Saturday, July 8, 2017

Barangan Yang Tidak Dibenarkan Ketika Menaiki Pesawat

Hi korang...

Semalam driver boss SA ada tanya pasal ubat yang dia nak bawak naik pesawat dan tanya jugak boleh ke masukkan dalam bag dan check in? SA x berani nak jawab sebab ubat tu consider racun dan berbentuk cecair..ianya ada la kaitan dengan dadah...so SA pun google dan dapat info dari website AA...so SA terpanggil nak share dengan korang supaya kita sama- sama alert tentang ni..mana la tau kita x ingat kan...


Barangan berbahaya

Barangan berbahaya ialah barangan atau bahan yang boleh membahayakan keselamatan pesawat atau penumpang di dalamnya. Sila pastikan yang anda tidak membungkus barangan yang tersenarai ini di dalam bagasi kabin atau bagasi berdaftar anda.

Barangan terlarang


Bahan mengakisGasCecair Mudah TerbakarBahan PengoksidaanPeroksida OrganikBahan Toksik
RadioaktifBahan BerjangkitBahan LetupanPelbagai (termasuk Ais Kering dan Petrol)Pepejal Mudah TerbakarBahan Bermagnet

Barangan berikut adalah dilarang dalam bagasi anda sama ada ia berdaftar atau tidak:
ProhibitedSenjata api dan peluru
ProhibitedBahan letupan, gas mudah terbakar atau tidak mudah terbakar (seperti cat aerosol, gas butana, isian semula pemetik api)
ProhibitedGas yang disejukkan (seperti silinder akualung terisi, nitrogen cecair)
ProhibitedCecair mudah terbakar (seperti cat, pencair, pelarut)
ProhibitedPepejal mudah terbakar (seperti mancis, pemetik api)
ProhibitedPeroksida organik (seperti resin)
ProhibitedRacun
ProhibitedBahan berjangkit (seperti virus, bakteria)
ProhibitedBahan radioaktif (seperti radium)
ProhibitedBahan mengakis (seperti asid, alkali, merkuri, termometer)
ProhibitedBahan bermagnet, bahan pengoksidaan (seperti peluntur)
ProhibitedSenjata seperti senjata api antik, pedang, pisau atau barang seumpamanya dengan syarat bahawa barang sedemikian mungkin boleh dibenarkan sebagai bagasi berdaftar mengikut budi bicara mutlak kami atas sebab-sebab yang sangat istimewa.
 Barangan larangan
Anda tidak boleh membawa barang-barang berikut ke dalam kawasan larangan keselamatan dan di dalam bagasi bimbit anda:
  • Sebarang Senjata Api & Senjata
  • Objek Berhujung Tajam
  • Peralatan Tumpul
  • Bahan letupan dan bahan mudah terbakar
  • Bahan kimia dan toksik
  • Pisau (termasuk pisau pemburu, pedang, dan pisau lipat)
  • Gunting dan sebarang objek tajam/berbilah yang lain (spt. pemecah ais, pemotong kuku) yang dianggap menyalahi undang-undang tempatan
  • Senjata seperti cemeti, nanchaku (belantan berantai), belantan, atau pistol pegun
  • Pistol mainan/barang berbentuk pistol atau mirip pistol, gari
  • Peralatan sukan seperti kayu besbol/kriket, kayu golf, kayu hoki, kiu biliard
  • Peranti dengan bateri mudah tumpah (bateri basah)
  • Aerosol (penyembur rambut, minyak wangi, ubat-ubatan yang mengandungi alkohol) tidak melebihi 0.5kg/l setiap barang dan 2.0kg/l jumlah berat.
  • Kereta sorong bayi
  • Sebarang item lain yang dirasakan sebagai bahaya keselamatan oleh undang-undang tempatan
  • Sebarang item lain yang menyerupai atau mempunyai fungsi serupa dengan barangan di atas
Senarai ini tidak lengkap dan barangan lain mungkin ditambahkan. Kami berhak merampas apa-apa barangan yang dirasakan mengancam keselamatan tetamu kami.
Selain daripada barangan dalam senarai di atas, sesetengah lapangan terbang mungkin mempunyai larangan tambahan. Untuk memastikan anda mematuhi peraturan, sila semak dengan lapangan terbang setiap kali sebelum anda terbang.

sumber : Website Air Asia..

11 comments:

  1. Kereta sorong bayi tu rasanya tak ada masalah... Ada je bawak naik atas... Logiknya... Mana yang tak larat nak dukung baby tak kan nak masuk bag kot... he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu boleh bawa sampai ke pintu kabin. Then ketak je tepi tu nanti ada staff bw turun ke cargo.

      Delete
  2. Dah lama sangat tak naik flight..Nanti ade rezeki nak melancong ke mane2, boleh la belek2 balik entry SA yg ni buat referrence huhu

    ReplyDelete
  3. Tq kak share info...tak pernah naik flight tp mana tau one day kan...

    ReplyDelete
  4. info yang sangat berguna SA..:)

    ReplyDelete
  5. info yang bagus.. yelah ada barangan yang kita rasakan tak berbahaya, tapi hakikatnya tidak boleh dibawa naik ke dalam pesawat..

    ReplyDelete
  6. waa.. thanx kakak !! informatif !!

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......