Thursday, June 15, 2017

Rezeki Dapat Harum Manis All The Way Dari Perlis

Hi korang...

Murah rezeki bila dah 3 tahun tak pernah miss lagi Harumanis Perlis ni..terima kasih yang tak terhingga buat family adik ipar yang sentiasa ingat kirim kat kami di NS. Harumanis, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di kalangan rakyat negeri Perlis khususnya dan penggemar mangga ini amnya. Harumanis Perlis telah mencipta satu fenomena tersendiri setiap kali tiba musimnya antara Mac hingga Jun setiap tahun. Kehadiran Harumanis sentiasa dinantikan penggemar buah tempatan sama ada di negeri Perlis atau lain – lain negeri. Antara mempelam jenis lain adalah Sala, Chokanan dan Nam Dorkmai, Mangga atau mempelam adalah buah – buahan bermusim yang ditanam di negara – negara tropika dan Harumanis Perlis merupakan klon mempelam Perlis yang popular. 

Harumanis dapat hidup subur di kebanyakan jenis tanah dan hanya berbuah dengan banyak di kawasan yang mempunyai cuaca panas antara dua hingga tiga bulan sehingga suhu maksima 30˚celcius hingga 38˚celcius sebagai rangsangan kepada pengeluaran bunga. Taburan hujan minima setahun sudah mencukupi bagi membantu tumbesaran Harumanis. Bentuk buah adalah bujur dan isinya tebal. Walaupun  sudah masak, kulit buahnya tetap berwarna hijau, manis dan berbau harum..memang SA tak nafikan isinya memang sedap, manis semanis- manisnya...


Kali ni besar- besar buahnya


Isi tebal dan juicy



Sehingga kini, Perlis merupakan lokasi  yang paling sesuai untuk penanaman pokok Harumanis. Mempelam Harumanis memerlukan tanah yang dalam, gembur dan mempunyai kandungan mineral yang tinggi.Keunikan hasil bumi Perlis ini telah menjadikan Harumanis antara ikon terbaik untuk memperkenalkan Perlis kepada dunia luar.

Harumanis juga telah menjadi satu faktor kepada peningkatan kadar pelancong ke negeri Perlis terutamanya setiap kali tibanya musim. Harumanis menjadi sebutan sehingga ke serata pelusuk tanah air dan ada yang sanggup datang semata – mata bagi mendapatkan mempelam ini dan merasai sendiri keenakkannya. Namun, ada ada sesetengan peniaga yang mengambil kesempatan dengan menjual mempelam lain yang bukannya Harumanis dengan harga yang tinggi sedikit sebanyak telah menjejaskan imej dan kualiti mempelam Harumanis sendiri.

SA tak ngidam dah..dah dapat dan memang tak risau...tiap tahun mesti keluarga adik ipar kat Perlis kirim untuk kami sekeluarga.

16 comments:

  1. tak pernah lagi rasa harum manis ni..

    ReplyDelete
  2. Harum mans memang sedap dan terbaik

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah rezeki...sedapnya la...

    ReplyDelete
  4. Memang sedap. Dapat juga merasa dua tahun yang lepas.

    ReplyDelete
  5. Mmg syok harum manis nii..isi tebal..manis pulak tu..berbaloi sungguh..kalau makan msti tak berhenti..hihi

    ReplyDelete
  6. harum manis memang sesuai dengan nama dia kan SA...harum baunya..manis pula isinya hihi

    ReplyDelete
  7. Tak pernah merasa lagi.. Tengok isi dia yang juicy tu rasa cam nak cari juga mangga petang ini..

    ReplyDelete
  8. sedapnya harum manis. dapat rasa sekali sekala je la memandangkan harganya tak berapa nak murah. stok pun jauh nak dibeli

    ReplyDelete
  9. Sedapnya! Yang mama auni beli ni xtau la harum manis ke apa tapi memang manis sungguh rasanya... makan mangga manis2 ni memang tak boleh stop tau..

    ReplyDelete
  10. pernah rasa sekali, tapi rasanya saya lagi suka mangga susu. harum manis manis sangat bagi saya. taste lain2

    ReplyDelete
  11. ada jual online kann buah mangga harumanis nih? nmpk sedap je., ;p

    ReplyDelete
  12. terliur tengok kuning sgt hahaha. sha yang duk kedah ni pun tak dapat lagi nak rasa harum manis

    ReplyDelete
  13. aida pun merasa thn ni.
    member keje perlis belanja.
    di anta nyer sekotak ke melaka, SA.
    alhamdulillah...

    ReplyDelete
  14. Kak yg nih la sy nk mkn tp xdpt..patutla ailio baby menjejes je..hahahaha....de kne mgne ke??

    ReplyDelete
  15. Ya Allah, sedapnya !
    Hari tu ada Thai Food Carnival...memang makan pulut mangga...rasa mangga harum manisss....sedap betul...... adoi, rasa nak cari sekarang.....adoiii~

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah