Wednesday, August 30, 2017

Percaya Tak Berat SA Pernah Cecah 60kg?

Hi korang...

What? Berat SA pernah cecah 60kg...ye...korang tengok la dalam gambar kat bawah tu haaaa...Kan i sedikit tembun tu...masa tu masih umur awal 30an lagi...lepas sakit..SA kan under medication masa tu..so makan ubat banyak jenis steroid..menembun la badan..korang tak tengok SA awal- awal elok dari sakit..berat badan 40kg je...haaa...percaya?lepas tu makan ubat segala bagai...menembam badan den...adik SA cakap gambar ni sekitar 2010 - 2011 kot..sebab  SA sakit 2009...eh...sebelum tu...ada ke nak baca entry SA ni?ke dah ada yang cuti?


Sorry terpaksa letak riben pink kat mommy Qhaira sebab dia tak pakai tudung masa ni...dak kecik comel baju hijau tu masa tu umur 5 -6 tahun kot...Mak plak masih sihat begitu jugak abah..umur masa ni 56 lebih kot...hensem tak?


Sekarang Abah dah umur 60++...Dah asyik tak sihat je....tapi masih kuat lagi...



Haaaa...ni la dia budak baju hijau kat atas tu...sekarang dah nak masuk 13 tahun dah umur dia..25 September ni birthday dia la tu...dah macam- macam dia plan dah...nak sambut birthday buat majlis la..sabar jer la...


Apa yang SA notice..kalau berat badan SA naik mendadak SA akan jatuh sakit cepat..SA ni tak leh terdedah ngan cuaca yang humid, pas tu tak leh dekat ngan orang batuk atau demam..mesti cepat berjangkit..apa SA buat sampai badan jadi kurus sikit?Amalkan minum air banyak, minum green tea..diet nasi..bukan tka makan nasi...makan tapi bukan makan hari- hari...amalkan makan buah dan sayur...itu je..senaman buat jugak la senaman yang light..lagipun hari- hari SA jalan jauh..itupun dah kira senaman jugak kan....kalau boleh tak nak la jejak 60kg lagi...terpaksa pakai baju size L-XL...a big NO la baju besar2..hahahah....scary tengok...tapi kalau nak maintain...disiplin kena konsisten...kalau hati tisu dan tak kuat...susah nak dapat berat badan ideal...

Tuesday, August 29, 2017

Lunch Yang Membahayakan Bagi Orang Jaga Badan

Nasi Goreng Daging ( Menu Bekal Utuk Sarapan)


Hi korang..

Habis la...rosak la diet SA...takde la makna nak maintain berat badan 55kg...kalau dah sarapan pagi je makan nasi goreng daging. Tak habis bekal tu bawak plak makan masa lunch tadi...panaskan plak ikan bilis berlada campur petai yang SA bawak dari Seremban semalam..panas kan suhu 3 minit...terus jadi garing..ya allah..garing sambal den...ah lantak la..janji sodap...layan betul makan kat pantry sorang- sorang...sebab tu SA cakap lunch hari ni bahaya untuk yang sedang jaga badan macam SA...
Aduhai....minggu depan ada jemputan untuk paid review...habislah baju yang nak pakai nanti...dah la ada Menteri plak event tu...sempat ke nak diet sikit ni...nak raya ni weyh..takkan nak diet...rugi la diet time raya...Dah la mak cakap raya ni nak buat rendang itik...itik dah beli 4 ekor...aduhaiiiii.....bila up gambar ni kan...ramai yang cakap SA kejam...ala...sesekali kejam takpe kot...bukan apa..next mana tau ada yang berkenan nak beli sambal ikan bilis petai SA..hahahaha...jahat..
SA ingat kan...nak jadikan sambal paru dan ikan bilis berlada petai ni sebagai speciality SA la..kalau bukak order kat kawan- kawan blog area KL yang boleh ambik dari SA kat KL Sentral ok tak? Tanya jer...mana la tau kalau ada yang nak....

Panduan Menjaga dan Membersihkan Permaidani

Hi korang...

Rumah sapa takde permaidani...alaaaa....mustahil takde kan...carpet la...carpet..sebut permaidani bukan main berkerut dahi korang erk....hahaha...well carpet..setiap rumah pasti ada carpet kan..kalau takde carpet dimana- mana sudut macam tak sah dan kurang berseri kan..SA ada banyak permaidani..keluarkan time kenduri dan time raya jer..tak guna untuk hari - hari...eh dah kenapa plak SA duk citer pasal permaidani hari ni?Sebenarnya SA nak kongsi ngan korang tips menjaga permaidani yang SA baca tempoh hari...lebih baik share sebab tak semua orang tahu cara menjaga permaidani yang betul.

gambar dari google.com


Permaidani memerlukan penjagaan yang rapi sebab ianya cepat mengumpul habuk dan akan cepat lusuh akibat kerap dipijak.Berikut merupakan beberapa panduan penjagaan dan perbersihan permaidani agar hamparan kesayangan kita kekal cantik dan tahan lama..giler tak sayang carpet..beli mahal- mahal kot kan..

Panduan Penjagaan dan Pembersihan Permaidani

  1. Ketika memotong permaidani jangan buang lebihannya. Simpan untuk kegunaan masa depan sekiranya berlaku kerosakkan pada permaidani itu.
  2. Jangan terlalu kerap menggunakan vacum kerana serat pendek yang tidak ditenun pada permaidani akan tertanggal dan menjadikan ia cepat haus.sebaiknya selang selikan dnegan berus tangan atau pemberus vacum.
  3. Serat pendek adakalanya bersimpul dan membentuk bebola kecil. Untuk membuangnya jangan sesekali ditarik sebaliknya gunting dengan cermat.
  4. Jika permaidani berbekas atau terjejas akibat tersangkut pada pada paku perabot, jangan panik.Gunakan wayar penyangkut untuk menarik serat permaidani ke atas
  5. Bersihkan kekotoran pada permaidani menggunakan syampu permaidani atau syampu biasa mengikut arahan pengeluar.
  6. Sebelum membersihkan kekotoran, sebaiknya lakukan ujian kecil tempat yang kotor untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan bahan pembersih.
  7. Pilih syampu yang menghasilkan buih kering. Jika permaidani basah, ditakuti permaidani akan kecut dan bertukar warna.
  8. Jika kesan kotoran tidak hilang, hantar permaidani ke kedai pencuci professional atau bersihkan secara wap.
Haaaa...nampakkkk...senang kan?

Hope korang dah dapat sedikit idea nak jaga dan bersihkan permaidani korang..beli mahal- mahal pas tu tak betul bersihkan jadi rugi kan..takkan nak buang dan beli lain...harga kalau RM100 takpe..ni beratus2 dan beribu...Eh macam dah lama tak beli carpet la...nak pi cuci mata la nanti..mana tau ada yang berkenan di hati...lama dah tak pi Nilai 3.. last pergi 2 tahun lepas masa sibuk uruskan adik kawen...kena pi lagi ni...SA nak cari carpet untuk ruang tamu..nak ganti baru la...Hujung tahun dah plan nak beli sofa baru...kali ni nak cari sofa kulit plak...nak tukar konsep..konsep sekarang dah caca marba dah....

Souvenir Key-chain Australia For Power Puff Girl


Hi korang...

Power puff girl? Sapa? hahaha...kami la SA dan 2 orang lagi kawan kat opis ni...kami bertiga admin department yang rapat..ekceli ada 4...yang sorang lagi tu salah ajaran so x leh join the club..hahahaha...Big boss baru balik dari oversea...macam biasa memang ada la buah tangan untuk kami bertiga yang vogue the vass ni kan...dah la ada yang gelarkan 3 stooges..3 makdara pinggitan la..terbaru Power puff girl...memang kami power pun....berani buat onar dengan kami...

Well bertambah lagi koleksi keychain SA..kenapa SA suka simpan keychain?sebab melalui keychain ni la kita tahu pasal negeri dan negara orang..keychain is a must have sebagai koleksi. Menaikkan semangat SA untuk travel satu hari nanti...setakat ni China, Thailand, Vietnam dan Indonesia dah lepas selain dalam negara sendiri.Next tak tau lagi la..kewangan belum stabil lagi so maybe dalam Malaysia je la..banyak lagi tempat yang belum explore dalam Malaysia ni..most of negeri semua dah pergi cuma tak teroka lebih lagi setiap negeri...dengarnya banyak tempat best2 kan.

Kenapa SA suka travel?
SA suka tengok tempat orang..suka budaya orang dan paling suka explore makanan tradisi orang....belajar kebudayaan dan tradisi masyarakat dalam Malaysia. itu menjadi impian..sebab tu SA suka berkawan..at least SA boleh rujuk kawan- kawan negeri or negara lain sekiranya SA nak tahu apa- apa info kan....sekarang SA dah malas nak beli fridge magnet dah...kenapa? sebab asyik hilang..ada je tangan gatal nak ambil..walau letak kat rumah pun...bukan nak menuduh...tp kalau dah ramai- ramai sure akan hilang...so SA kumpul keychain...Dania tukang susun...nanti ada masa SA ambil gambar dan tunjuk dalam blog...elok banyak tergantung...korang belum tengok koleksi novel lagi..SA ada banyak novel hasil rajin membeli dan membaca...nak kena tambah almari lagi untuk novel- novel tu semua....itupun nanti SA tunjuk ye...sementara tu ada link SA bercerita tentang novel..kalau korang nak tengok la..tapi takde la specific sgt..just santai je...




Ada lagi sebenarnya...tapi x jumpa link plak...nanti la SA cari...

Monday, August 28, 2017

Rendang Campur Order Minggu Ini

Dari Dapur Suria Amanda

Hi korang...

Alhamdulillah...SA rasa best sangat hari ni...


Minggu ni kawan- kawan SA order rendang campur...uik rendang apa tu..rendang campur iaitu rendang daging+ paru+hati lembu...haaa kali ni SA ikut permintaan kawan- kawan yang order..diorang nak pedas skit..so..SA buat la pedas...ikut SA memang x tahan..tapi alhamdulillah SA ok jer...semua pun suka kan...

Alhamdulillah 10 bekas yang SA bawak pi opis semua habis terjual..extra satu pun habis terjual...puas hati..hilang segala penat memasak...next order ada yang request rendang itik...we see how..SA nak cari supplier Itik plak...korang tau je la kan..itik kan mahal dari ayam..pas tu nextnya plak nanti SA nak repeat order sambal Cili Api ikan bilis petai..itupun dapat permintaan ramai tu...kena repeat order gak lagi...alhamdulillah....moga ada rezeki dalam bidang ni lagi...SA jual bukan nak untung...tapi lebih kepada kepuasan diri sendiri...SA suka memasak dan suka orang menikmati masakan SA....seronok tak terhingga rasanya....

Moga allah bukakan seluas- luasnya jalan buat SA...amin....

Anytime EDT Dashing Bangkitkan Jiwa Maskulin Lelaki...

ENTRY KHAS UNTUK LELAKI!

Hi korang....selalu product review untuk wanita je kan..macam tak adil plak ye tak semuanya tentang wanita..ok la kali ni SA nak perkenalkan pada korang product untuk lelaki iaitu Dashing. Dashing jenama popular yang tidak asing lagi dan sangat terkenal dipasaran..kali ini Dashing memperkenalkan product baru keluaran mereka khas untuk lelaki iaitu Anytime EDT Dashing yang merupakan pocket perfume. Makin mudah la kan..sebab pocket perfume yang sama size dengan kad kredit..simpan dalam pocket je la dan sembur bila perlu..



Tampil rapi dan menawan sememangnya merupakan keinginan setiap lelaki moden. Selain berpakaian kemas dan bergaya, lelaki dari semua peringkat umur mengetahui bahawa masalah bau badan boleh menjejaskan personality serta penerimaan masyarakat sekeliling. Sebab itulah ramai lelaki yang menggunakan pewangi, akan mengaplikasikannya semula berulang kali dalam sehari.  

SENTIASA TAMPIL DENGAN WANGIAN HEBAT DI MANA SAHAJA!

Lelaki yang menjaga penampilan adalah lelaki yang hebat..bau badan perlu dititik beratkan kerana ianya merupakan asas kepada kebersihan.

“Penampilan yang baik mestilah dipadankan dengan bau yang menarik,” kata Mr. Venkat Jangam, Pengurus Pemasaran Wipro Unza Malaysia. “Sesiapa sahaja boleh bergaya dengan fesyen terkini dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki, tetapi sebenarnya bau badan seseorang itulah yang menjadi “factor tarikan” untuk menonjol dan mengekalkan penampilan yang segak. Oleh sebab itulah semua lelaki tanpa mengira taraf hidup dan pekerjaan perlu sentiasa mempunyai bau badan yang menyenangkan sepanjang hari.” 

Memahami keperluan lelaki untuk berbau harum sepanjang waktu, malah untuk semua aktiviti sepanjang hari, DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki yang juga merupakan peneraju pasaran dalam bidang wangian lelaki di Malaysia telah menghasilkan Anytime EDT. DASHING Anytime EDT yang terbaru ini merupakan wangian bersaiz kecil, senang digunakan serta mudah di bawa ke mana sahaja. Bentuknya direkakhas untuk poket anda seperti kad kredit yang tersisip kemas, sesuai untuk lelaki yang aktif kemana sahaja.  

“Sebagai peneraju jenama penjagaan diri lelaki di Malaysia, DASHING memahami keperluan utama seorang lelaki-  iaitu wangian yang membangkitkan jiwa maskulin sebenar dari dalam, tetapi pada masa yang sama mudah didekati.”tambah Mr. Venkat. “Kini dengan kehadiran DASHING Anytime EDT, ekspresi wangian maskulin kini tersedia sentiasa di dalam poket anda”

Rekaan pek DASHING Anytime EDT yang penuh gaya sesuai dengan trend masa kini hadir dalam empat variasi unik – Cool, Active, Hattrick and Ultimate Kick.

1.Cool
Haruman maskulin ini merupakan takrifan identity dan daya penarik anda. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan. Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai nota asas. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang “cool” secara semulajadi dari dalam dirimu.




2.Active
Khas untuk si jejaka lasak yang amat menggemari kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman Fougére yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda.



3.Ultimate Kick
Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden . Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah.



4.Hattrick
Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.



Dijual pada harga RM7.00, DASHING Anytime EDT 18 ml boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh Malaysia.

So..jejaka diluar sana..apa tunggu lagi...dapatkan Anytime EDT yang sangat comel dan boleh di bawa kemana sahaja.Kekal segar dan harum sepanjang masa..make sure ramai yang ingin mendekati anda dan bukan menjauhi..Dashing sentiasa melengkapi gaya hidup seorang lelaki..

Maklumat lanjut korang boleh layari :

Website

Facebook

Instagram


Selamat mencuba....


Friday, August 25, 2017

Keropok Belinjau Fav SA!!

Hi korang..
Pernah makan keropok belinjau?SA memang suka keropok ni..tersuka masa pi Jakarta dulu..owner guest house hidangkan nasi goreng dengan keropok belinjau..sejak dari tu terus suka..kadang makan kat kedai-kedai Masakan Padang kat KL ni..memang best..pahit2 skit dan lemak..sedap especially makan ulam nasi...sampai x sedar habis nasi sepinggan..memang jahanam diet kak jah...berangan je la nak maintain 55kg...hari-hari makan sedap je..

Semalam SA beli lagi sebab ada kawan opis kirim...masa SA beli hari Rabu tu penuh seguni lagi tau..semalam dah tinggal suku guni je...mak aiii...memang ramai la peminatnya ni...


Versi yang belum di goreng

ini yang dah di goreng..abaikan yang terhangit tu sebab leka..hahaha..

Rasanya?

Pahit-pahit lemak..sedap...bahaya ni makan ngan nasi..tanpa sedar makan bertambah nanti...sekarang dah tahu nak beli kat mana..boleh la beli lagi nanti..kalau dah sedap kat tekak SA ni..memang menjadi kemestian buat stok la...boleh gak makan sambil2 tengok tv...sure sekejap jer habis...

Korang cuba la...sedap....

Apa Yang Difikirkan Itulah Yang Akan Terjadi Dalam Kehidupan

🌺 *Mutiara Kata Pagi Jumaat* 🌺

sumber google.com

"Suatu hari, Rasulullah saw menjenguk seseorang yang sedang sakit demam. Beliau menghibur dan membesarkan hati orang tersebut.

Beliau bersabda,
"Semoga penyakitmu ini menjadi penghapus dosamu".

Orang itu menjawab,
"Tapi ini adalah demam yang mendidih, yang jika menimpa orangtua yang sudah tenat, bisa menheretnya ke lubang kubur".

Mendengar keluhan orang itu, Rasulullah saw bersabda,
"Kalau demikian anggapanmu, maka akan begitulah jadinya’.
(HR. Ibnu Majah)

Sungguh indah apa yang disabdakan Rasulullah saw.
Perhatikan pesan-pesan Rasulullah berikut ini :
"Barangsiapa yang redha, maka keridhaan itu untuknya. Barangsiapa mengeluh, maka keluhan itu akan menjadi miliknya"
(HR. at-Tirmidzi)

"Salah satu kebahagiaan seseorang adalah keredhaannya menerima keputusan ALLAH."
(HR. Ahmad)

Jika kita memikirkan bahagia, maka kita akan bahagia.
Jika kita berfikiran sedih, maka kita menjadi sedih.

Jika kita berfikiran gagal, kita menjadi gagal.
Jika kita berfikiran sukses, maka kita nescaya sukses.

Jika kita berfikiran sakit, kita juga menjadi sakit.
Jika kita berfikiran sihat, maka kita pun akan sihat.

Inilah The Law of Attraction, Hukum Tarik Menarik, merupakan Sunnatullah yang berlaku di alam semesta.

You are what you think.
Anda adalah apa yang Anda fikirkan.

Selalulah berfikir yang positif dan jangan pernah biarkan fikiran negatif membelenggu otak dan dlm kehidupan kita.

Jadi tetap semangat dan jangan pernah menyerah pada keadaan.

Tugas kita hanya 2, iaitu :
Berusaha tawakal dan berdoa.
Sedangkan selanjutnya itu kuasa ALLAH SWT.

Nabi SAW bersabda :

"Ketika seorang hamba berkata Laa Haula Wa Laa Quwwata Ila Billah, maka ALLAH berfirman, "Lihatlah (hai para malaikat), orang ini telah menyerahkan urusannya kepadaKu".
(HR. Ahmad).


Thursday, August 24, 2017

Syamsul Debat Buat Pekerja Tergeliat Rahang!!

CERAMAH CAKNA IBU BAPA , ANAK- ANAK BERJAYA OLEH SYAMSUL DEBAT

Hi korang...

Setelah setahun lebih menunggu akhirnya pinangan pihak Malakoff di terima juga oleh Syamsul Debat iaitu salah seorang penceramah popular masa kini...pemilik nama Syamsul Amri Ismail ini merupakan penceramah TV Alhijrah dan sangat popular..susah nak dapatkan jadual beliau memandangkan sepanjang tahun ni dan tahun depan dah penuh...huiiiii....masyuk la Syamsul Debat. Sapa tak kenal beliau kan> satu- satunya penceramah yang mengutamakan loghat NS dalam setiap ceramahnya...trademark la tu....apapun kami semua terhibur dan dapat berkongsi ilmu sepanjang ceramah berlangsung..hilang segala stress..ketawa sampai tergeliat rahang....


Permulaan entry SA letak gambar sopan sikit...nanti korang tengok la selepas gambar yang ni...tak pernah SA nyer gambar buruk macam tu sekali dalam fanpage penceramah popular plak tu...


inilah dia Syamsul Debat...bukan ustaz la dia ni...dia penceramah dan popular dalam rancangan di TV Al Hijrah...SA selalu ikuti ceramah beliau melalui youtube...memang best...walau diselitkan jenaka tetapi penuh ilmu yang berguna. Bagi SA bagus ceramah macam ni sebab senang faham dan diterima ramai..tak mustahil Syamsul Debat diminati ramai dan mempunyai pengikut...


erk...malu plak tepek gambar ni semua...


ni ok lagi ni...blom klimaks...tp ada yng ekstrem dah tergelak..


Ok SA masih bleh cover lagi


Syamsul Debat dengan macam- macam idea yang buat kami semua pecah perut...


Okey ni dah aksi luar biasa dh


Ya allah...sakit perut gelak


gelak ketawa sampai mengalir air mata


Apa sahaja la yang digelakkan tu haaa


okey maintain balik..


khusyuk nampaknya


SA berjaya kaver line...tapi kawan sebelah tu.....


Tak sudah lagi ke Syamsul Debat?


Okey last group photo....


terima kasih Syamsul Debat...anda menjadikan hari kami semua havoc....


Sesungguhnya SA dan semua staff Malakoff terhibur dan kami dapat ilmu baru semasa ceramah ini berlangsung..korang kalau nak jemput Syamsul Debat ceramah kat office korang..boleh la start booked seawal dari sekarang..tak tau la schedule dia macam mana tapi setau SA memang penuh..office SA pun tunggu setahun nak dapatkan beliau...hebat kan?


Gambar- gambar dari FB official Syamsul Debat..

Ada ke gambar SA yang teruk dalam ni....korang pi la tengok...memang ada kot..merah2 muka gelak..haih...jahat tau photographer official Syamsul Debat ni....malu satu Malaysia tengok oiiiii.......

Hanya Weekend Masa Untuk Keluarga.....

Hi korang...

SA ni kan weekend mommy...saat yang paling bahagia time weekend la..sebab weekend la SA gunakan masa sepenuhnya dengan family..especially anak- anak (Anak+ Anak buah) SA yang macam-macam perangai tu ha...so Ahad lepas..selepas SA siapkan bahan- bahan nak masak untuk bisnes kecik SA tu...keluar sekejap sebab temankan diorang ni ha...si mommy Dida nak beli puting susu..ye...Dida tu nampak je dah besar tapi umur baru 3 tahun...masih menyusu dan masih pakai pampers..geram aje..ntah bila nak diapers free pun tak tau...menyusu tu dah kurang dah sebab dia jenis kuat makan..tengok badan la kan...setiap Jumaat sure dia tido kat rumah SA..sampai Ahad..so puas la main- main ngan dia..ngan loyar buruk dia tu...Kakak Dania plak kerjanya asyik memerap je dalam bilik...Anak dara kan....

Ahad lepas pi la kami 4 beranak ke Parkson Seremban Prima...jalan - jalan...hang out....senang bawak Dida ni sebab tak banyak ragam...cuma semua benda dia nampak semua dia nak beli masa masuk D.I.Y...Jom tengok gambar yang SA sempat snap..


Comel tak saya?


Masa ni tak senyum


Aik macam tak ready


Alaaa...tutup mata plak


Pesen dia amik gambar sekarang..tak pandang kamera


Stress tengok gamba ni sebab ada photobomb...siap picit jerawat lagi Baiyya tu ha.....


Tiramisu cake request by Dida..beli kat Harold's Bread Bakery


Satu untuk Dida, Satu untuk kakak Dania...suka sangat ngan tiramisu cake..dia yang pilih sendiri tau...


Pas tu dia request lagi roti tisu...mommy dia cakap memang dah biasa kalau lepak kedai mamak dia mesti nak roti tisu...sabar jer la Dida...patut la demok.....


Masuk jer kereta terus pengsannnnnnnn........

Kepenatan dia berjalan...SA pangku plak tu...nauzubillahhhh...semangat badan dia buat SA sakit2 badan...lama gak la pangku dia...sedap jer dia tido..senang je..masuk kereta..on aircond terus x sampai 2 min dia lelap..

Kalau hari- hari dapat luang masa untuk anak- anak kan best, dapat tengok anak membesar depan mata kan...haih...sabar jer la SA...dah bahagian kau...kena la terima hakikat....

tapi takpe...hujung bulan ni dan bulan 9 banyak cuti kan..so boleh la spend time ngan diorang...

Sandwich Garsa Kitchen Fresh Homemade dan Halal.....

Sandwich Garsa Kitchen Sedap dan Segar Pilihan Ramai

Hi korang...

Zaman serba serbi di hujung jari sekarang ni memang memudahkan kita khususnya buat wanita bekerja macam SA. Agak tak ada idea nak makan apa..boleh je melawat FB atau website Garsa Kitchen yang menawarkan khidmat pembelian dalam talian untuk product sandwich mereka..SA dah cuba dah sandwich Garsa Kitchen ni...memang sedap dan menepati citarasa SA..korang kalau nak makanan yang ringan boleh la cuba sandwich Garsa Kitchen. Ada pelbagai perisa atau filing yang menarik. Garsa Kitchen pun dah cukup terkenal dengan sandwich diorang yang sedap dan menjadi pilihan ramai. Fresh Homemade dan HALAL.

Betul ni...SA tak sembang kosong ye...sandwich diorang sedap..dan diorang pun sedang memperkenalkan menu baru bagi sandwich diorang iaitu Egg Salted Chicken Sandwich...haaaaa...SA dah rasa dah sandwich ni...Sekejap je habis SA makan...ehhhh....bukan SA makan sensorang...makan la dengan kawan- kawan...filing atau inti sandwich bukan Egg Salted Chicken ni aje tau...ada pelbagai inti yang ditawarkan dan korang boleh pilih yang mana satu berkenan di hati. inti diorang penuh kasih sayang tau..sebab tu sedap. Harga pun sangat- sangat berpatutan



Sandwich Sesuai Di Makan Waktu Lunch

Kenapa SA cakap sesuai dimakan di waktu lunch? Mana tau korang yang diet atau tak nak makan berat boleh aje makan di waktu tengahari..alaa...nasi lemak pun orang tak makan sebagai hidangan sarapan pagi dah kan...waktu malam pun ada gak yang makan nasi lemak..sama jugak macam sandwich..bila- bila masa aje kita boleh nikmati..takde sapa nak marah kan?Sandwich bukan suatu kemestian diambil pada waktu pagi, bila- bila masa je boleh makan...yang penting bersih,segar dan sihat.

SA suka sandwich dari Garsa Kitchen ni bukan sebab mereka terkenal ye...tetapi sebab kualiti sandwich yang disediakan. Sandwich yang sangat segar, bersih dan yang penting servis pun sangat pantas. SA order sehari sebelum dan berikan waktu ikut kesesuaian schedule SA esoknya, belum masa yang SA request sampai, rider dah sampai dah...Rider pun mesra dan berpakaian kemas. Haaaa...macam ni la yang kita nak kan...servis pantas..keep it up Garsa Kitchen!!!


Quality sandwich dan menurut pihak Garsa Kitchen mereka memang menyediakan sandwich yang segar dengan bahan- bahan terpilih sahaja bagi mengekalkan kualiti dan prestasi..


Sebelum makan kita selfie dulu...



Baunya buat SA tertarik dan tak sabar


Lepas satu- satu SA makan...tak sedar dah makan banyak


Sedap...SA puas hati


Pembelian sandwich di Garsa Kitchen ni bukan tertakluk kepada pembelian individual sahaja...tetapi kalau korang nak beli dalam kuantiti yang banyak untuk majlis- majlis atau meeting kat office pun boleh juga.Apa sahaja majlis boleh tau..yang penting korang kena order direct dari website diorang dan deal betul- betul.Ikutkan dah ramai yang order untuk meeting kat office dan ramai yang satiesfied. Jangan risau ye...customer service diorang mesra dan layanan tip top..Sementara tu kan...korang check dulu kat website, delivery diorang cover tak area korang tinggal. Kalau tak korang boleh jer walk in atau boleh je pick up kat mana- mana area yang convenient.

So..what are you waiting for?

Nak order?

Website : www.garsakitchen.com

Facebook : https://www.facebook.com/garsakitchenkl/

Instagram : www.instagram.com/garsa.kitchen

ADDRESS
Garsa Kitchen
NO 27 JALAN 2/27E WANGSA MAJU SEKSYEN 10, WANGSA MAJU
KUALA LUMPUR 

BUSINESS HOURS
8.30AM – 10PM

CONTACT NUMBER
+60132424808

EMAIL
garsa.kitchen@gmail.com

Jangan Kata SA tak payung ye....Selamat Mencuba!!!

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah