menyuburkan kulit agar tangan dan badan kekal lembut,
licin dan awet muda!
Telah terbukti
secara klinikal bahawa hanya dengan sekali penggunaan ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan, kulit dapat menikmati
pelembapan segera dan penghidratan sehingga 24 jam. Ia membekalkan kelembapan
serta tekstur yang selesa pada kulit ENCHANTEUR
24H Moist Losyen Haruman Badan adalah berasaskan air dan tidak meninggalkan
rasa berminyak dan melekit pada tangan mahupun badan.
Sebagai pakar dalam produk penjagaan peribadi dengan wangian, ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan ini turut disulami dengan wangian inspirasi Perancis ENCHANTEUR yang mampu menyemarakkan dan menghidupkan semula detik romantis. ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan mengekalkan kulit tangan dan badan anda sihat dan sehalus sutera manakala wangian ENCHANTEUR yang tahan lama meningkatkan daya penarik anda.
ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan menawarkan 3 variasi: Charming, Romantic, dan Alluring; memastikan kulit anda sentiasa lembut dan halus dengan kelembapan sehingga 24 jam serta wangian yang tahan sepanjang hari.
ENCHANTEUR
Romantic (dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan)
• Aroma
keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan
Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta
sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan
Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan
Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai
menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh
dengan keajaiban.
ENCHANTEUR Alluring
(dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri)
• Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si
gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion
Fruit, meresap jauh kedalam haruman
Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver-
mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian.
• Wangian
yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui
gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan
Aldehydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang
pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.
Kini, wanita sibuk
di rumah mahupun di pejabat boleh menjaga kecantikan dan memanjakan diri
sendiri dengan harga yang berpatutan. Rangkaian baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan dijual pada
harga RM11.90 (termasuk 6% GST) setiap botol besaiz 220ml dan boleh didapati di
semua pasaraya utama, pasaraya hyper, dan farmasi.
Untuk maklumat lanjut
tentang ENCHANTEUR,
sila layari laman sesawang www.enchanteur.com.my atau
laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY.
suka haruman losyen ni..dari sekolah dulu dah guna..hehe
ReplyDeleteHaruman enchanteur memang unik dan harum.. tak kira bedak ke memang wangi.
ReplyDeleteLagi2 losyen ;)
bedak biasa pki sukaa..wangi..lotion tk pernh cuba lg
ReplyDeleteSuka bau Enchanteur...Bau soft dan wangiii
ReplyDeleteBestnya bau echanteur..wangi lain macam :)
ReplyDeletesha suka dengan jenama ni. sha guna bedak talkum dan deodorant jenama ni. nanti nak try losyen pulak lah
ReplyDeleteAi sukakan baunya tapi ntah kenapa tak minat nak pakainya.. hehehe..
ReplyDelete