Friday, June 2, 2017

Lawar Terung & Masak Lemak Keli Salai Menyambut Kepulanganku...

Hi korang...

Semalam Ramadhan ke 6 SA balik ke Seremban, balik berbuka dengan family..alaaaa..tak ramai pun..kami berempat je..hehehe...semalam perjalanan balik ke Seremban dari office memang menduga. SA decided nak naik bas je dan kena la pi Pudu Station. Tak tau plak Star LRT problem kat Masjid Jamek. Malas nak menunggu SA terus patah balik ke Pasar Seni. Dari Pasar Seni SA terus jalan kaki ke KL Station...giler menapak jauh...dengan penatnya..dengan panasnya KL Station tu..dengan ramai orang lagi..aduhai..the best part SA berdiri sampai Seremban...huwaaaaaa...giler nak patah pinggang.Nasib baik sampai Seremban pukul 6.45 petang...

Dalam kereta masa tu tanya Abah...masak apa..Abah cakap nanti tengok la sendiri...sampai rumah je terus ke dapur tengok makanan semua dah hidang..walaweiiiiiii....makanan fav SA laaaa...ada Lawar Terung dengan Masak Lemak Cili Api Ikan Keli Salai campur pulak pucuk ubi..huiiiiii...giler punya sedap..memang puas hati la berbuka kat rumah semalam..dah 3 hari tak tentu arah berbuka kan...heaven sangat tau....

Lawar Terung


Kenapa nama dia Lawar Terung?
Tak tau la kenapa..dah mak SA sebut Lawar Terung.. masakan yang ni very the simple..korang nak resepi?

Bahan- bahannya: 
4 biji terung ( yg sedang-sedang saja ) - dibakar hingga masak dan lembut 
10 biji cili padi ( diracik ) 
1 biji bawang merah ( dihiris ) 
1 cawan santan pekat 
1 -2 biji limau kasturi
Sedikit belacan
Secubit garam 

Cara-caranya : 
  1. Bakar terung tadi hingga kuning keemasan dan lembut 
  2. Buang kulitnya yang hangus dan asingkan ( Mak SA x buang kulitnya masa makan nanti just ambil isi terung je..kulit boleh buang)
  3. Kuah Lawar : 
  4. Kalau guna kelapa parut perah menggunakan air panas ( jangan yang panas menggelegak plak)
  5. Campur santan dengan cili padi yang telah diracik,bawang merah yang telah dihiris dan belacan
  6. Masukkan Jus limau kasturi dan gaul rata bersama secubit garam 
  7. Kemudian boleh la campurkan santan tadi pada terung yang telah siap dibuang kulitnya dan siap untuk dimakan...senang je kan....boleh la dikategorikan kerabu/ulam-ulaman :) Klu tak cukup pedas tambahlah cili padi lagi..

Senangkan?

Petua: Kalau korang guna santan dah siap elok masakkan santan tu sekejap atas api yang perlahan.Takut perut korang tak tahan kan..kalau kelapa parut bleh guna air panas so x payah dah nak masak santan tu.


Masak Lemak Cili Api Ikan Keli Salai


Bahan - bahan

  1. 8 ekor ikan keli yang dah disalai - dipotong 2 sahaja
  2. Kunyit Hidup sebesar ibu jari- ditumbuk
  3. 30 biji cili padi - ditumbuk
  4. Santan dari sebiji kelapa
  5. Pucuk Ubi
  6. Asam sekping - sekeping

Cara - Cara masak

  1. Didihkan santan yang dah dicampur dengan kunyit dan cili yang ditumbuk
  2. Kacau selalu untuk elakkan dari bertahi minyak..
  3. Masukkan ikan keli
  4. Biarkan mendidih
  5. Masukkan asam keping
  6. Masukkan pucuk ubi ( celur dahulu dan dibuang airnya)
  7. Perasakan garam
  8. Siap !!


Tak perlu masak lama  sangat sebab ikan keli dah salai tadi kan...so memang dah siap masak dah isi ikan tu..nak lagi sedap salai ikan keli tu dengan sabut kelapa sahaja, tak perlu guna arang..hasilnya ikan lagi wangi...bau salai dia buat selera nak makan time2 tu jugak...Tapi kalau xde sabut kelapa jangan la korang pi cari plak, bleh je guna arang atau salai je la atas api dapur gas. Kalau nak lagi senang korang salai je atas magic pan..cuma bau salai tu takde la..

Selamat mencuba ye korang....sekali 2 sepei SA share ni ha....

10 comments:

  1. tk pernh dgr lawar terung...adoi sedapnye ikan keli tu

    ReplyDelete
  2. alahai dear .. terliur lah pula tengok lawar terung tu. Selalu makan terung bakar ja, tak pernah pula try yang ada santan.

    ReplyDelete
  3. first time dengar lawar terung, teringin nak rasa

    ReplyDelete
  4. Meletops dan Mengiurkan.. yummy!

    ReplyDelete
  5. 1st time dengar lahar terung. Tapi nampak sedap

    ReplyDelete
  6. perghhhh keli memang best....

    ReplyDelete
  7. ramadhan ni belum makan lagi ikan keli..nanati nak pergi pasar beli ikan keli la

    ReplyDelete
  8. Tak pernah cuba lagi lawar terung. Kena cuba ni. Tq kak SA

    ReplyDelete
  9. Baru nk tanya knp nama lauk nih lawar terung...akak dh jwb...nmpk sedap

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah