PESAWAT MH128 TIDAK DIRAMPAS
Alhamdulillah lega rasa bila dapat berita tiada cubaan merampas atau MH128 terlibat dalam sebarang aktiviti keganasan. SA betul-betul terkejut bila kisah ni tetiba memenuhi timeline. Syukur takde apa2..cukup la 2 kapal terbang kita terlibat dalam kemalangan. Tak sanggup lagi rasanya nak baca atau dengar berita tentang sebarang malapetaka.
Dibawah merupakan kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan berhubung kejadian ini.
Penumpang warga Sri Lanka yang berjaya dikawal sehingga kapal terbang mendarat ke lapangan terbang semula.
_31 MEI 2017 | 11.45 malam_
*Datuk Ab Aziz Kaprawi*
Timbalan Menteri Pengangkutan
Saya ingin memaklumkan bahawa pesawat Malaysia Airlines, MH128 yang melakukan penerbangan ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Tullamarine di Melbourne disebabkan oleh kejadian penumpang mabuk.
Malaysia Airlines sentiasa mengamalkan tahap keselamatan yang tinggi dan saya dimaklumkan bahawa anak-anak kapal telah berjaya mengawal penumpang tersebut dan apabila pesawat itu mendarat, mereka telah segera menghubungi pihak keselamatan lapangan terbang.
Ketika ini, saya masih belum terima maklumat sama ada pesawat akan berlepas semula tetapi suspek dipercayai merupakan seorang warga Sri Lanka.
Saya ingin menyeru agar orang ramai tidak menyebarkan sebarang spekulasi mengenai sebagai kejadian yang melibatkan aktiviti keganasan.
Kenyataan lanjut akan menyusul kemudian.
*TAMAT*
Alhamdulillah...segalnya berakhir dengan baik walaupun mungkin penumpang telah 'kehilangan' masa mereka...
ReplyDeleteAlhamdulillah semua selamat. Ni yg susah kalau dah mabuk. Menyusahkan org je.
ReplyDeleteAlhamdulillah tapi kan jue jadi fobia dan takut since MH370 dulu tu sampai la sekarang tak berani naik flight hahahhaa
ReplyDeleteHa...ha....nasib baik den takde...kalau tidak...lutut den bagi....nyusahkan org jaaa....
ReplyDeleteAlhamdulillah tak dak apa2..risau jer dengar
ReplyDeleteSyukur Alhamdullilah.. Terkejut jugak dengaq pagi2 tadi..huhu
ReplyDeletealhamdulillah. harap harap org ramai tak sebar berita palsu dah
ReplyDeletealhamdulillah..tiada apa2 yang melibatkan nyawa..
ReplyDeleteAlhamdullilah, Kak Sue terkejut juga dengar
ReplyDeleteberita yang menggemparkan
ReplyDeleteJanjiKita
tak pasal pasal menyusahkan semua orang.
ReplyDeletemenakutkan orang je..
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah semua selamat. Takot pulak nak naik kapal terbang ni. Perkara yang kita tak jangka berlaku
ReplyDeleteMasa tgk berita nih cuak jugak sy
ReplyDelete