Friday, August 11, 2017

Awas Sindiket Penipuan Sasar Warga Emas Dan Wanita

Hi korang,

Salam Jumaat, SA hari ni nak berkongsi dengan korang semua tentang panggilan dari sindiket penipuan atau lebih dikenali scammers yang sekarang sangat berleluasa menghubungi warga emas dan wanita. Mereka akan menghubungi secara random dan peliknya mereka mempunyai maklumat lengkap no kad pengenalan, alamat dan no telefon.Semalam rakan sekerja SA dihubungi oleh adiknya yang menangis2 mengatakan ibunya sedang on the phone dengan pegawai polis. Ibunya di dakwa atas tuduhan memiliki dadah dan bakal di tangkap serta di denda kerana gagal menghadirkan diri untuk kes sebutan..bila panggilan diterima oleh seorang ibu dan warga emas pula memang la ibu kita panik kan...siap ibunya di beri amaran untuk tidak bercakap dengan pihak ketiga ketika itu dan sambungan di sambung ke IPD Terengganu.Terus kawan SA suruh ibunya letak telefon. Secara logik akal kalau ibunya betul2 terlibat dengan kes dadah, polis terus serbu rumah..bukan telefon dulu kan..tapi bila benda ni nak jadi dan berlaku plak kebetulan ibu kawan SA yang kena..memang keadaan jadi haru biru...siap kena buat akaun di Ambank, siap bercakap dengan Sarjan dan sarjan sambungkan kepada pegawai Ambank...Nasib baik kawan SA cepat bertindak.


Klik video untuk dengar pengakuan mangsa yang terkena pada 8hb


Dalam keadaan ekonomi negara tak menentu ni..macam- macam penipuan telah telah berlaku..apa yang perlu kita buat sekiranya menjadi mangsa. Jangan panik dan terus berfikir secara rasional..macam SA kena tahun 3 tahun lepas pasal kad kredit..SA didapati telah membuat belian emas di kedai Poh Kong di KLIA. The best part masa tu SA tak pernah ada kad kredit.masa tu la sekarang memang ada.Pas tu ingat bila kali terakhir pi KLIA..hahaha...then sempat google sambil bercakap..ada tak Poh Kong di KLIA...Jumlah plak RM3998 kad kredit RHB bank...SA sempat gelakkan org yang call tu dan letak telefon..kelakar kan?Nak menipu pun agak- agak la sebab SA memang takde kad kredit masa tu...dan tak pernah ada akaun dengan pihak RHB.

Tak lama lepas tu keluar kes ni kat tv...kecoh kejap la bila baca berita kat bawah ni...sebab SA pun jadi mangsa..cuma dia tak sempat kenakan SA la..

Malaysian jewellery chain store Poh Kong has warned customers of a new SMS scam.
In a media statement on Saturday, the company said that the scam involved customers receiving an SMS informing them that their credit cards had been charged at Poh Kong outlets, and to call a particular number if they had not performed the transaction.

The scammers would then ask customers to reveal their personal details and credit card details.
“This SMS scam may also use different bank names or phone numbers,” said Poh Kong.
In an example provided by Poh Kong, the SMS scam would read as follows:

“RM0.00 RHB: MYR 3998.00 was charged on your card num**97 at POH KONG-AMPANG TESCO on 28/07. Call 03-92126570 if you did NOT perform this transaction.”
Poh Kong cautioned the public to be careful.

“If you receive such SMS asking you to call a number, don’t do it.
“If you wish to confirm with your bank, make sure you call the right number,” said the company.

Poh Kong has previously issued fraud alerts for scams that use the Poh Kong name for gold investment schemes, phone scams and email scams

Tolong ye korang..sebarkan supaya kita dan ibu bapa kita malahan sesiapa sahaja tidak menjadi mangsa seterusnya....please be extra carefull....elakkan dari menjadi mangsa...

21 comments:

  1. Penipu tak pernah penat dengan kerja menipunya...

    Malangnya walah sudah banyak tersebar cerita, masih ada yang terpukau dan terpedaya... :(

    ReplyDelete
  2. Macam2 cara nk menipu...takut nk angkat no tak kenal kan..

    ReplyDelete
  3. Jahatnye diorang ni. Seeloknya jgn percaya apapun promo Dari SMS Dan email esp Dari Nama ntah hapa2

    ReplyDelete
  4. kena lebih berhati-hati....
    jgn mudah terpedaya...

    ReplyDelete
  5. Jahatnya. Nak hidup senang dengan menipu tak selamat lah enkau wahai si penipu tu

    ReplyDelete
  6. Kena extra hati2 sekarang..Kadang kalau kena macam ni melalui telefon, mmg menggelabah kejap...

    ReplyDelete
  7. kena lebih hati-hati lepas ni sebab jenayah ni ada di mana-mana kan

    ReplyDelete
  8. Mak mertua sy pnh kena kak..die kol bgtau ada org guna ic mak mertua buat loan 50k.mak mertua sy plak bila panggilan disambung ke polus die terus nak percaya.part yg klakar die tuduh suami sy buat loan guna ic dia...hahaha..xpasal2 suami sy bebel kat mak mertua dia sbb percaya.

    ReplyDelete
  9. Nak kaya dengan cara senang je dorang ni. Tak takut dosa ke. Kena extra careful leps ni

    ReplyDelete
  10. macam-macam scam skrg ni kan.takut je kalau terkena

    ReplyDelete
  11. Sekarang ni macam² muslihat. Risau kannnn

    ReplyDelete
  12. bahaya sungguh..siap tuduhan pula tu..hishh

    ReplyDelete
  13. Macam-macam cara nak menipu nie kan.. mintak simpang lah..

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum SA...kena la berhati2 kan...

    ReplyDelete
  15. kawan saya pernah kena..2000 hilang..tp masa tu dia betul-betul panik, tak tahu nak buat apa..ikut je cakap irg tu..

    ReplyDelete
  16. Jahatnya. zaman sekarang ni macam-macam kan. Nora pun selau pesan dengan mak kalau org ada call kata nk bg duit ke ape ke pastu mintak nama penuh IC no akaun jangan bagi. Seram betul sekarang ni.

    ReplyDelete
  17. Takutnya..
    Walaupun logik itu satu penipuan, tapi time panik macam tu mudah kita percaya.
    Minta jauh la dari terkena kat saudara mara kita.. :(

    ReplyDelete
  18. kena sentiasa berhati2..huhu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......