Friday, June 30, 2017

Jiwang Karat Dalam Hati Ada Taman..

Hi korang...
Saje nak feeling2 jiwang terlebih berkarat malam ni..tengah tersentuh hati terus rasa nak nyanyi lagu jiwang karat mendayu2 hati...jom ikut SA nyanyi lagu Wani Hasrita Menahan Rindu...buat video parodi pun ok gak ni kan..hahaha...takde la..bg lirik je la..


Wany Hasrita – Menahan Rindu

Sejenak Ku Termenung,
Awan Pun Mulai Murung,
Tiada Siulan-siulan Burung-burung,
Menemani Hariku Menemani Sepiku,
Tersiksa Angkara Menanggung Rindu.

Oh Angin Kau Kirimkan Kalimah Kasihku,
Agar Dapat Ku Dengari Kalamnya Berbunyi,
Biarpun Sekadar Cuma Memujuk Hati,
Akan Ku Terus Berdiri Hadapi Semua Ini

Biarlah Ku Bersendirian,
Terkurung Dalam Kenangan Silamku,
Biarlah Aku Menahan Rindu.

Oh Angin Kau Kirimkan Kalimah Kasihku,
Agar Dapat Ku Dengari Kalamnya Berbunyi,
Biarpun Sekadar Cuma Memujuk Hati,
Akan Ku Terus Berdiri Hadapi Semua Ini,
Oh Hati Kau Sedarilah Kenyataan Ini,
Agar Dapat Ku Gagahi Dan Terus Berdiri.

Biarlah Ku Bersendirian,
Terkurung Dalam Kenangan Silamku,
Biarlah Aku Menahan Rindu,
Menahan Rindu.

#jiwangkarat
#dalamhatiadataman

Thursday, June 29, 2017

PV & UV Jatuh Merudum Bila Musim Raya


Hi korang...

Sekejap aje masa berlalu hari ni dah hari raya yang ke 5 kan..so sapa dah kerja hari ni? hahaha...SA semalam dah start kerja dah..heaven kerja sebab tak ramai orang...nak buat apa pun ok..hahahaha...well..masih di dalam batasan bekerja la....
So hari ni SA nak bercerita part Pageviews dan Unique Visitors blog SA ni haaa...seperti selalu memang PV UV akan jatuh bila tiba musim perayaan dimana semua sibuk beraya kan..mood nak update blog pun dah kelaut dalam..apatah lagi kalau tgh beraya tapi terpaksa bekerja. Sedih giler tengok kejatuhan PV UV ni tapi takpe la sementara waktu je kan...( ayat nak sedapkan hati)
Cuba tengok jumlah PV dan UV korang...jatuh tak?hehehe....benda ni perkara biasa sekurang- kurangnya 1-2 minggu musim perayaan...macam mana nak naikkan semula?
Kena la ada effort buat entry yang boleh menarik perhatian pengunjung blog...rajin blogwalking dan tinggalkan jejak di blog- blog yang sedia ada..ping entry di semua sosial media..balas komen- komen blogger / pengunjung yang dah tinggalkan komen..penting ke buat semua ni?untuk SA penting sebab apabila dapat email kolaborasi dari klien benda utama yang ditanya adalah jumlah UV/PV blog SA...baru dia yakin nak bagi kita job atau nak beriklan di blog kita...kan?

Wednesday, June 28, 2017

Sakan Beraya Dengan Handbag Linsey Haan Dari Mizzue Malaysia

Hi korang...

Cantik tak bag raya SA ni? Special thanks to Mizzue Malaysia diatas kepercayaan dengan menaja handbag yang merecik cantik ni ha....seronok betul raya SA tahun ni bila dapat handbag sponsor tau...warna yang cantik dan comel. Sebagai seorang blogger dan wanita berkerjaya yang selalu ke event dan majlis- majlis corporate office, SA memang perlukan handbag yang sesuai untuk setiap occasion. Apapun dengan Linsey Haan ni..SA tak perlu risau andai handbag SA tidak mengikut tema kerana Linsey Haan sesuai untuk semua majlis. Smart Kasual, Corporate, Formal dan sebagainya. Boleh juga dijadikan sebagai clutch bag atau cross body bag...kalau bawak pi majlis rumah terbuka akan datang pun ok ni....



Sesuai dijadikan clutch bag

Jom tengok gambar SA memperagakan handbag Linsey Haan di pagi raya yang lepas...matching plak dengan baju raya SA kali ni...Mizzue Malaysia memang mempunyai koleksi handbag yang sangat- sangat meletop uolls...kalau boleh semua SA nak grab..memang semua cantik dimata SA....ikutkan SA ni jenis particular kalau bab handbag ni..sangat- sangat cerewet. Tapi dengan koleksi Mizzue SA memang tak banyak komen. Semua design sangat cantik...


comel tak?


trendy



Kenapa handbag dari www.mizzue.com.my harus menjadi pilihan?

  1. Design yang trendy mengikut peredaran masa. Hanya satu design untuk satu handbag.
  2. Kualiti yang terjamin setanding jenama terkenal dan tahan lama
  3. Banyak pilihan dan warna yang menarik mengikut citarasa
  4. Harga yang berpatutan
  5. Ruang compartment yang besar mengikut jenis handbag
  6. Sesuai untuk semua majlis dan sangat Lady- Like


Sepertimana SA teruja korang pasti akan teruja apabila mengunjungi website Mizzue..tak percaya?
korang boleh skodeng social media diorang...

Shop online > http://bit.ly/2tmBX5n

Discover our full range of products > http://bit.ly/2tmBX5n

Website : www.mizzue.com.my

Facebook : https://www.facebook.com/mizzuemy/

Happy Shopping!!!!!

'Mantai'' Aktiviti Sebelum Raya Di Kuala Pilah NS

Assalammualaikum ...

Hi korang...Selamat Hari Raya...Sapa dah start kerja hari ni? SA dah kerja dah ni...agak ramai gak yang kerja..mood raya masih ada cuma memikirkan tanggungjawab kan..so kena la lupakan seketika part raya..cukup la beraya dari Ahad sampai Isnin..semalam SA seharian kat rumah..petang baru tetamu sampai bawak ke malam..

So hari  ni SA nak bercerita tentang aktiviti SA Jumaat lepas...pagi- pagi keluar dengan Mak Abah pi cari orang Mantai kat area kampung abah...Mantai? aktiviti sinonim masyarakat NS sehari atau 2 hari sebelum raya..jualan daging lembu dan kerbau di kiri kanan jalan sekitar kampung...sayangnya tahun ni kat area kampung abah takde dan tak meriah Mantai nya..kalau ada pun ramai yang dah tempah awal..so kami teruskan perjalanan ke Kuala Pilah..akhirnya jumpa jugak di pekan Kuala Pilah.

jom tengok gambar


Daging lembu..SA beli 2 kilo Batang Pinang dan 2 kilo daging pejal..total damage RM140


Fresh sangat..


Banyaknya lemak daging lembu ni


Orang ak berapa ramai time ni...


Then singgah area pasar Kuala Pilah...beli ayam tua ni untuk buat rendang...


Walau tahun ni baru SA merasa beraya..sambutan tetap ala kadar..tahun ni adik beradik ramai yang balik ke rumah mertua masing- masing...tinggal SA dan adik no 3 yang sedang berpantang...so takde la masak banyak sangat..takut tak habis kan...Penat?Memang la penat sebab SA sorang je yang masak..nasib baik kakak Dania dah boleh harap tolong kemas rumah...penat tak boleh nak cakap la..sepanjang masa SA kat dapur kaki rasa macam dah x leh pijak lantai dah..sakit kat betis melampau2...tapi nak beraya punya pasal kan...tahankan aje la....

Nampaknya sampai disini dulu untuk kali ini...next SA akan citer part masakan ye...

See ya...

Monday, June 26, 2017

Salam Aidilfitri Dari Suria Amanda & Dania



Assalammmualaikum...

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin dari SA dan Dania...mohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa, tersilap kata dan terlebih gurauan sepanjang SA berblogging dan mengenali semua readers dan followers..SA beraya di NS sahaja..kepada yang beraya nun jauh di Utara dan Pantai Timur..hati-hati di jalan raya..jaga pemakanan di musim perayaan..beraya tanpa sakit ye...

#teamrayaNS

Perkongsian Petunjuk Istikharah..

PETUNJUK ISTIKHARAH

Bila Kita tengok Perempuan/lelaki, Yang kita mention namanya dalam istikharah.

Hati terasa 'LAPANG'. Maka itu tanda JODOH yang baik.

Tapi bila kita sebut nama dia
Tengok gambar dia, Jadi sempit dada, Serabut fikiran, tak tenang, rasa ada something wrong, Maka itu petunjuk bukan jodoh yg baik.

Ingat.

Istikharah tak semestinya dapat 'petunjuk' dari mimpi, kadang dari pemilihan mak ayah pun boleh jadi asbab petunjuk dari Allah, yang mana keluarga hanyalah perantaraan.

Dan jika mimpi pun takda, mak ayah pun tak bagi jawapan. Pilihlah mengikut apa yang ada dalam hati. Again, apa yang ada dalam hati. Cop ! Lubuk hati yang paling dalam.

Saja nak ingatkan.

'Kasihan'

Dan

'Cinta'

Perasaan yang berbeza.

Jika kerana kasihan, jangan hairan terlalu ramai kita 'kasihankan' selepas dia.

Mendirikan 'masjid' bukan hal enteng untuk dimain-mainkan yaa kak bang dik ?

Tapi 'mendirikan masjid'
Merupakan 'penyatuan dua hati' yang sedia untuk tempuh laluan yang 'mencederakan kaki' bagi mereka yang tersilap langkah.

Moga berbahagia !
Penulisan dari : @kak_hassanah

Assalamualaikum..

#senyum_selalu ☺

Saturday, June 24, 2017

Tampil Anggun Dan Jelita Dengan Jus Lutox Dnars

Baru ni ada tengok kawan share contest menang duit raya dari DNARS dekat facebook DNARS JUS LUTOX (Link http://bit.ly/2siHxm3). Cuma LIKE, KOMEN, SHARE & TAG dan HASTAG #DuitRayaDnars. InsyaAllah ada rezeki tak kemana. 1 Syawal ni keluar result lepas tu, 2 Syawal terus dapat duit raya untuk pemenang. Kalau korang nak join tu cepat-cepat la sebelum hari raya. Ada rezeki tu ada la kan. InsyaAllah.



Sebenarnya pernah dengar tentang Jus Lutox Dnars ni dan pernah jugak tengok kat tv yang Dnars ni sponsor program apa tv cuma SA tak ingat plak program apa. Tapi tak pernah tau sangat untuk apa, so dah kebetulan join contest Duit Raya ni terus baca mencari info Jus Lutox ni. Not bad juga la produk ni. Tengok testimoni pengguna Lutox ni pun boleh kata positif ja semua. Alhamdulillah kan..

SA bukan apa, dalam bulan puasa ni banyak juga beraktiviti. Siang kerja, malam solat Terawih dan kadang-kadang kemas rumah rumah. Biasalah mood nak raya. Dekat-dekat nak raya ni lenguh badan sebab dok shopping. Ehhh.. tak banyak pun. Tapi dah memang sesak kan. Kereta sesak sampai asyik tekan brek, dalam butik lenguh berdiri test baju. Rasa berotot pulak tangan ni.



Nak dijadikan cerita dah kebetulan baca tentang Jus Lutox Dnars ni. SA kongsikan ada 12 kebaikan utama Jus Lutox Dnars ni dengan korang;

Khasiat Jus Lutox Dinars

  1. Kaya dengan antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan sel tubuh.
  2. Meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan.
  3. Menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh badan daripada jangkitan penyakit.
  4. Melancarkan peredaran darah.
  5. Melancarkan proses penghadaman.
  6. Membantu mengawal tekanan darah dan paras kolestrol.
  7. Menyingkirkan toksin dari tubuh badan.
  8. Meningkatkan tahap metabolisme tubuh badan.
  9. Membantu mengatasi masalah angin dalam badan.
  10. Membantu mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman.
  11. Jus Lutox Dnars Memelihara sistem saraf.
  12. Memelihara kesihatan tubuh badan secara menyeluruh




Tapi kan.. mulanya risau juga la, sebab tak tau apa kandungan Jus Lutox Dnars ni. Terus Tanya contact FB Dnars tu sebab nak cuba tapi risau apa la yang ada dalam Jus Lutox ni. Lepas di terangkan Jus Lutox ni hanya guna bahan semula jadi. Antara kandungan utama yang ada macam Kurma, Madu, Lemon, Halia, Pegaga, bayam, Markisa, garam bukit dan Delima. Tengok kandungan pun dah jadi yakin sangat dengan khasiat yang InsyaAllah kita boleh dapat.



Alhamdulillah yang lebih meyakinkan bila Jus Lutox Dnars ni mendapat Sijil Pengiktirafan HALAL daripada JAKIM. Tak da la bila minum dengan saudara atok dengan opah ni ditanya pulak halal ke kan. Nak balik kampung nak juga kongsi dengan dorang.

Mostly bila baca review pengguna yang dah minum Jus Lutox Dnars ni ada yang kongsi seronok sebab dah tak rasa sakit lutut lagi. Ada juga yang kongsi dah lama sakit sendi tapi Alhamdulillah lepas minum Jus Lutox Dnars memang membantu memulihkan. Makin tak sabar lak nak cuba minum ni.



Kiranya kalau minum bulan-bulan puasa ni memang lagi bertambah la tenaga. Hujung nak dekat raya ni tak la rasa lemau sangat badan kan. Jadi SA pun apa lagi. Tengah tunggu Jus Lutox Dnars sampai rumah ja ni. Jus Lutox Dnars boleh diambil setiap hari dan sesuai untuk seisi keluarga. Jadi balik raya bukan minum sorang tau. Minum satu keluarga, atok, opah, saudara, sepupu, dan ada lebih boleh la kongsi dengan tetamu yang datang.

Jadi kalau korang nak info dan nak order Jus Lutox ni boleh terus secara atas talian dekat  :

Website : www.lutox.com.my
FB : https://www.facebook.com/juslutoxdnars/

Wednesday, June 21, 2017

Craving Nasi Goreng Pesona Guest House Jakarta


Hi korang,

Tak tau la kenapa SA bagai terasa- terasa nasi goreng yang SA pernah makan masa pergi Jakarta 2 tahun lepas..

Nasi goreng simple jer..siap ada keropok belinjau yang rangup...nasi tu rencah dia ayam dan telur hancur pas tu ada siap telur dadar sekali....sedap betul...

Nasib baik la tak mengandung ke apa..kalau tak satu hal nak pi Jakarta dan nasi goreng ni cuma ada di Pesona Guest House Jakarta je...rindu jugak dengan ownernya yang sangat peramah Ms Nana...

Korang teruja tak tengok nasi goreng tu ha?

Rambut Kekal Sihat Dan Cantik Dengan Safi Shayla

Hi korang,

Bercerita bab rambut SA memang sangat pentingkan penjagaan rambut, dalam sebulan SA akan buat treatment di salon. SA jugak lebih selesa berambut panjang pernah cuba berambut pendek paras bahu tapi SA nampak pelik plak..hehehe...so macam mana korang jaga rambut? Apa shampoo yang korang guna?SA sekarang dah bertukar terus ke SAFI SHAYLA. Aik biar betul? Betul laaaa....SA dah guna Safi Shayla sejak awal tahun lepas lagi tau..walaupun shampoo ini dicipta khas untuk wanita bertudung, tidak menjadi masalah pada SA. SA guna juga sebab jatuh cinta dengan bau yang wangi dan masalah rambut gugur yang SA hadapi sebelum itu hilang sepenuhnya.

Memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung telah dilancarkan pada Oktober 2013. Dengan 8 varian diformulasikan dengan Habbatus Sauda yang mempunyai 1001 kebaikan, SAFI Shayla dapat menyelesaikan apa jua masalah rambut yang dialami oleh wanita bertudung.








SAFI bukan sekadar sebuah jenama untuk pengguna. Ia punya jiwa dan hubungan akrab serta kepercayaan seperti keluarga dan teman bersama para pengguna. SAFI SHAYLA adalah kesinambungan kembara cantik jenama ini dalam inovasi produk menzahirkan manfaat terkitab khasiat Habbatus Sauda yang menjadi santapan Jujungan Mulia Rasullullah S.A.W  meriwayatkan 1001 manfaatnya untuk umat manusia kecuali apabila Izrail datang memanggil.  kami berbangga dan bersyukur kerana diberi ruang untuk memperkenalkan bukan sekadar syampu tetapi rangkaian lengkap produk penjagaaan rambut khusus untuk wanita bertudung”, Jelas Pengurus Kumpulan Produk SAFI, Mahsuri Sulaiman.




Walaupun terdapat banyak jenama syampu antarabangsa yang masuk ke dalam pasaran syampu untuk wanita bertudung pada masa ini, SAFI Shayla masih mampu untuk berdiri dan ianya terbukti apabila SAFI Shayla telah memenangi beberapa anugerah seperti Marketing Excellence Awards 2015 dan Effie Awards 2016 di mana SAFI Shayla telah merangkul 3 emas dan 1 perak bagi ke dua-dua anugerah tersebut. Ini membuktikan bahawa pengguna-pengguna SAFI Shayla mempercayai bahawa rangkaian syampu ini mampu memberi solusi kepada masalah rambut seperti rambut gugur dan gatal kulit kepala yang dihadapi oleh wanita bertudung. Pengguna-pengguna setia SAFI Shayla juga mengatakan bahawa #HanyaSAFIShaylaUntukSaya

Pengguna juga boleh mendapatkan SAFI Shayla di dalam bentuk fleksi. Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, penggguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama memberikan nilai dan kualiti yang tinggi. Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah.

 “Dengan SAFI Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh mengguna terus, atau digunakan sebagai pek isian semula, ataupun sebagai pek kembara. Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat.” Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI.

SA memang pilih Safi Shayla dan suka mencuba pelbagai variant yang ada sebab bila guna jer rambut dan kulit kepala SA rasa sangat segar selain bau harum sepanjang hari.Yang penting Safi Shayla tidak menjadikan rambut SA berminyak macam sesetengah jenama yang SA biasa guna sebelum ni..Dan yang paling penting harga shampoo Safi Shayla sangat- sangat berpatutan. Harga mampu milik yang ditawarkan sangat- sangat menjimatkan...


Ingin ketahui apakah pandangan pengguna terhadap syampu untuk wanita berhijab? Layari saluran YouTube SAFI di https://www.youtube.com/watch?v=PHoGu4vxMws dan untuk maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman Facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI@safimalaysia dan laman web SAFI www.safi.com.my

Tuesday, June 20, 2017

Hadiah Birthday Dari AFB

Hi korang...

Tahun ni birthday SA dapat 2 hadiah yang sangat- sangat SA suka...sapa plak yang tak suka hadiah kan? semua orang suka..so 6hb lepas birthday SA yang ke 39 tahun. As usual takde sambutan apa pun..sebenarnya tak pernah sambut pun..kalau ada pun dengan family je..anak- anak yang teruja nak potong kek..birthday sendiri beli kek sendiri so takde proper orang buatkan sambutan ke apa..hahaha...boleh cenggitu?

Tahun ni special dapat hadiah dari kawan- kawan AFB. Alaaaaa macam tau- tau jer la SA suka hadiah cutlery set ni...maybe sebab dah usia nak masuk 40an ni kan..so semua benda ke arah mak- mak tu memang suka..the best part masa nak bukak hadiah ni macam bukak hadiah kahwin 14 tahun lepas..hahahaha...bila nak merasa bukak hadiah lagi ni....


terima kasih tak terhingga buat PCL, Linda, Ewan dan CN


Selain dari cutlery set tu haa...

SA dapat hadiah berupa duit RM210.00 dari ahli- ahli AFB yang lain yang diketuai oleh Mommy Irra
SA tak tau berapa ramai dalam group yang lagi satu ni..tapi SA tetap nak ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga. Untuk jumlah tu SA dah beli perfume dan barangan mekap. tak sempat nak amik gambar..hajat hati nak beli kasut raya tapi kasut dah banyak..nak beli handbag raya pun handbag dah banyak...so apa yang takde SA beli je la...nanti kalau rajin SA amik gambar perfume dan barangan mekap.

Terima kasih yang tak terhingga...Sayang korang AFB ketat2....

Lauk Simple Berbuka Sabtu Lepas

Hi korang,

Ahad lepas SA sempat masak simple2 jer...ekceli ada buat Kari ikan Mayong, Ntah mana plak perginya gambar tu...puas cari..maybe terdelete kot..Punya la cantik angle gambar tu SA snap..hahaha...masak kali ni renyah skit sebab adik2 takde nak tolong. SA start masak pukul 4 petang, dengan merebus kerang nak buat sambal.Kopek kulitnya sorang2 sebab kerang tu tak besar, kecik2 jer so agak renyah la nak buat..amik masa lama skit...ngam2 pukul 7 petang SA settle masak..pheww...walau allah tengah bagi cuti tetap la SA puas hati semua makan bertambah.
Satu kepuasan disitu.


Sambal kerang..kalau buat nasi lemak pun best kan...hahaha...


Ikan tilapia fresh baru abah pancing goreng biasa je


Cicah dengan budu


Sempat buat bubur pulut hitam


Tongkeng ayam goreng berlada..buat pedas2..


Last week tak ramai berbuka kat rumah..Sabtu tu ramai la..Ahad semua dah pakat balik. SA plak memang x kemana sebab migrain dari Sabtu. Memang lepak jer la kat rumah melayan anak- anak. 

Ada yang tanya SA tapi Anonymous la..kali ni bukan soalan maki hamun macam biasa SA dapat. Ni dia tanya Kak SA SELALU MASAK SEDAP- SEDAP TAK TERFIKIR KE NAK BUKAK KEDAI MAKAN KE RESTORAN KE..

Jawapan SA

Hasrat dihati nak bukak kedai makan tu memang la ada diknon, tapi bukan la sekarang sebab SA bekerja makan gaji..itu plan SA lepas pencen nanti.Sebab pada SA memang kalau meniaga makanan ni insyaallah sentiasa laku. Nak dengan tak nak jer buat..tapi nak buat sesuatu projek tu kena la proper plan..takleh main buat je..

Betul tak korang?

Monday, June 19, 2017

Cubaan Baby Taufiq Menggoda Mama..GAGAL...

Hi korang...

Jumaat last week dapat gambar kat bawah ni..korang rasa apa perasaan SA? hahahaha...yang benarnya geram...selebihnya stress sebab anak- anak SA blom dapat apa2 lagi..hahaha...duit raya je cukup tak? Bukan main lagi Ibu si Taufiq ni hantar gambar cubaan menggoda mama...apa..ingat mama senang di goda ke?


Mama: Boleh...kalau nak baju Superman kena panggil "MAMA"dan ayat tu kena mama yang dengar dengan telinga mama sendiri ok?




Hahhaa...kelakar kan...

Macam kena jer plak ayat tu ngan reaksi dia...tak sempat la mama nak shopping baju raya Taufiq..mama bagi duit raya jer la nanti...mama punya kelengkapan raya pun x settle2 lagi Taufiq oii...

Tahun ni Taufiq buat pertama kali beraya dan tahun ni jugak Taufiq akan beraya di Perlis dulu..baru balik Seremban raya ke 3 nanti...

So mama bagi duit raya RM2 jer nanti..ok?

Budak tecik mana bleh pegang duit banyak2 kan?

Nanti hilang ..rugi...

Hhahaha....larikkkkkkk......

Mudahnya Masak Rendang Daging Dengan Serbuk Rempah Rendang Mak Siti


Hi korang...

Rendang daging sangat sinonim dalam masyarakat Melayu kita kan? Hidangan rendang daging biasanya menjadi tarikan tak kira di musim perayaan atau hari- hari biasa. Kalau takde rendang bagai tak lengkap hidangan raya dan tak meriah rasanya. Untuk itu SA berkongsi dengan korang cara- cara memasak rendang daging menggunakan Serbuk Rempah Rendang Mak Siti. Wahhh....kenapa rempah Mak Siti? Sebab kandungan yang asli tanpa pewarna tiruan,tiada bahan tambahan seperti MSG dan sebagainya.

SA memang memilih produk keluaran Mak Siti dalam masakan SA kerana keenakkan rasa rempah ratusnya dan yang sangat penting  ianya produk bumiputera yang terjamin Halal. Sebelum ni SA hanya tau produk lain tetapi apabila terserempak dengan Rempah Ratus Mak Siti dan terpanggil untuk beli dan mencuba memang terus jatuh cinta. Kiranya SA jatuh cinta pandang pertama dengan produk Rempah Ratus Mak Siti.



Jom kita tengok resepi dan cara memasak rendang daging dengan mudah.

Resepi Rendang Daging


  1. 1 kilo daging dihiris nipis
  2. 11/2 biji kelapa diambil santan pekat- santan cair diketepikan untuk blander bahan
  3. 6 batang serai - dihiris*
  4. 6 biji bawang merah*
  5. 3 ulas bawang putih*
  6. Halia sebesar ibu jari* - dihiris nipis-nipis
  7. lengkuas sebesar ibu jari* - dihiris nipis
  8. 6 helai daun limau purut- buang urat tengah dan dihiris
  9. 1 helai daun kunyit yang agak lebar- dihiris
  10. 25 biji cili padi* - mengikut kepedasan yang dikehendaki
  11. 6 sudu makan cili kering kisar
  12. 3 sudu besar SERBUK REMPAH RENDANG MAK SITI
  13. 2 sudu besar Kerisik
  14. 1 sudu kecil serbuk pati ayam
  15. Garam secukup rasa

Bahan bertanda* di kisar

Bahan penumis: 4 sekawan ( Bunga lawang, kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih)

Cara Memasak Rendang Daging:

  1. Tumis bahan penumis dan bahan bertanda* yang telah dikisar hingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk Rempah Rendang Mak Siti
  3. Masukkan cili dan lengkuas. 
  4. Masak lagi seketika. 
  5. Masukkan daging dan santan cair, masak hingga daging empuk.
  6. Masukkan santan pekat dan masak dengan api perlahan sehingga agak kering
  7. Masukkan serbuk pati ayam 
  8. Akhir sekali, masukkan kerisik, gula, garam dan asam keping. 
  9. Sesuaikan rasa dan taburkan daun limau purut serta daun kunyit
  10. Sedia dihidang
Rendang daging sedap dimakan bersama Lemang, Ketupat dan Nasi Impit malah sedap juga dimakan dengan nasi panas.

Rendang daging juga sesuai di makan dengan Nasi Beriyani. Kawan SA ni ada Resepi Nasi Briyani Paling Mudah Dengan Rempah Briyani Mak Siti . Haaaa..jangan tak tau ye Mak Siti pun ada keluarkan Rempah Nasi Briyani. Sangat mudah walau korang baru first time nak cuba masak nasi briyani. Hasilnya pasti sedap.

Produk Utama Keluaran Mak Siti


Rempah Mak Siti adalah produk yang semulajadi, tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan dan sangat sesuai untuk mereka yang vegetarians. Produk utama keluaran syarikat ini adalah Serbuk Rempah Kari Daging, Serbuk Rempah Kari Ikan,Serbuk Rempah Sup, Serbuk Rempah Sup Soto, Serbuk Rempah Rendang, Sup Tulang, Sup Bunjut, Sup Soto dan Raja Supdan sebagainya. Malah terdapat lebih dari 70 jenis produk rempah ratus keluaran Mak Siti di pasaran.


Kini produk Rempah Ratus Mak Siti boleh didapati di kedai- kedai runcit, Pasaraya dan Hypermarket (Tesco, Giant, Aeon Big, Jusco dan Mydin) dan juga  boleh didapati menerusi jualan online

Majlis Berbuka Puasa & Pelancaran Produk Baru Mak Siti

Pada 16 June 2017 yang lepas satu majlis berbuka puasa bersama Blogger dan anak-anak yatim telah diadakan di Restoran Rempah Ratus Mak Siti di Bandar Tun Razak. SA berpeluang menghadirkan diri dan menyaksikan sendiri Majlis pelancaran produk baru Rempah Ratus Mak Siti.

Syarikat ini mempelbagaikan lagi jenis produk dengan menghasilkan produk rempah dalam botol dan produk- produk ini telah mula diperkenalkan semasa Expo Mihas 2017 baru- baru ini dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Pada pendapat peribadi SA, produk baru yang di botolkan sangat memudahkan penggunaan kerana ianya selamat dan mudah disimpan dan kurang risiko rosak.




Antara produk baru yang diperkenalkan adalah Chilli Flakes, Serbuk Cili, Daun Limau Purut, Serbuk Kayu Manis, Serbuk Halia, Serbuk Lada putih, Serbuk Kunyit dan Serbuk Lada Hitam

SA bersama salah satu produk keluaran Rempah Ratus Mak Siti


Semoga Produk Rempah Ratus Mak Siti terus berkembang maju mempelopori dunia pasaran tempatan dan seterusnya ke peringkat antarabangsa.

" Ingat Mak...Ingat Mak Siti"


Maklumat Lanjut:
Pertanyaan dan pembelian rempah ratus Mak Siti boleh hubungi:

Nasuha Enterprise Sdn Bhd,
Ladang Rempah Ratus & Herba
Batu 12, Jalan Muar-Pagoh
84500 Muar Johor
Malaysia


Tel : 069737508/509

Whatsaap : 0173309330

Friday, June 16, 2017

Sweet & Simple Pilihan Raya 2017 Suriaamanda

Hi korang....

Amboi...tinggal beberapa hari jer lagi kan nak raya...persiapan dah ok ke belum? Alaaa...SA masih mencari lagi beberapa pasang baju...selain untuk dipakai ketika pagi raya, SA juga perlu baju yang cantik untuk rumah terbuka...sibuk siapkan untuk raya jer kan...untuk rumah terbuka tak ingat plak...So korang kalau mengalami masalah lebih kurang sama dengan SA..apa kata terjah LAZADA je..macam - macam yang menarik sempena Riang Ria Raya 2017 ni.

SA kalau bab baju ni biasanya tak berapa suka yang merelip-relip. SA suka yang sweet, simple aje.Biasanya SA pilih yang plain..tak tau la kenapa tak suka baju yang bercorak.Kalau pakai baju bunga- bunga nampak pelik la... Raya 2017 ni SA takde specific tema raya tahun ni...selalu sedondon dengan anak dara kan..tahun ni anak dara request warna lain- lain. Rimas katanya...takpe la...kita check kat LAZADA je....


Baju Kurung With Balloon Sleeves - Vercato Azra in Navy Blue RM205.00


Neng Geulis Marlina Kurung Rose Pink RM259.00


Ashh & Annas Dayana Kurung Little Miss Bricks RM299.00


Eh...takkan mama jer nak melaram kan?Kakak Dania pun nak jugak....erm...dia biasalah..suka dress yang ala- ala princess macam kat bawah ni...amboi...tak nak kalah eh....bukan main lagi kakak kan...mama pun nak gak anak mama jadi tumpuan...nanti sapa yang nampak sure cakap...anak dara sapa tu....cantiknyaaaa...haaaaa...kan?confirm sepupu- sepupunya tanya beli baju kat mana ni...masa ni boleh la cakap...Apa susahhh... LAZADA kan ada....


Lace Slim Long Dress Baju Kurung Arab Loose - RM83.90 for Dania


Shop Your Raya Look with Discount up to 80%

Untuk pengetahuan korang jugak, Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Raya Sale ni berlangsung daripada 19 May sehingga 30 Jun di mana korang boleh dapatkan special diskaun sehingga 90%!

Berbaloi- baloi kan?Nikmat Dikongsi Bersama!!!

Jom terjah sekarang sebelum melepas..http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN...

Thursday, June 15, 2017

Rezeki Dapat Harum Manis All The Way Dari Perlis

Hi korang...

Murah rezeki bila dah 3 tahun tak pernah miss lagi Harumanis Perlis ni..terima kasih yang tak terhingga buat family adik ipar yang sentiasa ingat kirim kat kami di NS. Harumanis, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di kalangan rakyat negeri Perlis khususnya dan penggemar mangga ini amnya. Harumanis Perlis telah mencipta satu fenomena tersendiri setiap kali tiba musimnya antara Mac hingga Jun setiap tahun. Kehadiran Harumanis sentiasa dinantikan penggemar buah tempatan sama ada di negeri Perlis atau lain – lain negeri. Antara mempelam jenis lain adalah Sala, Chokanan dan Nam Dorkmai, Mangga atau mempelam adalah buah – buahan bermusim yang ditanam di negara – negara tropika dan Harumanis Perlis merupakan klon mempelam Perlis yang popular. 

Harumanis dapat hidup subur di kebanyakan jenis tanah dan hanya berbuah dengan banyak di kawasan yang mempunyai cuaca panas antara dua hingga tiga bulan sehingga suhu maksima 30˚celcius hingga 38˚celcius sebagai rangsangan kepada pengeluaran bunga. Taburan hujan minima setahun sudah mencukupi bagi membantu tumbesaran Harumanis. Bentuk buah adalah bujur dan isinya tebal. Walaupun  sudah masak, kulit buahnya tetap berwarna hijau, manis dan berbau harum..memang SA tak nafikan isinya memang sedap, manis semanis- manisnya...


Kali ni besar- besar buahnya


Isi tebal dan juicy



Sehingga kini, Perlis merupakan lokasi  yang paling sesuai untuk penanaman pokok Harumanis. Mempelam Harumanis memerlukan tanah yang dalam, gembur dan mempunyai kandungan mineral yang tinggi.Keunikan hasil bumi Perlis ini telah menjadikan Harumanis antara ikon terbaik untuk memperkenalkan Perlis kepada dunia luar.

Harumanis juga telah menjadi satu faktor kepada peningkatan kadar pelancong ke negeri Perlis terutamanya setiap kali tibanya musim. Harumanis menjadi sebutan sehingga ke serata pelusuk tanah air dan ada yang sanggup datang semata – mata bagi mendapatkan mempelam ini dan merasai sendiri keenakkannya. Namun, ada ada sesetengan peniaga yang mengambil kesempatan dengan menjual mempelam lain yang bukannya Harumanis dengan harga yang tinggi sedikit sebanyak telah menjejaskan imej dan kualiti mempelam Harumanis sendiri.

SA tak ngidam dah..dah dapat dan memang tak risau...tiap tahun mesti keluarga adik ipar kat Perlis kirim untuk kami sekeluarga.