Friday, May 12, 2017

Orang Kaya Je Shopping Sini? TOLONG La..Tak Kaya pun Boleh Hoke..

Hi Korang,

SA kan..cukup pantang kalau orang mempersoalkan pasal Kekayaan, Kemampuan dalam membeli belan barang makan...Semua Mall yang ada nama kalau masuk kata ooo..ko kaya boleh la pi mall tu selalu..hello..tak semestinya orang kaya je boleh masuk mall terkenal..orang x kaya pun boleh la..ye..SA akui SA kalau beli barang basah memang beli kat AEON Jusco, Sam's Grocerries, Jaya Grocers, Village Grocers,Cold Storage..tapi!!!bukan SA beli benda yang diluar kemampuan SA..kadang x faham la ngan diorang ni pertikai kemampuan orang..bukan la SA berlagak ke apa..SA pergi gak Giant, Tesco, Econsave danSA oergi gak pasar malam..ikut la apa yang SA nak beli..dan terus terang SA ckp..SA x kan beli barang yang hampir rosak atau rosak...bunyi.macam berlagak kan? Tapi..SA bukan nak berlagak..SA menjaga kualiti makanan yang masuk dalam perut SA, dalam perut Mak Abah SA dan dalam perut Anak2 SA.

Jom tgok gambar kat bawah ni..SA sempat snap masa pi Sam's Grocer td


Udang Harimau& Udang kertas


Kepingan ikan Merah, Ikan tenggiri


Kepingan ikan Salmon...


Ayam yang dah siap dipotong


Kaki ayam tu menggoda kalbu..x mahal pun..satu pack tu baru RM2.50- RM4.00 murah kan? Nak murah macam mana lagi

Selain bahan basah..SA memang suka beli buah...selalunya kat NuSentral ni beli kat MBG la..ada buah mahal ada jugak buah yg murah..selalu SA beli buah potong je..


Baby nenas..lupa tgok harga td


Pisang kaki / Persimmon


Buah Kiwi


Buah Plum


Buah Pear


Ubi Keledek pun ada jual


Buah mangga

Ramai kan yg dtg MBG

Kedai buah MBG memang mendapat sambutan x kira dari orang tempatan atau pun orang luar. Buah yang segar memang selesa dan sedap mata memandang..di MBG memang dijaga kualiti buah yang dijual dan buah segar terpilih sahaja yang dipamerkan. Termasuk buah potong..

So..untuk kesihatan SA mmg x nampak kat mana salahnya SA berbelanja..terpulang pada individu dan tak perlu dipersoalkan..terima kasih kepada yang pm SA kat whatsaap..SA hargai sebab ye la SA ibu tunggal kan..nampak cara SA berbelanja sangat mewah..hello..is that a problem to you because im using my own money for all this..so i dont need your concern towards me..please get a life coz whatever i've earn or expense is my personal..got it?

13 comments:

  1. Ada masa kita shopping jugak kat tempat macam ni.. Tengok fresh la.. Sometimes harga pun lebih kurg je..

    ReplyDelete
  2. MBG tu memang fav place nk beli buah. Tak mahal mana pun kalau nk compare dgn Tesco kak. Ana pun shopping juga dekat Jaya Grocer sbb ada brg yg murah juga.

    ReplyDelete
  3. Duit kita, terpulanglah pada kita nak belanja macam mana.. Belanja ikut kemampuan.. Itupun nak dijadikan isu kan sis.. Manusia nie kalau dah dengki ada je yang tak kena..

    ReplyDelete
  4. wow peha ayam tu..menggoda betul..hehe

    ReplyDelete
  5. Kadang2 orang ni ada definisi kekayaan yang berlainankan.. Kekayaan ni bukan saja terletak pada wang ringgit. Boleh jadi kaya dengan budi pekerti atau pun kaya yang letak kat roti.. ok #gurau

    Nampak segar dan berkualiti buah2 kat MBG kan..

    ReplyDelete
  6. ignore je Kak SA.. biasa tu mulut2 cannot cover hehe.. kadang2 rasa juga nak shopping kat kedai high end.. normallah tu kan.. buah2 kat Cold Storage n Jaya Groger kadang2 rare.. syiook..

    ReplyDelete
  7. Depa tak try lagi tu..kualiti tu penting nak jaga perut kan..ingatlah kebanyakan penyakit datang dari perut.

    ReplyDelete
  8. kita beli barangan mengikut kemampuan dan yg pastinya yg berkualiti walau kekdg tu mahal sedikit dan bukan semua pasaraya ada buah2an yg kita ingin tu kan..

    ReplyDelete
  9. apa yang kita beli, kita je yang tahu. ada sale, ada yang murah tu yang penting kan :)

    ReplyDelete
  10. bg dana kn SA kt mana2 pun boleh.... kalau kebetulan dana jln2 kt wangsawalk yg ada cold storage, dana singgah je kot2 ada syr2 or lauk yg ok... sbb kadang2 harga ikan2 or buah2 yg jarang jumpa kt mall biasa dpt ngn harga murah...

    bg dana kt mana2 pun sama, mana tempat yg senang nk pg, mudah nk pagi, itu yg kite pegi beli...
    sbb mcm dana nih umah mmg dkt ngn giant, sbb tu selalu ke giant.... tp kadang kalau lauk2 mcm ikan ke apa tak fresh tak beli jgk, kite akan cari tmpt lain yg sgr yg kite puas hati... tak kisahla mhl skit ke apa kn...

    ReplyDelete
  11. jue prefer beli mcm ni. hehehe

    ReplyDelete
  12. Mulut tempayan kita boleh tutup mulut orang tu tak leh nak tutup kita cilikan je kak huhu. Terpulang pada masing-masing nak beli barang kat mana. Tak perlu sampai nak persoalkan barang mahal ke murah yang penting kualiti bukannya kuantiti.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah