Hi korang...
Yeay SA dah x ngidam dah sayur midin...bukan senang nak dapat kat Semenanjung ni...pucuk midin merupakan sayuran liar species dan dalam kelompok keluarga pucuk paku.Di Semenanjung lebih dikenali dengan pucuk paku dan agak berlainan dengan sayur pucuk midin. Adik SA meeting kat Sarawak so dia sempat la cari makanan yang dia nak...merasa la SA dan keluarga Sabtu lepas makan pucuk midin goreng belacan.Resepi SA share kat end entry eh...sebelum tu korang baca dulu tentang pucuk midin yang SA dapatkan info dari wikipedia..
Tentang Sayur Pucuk Midin ( Wikipedia)
Midin atau nama saintifiknya Stenochlaena palustris adalah tumbuhan liar yang tumbuh di tanah dataran rendah dalam hutan sekunder dan tempat terbuka seperti kebun getah serta gemar menumpang pokok lain.
Tumbuhan ini juga antara tanaman semusim rizomatous dan epiphytic dengan akarnya mencengkam di tanah yang biasa didapati di kawasan paya gambut dan air tawar serta hutan belukar.
Pucuk paku yang lembut, berdaun atau tanpa daun terbuka digunakan sebagai sayur atau ulam. Pelepah berdaun kecil yang mempu-nyai spora biasanya tidak dimakan, manakala warna pelepah berbeza dari hijau muda kepada hijau tua atau kemerah-merahan.
Pelepah subur dan warna merah terhasil daripada tindak balas kepada pertukaran persekitaran yang tidak menentu seperti cuaca dan jerebu.
Di Sarawak, permintaan terhadap paku midin meningkat dengan keadaan tanah berasid dan cuaca yang panas di kebanyakan tempat menggalakkan pertumbuhan paku midin secara semulajadi
Kesedaran awam terhadap makanan kesihatan dan bebas daripada pencemaran mendorong penggunaan dan permintaan semakin meningkat terhadap sayur midin yang tumbuh secara semulajadi
Khasiat
Pengambilan sayur midin sebagai makanan dijamin selamat dan mengandungi pelbagai khasiat dengan setiap 100 gram pucuk muda mengandungi 4.8 mg zat besi, selain mengandungi vitamin A (beta karotene) yang penting bagi menguatkan penglihatan dan mencegah rabun malam.
Selain itu, tumbuhan liar ini kaya dengan mineral terutama fosforus dan kalium. Perubatan secara tradisional percaya pucuk midin mampu mengubati masalah kesihatan seperti penyakit ciri birit dan daunnya yang direbus baik dimakan sebagai ulam.
Jom SA share resepi Pucuk Midin goreng belacan..
RESEPI PUCUK MIDIN GORENG BELACAN
- 2 ikat pucuk midin diambil bahagian yang lembut sahaja..potong macam potong pucuk paku atau ikut suka..
- 2 biji bawang merah kecil *
- 3 biji bawang putih *
- 20 biji cili api *
- ikan bilis segenggam*
- 1 inci belacan*
- 2 sudu sos tiram
Semua bahan bertanda * ditumbuk
Cara masak
- Tumis semua bahan tumbuk sampai naik bau dan agak garing
- masukkan sos tiram
- masukkan sayur midin..
- gaul sampai sekata
- jangan terlalu layu ye..agak- agak korang
- tutup api...
- tak perlu tambah garam sebab belacan dan sos tiram dah cukup garamnya
- sedia di hidang
Kalau nak tukar ikan bilis tu guna udang kering pun sedap...ikut selera korang...rasanya?Terbaik wokkkk...SA suka..adik SA la yang ajar ni sebab 3 tahun dia duk Sarawak belajar kat Unimas..so dia banyak tau la selok belok makanan orang Sarawak..dulu masa SA pergi kan semua benda jadi kegemaran..especially Laksa Sarawak dan Mee Kolok..bila lagi nak pi Sarawak...rindunya mee kolok Hj Salleh..dalam banyak2 yang kat situ jugak yang SA suka...Kalau dapat pergi lagi SA nak je explore lagi..banyak tempat kat Sarawak yang SA blom sampai..SA nak pi Miri, Bintulu dan nak explore budaya masyarakat Sarawak...kena kumpul cuti la..x cukup bercuti 3 hari 2 malam kalau teroka Sarawak.
tu la ..semenangjung mmg tkde ...1st time mkn ms outstation sabah & swak ..sedap sgt...saya yg tk mkn sayur hijau tp sayur ni saya bole mkn..smua org pelik hehe
ReplyDeleteAi makan dulu pun masa travel ke sarawak.. sampai sekarang nak lagi tapi tak dapat-dapat.
ReplyDeletetak pernah mkn lg pucuk midin ni..sedap eh SA..
ReplyDeletejemput mkn siput di rumah lina hehe...
ya allah akak favourite uyul nihhhh.
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
X pernah mkn..pernah cuti2 ke sarawak dulu,ada nmpk pucuk midin ni...
ReplyDeleteSuka bau dia..wangiii
ReplyDeletetak pernah makan pucuk midin tapi bagi la apa sayur berdaun goreng pedas dengan bilis memang sedap
ReplyDeleteooo macam pucuk paku jugak lah
ReplyDeleteso means boleh lah masak byk cara..masak lemak, kerabu, tumis2 ye
pernah dengar jew, tgk kat tv mase mat dan kakijalan ;)
ReplyDeletemcam pucuk paku kann tp daun dia x kembang
sedapnya...last makan kat sarawak.
ReplyDeleteTak pernah dengar, tak pernah makan.first time tahu psl pucuk paku midin.
ReplyDeleteTak pernah makan maybe sebab xde kat semenanjung =__='
ReplyDeleteTak pernah makan & tak pernah tengok, huhu.
ReplyDeletebuat msk lemak pun sdap ni..:)
ReplyDeletetakpernah dengar pulak hehe nampak mcm seadap
ReplyDeleteTeringat kenangan kali pertama makan sayur ni di Kuching, Sarawak.
ReplyDelete