Wednesday, August 16, 2017

Biskut belVita Breakfast Menawarkan Perisa Baharu Pisang & Oat

Variasi baru untuk menyokong amalan gaya hidup sihat di kalangan penduduk bandar

Mondelēz Malaysia (Mondelēz), iaitu sebahagian daripada syarikat pengeluar snek terbesar di dunia Mondelēz International, hari ini memperkenalkan produk baharu bagi rangkaian biskut belVita Breakfast, iaitu belVita Pisang & Oat (belVita Banana & Oats). Pelancaran produk ini bertujuan untuk menyediakan lebih banyak pilihan kepada pengguna Malaysia bagi menikmati sarapan yang seimbang dan sihat.

Ketika berucap pada majlis pelancaran berkenaan, Sharon Tan, Ketua Bahagian Biscuit & Salty Snacks, Mondelēz International berkata, “Rata-rata rakyat Malaysia menyedari kepentingan sarapan sebagai sajian harian utama bagi memastikan kecergasan minda, badan dan jiwa. Oleh sebab itu, kami telah menghasilkan produk ini yang mengandungi ramuan berkhasiat dan bermutu tinggi untuk memenuhi gaya hidup dan citarasa rakyat Malaysia. 

Dengan menggabungkan pisang dan oat yang penuh nutrisi dalam produk terbaharu ini, kami dapat membekalkan pengguna dengan pilihan yang lebih sihat untuk menyediakan sarapan yang lazat dan seimbang. Tambahan pula, belVita Pisang & Oat boleh dimakan begitu sahaja tanpa memerlukan sebarang penyediaansekaligus menjadi pilihan yang mudah dan bersesuaian dengan rutin rakyat Malaysia yang sibuk pada zaman moden ini.”



Dr Hamid Jan Bin Jan Mohamed, Profesor Madya di Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Program Nutrisi dan Dietetik Universiti Sains Malaysia (USM) turut memberikan pandangan beliau mengenai kepentingan sarapan yang seimbang dan bermutu tinggi. 

“Sarapan yang baik adalah penting bagi kesihatan fizikal, mental dan emosi dalam jangka masa panjang. Ianya turut memainkan peranan penting bagi mengelakkan tekanan darah tinggi dan diabetes. Memulakan hari dengan sarapan yang bermutu tinggi dikatakan dapat membantu mempertingkatkan kesihatan, menjaga keseimbangan hormon, serta memberikan tenaga yang mencukupi. Ianya juga merupakan satu cara yang sangat baik bagi mencegah obesiti dan mengekalkan Indeks Jisim Badan (BMI) yang sihat.”

Dr Hamid yang juga sependapat dengan Sharon mengulas, “Oat atau bijirin terkenal dengan kandungan serat, pelbagai mineral serta zat-zat yang mampu merendahkan paras kolesterol, sekaligus menjadikannya amat sesuai bagi sarapan pagi. Bagaimanapun, oat sahaja tidak mencukupi untuk menjamin pemakanan yang sempurna. Oleh demikian, buah-buahan seperti pisang adalah antara pelengkap yang sesuai dengan adanya kandungan serat, kalium, vitamin C dan B9 yang dapat menyumbang kepada kesihatan jantung. Lagipun, pisang merupakan buah-buahan tempatan kegemaran rakyat Malaysia yang murah dan senang diperolehi.” 
 



Biskut belVita Breakfast boleh diambil berserta hidangan sarapan pagi yang seimbang bagi memulakan hari dengan sempurna dan penuh semangat. Ianya sebaiknya diambil dengan buah-buahan, produk tenusu dan bijirin untuk memberikan kombinasi karbohidrat, protein, lemak, vitamin, kalsium, zat besi dan zink yang seimbang.

Semenjak pelancarannya di Malaysia pada bulan Ogos tahun lalu, rangkaian biskut belVita Breakfast terus mendapat sambutan yang memberangsangkan di kalangan pengguna. Perisa ketiga belVita ini diperkenalkan berikutan prestasi kejayaannya di pasaran menerusi dua perisa utama, iaitu Susu & Bijirin serta Madu & Coklat.

Tambah Sharon, “Selaku pemimpin kategori biskut, kami sentiasa memberikan tumpuan terhadap aspek inovasi dan kepelbagaian portfolio produk bagi memenuhi permintaan serta harapan pengguna yang serba berubah. Dengan ini, kami mampu memperluas impak dalam pasaran secara berterusan, di samping menzahirkan komitmen kami bagi mencipta detik-detik keriangan dan memperkasa pengguna untuk membuat pilihan yang jelas berhubung kesihatan dan kesejahteraan menyeluruh.”

Hansen Lee, iaitu personaliti TV dan jurulatih yoga dan kecerdasan bertauliah yang turut hadir pada majlis pelancaran berkata, “Jadual seharian saya sentiasa berubah dari masa ke semasa disebabkan oleh kepelbagaian tanggungjawab dan kekerapan bergerak ke beberapa tempat dalam masa yang singkat. 

Sebagai seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat, sarapan yang bermutu tinggi merupakan hidangan harian paling penting bagi saya dan ini membolehkan saya memulakan hari dengan minda, emosi dan tubuh badan yang cerdas. Biskut belVita Breakfast merupakan sumber tenaga yang mudah dan cepat kerana ianya lengkap dengan pelbagai nutrien bagi menjamin sarapan yang seimbang, walaupun pada pagi yang paling sibuk.”

Harga dan Tempat Jualan

·      belVita Pisang & Oat boleh didapati dalam dua (2) pilihan pek:
o   80g (RM2.90)
o   160g (RM5.20)

·    Perisa baharu ini akan dijual di semua pasar raya besar, pusat membeli-belah serta kedai runcit bermula Ogos 2017.
·  Semua biskut belVita Breakfast mengandungi sekurang-kurangnya 50 peratus bijirin untuk membekalkan karbohidrat kompleks yang merupakan sumber tenaga utama pada waktu pagi.

·      Biskut belVita Breakfast juga merupakan sumber serat dan mengandungi sekurang-kurangnya 8g bijirin tulen dalam setiap hidangan, berserta lapan jenis vitamin dan mineral. Apabila diambil sebagai sebahagian daripada sarapan yang seimbang, ianya mampu membekalkan tenaga dan khasiat untuk memulakan hari dengan baik.

17 comments:

  1. memang best tau biskut ni,kita rajin beli yang pack kecik tu..

    Jom join Merdeka Giveaway
    http://www.kisahsidairy.com/2017/08/giveaway-merdeka-by-kisahsidairycom.html

    ReplyDelete
  2. Sedap sangat biskut ni...memang sesuai untuk breakfast...harga pun berbaloi2

    ReplyDelete
  3. boleh try beli nti wat stok kat opis kan

    ReplyDelete
  4. hurmm pernah try biskut nie tapi tak kena dengan tekak..last2 rugi macam tu je beli

    ReplyDelete
  5. Ana suka biskut belvita ni kak. Sedap dan senanh nak bawa g mana2. Byk khasiat juga

    ReplyDelete
  6. wah ada perisa baru boleh masuk laci buat stock minum petang miza ne

    ReplyDelete
  7. belvita...mmg banyak iklannya di tv..makanan femes ni hehe

    ReplyDelete
  8. Biskut nih memg mengenyangkan

    ReplyDelete
  9. Kak Sue suka biskut nie, memang ada je stok kat rumah..

    ReplyDelete
  10. tak pernah cuba lg biskut belvita

    ReplyDelete
  11. Boleh cuba untuk buat stok baru dekat office ni.. hehehe..

    ReplyDelete
  12. Biskut ni kaya dengan serat, pernah rasa... cicah air panas sedap tu

    ReplyDelete
  13. sedap biskut ni. tapi yg perisa baru sha tak try lagi

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......