Sunday, July 30, 2017

Tentang Kuasa Sedekah

Hi korang,

Jika seseorang itu memberi sedekah, dan dia tahu bahawa sedekahnya itu sampai kpd Allah SWT dahulu sebelum orang yang disedekahkannya, maka dia akan mendapat kegembiraan dalam pemberiannya.

Adakah kamu tahu antara kebaikan2 sedekah itu?

Sila ambil perhatian kepada points number 17 hingga 19

Rujukan dari hadis2

1. Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah SWT

2. Sedekah ialah perbuatan yang paling mulia antara semua perbuatan kebaikan dan sedekah yang paling baik adalah dgn memberi makanan kepada orang

3. Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan Inn Syaa Allah menjauhi  api neraka jahanam

4. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur

5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang2 yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut

6. Sedekah mampu mensucikan roh dan menambah pahala kebaikan

7. Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah SWT

8. Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat anda sengsara disebabkan masa lampau anda

9. Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa2 yang telah dibuat

10. Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada anda

11. Orang2 yang memberi sedekah ialah orang2 yang baik dan sesiapa yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT

12. Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT Inn Syaa Allah

13. Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari golongan orang2 yang disayang oleh masyarakat

14. Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia dan dihormati

15. Sedekah mampu melepaskan anda drpd kesusahan dan doa2 akan dimakbulkan Allah SWT Inn Syaa Allah

16. Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia

17. Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang itu dan boleh memberi kejayaan hidup

18. Sedekah adalah ubat

19. Sedekah mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran dan lemas

20. Sedekah ialah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang2 atau burung2

Kalau dulu SA jarang sekali bersedekah. Pernah dilanda susah..duit yg ada cukup2 sampai waktu nak dpt gaji, anak nak beli barang pun SA susah nak adakah...tapi bila SA mulakan bersedekah kepada orang-orang susah..peminta sedekah, burung2 merpati yang datang singgah mencari makanan, kucing malah anjing sekalipun..alhamdulillah rezeki sentiasa ada..tak pernah putus..baru SA faham..the power of sedekah...nak pulak SA sedang bisnes makanan..ada je tempahan..ada aje order..ya allah adakala terharu..alhamdulillah..tak dapat rezeki blogging yang kencang allah bagi rezeki jalan yang lain....syukur alhamdulillah...semoga rezeki SA bertambah dalam membesarkan anak...Amin...

Friday, July 28, 2017

Nasi Lemak 50 sen??

Hi korang...

Pagi tadi kan..SA sarapan Nasi lemak...terkejut dengan harga 50sen je sebungkus kecik...dalam gambar tu nampak besar plak bungkusan kan..sebenarnya kecik je..kawan opis yang bawak sebab husband dia beli banyak. Lagi satu nasi lemak ni viral sebab harganya 50sen. SA x pernah plak baca viral kisah nasi lemak ni....nampak...nampak x SA ni kurang alert bab viral...


Dua bungkus  kecik je..dalam gambar nampak besar...


kalau sambal banyak sikit sure kick



Baru ni sekejap SA mencicah pelam/ pauh kat pantry opis....ramai gak yang terjebak mencicah mangga muda dan tak muda ni ha....kicap tu SA bawak dari rumah siap ada cili bagai....hahaha...
heaven betul mencicah weh....


Short Trip To Muar & Tangkak Melawat Orang Sakit

Hi korang...

Selamat hari Jumaat korang..last day kerja kan hari ni..tak sabar nak tunggu balik kerja sebab nak balik Seremban terus...so hari ni SA nak bercerita tentang short trip pi Muar dan Tangkak 2 minggu yang lepas. Kunjungan SA, Abah, Mak dan Dania ke Muar semata- mata ingin melawat Mak Mertua adik lelaki SA yang ditimpa kemalangan. Kami pergi sekejap aje dan tak plan nak pi tido sana ke apa...sebab SA nak terus ke Tangkak plak lepas tu..nak shopping kain...hehehe...lama dah x shopping kain...lama dah x buat baju...asyik beli baju siap jer kan...Cuaca sangat cantik time tu...kami gerak dari Seremban dalam pukul 9 pagi dan sampai sana dalam pukul 11.30am. Jalan pun clear jer tak jammed cuma tak bawak laju sebab tak ada yang urgent kan..so we enjoy the journey..Biar lambat asalkan selamat kan... 


Sungai Muar yang tenang..


Kami dah sampai di Jambatan Pertama,  selalu ikut Jambatan Kedua tapi masa tu tutup plak..


Cubaan nak amik gambar signboard Muar dapat sipi2 je..hahaha....

Sampai je semua ada kat situ...kami melawat dan dijamu dengan Nasi Lemak serta Sambal Telur Burung Puyuh...adik ipar masak..sedap...


Watak wajib dalam Nasi Lemak


Timun Jepun


Sambal telur burung puyuh


Nasi Lemaknya

Menuju ke Tangkak...singgah Petronas kejap sebab nak buatkan susu si bertuah Qhaira...pas tu atuk beli plak Eskrem...hurm...memang tak jadi la dia minum Susu...


Dia buat muka macam tu sebab dia nak eskrem yang mama punya tu..tak aci betul...


Kita berswafoto seketul..dah sampai Tangkak dah...


Qhaira main dengan baby dia sebab kakak Dania tak nak main ngan dia


Siap senyum2 bercakap ngan Baby


Bukan nak pi makan Nasi Kandar


Tapi nak mencari kain yang cantik2 untuk dibuat baju


Dapat 2 pasang kat kedai ni...pas tu Mak pun terjebak kat sini


Cantik tapi tak beli yang ni


Yang ni ke? Oh tak jugak...so SA berjaya dapat 3 pasang kain dan Dania 2 pasang..mak pun 2 pasang...cukup la....


Cantik tak rambut Qhaira...

Dalam pukul 2 macam tu kami dah gerak balik Seremban dan...perjalanan pun lancar walau banyak kenderaan ke KL...sampai Seremban dalam pukul 3 pm...memang betul2 short trip ni...sesekali berjalan sekejap2 macam ni ok la kan...malas nak bermalam kalau takde cuti yang panjang...

Thursday, July 27, 2017

Trip Singkat Hanya Untuk Sarapan Di Pasir Panjang PD

Hi korang,

Sebenarnya aktiviti sarapan pagi hari minggu ni dah lama tak buat..dengan bulan puasa..dengan macam- macam agenda..so last week SA bawak mak abah SA dan anak dara kesayangan Dania pi sarapan kat Pasir Panjang ni..ikutka dah banyak kali SA update pasal ni kat dalam blog..tapi x kisah la kan...dari takde entry baik jadikan entry...so seawal pagi ahad lepas SA gerak ke Pasir Panjang..SA pernah tinggal kat sini masa kecik2 dulu..9 tahun ke 10 tahun tinggal kat sini sebab tu tempat ni banyak mengundang kenangan buat kami sekeluarga..susah senang kami anak beranak sebelum berpindah ke Seremban.


Yang penting Mak & Abah suka....makan roti canai dengan rendang ayam..kedai ni mmg jadi tumpuan kat pekan Pasir Panjang ni..


Roti telur...fav kakak Dania


Lepas sarapan SA gerak ke Kampung Telok Pasir Panjang..Abah suka pi sini sebab dulu dia selalu menjala kat sini..pantai nelayan kan...


Cantik tak gambar ni...SA dan laut memang tak leh dipisahkan...tenang jer bila duduk kat tepi ni...


Gambar hasil kreativiti Dania...suka la gambar ni..


SA masa ni tengah migrain teruk...sebab tu berkeut jer muka..memang pening giler..dari kat rumah lagi...tapi tak nak tunjuk sangat kat Mak Abah tak nak diorang risau


One more pose...


Then naik kat pelantar ni...amik gambar Dania...Dah besar anak dara mama...


One more pose...dia sibuk cakap gambar ni tak cantik...pada SA dah cukup cantik dah ni....


Mama love you so much...kita sama- sama hadapi kehidupan ni ye...


Dia suka gambar pose macam ni....


One more...


Mama sayang kamu sampai akhir nafas mama..apapun kita lalui..jangan pernah berpisah...


Lepas ni tak nak la pakai baju corak jalur melintang macam ni....nampak SA gemuk..


Candid photo...sebenarnya nak bagi tau hidung kami berdua mancung bleh sangkut hanger...hahahaha....dia hangin betul tengok mama upload dalam IG...


Itu jer aktiviti Ahad lepas SA dan keluarga..walau sekejap jer SA rasa bahagia sangat sebab dapat luangkan sedikit masa..minggu ni balik lagi sebab SA dapat tempahan rendang...nak masak kat rumah sewa bukan tak boleh..cuma SA tak berapa selesa jer..tak selesa dengan dapur rumah orang..kita dah biasa masak ni memang pentingkan keselesaan kan...tak sabar nak balik..

Hasil Dari Voucher RM150 Lazada Contest

Hi korang...

Hatiku berbunga riang..last week shopping kat Lazada guna voucher menang contest Lazada ari tu...banyak kot voucher sebab dari RM100 dia upgrade ke RM150. SA tak tunggu apa lagi la...terus jer grab, klik2 pas tu submit order....kena bayar skit la sebab lebih...lebih pun tak sampai RM20..hebat betul shopping guna voucher..takde nak fikir2..klik2 je berkenan di hati terus zass...dalam system cakap next week baru sampai..awal August...tengok2 semalam semua dah sampai dah...pelik semua tgok kejap2 SA dapa call ada barang sampai...maunya tak pelik..Shipping all the way dari Guangzhou...walau bag agak murah tapi okey la untuk di lenjan hari- hari kan...so bag mahal boleh la simpan..guna bila perlu je...


Bag pertama Sling bag 


Backpack for woman


Satu lagi backpack for woman...




Semua barang dari Voucher Lazada


Pas tu beli foundation BioAqua 2 ketul



Cukup la ni kan...

Mana tau kalau ada lagi rezeki contest ngan Lazada boleh la join lagi...contest pun x susah..cuma kena bersaing dengan penyertaan dari ramai orang kan...tapi kalau dah rezeki sure tak kemana..semangat bersaing tu yang penting...hasilnya boleh shopping di hujung jari...klik2 masuk shopping cart pas tu check out jer..bayar guna voucher...berlebih kalu tambah jer la...heaven betul shopping online tak yah fikir parking ke apa...rileks jer..sampai masa barang pun sampai...cuma kena sabar la..x semua order ari ni esok bleh sampai sebab ada ugak barangan kita tu all the way from oversea...

So far SA suka Lazada.....korang suka?


Renungan Untuk Hari Ini..



Tentang Botol... 🍶🍶

1. Kalau diisi air mineral, harganya RM1...💰

2. Kalau diisi jus buah, harganya RM8...💰💰

3. Kalau diisi Madu Yaman, harganya RM200...💰💰💰

4. Kalau diisi minyak wangi odd, harganya RM1000.💰💰💰💰💰

5. Kalau diisi air longkang, ianya akan dibuang dalam tong sampah kerana langsung tiada harga dan tiada siapa yg suka.💸💸

Botol yg sama tetapi harganya berbeza sebab apa yang terisi di dalamnya adalah berbeza...

Begitu juga kita...kita semua sama...kita .semua manusia...yang membezakan kita antara satu sama lain adalah IMAN & AMAL yang ada dalam diri kita...yang akan menyebabkan kita berharga di sisi ALLAH atau kita dipandang hina oleh ALLAH lalu dibuang ke dalam neraka...

