Thursday, July 27, 2017

Trip Singkat Hanya Untuk Sarapan Di Pasir Panjang PD

Hi korang,

Sebenarnya aktiviti sarapan pagi hari minggu ni dah lama tak buat..dengan bulan puasa..dengan macam- macam agenda..so last week SA bawak mak abah SA dan anak dara kesayangan Dania pi sarapan kat Pasir Panjang ni..ikutka dah banyak kali SA update pasal ni kat dalam blog..tapi x kisah la kan...dari takde entry baik jadikan entry...so seawal pagi ahad lepas SA gerak ke Pasir Panjang..SA pernah tinggal kat sini masa kecik2 dulu..9 tahun ke 10 tahun tinggal kat sini sebab tu tempat ni banyak mengundang kenangan buat kami sekeluarga..susah senang kami anak beranak sebelum berpindah ke Seremban.


Yang penting Mak & Abah suka....makan roti canai dengan rendang ayam..kedai ni mmg jadi tumpuan kat pekan Pasir Panjang ni..


Roti telur...fav kakak Dania


Lepas sarapan SA gerak ke Kampung Telok Pasir Panjang..Abah suka pi sini sebab dulu dia selalu menjala kat sini..pantai nelayan kan...


Cantik tak gambar ni...SA dan laut memang tak leh dipisahkan...tenang jer bila duduk kat tepi ni...


Gambar hasil kreativiti Dania...suka la gambar ni..


SA masa ni tengah migrain teruk...sebab tu berkeut jer muka..memang pening giler..dari kat rumah lagi...tapi tak nak tunjuk sangat kat Mak Abah tak nak diorang risau


One more pose...


Then naik kat pelantar ni...amik gambar Dania...Dah besar anak dara mama...


One more pose...dia sibuk cakap gambar ni tak cantik...pada SA dah cukup cantik dah ni....


Mama love you so much...kita sama- sama hadapi kehidupan ni ye...


Dia suka gambar pose macam ni....


One more...


Mama sayang kamu sampai akhir nafas mama..apapun kita lalui..jangan pernah berpisah...


Lepas ni tak nak la pakai baju corak jalur melintang macam ni....nampak SA gemuk..


Candid photo...sebenarnya nak bagi tau hidung kami berdua mancung bleh sangkut hanger...hahahaha....dia hangin betul tengok mama upload dalam IG...


Itu jer aktiviti Ahad lepas SA dan keluarga..walau sekejap jer SA rasa bahagia sangat sebab dapat luangkan sedikit masa..minggu ni balik lagi sebab SA dapat tempahan rendang...nak masak kat rumah sewa bukan tak boleh..cuma SA tak berapa selesa jer..tak selesa dengan dapur rumah orang..kita dah biasa masak ni memang pentingkan keselesaan kan...tak sabar nak balik..

18 comments:

  1. Cantik dania kak. Semoga dania terus berjaya pada masa hadapan.

    ReplyDelete
  2. Sesekali bersarapan di luar memang bestkan! Dah besar anak dara SA, jadi kawan, teman, sahabat.

    ReplyDelete
  3. Baru tahu akak pernah duduk Pasir Panjang

    ReplyDelete
  4. Walau sekejap yang penting kualiti masa itu kan SA...Dania..jangan pernah lupus dihati dan mindamu wanita ini..kalian berdua anugerah satu sama lain.

    ReplyDelete
  5. hahahaha...actually kak, kalau nak pose yg gmbr pandang belakang tuu...baik amik dari jauh...better outcome.. :D

    ReplyDelete
  6. sedapnya makan roti dengan rendang! sedapnyaaa sedapnyaaa! hahaha

    ReplyDelete
  7. Suka makan asam pedas dan sotong bakar kat pasir panjang

    ReplyDelete
  8. Huyoo...😱😱😱 jauhnya breakfast... apa yang menarik kat Pasir Panjang tu...?😁😋

    ReplyDelete
  9. Bff forever kak SA ni. Kak SA nampak muda remaja je, xmacam mak-mak pun. Apa resiaa kak? share laa. hihi

    ReplyDelete
  10. menarik jugak tempat sarapan ni lama tak pergi PD hu hu hu

    ReplyDelete
  11. Insyaallah...kasih syg mak n anak tak kan terputus

    ReplyDelete
  12. Pandai Dania ambil gambar. Mmg cantik

    ReplyDelete
  13. wah Kak Dania pun da pandai posing ni Kak SA.. lepas ni geng dengan mummy diaa la hihi..

    ReplyDelete
  14. Comelnya Dania.. Jalan-jalan cari makan ye sis SA..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah