Monday, August 14, 2017

Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona Dengan Wangian Stunning

 “Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian”… Author C.Joybell C

Wangian seorang wanita mempunyai daya tarikan sama seperti tertariknya seekor lebah kepada pati nektar dan kenyataan ini sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi. Kajian menunjukkan wanita yang memakai haruman dilihat lebih sensual dan menarik. Justeru itu, wanita telah mengetahui dengan tepat sejak berabad lalu, bahawa minyak wangi merupakan aksesori yang tidak menonjol, tetapi mampu untuk menyerlahkan si pemakai dan mencipta aura yang tiada tandingan.



ENCHANTEUR jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning! Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan  kelembutan Sandalwood. Pemakai Stunning akan tertawan dengan aroma sensual yang dipakainya sendiri, menjadikan dia wanita yang istimewa, seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya.

Selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari.



ENCHANTEUR telah membaharui bentuk botol rangkaian EDT. Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung; manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias.


Cantik kan jewellery box ni...kaler dia sweet sangat


Semua barangan Enchanteur Stunning


EDT & Body Lotion



ENCHANTEUR Eau De Toilette boleh didapati pada harga runcit RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml. Manakala Losyen Enchanteur juga boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari RM5.40 hingga RM17.60. Deodoran Enchanteur pula hadir dalam pelbagai bentuk/ format- stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40 manakala bedak Enchanteur berharga dari RM4.40 hingga RM11.80. Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila log masuk ke www.enchanteur.com.my atau lawati laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY

Recommended sebab wangi sangat...sangat2 sesuai buat wanita yang sophisticated yang mementingkan penampilan....Apa tunggu lagi korang...beli la cepat....serius wangi sangat tau...

18 comments:

  1. pakaging dia comel..
    kalau ada depan mata ni mesti dah terbeli ni..kikiki..
    dlu tak suka sgt bau2 dia..mgkin skrg dah improved

    ReplyDelete
  2. wangi dia sampai sini SA...lina memang peminat enchanteur

    ReplyDelete
  3. Betul..wangi sangat..bau dia pun soft gitu..tak sakit hidung la kiranya..

    ReplyDelete
  4. Suka...wangi produk ni. Produk legend

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, tahniah kerana anda merupakan penerima 1 botol serum rambut daripada saya.. Untuk butiran lanjut, jemput baca entri terbaru saya

    http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/08/top-commentor-julai-ogos-2017.html

    Tahniah sekali lagi...

    Shikin Razali

    ReplyDelete
  6. suka gila enchanteur daripada skolah dulu. lagi2 losyen dia. kemain semerbak wangi

    ReplyDelete
  7. Memang suka dengan wangian dari enchanteur ni.. wangi dia unik dan selesa

    ReplyDelete
  8. uyul tak suka pakai perfume heehheeh tapi macam nak beli je perfume nih.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  9. cantiknya Packing dia. Kan best kalau beli dapat packing camne. jeles2

    ReplyDelete
  10. Nina pun suka Enchanteur Stunning ni... Wangian mewah! Botol nya pun cantik

    ReplyDelete
  11. Kak Sue pun suka bau dia.. wangi ❤

    ReplyDelete
  12. Anak guna bedak Enchanteur pun dah wangi. Belum lagi semburan pewanginya.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......