Friday, September 29, 2017

CARA MENGUNDANG REZEKI ALLAH

*REZEKIMU BUKAN DATANG DARI BOSSMU ATAU PELANGGANMU, TAPI REZEKIMU DATANG DARI ALLAH S.W T.*

Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungkus untuk orang miskin. Rutin dia lakukan.

Ada yang mengundang rezeki dengan cara mencium tangan ibunya lalu minta didoakan.

Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia mendatangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi SAW.

Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi keluar ke tempat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa saja.

Ada yang mengundang rezeki, tiap malam jumaat dia membahagi makanan kepada orang² yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit!

Ada yang mengundang rezeki, setiap kali setelah solat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al-quran hingga terbit fajar, lalu menatap langit langsung dan mengangkat tangan. Doanya tembus langsung kepada Tuhannya.

Ada yang mengundang rezeki, setiap Jumaat profit hasil jualannya 100% disedekahkan.

Ada yang mengundang rezeki, tiap bulan 20% dari total pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhan-nya MAHA KAYA.

Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali tengah malam didatangi rumah orang miskin. Dia angkat/pikul sendiri makanan untuk mereka.

Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat dia tidak mahu dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.

Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual solat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.

Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia solat dhuha & berdoa, ketika orang lain sudah sibuk dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya.

Ada yang mengundang rezeki tiap 1/4 malam bangun solat tahajud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redha, hidupnya pun berkat.

Ada yg mengundang rezeki dengan cara menanam pkok agar semua makhluk bumi boleh menikmati oksigen.

Ingat!!

*REZEKIMU BUKAN DATANG DARI BOSSMU ATAU PELANGGANMU, TAPI REZEKIMU DATANG DARI ALLAH S.W T.*


Tapi dari ALLAH swt.

Jemputlah rezeki datang dengan cara-cara yang Allah Redhai.

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

11 comments:

  1. Semuanya dari Allah jom kita sama2 gandakan usaha

    ReplyDelete
  2. berusaha & bertawakal, insya-allah datang rezeki yang berkat :)

    ReplyDelete
  3. orang yang sabar dan tabah selalu menang

    ReplyDelete
  4. Usaha itu adalah penting untuk memperolehi rezeki...

    ReplyDelete
  5. salam jumaat. semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki. aminn

    ReplyDelete
  6. Sedekah salah satu cara mendatangkan lagi banyak rezeki. Antara kita sedar atau tidak.

    ReplyDelete
  7. Bersedekah salah satu jalan rezeki kita melimpah ruah..Nak nak bersedekah pada ahli keluarga serta mereka yg memerlukan

    ReplyDelete
  8. semoga kita semua dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Aaminn

    ReplyDelete
  9. Rezeki Allah yang Maha Luas untuk hambaNya penuh dengan pelbagai cara

    ReplyDelete
  10. Percayalah, rezeki ALLAH itu luassss
    Perbaiki amalan, rezeki kita juga akan dibaiki....sentiasa usaha dan memohon padaNYA....
    Percayalahh !!!!!

    ReplyDelete
  11. Rezeki dariNYA tak pernah putus andai kita rajin berusaha.. ;)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah