Tuesday, July 4, 2017

Cara Mudah Mencari Barangan Hilang Dengan Bluetooth Tracker TAG La

Hi korang...

Peningnya kepala kalau cari barang tak jumpa kan...macam SA la...almaklumlah sejak umur dah meningkat ni jadi pelupa plak...kadang- kadang letak sekejap jer tapi boleh lupa.Selalunya yang jadi masalah kalau salah letak kunci rumah dan kunci kereta..handphone memang jarang- jarang la hilang cuma mungkin salah letak.

Baru - baru ni SA diperkenalkan dengan Bluetooth Tracker atau lebih dikenali dengan nama TAG La. TAG La adalah cara terpantas untuk mencari apa sahaja barang korang yang hilang. Tanpa teknologi seperti TAG La ianya mengambil masa yang lama malah berjam- jam untuk mencari sesuatu barang yang hilang. Boleh jadi stress kalau tak jumpa kan..Lepas ni tak jadi masalah lagi dh..sebabnya dah ada penyelesaian kepada masalah korang...jom tengok gambar dan penerangan Item Finder ni..


Comel jer kan item finder TAG La ni dan terdapat dalam 6 warna yang menarik iaitu, Merah, Hitam, Kuning, Hijau, Biru dan Putih. SA pilih Merah sebab memang warna kegemaran...sekarang korang dah boleh mencari barangan yang tersalah letak tempatnya atau hilang dengan aplikasi yang mudah untuk digunakan. Dekatkan TAG La korang kepada apa sahaja barangan yang korang rasa penting dan tak mahu ianya hilang seperti dompet, kunci atau handphone.

Cara- Cara Menggunakan TAG La


  1. Mulakan dengan memuat turun aplikasi TAG La dari Apple Appstore atau Google Play Store
  2. Ring TAG La dari aplikasi atau tekan dua kali untuk menelefon telefon anda. Walaupun handphone korang dalam mode senyap.
  3. Tempat terakhir dilihat - cari barangan anda yang hilang. Aplikasi  akan mengingati bila dan di mana kali terakhir barangan itu berada dengan anda.
  4. Minta bantuan rakan anda - cari barangan yang hilang dengan menekan butang bantuan. Apabila mana-mana pengguna TAG La datang berhampiran barangan tersebut, anda akan menerima notifikasi lokasi yang terkini barangan anda.



Senang sangat dengan applikasi TAG La. Applikasi ini mengambil masa hanya beberapa saat untuk dimuat turun ke telefon atau tablet anda dan terus berfungsi sebaiknya  melalui setiap langkah anda sejurus selepas New TAG La anda diaktifkan. 

Menarik kan?


Bagaimana jika telefon saya hilang?

Pertama, pastikan applikasi TAG La anda berfungsi, tidak kira di latar belakang atau latar depan telefon anda, dan pastikan telefon anda berada dalam ketinggian 75ft dan mempunyai capaian Bluetooth!

Tekan dua kali butang TAG La untuk menelefon telefon anda, walaupun dalam mode senyap!

Bagaimana jika anda telah dua kali menekan butang TAG La, tetapi telefon anda masih tidak berdering?

Ini kerana TAG La anda tidak berada dalam lingkungan peranti anda, Bluetooth tidak didayakan dan aplikasi TAG La ditutup.

Pastikan anda mempunyai aplikasi dan Bluetooth anda sepanjang masa untuk mengelakkan peranti TAG La daripada melepaskan sambungan dari telefon anda dan jangan lupa ketinggian harus 75 kaki. untuk capaian Bluetooth.



SA sangat- sangat memerlukan TAG La sebab SA ni memang jenis selalu terlupa letak barang- barang penting. Appreciated sangat dengan teknologi terbaru ni. Tak sangka ada Bluetooth Tracker yang boleh membantu mencari barangan yang tersalah letak atau hilang. Teknologi di hujung jari kan? Bentuknya yang comel boleh disimpan dalam tas tangan dan dibawa kemana sahaja anda pergi.

SA sangat- sangat recommend pada korang sekiranya selalu mengalami masalah macam SA.

Maklumat lanjut korang boleh hubungi :

Official website : http://tagla.com.my


14 comments:

  1. memang sangat memerlukan miza selalu lupa mana letak kunci rumah n kunci kereta. tq kak SA

    ReplyDelete
  2. Senang dah lepas ni kan kak. Kalau lupa dekat mana kita letak barang tu, senang nak cr dah. Tak yah ribut2 dah.

    ReplyDelete
  3. teknologi sekarang ni dah advance betul kak.. bagus sgt untuk orang yang selalu lupa ni..

    ReplyDelete
  4. la senangnya benda ni. Cici memang selalu lupa barang -__- dah la handbag penuh. selalu ingatkan ada tertimbus kat dalam, rupanya tertinggal. tak masuk bab jatuh celah katil hahahaha

    ReplyDelete
  5. Wah...bagusnya alat ni. Sangat berguna tambahan bagi mereka yang selalu lupa, kan? 😊

    ReplyDelete
  6. sangat2 sesuai utk org yg pelupa mcm akak ni..
    thanks SA berkongsi apps menarik ni

    ReplyDelete
  7. Senang ada benda ni...kdg2 brg ilang adpi..sampai pening2 mencari

    ReplyDelete
  8. Wah bestnye...nak juga tp nape xde kaler pink??huwaaa

    ReplyDelete
  9. wah menarik ni...kalau dua2 hilang mcm mana..wawaaa...

    ReplyDelete
  10. finally a dicipta utk org pelupa yang selalu hilang barang

    ReplyDelete
  11. Waahhh first time dgar pasal nie.. nice sharing :)

    ReplyDelete
  12. ooo..da ade benda alah nie...zaman sekarang..canggih2 naa..

    ReplyDelete
  13. macam-macam benda canggih ada sekarang

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah