Hi korang...
Rendang daging sangat sinonim dalam masyarakat Melayu kita kan? Hidangan rendang daging biasanya menjadi tarikan tak kira di musim perayaan atau hari- hari biasa. Kalau takde rendang bagai tak lengkap hidangan raya dan tak meriah rasanya. Untuk itu SA berkongsi dengan korang cara- cara memasak rendang daging menggunakan Serbuk Rempah Rendang Mak Siti. Wahhh....kenapa rempah Mak Siti? Sebab kandungan yang asli tanpa pewarna tiruan,tiada bahan tambahan seperti MSG dan sebagainya.
SA memang memilih produk keluaran Mak Siti dalam masakan SA kerana keenakkan rasa rempah ratusnya dan yang sangat penting ianya produk bumiputera yang terjamin Halal. Sebelum ni SA hanya tau produk lain tetapi apabila terserempak dengan Rempah Ratus Mak Siti dan terpanggil untuk beli dan mencuba memang terus jatuh cinta. Kiranya SA jatuh cinta pandang pertama dengan produk Rempah Ratus Mak Siti.
Jom kita tengok resepi dan cara memasak rendang daging dengan mudah.
Resepi Rendang Daging
- 1 kilo daging dihiris nipis
- 11/2 biji kelapa diambil santan pekat- santan cair diketepikan untuk blander bahan
- 6 batang serai - dihiris*
- 6 biji bawang merah*
- 3 ulas bawang putih*
- Halia sebesar ibu jari* - dihiris nipis-nipis
- lengkuas sebesar ibu jari* - dihiris nipis
- 6 helai daun limau purut- buang urat tengah dan dihiris
- 1 helai daun kunyit yang agak lebar- dihiris
- 25 biji cili padi* - mengikut kepedasan yang dikehendaki
- 6 sudu makan cili kering kisar
- 3 sudu besar SERBUK REMPAH RENDANG MAK SITI
- 2 sudu besar Kerisik
- 1 sudu kecil serbuk pati ayam
- Garam secukup rasa
Bahan bertanda* di kisar
Bahan penumis: 4 sekawan ( Bunga lawang, kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih)
Cara Memasak Rendang Daging:
- Tumis bahan penumis dan bahan bertanda* yang telah dikisar hingga naik bau.
- Masukkan serbuk Rempah Rendang Mak Siti
- Masukkan cili dan lengkuas.
- Masak lagi seketika.
- Masukkan daging dan santan cair, masak hingga daging empuk.
- Masukkan santan pekat dan masak dengan api perlahan sehingga agak kering
- Masukkan serbuk pati ayam
- Akhir sekali, masukkan kerisik, gula, garam dan asam keping.
- Sesuaikan rasa dan taburkan daun limau purut serta daun kunyit
- Sedia dihidang
Rendang daging sedap dimakan bersama Lemang, Ketupat dan Nasi Impit malah sedap juga dimakan dengan nasi panas.
Rendang daging juga sesuai di makan dengan Nasi Beriyani. Kawan SA ni ada Resepi Nasi Briyani Paling Mudah Dengan Rempah Briyani Mak Siti . Haaaa..jangan tak tau ye Mak Siti pun ada keluarkan Rempah Nasi Briyani. Sangat mudah walau korang baru first time nak cuba masak nasi briyani. Hasilnya pasti sedap.
Produk Utama Keluaran Mak Siti
Rempah Mak Siti adalah produk yang semulajadi, tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan dan sangat sesuai untuk mereka yang vegetarians. Produk utama keluaran syarikat ini adalah Serbuk Rempah Kari Daging, Serbuk Rempah Kari Ikan,Serbuk Rempah Sup, Serbuk Rempah Sup Soto, Serbuk Rempah Rendang, Sup Tulang, Sup Bunjut, Sup Soto dan Raja Supdan sebagainya. Malah terdapat lebih dari 70 jenis produk rempah ratus keluaran Mak Siti di pasaran.
Kini produk Rempah Ratus Mak Siti boleh didapati di kedai- kedai runcit, Pasaraya dan Hypermarket (Tesco, Giant, Aeon Big, Jusco dan Mydin) dan juga boleh didapati menerusi jualan online
Majlis Berbuka Puasa & Pelancaran Produk Baru Mak Siti
Pada 16 June 2017 yang lepas satu majlis berbuka puasa bersama Blogger dan anak-anak yatim telah diadakan di Restoran Rempah Ratus Mak Siti di Bandar Tun Razak. SA berpeluang menghadirkan diri dan menyaksikan sendiri Majlis pelancaran produk baru Rempah Ratus Mak Siti.
Syarikat ini mempelbagaikan lagi jenis produk dengan menghasilkan produk rempah dalam botol dan produk- produk ini telah mula diperkenalkan semasa Expo Mihas 2017 baru- baru ini dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Pada pendapat peribadi SA, produk baru yang di botolkan sangat memudahkan penggunaan kerana ianya selamat dan mudah disimpan dan kurang risiko rosak.
Antara produk baru yang diperkenalkan adalah Chilli Flakes, Serbuk Cili, Daun Limau Purut, Serbuk Kayu Manis, Serbuk Halia, Serbuk Lada putih, Serbuk Kunyit dan Serbuk Lada Hitam
SA bersama salah satu produk keluaran Rempah Ratus Mak Siti
Semoga Produk Rempah Ratus Mak Siti terus berkembang maju mempelopori dunia pasaran tempatan dan seterusnya ke peringkat antarabangsa.
" Ingat Mak...Ingat Mak Siti"
Maklumat Lanjut:
Pertanyaan dan pembelian rempah ratus Mak Siti boleh hubungi:
Nasuha Enterprise Sdn Bhd,
Ladang Rempah Ratus & Herba
Batu 12, Jalan Muar-Pagoh
84500 Muar Johor
Malaysia
Tel : 069737508/509
Whatsaap : 0173309330
Website : www.maksiti.com
Facebook : https://www.facebook.com/rempahratusmaksiti/
Instagram : www.instagram.com/rempahratusmaksiti
wah nak beli la rempah mak siti...lagipun dah banyak variasi kan...seronok plk nak cuba semua
ReplyDeletekak SA.. jue kalo buat rendang mesti ada kuah.. hehehe kering mcm ni memang meratah jer hahahha
ReplyDeleteEnak...
ReplyDeleteAda produk baru la dari rempah mak siti. Kinah pun jatuh cinta dengan rempah mak siti lepas beli rempah masa MAHA aritu
ReplyDeletemmg mudah, kalu dulu semua adabi, skrg mak siti pn dh ada mcm2 rempah ratus
ReplyDeleteSedapnya... saya suka rendang guna rempah mak siti.
ReplyDeleteBaru semalam petik nak mkn rendang ayam ngan lemang. Nak sikit boleh kak? :D
ReplyDeletesuka yang dalam botol-botol kecik tu..
ReplyDeleteSedapnya kak..senang dan mudah ada pes mcm ni
ReplyDeleteSedapnya SA, senang ada pes macam nie kan.. nak kena ada stok kat rumah nie. Suka rempah dalam botol kecik tu senang nak simpan..
ReplyDeleteada serbuk kayu manis la!!! yang dalam botol tu serious suka sbb senang nak disusun dan dijaga
ReplyDeletemudah nmpknye guna pes tu
ReplyDeletePuas hati masak rendang daging dengan serbuk rempah rendang Mak Siti ni.. terbuka selera... sedap!! :)
ReplyDeletenak dekat raya ni x sabar nak makan rendang hehe
ReplyDeletenak raya ni mudah la buat rendang kan.
ReplyDeleteSedapnya kak rendang. tak sabar pulak nak makan rendang time raya nanti.
ReplyDeletelepas ni bila nk makan rendang dah tak payah nak ssh2 lagi kan..nak masak rendang pun dah senang..beli je rempah dari mak siti..raya ni SA masak rendang daging ke? dapnyer
ReplyDeleteWah lepas ni boleh la cuba cuba masak rendang reminded me suasana hari raya coming soon. 😬
ReplyDeleteyang penting sedap ekk hehehe
ReplyDeleteKalau macam ni punya senang, mak mertua pon kagum. Thanks share resepi. kejap lagi nak cari rempah mak siti ni dekat giant.
ReplyDeletesenangnya nak masak rendang sekarang ni :D
ReplyDeletesedapnya.. makan dengan nasi panas ataupon nasi impit.. waaa.. habis diet.. ahaha
ReplyDeletewow yg serbuk botol kekenit tu menarik!
ReplyDeleteada produk melayu kita, happy lah nak membeli kan
tahniah mak siti !!!
Boleh try resepi akak nih raya nanti
ReplyDeleteSenang ni nak masak untuk raya ni nanti! Guna rempah ratus mak siti pun dah cukup.
ReplyDeleteMama suka menda2 mudah mcm ni
ReplyDelete