Renungan untuk hari ini...
Nilai Duit.......💲💲💲

Duit ..  tak boleh bawa mati tapi tak ada duit rasa nak mati.
Duit .. tak   boleh beli kasih sayang tapi kasih sayang boleh melayang bila tak ada duit.
Duit .. tak boleh beli tidur tapi tak ada duit tidur pun tak lena.
Duit .. tak boleh beli kesihatan tapi utk sihat perlukan duit.
Duit .. tak boleh beli kebijaksanaan tapi utk dapatkan ilmu perlukan duit.
Duit .. Orang bodoh nampak cerdik bila ada duit tapi orang cerdik nampak bodoh bila tak ada duit.
Duit .. bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit.

💲D-don't.
💲U-use.
💲I-intelligence.
💲T-the wrong way.

Kata orang-orang bijak pandai, jika :
                                                   
1.   🌹Ingin bahagia. -  Sembahyang awal waktu
2.   🌹Ingin sihat  -  Berpuasa
3.   🌹Ingin dipermudahkan urusan - Bacalah Al-Quran
4.   🌹Ingin wajah berseri  -  Jaga sembahyang Tahjud
5.   🌹Ingin kaya  -  Sembahyang Dhuha
6.  🌹Dihimpit masalah  - Beristghfarlah
7.  🌹Berdukacita. -  Berdoalah
8.  🌹Mahukan  keberkatan  -  Berselawatlah.

Yg membaca, tak untung
Yg brcakap, pun tak untung
Yg mndengar, pun tak untung
Yg untung, orang yang mempratikkannya, insyaAllah.

Mari kita amalkan😃
" DUIT "

D - DOA
U - USAHA
 I  - ISTIQAMAH
T - TAWAKAL

Wednesday, July 26, 2017

Bakso Gabung Food Court Central Market

Hi korang,
Sambungan dari entry sebelum ni...haih ingat banyak lagi gambar..tengok semula ini je la yang ada..hahaha..takpe la at least ada 2 entry dah pasal ni kan...so bercerita tentang lunch kami berempat masa tu...kami pilih makan kat dalam food court CM tu jugak sebab malas dah nak cari tempat makan yang lain.Perut pun dah lapar masa tu kan...kenapa sebelum ni Sa cakap SA kureng makan kat food court...sebabnya SA pernah sakit perut makan makanan kat food court beberapa tahun dulu..sakit perut sampai seminggu. So memang nasib SA la masa tu kan..maybe sebab tak bersih kot..sejak dari tu kalau ada yang ajak SA makan kat food court memang SA tolak..food court NuSentral pun SA dah x pergi dah...sebab pernah gak sakit perut makan Yong Tau Foo Soup...hehehe...orang dah tua ni perut memang masalah....


Ni la rupanya Bakso Gabung..tak tau la kenapa nama dia macam tu maybe sebab bebola daging tu di gabungkan dengan bebola daging paling besar tu kot..maybe...pas tu SA letak cili dan udang kering banyak skit...rasa? superb..sedap..no wonder ramai makan kat gerai yang ni...soup sedap..semua sedap cukup rasa...okeh nanti boleh repeat lagi makan noodles lain plak...korang kalau nak pergi sini bleh naik dari tangga hujung sekali sebelah belakang...korang akan jumpa gerai ni yang pertama kat food court CM tu..gerai Aneka soup atau Noodle Soup kot...lupa plak....


Masa ni kat luar CM nak balik dah...kat tepi tu ada kedai aiskrim potong dan ais krim durian...sennag citer dia jual product berasaskan durian la...SA pilih ais krim potong..lama tak makan aiskrim potong..sambil tunggu yang lain lepak kat papan tanda tu sebab redup skit...sekali kawan SA ada amik gambar...dia whatsaap...hehehe...lawa plak signboard tu kan...


Acah- acah je ni....


Satu lagi...


okeh train dah sampai...


Tak ramai masa ni....

maggi goreng...

Dah kenapa ada gambar maggi goreng plak...memandangkan tengahari makan Bakso Gabung je...petang tu lapar...lapar yang tak hengat...memang la lapar semula kan...makan apa jer..setakat Bakso tu celh gigi jer...order maggi goreng terus..hahaha...

So..dapat ke benda yang di tempah tu?

Of course la dapat...lepas event hari ni kang SA bagi tau apa bendanya ye...hehehe...hai ni ada event Birthday Bash June & July...eh...sambuan birthday SA jugak laaaaa.....nanti SA update ye...

Ke Central Market Dengan MRT

Hi korang,

2 minggu lepas SA dan 3 orang kawan opis ke Central Market cari barang untuk event minggu ni...so  we decided guna MRT je since ada yang belum naik MRT lagi..so kami gerak awal memandangkan bosses semua takde...kami naik MRT dari Station Muzium Negara ke Station Pasar Seni. Satu stesen jer dan sampai jer station Pasar Seni terus jalan kaki ke CM. Takde la jauh sangat cuma cuaca panas masa tu...CM pun ramai orang..especially pelancong...SA okey jer pi sini sebab dah biasa..kalau nak cari cenderahati atau pi tempah barang such as oil painting memang cari kat sini...banyak pilihan dan harga pun murah...pelancong suka pi sini sebab banyak souvenir yang menarik...

Jom SA bawak korang jenjalan kat CM....tengok apa yang menarik....


Ramai orang kan...

Pintu masuk CM a.k.a Pasar Seni


Cantik plak topi- topi ni..ramai pelancong beli...murah la kot..takde plak belek harga


Kedai jual souvenir yang boleh engraving...boleh engrave nama korang pada souvenir tu jugak..


Lama tak tengok souvenir macam ni...zaman 90an dulu femes la ni....


custom mug...baru tau bleh buat macam ni...biasa dulu ada tulisan2 je..wah..dah semakin maju rasa macam ketinggalan plak SA ni


Kedai yang jual backpack untuk teenagers...cantik dan comel2


ini kalau kakak dania nampak sure meroyan nak ni...


kedai souvenir Arabian....


Lampu hiasan...cantik kan?


Souvenir...


Miniature


Souvenir kecik2 macam keychain dan fridge magnet...

Kat bahagian belakang Pasar Seni ni ada ditempatkan hub untuk pelukis2 berkarya dan menjual hasil lukisan mereka...kagum dengan bakat pelukis ni semua...sangat2 menarik semua lukisan dari potret sampailah ke pemandangan dan kartun...subhanallah...kagum sebab semua lukisan tu sangat2 serupa dengan gambar asal


Bertuah adik ni dianugerahkan bakat seni


Brader ni jugak...melukisan dengan menggunakan marker pen tapi lebih kepada karikatur...


Menarik kan semua lukisan tu?SA memang sukakan lukisan..satu hari nanti bila anak- anak dah besar SA nak beli salah satu lukisan dan nak letak kat living hall.Sekarang anak- anak kecil lagi so tak leh nak letak apa2 yang berkaca kat rumah...anak- anak maksud SA anak- anak buah SA...Selama 2 jam lebih kat CM macam- macam yang SA nampak dan berkenan di hati..kalau ikut hati memang nak beli jer tapi cepat2 sedar diri..huhu...

Sementara tunggu barang yang kami tempah siap..kami berempat makan di food court CM...wah...food court pun dah makin maju..nampak sangat bersih dan teratur...ramai jugak yang makan kat situ..knowing SA yang kurang gemar makan kat food court terus rasa confident...SA makan Bakso Gabung...uik..apa tu? okey nanti SA citer next entry ye....Gambar banyak sangat so kena pecah dua entry ni...before this SA dah pernah buat entry pasal CM ni...tapi dah blogger kan...mana pergi semua nak jadikan entry...so..bertabahlah korang...kadang ada je tempat yang sama SA update...

Jumpa lagi next entry ye...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah