Saturday, September 30, 2017

Suria Amanda Dan Novel Berpisah Tiada....

Hi korang...

Haa...pengeluar novel..penulis novel atau siapa je yang berkaitan dengan Novel..meh nak bagi tau..SA sememangnya Hantu Novel..haaa...sapa nak SA review Novel diorang meh la...hehehe...SA ok jer klau bab review novel ni...memang suka sangat...last week balik Seremban ternampak novel yang bersusun dalam almari novel SA kat tingkat atas...SA kena beli almari baru nampaknya...Dah banyak novel..itu yang dah habis baca...yang belum berbaca lagi banyak..ada dalam 20 ke 30 buah novel...belum campur yang kat rumah sewa lagi...huwaaaa....banyak nyer nak kena transfer ke Seremban...SA blom rasa nak jual lagi novel ni semua sebab sayang...banyak wooo dah labur duit kat Novel jer...lagipun maybe tak nak jual sebab kakak Dania dah minat baca novel...

Hari ni SA kat office. Standby sekejap..ada urusan kat opis..sementara SA menunggu settle kerja..baca novel Permpuan Paling Bahagia Karya Syamnuriezmil...Antara penulis yang SA minat...


Seawal 9.00am SA dah ada kat opis...


Pukul 10am start sambung baca novel..


hehehe...walau pose sahaja tapi SA khusyuk baca novel tau


Bila la diorang nak sampai ni...

Sabtu orang cuti..tapi i'm  a happy lady kerja hari ni...alaa...kejap je dalam 3 jam....

Tatkala entry ni publish SA dah balik dah..hahaha..kul 3 ada food review...bercerita tentang novel ni..sebenarnya SA beli dah lama dah..pas tu ternampak baru- baru ni ada drama adaptasi tajuk sama ngan novel ni...jalan citer sebiji..so..rumah sewa takde tv SA baca je la novel...membuai- buai perasaan tau...rasa macam diri sendiri berada dalam penceritaan...mcm tu sekali kan...hahahaha...orang cakap siapa yang suka baca novel ni dia Jiwang Karat...ehhhhh....takde makna...sesekali nak membaca sesuatu yang membuai perasaan ok apa..kan?Lagipun SA dah terjebak baca novel sejak sekolah menengah lagi..so hobi ni kekal sampai la dah tua ni ha.....nak buat macam mana...

Tips beli novel yang confirm best...

Sebelum beli...korang baca dulu sinopsis kat belakang novel tu...jangan tgok harga je terus beli...macam SA tengok penulis, baca sinopsis then terus beli...nak tau citer sesebuah novel tu best ke tak..kita enjoy baca dari mukasurat pertama sampai tak leh nak tinggalkan walau sekejap pun....itu la yang terjadi pada SA...kadang- kadang dah seronok sangat baca terus habiskan...start baca pukul 9 malam..habis pukul 4am...hamekkkkkkk.....penangan kalau citer tu best giler....the best part..kalau dalam cerita tu ada babak sedih...dengan kita sekali menangis teresak2...menjiwai watak sangat....patut dah boleh jadi pelakon dah...confirm menang macam- macam anugerah...hahahha...berangan je la....

Rajin Sedekah Bawa Rezeki..

Sedekah memiliki pelbagai cara dan tidak semestinya dengan harta. Tidak semestinya dengan wang. Tidak perlu menunggu kaya kerana orang papa juga boleh bersedekah. Rajin - rajinkan bersedekah kerana sedekah amalan yang mulia....

gambar sumber google


Ajaibnya Bersedekah!

Semakin Bersedekah Semakin Kaya!

Kepentingan BerSEDEKAH:


1) SEDEKAH merupakan Pembersih Jiwa: Fikiran kita akan sentiasa tenang kerana 'kolam' kita senantiasa bersih.

2) SEDEKAH boleh menghindarkan seseorang drp ditimpa musibah. Tuhan mencipta dinding yg melindungi kita dr segala kejahatan tanpa kita sedari.

3)SEDEKAH itu menambahkan dan memberkati rezeki kita. Pendapatan, bantuan, wang akan sampai pada kita dgn mudah.

4) SEDEKAH dgn Ikhlas memastikan Rezeki kita berterusan, hidup dilimpahi kebaikan dan harta kita berlipat-ganda tanpa disedari.

Sesiapa sahaja yang sentiasa berSEDEKAH dgn ikhlas, Tuhan akan melepaskan kita dari sebarang kesukaran dan mempermudahkan urusan kita.

Maka, janganlah ragu-ragu setiap kali berjumpa dengan kesempatan untuk berSEDEKAH.

Jom bersedekah !

Paling penting ajar, didik anak-anak kita untuk bersedekah...tak kira la pada orang buta atau pada sesiapapun yang diluar kemampuan...SA kalau pergi pasar malam..nampak peminta sedekah confirm suruh dania masukkan sedikit duit..tak banyak sikit dah cukup untuk kita didik anak kita..tak kisah la mereka datang dengan sindiket ke apa ke..itu tolak ketepi..itu antara dia dan tuhan...

Friday, September 29, 2017

Kamera Polaroid Hadiah Dari Mama....

Hi korang...
Seperti yang SA janjikan semalam...entry hari ni kita cover tentang hadiah untuk kakak Dania...ekceli lepas potong kek tu..SA terlupa nak keluarkan hadiah...kakak Dania tanya...Dania nak naik atas ni...takde nak bukak2 hadiah kan...SA saje je nak mengusik SA cakap takde..nampak dia macam sedih tarik muka terus naik tingkat atas...Adik2 SA marah SA...ko ni along...agak2 la..sedih la budak tu..dah la ayah dia takde bagi apa2...hahahahahha....SA memang dah sorok hadiah dari hari Jumaat lagi...cepat2 SA amik hadiah..pas tu panggil semua orang...senyum sampai ke telinga dia masa ni....
Yang tak sabar nak buka hadiah macam biasa si kembar dan Dida...terjerit2 suruh cepat.....


Sajer letak dalam paperbag pas tu salotape banyak2...amik masa dia nak bukak...adik2 yang lain dah tak sabar2 dah...dah bukak je...terus dia menjerit....Polaroid camera!!!!!!!!yeay...kakak suka!!!


Puas hati dia...memang dia takde mintak camera ni..tapi dia selalu print gambar polaroid kat IG which is for me agak mahal la...so datang idea nak belikan dia camera polaroid...


As usual...warna pink memang menjadi pilihan dia..


Senang sebab guna battery 3A je


Si kembar Adeliya yang tak puas hati...nak jugak kamera yang sama..siap bising kat ibu..nak jugak...hahahahaha.....


so nak test camera petang tu terus Kakak Dania request nak pi photoshoot (konon) so SA bawak mereka berempat ni amik gambar kat Seremban Lake Garden..

Seronok bila dapat menggembirakan anak...satu- satunya anak kan...mahal ke kamera Polaroid tu...mahal la...ratus harganya..tak yah la SA reveal berapa harga..nanti ada yang kata riak plak...lagi plak kalau pihak satu lagi tu kan..ye la..kita tak tahu hati orang macam mana...redha je la..dia lupa tanggungjawab dia so nanti menjawab la dengan yang DIATAS tu...apapun SA puas hati...puas hati dapat reward anak sendiri...SA takde takpe...eh korang jangan tak tau..apa je barangan review yang SA dapat semua untuk Dania..losyen ke..minyak wangi ke..shampoo atau apa je semua SA bagi Dania...takde istilah sapu untuk kegunaan sendiri..adakala bagi kat adik2 jugak...sampai apa je yang SA share kat ig or fb siap ada la suara sumbang cakap SA nak menunjuk..dan ada yang cakap sinis..alaaa..anak sorang boleh la beli hadiah mahal2...erm...malas nak komen...tepuk dada tanya selera...

So next entry...photoshoot birthday di Seremban Lake Garden....

Enchanteur 24H Losyen Haruman Badan Pilihan Wanita Yang Cintakan Kelembutan

ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan ..Belaian Menawan Sepanjang Hari!

Fakta lazim yang sememangnya diketahui umum bahawa pengambilan 8 hingga 10 gelas air sehari dapat memastikan badan kita mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk berfungsi. Tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa hanya dengan meminum air tidak mencukupi untuk meningkatkan penghidratan pada kulit. Kulit yang mengalami dehidrasi akan menjadi kusam dan boleh membawa kepada masalah kulit yang lain seperti kegatalan dan alahan.

Ramai wanita termasuklah suri rumah yang perlu berhadapan dengan kerja-kerja mencuci atau atau yang terdedah pada persekitaran yang berhawa dingin, akan cenderung mengalami kulit kering. Penggunaan losyen tangan dan badan boleh mengekalkan hidrasi kulit, namun memerlukan pengaplikasian semula beberapa kali sehari agar kelembapan sepanjang hari. 

 
Losyen baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan yang dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih, dan minyak zaitun menawarkan losyen untuk wanita yang sibuk dengan tugasan, agar kulit mereka kekal lembap, muda dan berseri sepanjang hari hanya dengan penggunaan sekali dalam sehari. Air Mawar merupakan bahan semula jadi yang menyubur dan menghidratkan kulit. Ekstrak Lily Putih pula kaya dengan asid amino dan mineral manakala Minyak Zaitun pula sememangnya terbukti dengan manfaatnya dalam mengekalkan kecantikan kulit. Gabungan ketiga-tiga bahan semula jadi yang istimewa ini bekerja untuk meresap jauh ke dalam kulit agar dapat memelihara, melembap, dan menyuburkan kulit agar tangan dan badan kekal lembut, licin dan awet muda!

Telah terbukti secara klinikal bahawa hanya dengan sekali penggunaan ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan, kulit dapat menikmati pelembapan segera dan penghidratan sehingga 24 jam. Ia membekalkan kelembapan serta tekstur yang selesa pada kulit ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan adalah berasaskan air dan tidak meninggalkan rasa berminyak dan melekit pada tangan mahupun badan.



Sebagai pakar dalam produk penjagaan peribadi dengan wangian, ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan  ini turut disulami dengan wangian inspirasi Perancis ENCHANTEUR yang mampu menyemarakkan dan menghidupkan semula detik romantis. ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan mengekalkan kulit tangan dan badan anda sihat dan sehalus sutera manakala wangian ENCHANTEUR yang tahan lama meningkatkan daya penarik anda.

ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan menawarkan 3 variasi: Charming, Romantic, dan Alluring; memastikan kulit anda sentiasa lembut dan halus dengan kelembapan sehingga 24 jam serta wangian yang tahan sepanjang hari.



ENCHANTEUR Romantic (dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan)
• Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban.

ENCHANTEUR Alluring (dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri)
• Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit, meresap  jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver- mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian. 

 ENCHANTEUR Charming (direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated)
• Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.


Kini, wanita sibuk di rumah mahupun di pejabat boleh menjaga kecantikan dan memanjakan diri sendiri dengan harga yang berpatutan. Rangkaian baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan dijual pada harga RM11.90 (termasuk 6% GST) setiap botol besaiz 220ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper, dan farmasi. 

Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, 
sila layari laman sesawang www.enchanteur.com.my atau laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY.

CARA MENGUNDANG REZEKI ALLAH

*REZEKIMU BUKAN DATANG DARI BOSSMU ATAU PELANGGANMU, TAPI REZEKIMU DATANG DARI ALLAH S.W T.*

Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungkus untuk orang miskin. Rutin dia lakukan.

Ada yang mengundang rezeki dengan cara mencium tangan ibunya lalu minta didoakan.

Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia mendatangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi SAW.

Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi keluar ke tempat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa saja.

Ada yang mengundang rezeki, tiap malam jumaat dia membahagi makanan kepada orang² yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit!

Ada yang mengundang rezeki, setiap kali setelah solat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al-quran hingga terbit fajar, lalu menatap langit langsung dan mengangkat tangan. Doanya tembus langsung kepada Tuhannya.

Ada yang mengundang rezeki, setiap Jumaat profit hasil jualannya 100% disedekahkan.

Ada yang mengundang rezeki, tiap bulan 20% dari total pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhan-nya MAHA KAYA.

Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali tengah malam didatangi rumah orang miskin. Dia angkat/pikul sendiri makanan untuk mereka.

Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat dia tidak mahu dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.

Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual solat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.

Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia solat dhuha & berdoa, ketika orang lain sudah sibuk dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya.

Ada yang mengundang rezeki tiap 1/4 malam bangun solat tahajud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redha, hidupnya pun berkat.

Ada yg mengundang rezeki dengan cara menanam pkok agar semua makhluk bumi boleh menikmati oksigen.

Ingat!!

*REZEKIMU BUKAN DATANG DARI BOSSMU ATAU PELANGGANMU, TAPI REZEKIMU DATANG DARI ALLAH S.W T.*


Tapi dari ALLAH swt.

Jemputlah rezeki datang dengan cara-cara yang Allah Redhai.

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Thursday, September 28, 2017

Majlis Hari Lahir Dania Yang Ke 13 Tahun

Hi korang,

Baru berkesempatan update majlis hari lahir Dania Ahad lepas, macam biasa la dapat mama busy sokmo kan..sebenarnya hari lahir Dania jatuh pada Isnin 25hb, biasa kalau birthday jatuh hari Isnin so kena la sambut awal sehari..Dania seronok la...tapi tu la..takde buat majlis besar2 pun macam masa dia ekcik- kecik dulu...SA sambut sendiri2 dengan adik beradik je..makanan pun buat simple je..beli kek kat kawan sekolah...itupun last minit order...janji ada la kan....tahun ni birthday dia takde macam tahun lepas..mama sibuk dan dia pun sibuk dengan aktiviti sekolah..cuma mama dah plan nak bawak dia bercuti nanti maybe hujung Oktober..kena la kumpul duit sikit sebelum pi bercuti...

Jom la tengok majlis anak dara kesayangan SA ni...SA ada suruh dia ajak kawan sekolah 2-3 orang..tapi dia segan...ye la dah remaja kan...gambar banyak sangat ni...nanti SA pecahkan entry ni...rasanya ada 3 entry untuk sambutan birthday dia sahaja....mengada macam retis siap ada photoshoot kat Seremban Lake Garden dengan adik- adik sepupu dia...

Jom tengok gambar.......


Choc Moist Cake


Atuk sponsor ayam dan buah kentucky sendiri....semua homemade...


SA buatkan popia ayam kegemaran dia...


Ada Laksa Perlis Pakcu dia buatkan..dan Mee Sup Special Mak Teh dia buat..


Sebelum pasang lilin kek kena pose gedik dulu...cer teka sapa paling gedik...


Tiap kali ada birthday celebration diorang yang over...nasib baik kakak Dania jenis mengalah


Okey kita nyanyi lagu dulu...3 lagu nyanyi, Lagu Happy Birthday, Selamat Hari Jadi dan Allah Selamatkan Kamu...


Dida pun boleh tahan enjoy...


Yeay..kita tiup Lilin...eh..Opick macam terpinga- pinga..apa jadi ni..Aidan x nampak muka plak


Ni la anak dara SA yang paling SA Cintai...


Alhamdulillah dah 13 tahun usia

One more pose untuk kawan- kawan blogging mama....

13 tahun rasa macam sekejap aje masa berlalu...13 tahun SA berkorban segalanya untuk membesarkan Dania...SA tak mintak banyak..cuma berharap Dania membesar menjadi anak yang baik, mendengar kata, bijak, utamakan pelajaran dan jadi insan paling berguna. Setakat ni harta dunia akhirat SA yang tak ternilai hanya Dania..Mama sayang kakak sampai hujung nyawa...segala yang kita lalui perit tapi mama akan pastikan pelangi indah milik kita nanti...Amin...

Selamat Hari Lahir Yang ke 13 tahun...Ainnul Dania Huda

Next entry surprise hadiah dari Mama....

Masa untuk Berbento Semula Akibat Badan Naik...

Hi korang...

Sedih tau...berat badan SA dah naik melampau..melampau sangat walau belum 60kg, SA perasan kalau berat badan naik boleh nampak jelas double chin SA dan semua baju cantik2 tak leh pakai dah...perut pun dah buncit sedikit walau tak ketara tapi kalau kerja macam SA ni pakai office wear macam dress atau skirt memang tak cantik...untuk itu SA kena la berdiet semula..ni smeua kerana steroid yang SA ambil masa kena Bronchitis last month...berat badan jadi naik ..kena workout semula ni....

So hari ni SA dah stark bawak bekal sandwich pi opis...2 keping makan masa sarapan dan 2 keping makan masa tengahari ni...sandwich SA guna roti wholemeal..memang x menarik perhatian selera tapi SA buat filing sardin, letak timun dan tomato...



tadaaaaaa...

Ni la rupa bento SA hari ni.....ikutkan tak menarik selera pun tau...tapi kena displin semula...no makan malam at all...kalau makan malam selepas pukul 8 malam confirm potential berat badan naik tu tinggi...selalu macam tu la..SA makan malam..hahahahah....berat badan SA ni senang nak naik dan senang nak turun...sedih tau kalau naik...so malam ni pukul 7 malam SA nak start zumba...zumba sendiri dalam bilik SA...bilik SA besar giler..so takde sapa nak gelak kalau SA zumba...dah lama tinggalkan bidang tarian so langkah tu dah sumbang mambang...hahahaha...dah keras dah kata orang tua...SA masa umur 20an jaga badan dengan menari...alaaa...itu masa zaman gilang gemilang dulu....muahahaha....

Special Thanks To All The Likers...

Hi korang...

Seronoknya bila di media sosial FB or Instagram or Twitter ada aje yang liked gambar kan? hari- hari ada jer yang liked dan komen...alhamdulillah...seronok betul SA...seronok dengan ukhwah yang terjalin...appreciated sangat- sangat..tapi SA bukan la Insta famous..cuma SA suka sharing je...seronok bila ada yang liked dan komen...seronok bila ada ramai kawan..sebab apa ye nak ada ramai kawan kalau boleh di semua pelosok Malaysia ni? Selain berkongsi cerita, pengalaman dan macam- macam lagi...mana tau esok lusa kalau SA sampai ke sesuatu negeri..tersesat jalan ke apa..boleh jer bertanya kawan - kawan kan...mana tau nak jumpa...eratkan ukhwah...kalau zaman dulu 20 tahun lepas kit aberkawan melalui surat, poskad atau di sebut sahabat pena..sekarang zaman serba moden..kita bersahabat melalui media sosial...seronok tu lain dari zaman menunggu surat dulu- dulu...Betul tak?













Ada ke antara korang belum add media sosial SA? yang belum follow SA?
meh la add kalau sudi...

Name : Parizan Mohd Zain
Nickname : SA
Email : suriaamanda@yahoo.com

Wednesday, September 27, 2017

Orang Nogori Masak Lemak Cili Api Mesti Ada Bahan Gabungan..

Hi korang...
Lama plak rasa tak up gambar masakan SA last week...last week banyak giler masak tapi ada yang masakan dah repeat kan...so xde la amik gambar banyak..nanri kang takut ada yang kata alaaaa..SA asyik masak bensa yang sama je..so SA cuba la untuk masak benda yang jarang SA up kat blog...eh...tapi boleh ke...takde makna bolehnya...tetap gak benda yang sama sebab SA ni anak NS..so masakan tu x lari dari masakan rutin org nogori...

Meh la tgok apa SA masak last week..ini masakan hari Sabtu..


Sambal Udang Petai..perai tu nampak macam sikit tapi banyak sebenarnya...udang habis licin tinggal sambal..adik SA suka sambal..simpan dalam fridge bawak balik..nanti nak beli udang tambah je udang lagi katanya..sayang kan kalau x habis

Ikan kembung Masak Lemak Cili Api campur pucuk pegaga...

Minggu lepas lebih kepada minggu relax untuk SA sebab adik2 semua balik..kecuali adik yang kat Muar tu..SA masak untuk Sabtu je la..selebihnya Jumaat adik masak..SA balik je dh terhidang lauk ikan keli salai campur pucuk ubi...orang NS kalau masak lemak cili api ikan..mesti kena combination masukkan sayur lain daalm masakan..kadang2 masukkan daun pucuk gelugor, pucuk ubi, pucuk kacang, terung telunjuk, belimbing buluh dan macam-macam lagi..kalau xde gabung2 bahan macam kureng skit masakan tu...org negeri lain macam tu juga ke?

Tuesday, September 26, 2017

Aura Tangan Magic Kakak Dania Buat Opick Tertido

Hi korang...

Siapa anak dia kalau masuk kereta je tak sampai 5-10 min mesti lelap? Haaa...anak dara SA mmg macam tu..dari kecik..asal masuk kereta on ekon pas tu toleh tengok dah lelap...ni dah berjangkit dengan si Opick (Taufiq). Dah la rapat dengan kakak Dania..perangai pun berjangkit dh ni....geram tengok....


Mula- mula masuk kereta..boleh dusuk behave..sebab tau nak.pi berjalan kan...


Tak sampai 5 minit kakak Dania gosok2 telinga, pipi ngan dahi..terus lelap..alahai...

Lepas tu kakak plak berjangkit lelap sama..padahal blom jauh gerak lagi....

Alahai...senang betul lelapnya..kakak Dania tu memang la cenggitu..kalau jalan jauh pun sama ..orang berjaga sebab nak tengok tempat orang..hurm..dia x keluar dadi serwmban pun lagi dh lelap..macam mana ni..selalu gak cakap kat dia..macam mana nak tengok tempat orang ni kakak? Asyik lelap je...alaaaa...mata ngantuk mana boleh tahan katanya...orang puas berjalan tengok tempat orang...dia pulak sebaliknya...alahai...nampaknya mengikut ke Opick..Opick pun budak lagi tak boleh nak kata apa la kan...kena ekon je sure lelap..nak-nak kalau dh kenyang susu...kadang cemburu dengan baby kecik2 ni...senang betul tidonya...bukan dalam kereta aje tau..kat rumah pun sama..last week masa mintak kakak Dania jaga Opick..Ibu, mama ngan mommy nak masak..dia malas nak jaga..dia tidokan Opick..dengan dia sekali lelap...

Haih..anak....anak....macam2 pulak perangainya......rasanya sentuhan aura magic Kakak Dania ni yang buat Opick senang tido..kalau korang nak tau..kakak Dania dari kecik kalau nak tido dia suka gentel telinga..tak dapat telinga orang lain..dia gentel telinga sendiri...mama la selalu jadi mangsa....

Anggap Tiada Jodoh, Please Move On..


Hi korang...

Assalamualaikum...semalam SA ada share status yang membuatkan SA speechless sampai hari ni...speechless sebab SA x kenal pun adik ni yg merupakan silent reader..alahai ramainya silent reader ni.. haha..adik ni mintak pandangan SA yang x pernah dia kenal tetapi pada dia,dia rasa dekat dengan SA...oh yer sebelum tu..entry ni bukan nak mengaibkan dia, bukan aibkan ex bopren dia dan kisah disebalik apa yang terjadi..kalau SA pun..mmg SA rasa sakit hati yg teramat kan...jap..SA copy balik status SA tu...

******
Dia : Kak...saya ni mmg x kenal akak tp saya silent reader akak..saya rasa nak share rasa bengang saya kak..3 tahun yang lepas saya hampir bertunang dengan someone dari utara..apa yg buatkan tak jadi bertunang sebab dia cakap dia tak boleh bagi saya anak..ada masalah batin so putus hubungan..tup2 dengar dia kahwin..takpe la pada saya maybe ppuan tu boleh terima dia seadanya...tapi baru-baru ni dia update fb dia kak...dia dah ada anak dengan perempuan tu..ya allah sakitnya hati saya kak..apa saya nak buat untuk lepaskan marah saya ni kak?

SA : speechless.....dik...akak pun tak kenal awak..dan akak bukan pakar psychology dik...akak pun tak mampu nak bg nasihat kat awak...i think better move on la dik...

Apa yg  SA nak jawab...korang bleh tolong bg idea...atau jawab je macam yg diatas tu ha...adoiii...x pernah dpt soalan macam ni..kalau boleh x nak campur..😂😂😂 hal rumahtangga org ni di luar bidang SA
*******

Alhamdulillah ramai yg bantu SA bg idea kat adik ni....kebanyakkan suruh move on aje..macam tu jugak SA... pendapat SA...lelaki tersebut tak sesuai untuk dia jadikan suami...sebab apa?

  1. Awal-awal dah tak jujur
  2. Awal-awal dh jatuhkan maruah diri sendiri
  3. Tak gentleman
Rata- rata kawan- kawan SA yg komen bg tau..tolong move on...lupakan aje...maknanya ex bopren dia bukanlah lelaki terbaik untuk dijadikan pasangan hidup..sanggup guna alasan x munasabah untuk reject dia awal-awal..jodoh, maut dan rezeki anak semuanya di tangan allah..bukan dia yang tentukan...sememangnya allah jauhkan dia dari awak..insyaallah ada jodoh awak dik...malah mungkin lebih baik...harap awak tabah..jangan ikutkan hati...nanti mati..SA dh pernah lalui macam2...SA faham perasaan awak..please move on...allah akan aturkan yg sebaik-baik dan secantik2 nya...insyaallah...stop jadi stalker..tak ada gunanya sebab hanya akan tambahkan sakit dihati....

Monday, September 25, 2017

Happy 13th Birthday Ainnul Dania Huda..


Assalamualaikum...
Hi korang... alhamdulillah hari ni genap 13 tahun usia anak dara kesayangan SA...Ainnul Dania Huda...buah hati pengarang jantung SA..satu2nya harta SA dunia akhirat...memandangkan birthday dia hari ni dan dia sekolah dan mama kerja..semua pun takde so semalam dah sambut advanced birthday dia...siap ada buat photoshoot kat Lake Garden Seremban...
Memandangkan SA training hari ni so blom ada masa nak update 2 aktiviti SA weekend lepas...banyak yang SA nak share..yang penting SA happy bila tengok dia happy..rasa bahagia sesangat.. especially moment dia buka hadiah surprise dari SA....yang penting pada SA Dania happy...cukup buat SA puas hati...

Happy birthday yang ke 13 tahun sayang...

Tak pernah tak sayang..mama sayang awak hingga hujung nyawa....

Saturday, September 23, 2017

Perangai Abah SA Kalau Korang Nak Tahu


Hi korang...
Salam Maal Hijrah...bercuti ke mana tu?
SA ada ni ha kat Seremban...semalam gerak balik dari KL tengahari..sampai Seremban diorang kat kampung plak...aduhai terpaksa SA naik grab..kenapa x naik taxi? Dari pekan Seremban nak ke rumah SA taxi charge RM20..naik grab car kalau peak hour RM10..kalau biasa RM8...zaman sekarang kena jadi pengguna bijak kan..

Well tersasar dari tajuk plak...SA balik umah tengok umah kacau bilau..ni mesti si Opick balik ni...lain macam je bersepah..kemas umah..basuh baju..kemas sapur semua buka fridge...tudiaaaa...penuhnya makanan...mak aiii...ni nak buat stok bape tahun ni...dengan ayam...dengan ikan...ikan keli apa segala bagai penuh fridge...ni la perangai abah SA..suka penuhkan freezer...korang tgok la tu...haih..pening...masaknya x pernah abih...tapi bila pi Zemart mmmg bertambah la bahan basah tu ha....aduhaiii...sabor je la....bila fridge kosong pening...bila penuh pun pening...bukan pening apa..pening sebab x tau nak masak apa....
Dengan minat abah SA pi mancing kan...terus stock ikan banyak giler...adakala abah ni pandai...dia siang ikan tu..pas tu hantar kat umah kakak dia..kakak dia beli la kan...diorang suka ikan keli or ikan tilapia...dapat la abah duit sampingan....

Abah korang macamana?

Ada tak persamaan dengan abah SA?

Meh la kita share citer  skit.....

Friday, September 22, 2017

Play-Doh Malaysia Unveils Malaysian-Inspired Food Sculptures To Celebrate Malaysia Day And World Play-Doh Day

Play-Doh Malaysia’s first Doh-Bassador of Creativity showcases her talent through a series of Malaysian-inspired delicacies.

Play-Doh Malaysia has scouted their first Doh-Bassador of Creativity through its inaugural contest, organised by Hasbro Toy (Malaysia) Sdn Bhd last month. The winner, Eunice Foong Yin Tong, 9 years old, had the opportunity to work with Michelle Lim (Instagram: @foodmakesfun), a food artist to create a series of Malaysian-inspired Play-Doh sculptures to celebrate both Malaysia Day and World Play-Doh Day!

Michelle Lim, food artist and Play-Doh Malaysia’s first Doh-Bassador of Creativity, Eunice Foong posing with their Malaysian-inspired Play-Doh Food sculptures. Play-Doh Malaysia embarked on a nationwide search to find Malaysia’s most creative child


Both Malaysia Day and World Play-Doh Day fall on 16 September 2017, and this year Play-Doh Malaysia celebrated it in a special way by unveiling a series of Malaysian-inspired food made with Play-Doh compound. 

“I am so happy to be selected as the winner and receiving so many Play-Doh products! I have always wanted to own more Play-Doh products and now I have fulfilled my wish to do my version of “masak-masak” and more at home! It is fun and challenging! ” said Eunice.

Eunice and Michelle working closely to create one of the famous Malaysian cuisines - Nasi lemak using Play-Doh compound. 


With Michelle’s guidance and help, Eunice and she have sculpted a series of Malaysian-favourite foods, including Nasi lemak, Satay, Roti canai, Dim sum, and Ice kacang. In addition, Michelle Lim, a talented mother with two young kids, has been showcasing her food-creation talents with Play-Doh on her Instagram; showing how Play-Doh encourages creativity and “Open-ing A Can of Imagination”.  

Play-Doh Malaysia’s first Doh-Bassador of Creativity, Eunice Foong Yin Tong with her prize, RM1,000 worth of Play-Doh products.

Kelly Yip, Brand Manager of Hasbro Toy (Malaysia), Eunice Foong, winner of Play-Doh Malaysia’s Doh-Bassador of Creativity Contest, and Michelle Lim, food artist after presenting their Malaysian-inspired food made with Play-Doh compound.
(Ice kacang, roti canai, dim sum, nasi lemak, satay) 


Kelly Yip, Brand Manager for Hasbro Toy (Malaysia) said, “Play-Doh is known as a teaching tool to promote the development of children’s motor skills, communication skills, and sensory experience and creativity. When you open a can of Play-Doh compound, it inspires endless possibilities and we encourage parents to cultivate their children’s creative minds, and spend more quality time with them while exploring different ideas. With World Play-Doh Day and Malaysia Day falling on 16 September, it is only right to create a series of food that carries the Malaysian identity with Play-Doh. This campaign has attracted a lot of good entries and selecting the winner was not easy. What gave Eunice the edge was her creativity and how she interpreted her creation. We are happy to have Michelle and Eunice on board with Play-Doh to celebrate this year’s World Play-Doh in a Malaysian way.”

Nasi Lemak, one of the Malaysian inspired sculptures by Eunice, Play-Doh Malaysia’s first Doh-Bassador of Creativity, sculpted with the help of food artist Michelle Lim

Play-Doh made Malaysian cuisine, ice kacang - One of the ideal desserts to chill your days in our all-year-long summer weather in Malaysia

Rina, Editor of The Malaysian Women’s Weekly said, “We are pleased to support this campaign as a media partner. As parents, it is important to foster children’s creativity, and also to encourage them to participate in arts. We want to share this with our readers, and The Malaysian Women’s Weekly has always been about delivering the message to parents on the importance of cultivating and nurturing a healthy and creative mind. We were very impressed after witnessing the sculptures that came from the hands and minds of Eunice and Michelle.” 

How about having some satay during your catch-up session with your friends? With Michelle’s guidance, Eunice has managed to create her very first satay dish using Play-Doh compound!


“Whenever I’m having it for breakfast, brunch, lunch, tea, or dinner - having dim sum is always an occasion with my family and loved ones,” said food artist Michelle Lim.

With humble beginnings as wallpaper cleaner, the Play-Doh brand has come a long way. Starting off with only four colours of red, blue, yellow and white when they started, the modelling compound brand is now available in more than 50 colours! More than three billion cans of Play-Doh compound have been squished and squashed since 1956. Following Play-Doh’s 60th Anniversary last year, the Play-Doh brand continues to encourage creative, hands-on play with its various playsets such as Kitchen Creations, Food Role Play, Shape and Learn and the brand new digital playset Play-Doh Touch.

More information and updates can be found on http://www.playdoh.com