Saturday, July 22, 2017

Penangan Laksa Batu Kurau & Air Kelapa Laut Man Java Di Open House Blogger Shuhaida Kabdy

Hi korang...
Hari ni SA sempat bertandang ke open house kawan blogger kak Shuhaida Kabdy Di Bandar Tasik Puteri Rawang..kebetulan tak berapa jauh dari rumah dan SA lepas tu nak balik ke Seremban. Agak keliru jugak waze bawak kami berdua ikut jalan pusing2 taoi sebab niat memang nak pergi rumah Kak Sue sampai jugak akhirnya ..sampai je disambut Kak Sue dan adiknya Sueaina..alhamdulillah dapat jugak memenuhi undangan sebab ramai gak yang jemput datang rumah tapi SA x dapat nak pergi..kekangan masa dan jarak yang buat SA x dpt nak memenuhi jemputan..harap kawan2 lain tak kecil hati ye..insyaallah kalau diizinkan allah akan datang sampai jugak SA nanti..
Sampai je kat rumah Kak Sue memang dah semerbak bau laksa Batu Kurau yang pernah SA baca kat blog beliau..SA ni mmg oenggemar laksa x kira la dari mana asal laksa tu..yang laksa Kak Sue buat ni memang sedap..cukup semua bahan dan rasanya..dengan muka tak malu SA makan bertambah 2 kali..huhu...sedap punya pasal kan...


Sedap..nanti nak mintak Kak Sue buatkan lagi laa...hehehe...


Selain Laksa Batu Kurau..SA mmg dari dulu nak rasa air kelapa laut Man Java, suami Kak Sue yang jual air ni..siap proses sendiri...memang sedap tau...sejuk badan minum air kelapa laut ni...


Abg Man..suami Kak Sue memberi kata pembuka acar...petang tu ada bacaan doa selamat dan ada tetamu khas iaitu pelajar2 Tahfiz dan jugak anak-anak yatim


Antara pelajar Tahfiz yang hadir


Tgok anak2 pelajar tahfiz ni..sejuk mata memandang..


Dalam 40 min kat rumah Kak Sue SA minta izin nak balik sebab nak balik Seremban..Kak Sue pun sibuk melayan tetamu..nak balik tu bertembung gak ngan blogger Anil Wanina...pun lambai2 dari jauh je..terima kasih buat Kak Sue dan Abg Man yang sudi jemput SA dan pasangan ke majlis rumah terbuka..seronok dapat makan Laksa sedap..korang kalau nak ajak SA sila buat Laksa eh..hahhaa..xde la gurau je..insyaallah next time SA cuba memenuhi undangan kawan- kawan blogger yang lain..tapi bagi tau agenda awal2 ye sebab SA ari ni pakaian sempoi je..x ikut tema sebab SA nak balik Seremban kan...segan gak tadi..sib baik rumah Kak Sue..kalau rumah org lain sure rosak majlis orang..apapun Laksa Batu Kurau tu memang Sodap!!! SA bg 10 bintang!!!!

13 comments:

  1. Sedapnya laksa Tu. Dulu mama pun pernah jumpa dgn anilwanina

    ReplyDelete
  2. Tak ada rezeki nak jumpa SA kali ini, sebab kak ana mai petag sikit tadi :)

    ReplyDelete
  3. Masa tengok akak post air kelapa laut tu, terus tercari2 dekat mana ada jual. First time minum dekat cameron highland, sedap sangat macam rasa air longan..

    ReplyDelete
  4. laksa memang best. lebih2 lagi kalau yg pekat

    ReplyDelete
  5. sedapnya laksa tu.. selalu dapat makan bila ada event besar je..

    http://www.myarosli.com/2017/07/blog-berbaju-baru.html

    ReplyDelete
  6. Sedapnya laksa dgn air kelapa laut man java tu kak. Xde rezeki nak ke rumah kak sue. InsyaAllah akan dtg pula.

    ReplyDelete
  7. kolin dah pukul 6 baru teringat huhuhuhu

    ReplyDelete
  8. Apa rasa air kelapa laut tuh kak?

    ReplyDelete
  9. Wah bestnya ada laksa dan air kelapa laut

    ReplyDelete
  10. ya Allah.. terliur tengok laksa dan air kelapa laut manjava tu.. huu~ dari bulan puasa nak rasa.. belum rezeki..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......