Wednesday, May 31, 2017

Paprik Sotong Menu Sahur Ramadhan 5

Hi korang,

Semalam SA berbuka dalam kereta sebab hujan lebat dan jalan jammed sana sini, memang tak sempat kalau nak masak untuk berbuka. So decide berbuka kat luar aje, itupun masa makan memang dah time berbuka. KL kalau hujan lebat sure jammed kan. Huru hara semua nak balik nak masak atau nak berbuka dengan keluarga. Masa ni la kalau nak tengok perangai pemandu- pemandu Malaysia yang rata- rata kurang bertimbang rasa. Balik rumah sempat masak paprik sotong untuk sahur pagi tadi..SA masih bersahur sorang- sorang, housemate x turun pun sahur. Ke memang tak sahur SA tak pasti..Biasanya SA bersahur pukul 4 pagi. Tapi hari ni SA bangun sahur pukul 5 pagi dan tak tido terus bersiap nak ke tempat kerja.

Apapun resepi yang SA nak share ni sangat senang, campak- campak je..SA habiskan stok sotong dalam fridge sebab senang, bahagi 2 dah satu bekas simpan dalam freezer nanti balik petang ni boleh panaskan aje kan...Tapi tak elok selalu amalkan atas faktor kesihatan tapi nak buat macam mana kan..kalau tak buat macam tu memang tak sempat masak untuk berbuka.


RESEPI PAPRIK SOTONG


  1. Sotong 4-6 ekor bergantung size ( bersihkan dan potong besar2)
  2. Bawang besar 1 biji - hiris bulat
  3. Bawang putih 3 biji* tumbuk
  4. Bawang merah 2 biji*tumbuk
  5. Halia 1 inci * tumbuk
  6. Cili Kering ( dah diblender) 1 sudu besar *
  7. Cili Api 5 tangkai - potong serong
  8. Daun limau purut  - 1 helai
  9. Serai - 2 batang di ketuk
  10. 2 sudu sos tomato
  11. 2 sudu sos cili
  12. 1 sudu besar pes tomyam
  13. 1 sudu besar sos tiram
  14. Kacang buncis 4 batang - potong serong
  15. Garam
  16. Perasa
Cara masak

  1. Bahan bertanda * ditumis sampai naik bau
  2. Masukkan serai dan daun limau purut biarkan seketika
  3. Masukkan cili api
  4. Masukkan bahan no 10-13
  5. Biarkan seketika sampai kering
  6. Kemudia masukkan sotong dan gaul mesra
  7. Masukkan bawang besar, kacang buncis, garam dan perasa
  8. Padam api dah siap
  9. Sedia dihidang
Pesanan: Sotong jangan masak terlalu lama sebab takut liat, sotong mudah masak so tak perlu biarkan lama selain nak elakkan dari keluarkan air yang banyak.

Sekian,

Selamat mencuba.

Riak Yang Kita Tidak Sedar


Manusia kadang-kadang terlepas pandang perkara penting ini, ataupun memang sudah tahu, tetapi sengaja hendak menunjuk-nunjuk. Apa perkara itu Riak?

Ramai yang berlumba-lumba hendak memberitahu apa kelebihan diri pada umum, tanpa mengetahui bahawa ianya adalah salah satu perkara yang ALLAH S.W.T larang dan ianya adalah berdosa!
Sebenarnya ada yang sudah mengetahui bahawa riak itu berdosa, tetapi masih juga menunjuk-nunjuk kerana rasa diri lebih baik dari orang lain. Mengapa begitu? Tidak percaya akan azab ALLAH S.W.T?Lagi-lagi sekarang zaman serba serbi canggih, ada aplikasi Facebook. Setiap hari update status tentang kelebihan diri, berbangga-bangga diri sehingga mendatangkan perasaan menyampah orang sekeliling. Perasaan riak ni kadang-kadang orang buat tanpa sengaja, fikir ianya perkara biasa saja tetapi rupanya berdosa! Hati-hati apabila update sesuatu di laman sosial ya!Antara riak yang orang tak sedar selalu buat ialah :

PUJI ANAK BERLEBIHAN.....
Boleh dikatakan setiap hati update pasal anak, anak cantik la, anak bijak la dekat facebook, instagram, sampaikan orang naik menyampah. Sepatutnya anda peka dengan rakan-rakan anda yang mungkin belum berpeluang merasa ada anak, pasti mereka rasa sedih.

CHECK IN HOSPITAL MAHAL....
Snap gambar dalam hospital, suruh ralan-rakan doakan anak supaya cepat sembuh. Tetapi caption hastag nama hospital-hospital terkenal, hospital yang mahal-mahal. Sebenarnya dalam hati nak bagitahu yang dia mampu pergi hospital mahal. Bukan nak suruh doakan anak tu sangat.

BERSYUKUR TAK HABIS2...
Tak habis-habis update pasal duit yang banyak. Bersyukur katanya. Selang seminit update ‘Alhamdulillah. Alhamdulillah duit masuk lagi, syukur alhamdulillah’ sebenarnya bersyukur itu perbuatan yang baik, tetapi salah caranya. Jika betul hendak bersyukur, solat dan buat sujud syukur. Bukan duk heboh dekat laman sosial.

TUNJUK GAMBAR KERETA MAHAL....
Tangkap gambar dalam kereta, nampak stereng sekali. Captionnya ‘teruk jam jalan hari ni’. Sebenarnya nak bagitau yang dia tengah bawa kereta mahal, orang yang ada kereta lebih mahal dari dia pun tak riak!

SHOPPING....
Suka shopping lepastu ambil gambar dan update dekat laman sosial, caption pulak ‘ letih shopping hari ini, sikit-sikit je keluar duit hari ni’ tapi dalam gambar bukan main banyak barang yang dibeli. Nak berlagak pun tak payah nak menunjuk sangat kan?

SERBA BARU....
Dekat nak raya ni nanti ada la yang update pasal sofa baru, langsir baru, baju baru. Sila kaga perasaan orang yang tak mampu, dah beli barang baru tu senyap saja, jangan nak heboh. Bukan semua orang nak tahu pun, menyampah ada la

MUKA LAWA....
Suka ambil gambar sendiri dan upload dekat Facebook, caption ‘ tak lawa macam makwe awak-awak semua’ tetapi sebenarnya nak orang komen pujian. Nanti kalau orang komen cakap memang tak lawa pun, marah pulak. Pelik kan!Maka hindarilah dari bersifat riak!

Dalam Al-Quran, Allah swt berfirman yang bermaksud :“Maka celakalah (azab) bagi orang yang sembahyang, yang mereka itu lalai daripada sembahyangnya lagi mereka itu riak.” (Surah Al Maun : ayat 4-6)Dalam Surah Al-Baqarah ayat 264, Allah swt berfirman maksudnya:“Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu batalkan sedekahmu dengan mencerca dan menyakiti seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak manusia. "Kesimpulannya, jangan bersikap riak. Allah S.W.T melarang sesiapa yang bersifat riak. Jika selalu amalkan sikap riak ini, orang benci, dosa pun dapat. Jangan hidup hanya mengharapkan pujian semata-mata. Sebaiknya amalkan sikap rendah diri, itu lebih baik.

Tuesday, May 30, 2017

Menu Berbuka Ramadhan Ke 2

Hi korang..

Maafkanlah SA ye..seminggu ni banyak entry up tentang menu Ramadhan je..lepas tu esok- esoknya sure malas dah..hahaha...sebenarnya takde niat riak ke apa...cuma nak berkongsi dengan korang sebab sure ada yang buntu bila fikir nak masak apa waktu berbuka kan..SA biasa masak sekali harung bawak ke sahur. So bila sahur tak yah dah nak masak lagi..Imsak pun pukul 5.30am kan..bangun pukul 4 tu sure kelam kabut...

So buat korang yang tengah buntu nak masak apa boleh la tengok kalau menu kat bawah ni boleh mendatangkan idea untuk korang masak menu berbuka hari ni...tapi ni menu masa Ramadhan ke 2 la...






Semoga menu diatas boleh membantu korang ye...

Banyak masak? Haah Ahad lepas walau adik beradik ada yang dah balik rumah masing- masing, SA berbuka dengan Abah,Mak, Dania dan adik no 4. Kebetulan plak abah pergi memancing pagi tu sampai pukul 2 petang. Lama betul dia memancing sekali balik bawak seguni ikan keli. Alhamdulillah rezeki. Rezeki sempena birthday dia...So buat apa ikan seguni tu?Mana yang hidup tu masukkan dalam kolam khas abah dah buat untuk bela. Senang bila ada yang nak..sauk je..selebihnya siang dan masak. Pas tu bagi adik sikit dan simpan separuh...semalam dengarnya abah pi jugak memancing, tak tanya plak masa call tadi banyak ke dapat..kalau banyak next balik boleh salai..sedap kan?

Monday, May 29, 2017

Resepi Peria Goreng Berlada

Hi korang,

Ada yang mintak SA share resepi peria berlada masa SA buat untuk buka puasa Ramadhan pertama lepas.Peria ni bagus untuk mereka yang mempunyai penyakit kencing manis atau darah tinggi selain kaya khasiat dan terkenal keenakkannya kan...Peria macam ni SA makan la sebab ada cara untuk tak bagi rasa pahitnya ketara. Kalau just celur atau dipotong- potong untuk masukkan dalam masakan SA tak larat nak makan sebab pahit.

Jom tengok Resepi


RESEPI PERIA GORENG BERLADA


  1. Peria - 4 Biji ( di hiris halus dan direndam dalam air garam dalam 1 jam)
  2. Bawang putih  - 4 ulas*
  3. Bawang merah - 3 ulas*
  4. Cili padi - 10-15 biji* ikut tahap kepedasan korang
  5. Ikan Bilis - segenggam 
  6. Sos Tiram - 2 sudu
  7. Garam - 1 sudu kecil
  8. Perasa - kalau suka/ perlu
  9. Bahan bertanda * ditumbuk halus
Cara memasak
  1. Goreng ikan bilis sampai garing dan ketepikan
  2. Gunakan minyak yang sama tumis bahan yang bertanda * sampai naik bau
  3. Masukkan sos tiram
  4. Masukkan peria
  5. Perasakan garam
  6. Siap dihidang

SA suka buat kering- kering baru sedap makan..make sure jangan terlalu lama biarkan peria masak ye..takut khasiat peria hilang.

Selamat mencuba!!!

Happy Birthday Si Kembar Adeliya & Aressa Yang ke 6 Tahun

Hi korang,

Diam tak diam anak buah SA sikembar dah berusia 6 Tahun. ye mereka merupakan kembar seiras dan menjadi kesayangan semua..kalau boleh semua orang nak anak kembar kan..bermacam dugaan dari diorang dalam perut sampai la dah lahid dan membesar sampai sekarang..tantrum masih sama dan sangat lasak..kalah budak lelaki..tak lama lagi diorang akan dapat adik plak...dah scan ari tu sib baik tak kembar, kalau kembar lagi alamatnya Ibu kena la berhenti kerja...hehehe...nak hantar kat Uwan tak boleh...hantar kat nenek sebelah ayah diorang pun tak boleh..sebab masing- masing dah uzur kan..terpaksa plak hantar ke taska yang korang pun tau sekarang mana- mana taska memang mahal belanja..


Rabu lepas mereka sambut birthday di Tadika. Bukan main happy lagi semua anak- anak bila tiba sambutan birthday kan...

Adeliya kiri dan Aressa kanan..



Masa tengah berbuka hari pertama tetiba si adik Aressa tanya SA soalan tak leh blah....hehehe...jom tnegok perbualan SA dengan Aressa.

Aressa: Mama...mama....mama banyak duit kan?
Mama: Mana ada mama banyak duit..mana Adik nampak duit mama?
Aressa: Kat bag duit mama tu...
Mama: ooo adik bukak bag mama eh...
Aressa : Eh tak la mama..adik rasa berat aje...
Mama: kenapa tanya mama punya duit ni?
Aressa: Mama tak bagi hadiah adik dengan kakak
Mama: eeee...malu la sikit...mintak hadiah kat mama..
Aressa: mesti la...mama banyak duit kan...

SA memang belum belikan diorang apa- apa hadiah, tak sempat sebab sibuk kerja dan sibuk dengan hal peribadi. Nanti la ada masa nanti boleh pergi beli.

Selamat Hari Lahir buat anak- anak kembar mama, semoga membesar menjadi anak yang berguna untuk kedua ibu bapa dan semua.Kurangkan tantrum sebab dah jadi Kak Long dah....

Sunday, May 28, 2017

Ramadhan Al Mubaraq Hari Pertama

Menu Masakan SA Ramadhan Pertama

Hi korang....

Alhamdulillah selesai dah kan hari pertama puasa semalam dan hari ni plak hari kedua..SA buat apa ari ni..ada ni haaaa...tengah merendang...aik..dah kenapa kan merendang plak..SA nak bawak balik rendang esok nak bagi boss kesayangan SA sikit..pas tu nak bawak untuk SA sendiri...takut balik kerja esok x sempat nak berbuka plak..berbuka xde masalah lagi..nak sahur tu nanti..hehehe...gigih merendang..ye la..rendang kan tahan lama..so boleh simpan lama..sure nanti SA bleh masak sejenis je lauk..sebab rendang dah ada kan..

Semalam dapat berbuka ramai-ramai kat rumah..semuanadik beradik ada so meriah...SA masak macam-macam semalam...

Jom tengok...



Kari Kambing


Peria Goreng Berlada


Ikan cencaru goreng kunyit


Pucuk paku goreng


Kangkung celur


Sambal Belacan


Ulam kerdas/Geduak


Alhamdulillah...

Semua makan sedap dan berselera...gathering yang awesome..berkumpul sesekali dan complete..nanti raya masing-masing x beraya ngan kami tahun ni..the best part semalam masak nasi semua habis..ikutkan SA ni diet nasi tapi bila dh ramai- ramai tu makan jugak sesenduk nasi..selebihnya meratah lauk dan minum air..semalam cuaca tak la panas..cuma SA kehausan...banyak betul minum air semalam...

So hari ni korang plan masak apa? Hari ni plak birthday abah SA so ari ni SA masak Sambal Udang Galah, Ikan Cencaru sumbat belakang, Kangkung ikan masin dan beli kuih je la sikit...

Nanti esok SA update menu Ramadhan kedua ye?

Saturday, May 27, 2017

Berkumpul Adik Beradik Sehari Sebelum Ramadhan

Hi korang...
Assalammualaikum..alhamdulillah hari ni kita dah menyambut hari pertama Ramadhan..Macam mana Ramadhan korang? Ada yang tak bangun sahur ke?
SA alhamdulillah semua berjalan lancar..anak-anak yang dh umur 7 tahun memang berpuasa..SA sendiri puasa..cuma mak je la sebab mak uzur...doktor memang nasihatkan mak untuk tak berpuasa sebab mak kena Insulin 3 kali sehari..lepas insulin mak memang wajib makan...mulanya mak memang sedih..tp bila semua anak-anak dah nasihatkan memang mak terima hakikat dia tak leh puasa..kesian mak..
So semalam SA balik sampai Seremban dalam pukul 7 malam..mak dah siap masak dh..kenapa lambat sangat SA sampai? SA lambat dpt train sbb org ramai giler...

Jom tengok gambar


Rebdang daging kerbau campur daun puding..pedas giler


Rendang ayam campur daun maman..


Sup gearbox atau sup tunjang


Riuh rumah dengan diorang bertiga ni...

Seronok berkumpul..riuh rendah rumah..semua adik beradik balik..memang macam ni SA sekeluarga..tahun ni baru nak berpuasa dengan lengkap. Korang sure ingat tahun lepas SA puasa kat hospital..sambung beraya pun kat hospital..so jangan kecam SA ye kalau tahun ni SA agak melampau beraya...balas dendam betul..tp takde la sampai membazir kan..tahun ni plan nak masak je x nak pi bazaar ramadhan..kalau pergi pun maybe beli kuih je la..hehehe...

So korang...dah plan ke nak masak apa berbuka nanti? SA layan Kari kambing la berbuka nanti...

Friday, May 26, 2017

Kaswi Goyang- Goyang Gedik....

Hi korang,

Hari tu kan...SA teringin sangat nak makan kuih Kaswi goyang...gaul ngan kelapa tua parut yang di campur sedikit garam...alahai...ngidamnya.,...bukan apa kalau beli kat kedai ada yang menepati citarasa dan ada yang tak menepati citarasa..SA ada gak cuba ikut resepi orang lain..tapi tak menjadi, sukatan x betul ke atau SA memang takde bakat buat kuih...hehehe...sebelum ni SA ada ngaku SA tak pandai baking, tak pandai buat kuih yang payah2..masak lauk SA expert..

Tapi bila SA gugel resepi dari Che Mat Gebu kan...terus menjadi je.,..memang kaswi SA goyang2 gedik...bangga kejap tau...padahal kuih kaswi je kot kan...dia punya bangga tu macam menang award..first time buat ,esti la bangga kan...



BAHAN - BAHANNYA :
1 1/3 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan tepung ubi kayu
1 cawan hirisan gula melaka (atau boleh guna gula merah timbang)
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
5 cawan air
1 camca besar kicap pekat (untuk warna)
1 camca teh rata kapur makan (bukan air kapur, tapi 'kapur makan)
Kelapa parut putih secukupnya
Sedikit garam halus

CARA MEMBUATNYA :-)
Masak gula putih, gula melaka (atau gula merah timbang) dan daun pandan dengan lima cawan air hingga mendidih dan gula larut. Kacau rata dan sejukkan. Kemudian tapis. Sukat kembali air gula tadi sebanyak lima cawan. Jika kurang tambah air untuk mencukupkannya. Ketepikan.
Panaskan kukus. Balut tutup kukus dengan tuala dapur bersih. Lenser tin bulat berukuran 11 inci dengan sedikit minyak makan. Alas dengan plastik bersih dan sapukan juga sedikit minyak makan pada permukaan plastik tadi. Ketepikan.
Satukan tepung gandum dan tepung ubi kayu dalam mangkuk besar. Kacau rata. Tuang air gula sedikit demi sedikit hingga habis sambil dikacau hingga sebati. Masukkan kapur makan dan kicap pekat. Kacau hingga semua rata dan tapis adunan tadi.
Tuangkan ke dalam loyang dan kukus dengan api sederhana selama 1 jam 15 minit atau hingga masak (nak tau masak, boleh cucuk tengah2 bahagian kuih dengan lidi sate, jika keluar bersih tanda kuih dah masak). Jika anda guna acuan2 kecil seperti acuan kuih lompang, masa mengukus kurang lebih 25 minit. Biarkan kuih betul sejuk sebelum dipotong dan sebelum makan, gaulkan dengan kelapa parut yang ditambah sedikit garam.

Credit Resepi : Blog Che Mat Gebu

SA buat follow bulat- bulat resepi kat atas tu ha...memang menjadi...korang kalau nak buat nanti untuk buka puasa boleh ikut..jangan lupa bagi kredit kat blog Che Mat ye...resepi dia tu weh...hehehe...Kepada yang nak mencuba...Selamat Mencuba ye...

I'm a happy mommy bila kuih Kaswi gedik i menjadi...

Promo Ramadhan 2 X Box STEA Pure Green Tea RM100

Hi korang...
Ada yang nak kurus macam SA x?jom la ikut SA consume STEA Pure Green Tea...best giler minum green tea ni..takde rasa kelat atau rasa herbs macam sesetengah green tea tau..Esok dah puasa dah..selain berpuasa boleh je consume green tea ni untuk membantu proses detox korang....

Jom baca tawaran menarik di bawah...


Hi ..
Yeayyy berita baik untuk semua...
Bersempena Ramadan yang bakal tiba.
Khas untuk semua kesayangan.
Nah SALE pecah wallet.
Dapatkan STEA untuk kekal cergas sepanjang Ramadan.

Normal price 2 box RM120

Tapi minggu ni kami nak bagi special BELI 2 BOX RM100 JER!!

Jom tunggu apa lagi.

Tawaran bermula hari ini sehingga 5 Jun 2017.

Salam Ramadan❤

Thursday, May 25, 2017

Persiapan Sebelum Menjelang Ramadhan..

Hi korang...

Ramai dah share kan..SA pun nak share gak la...jemput baca...

Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa;

1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adalah kesilapan. Nabi buka puasa dgn 3 biji kurma (atau makanan yg tinggi pottasium seperti makanan bergula perang....bukan bergula putih) dan air kosong. Sebab buka puasa bukan untuk perut tetapi untuk beri tenaga kepada hypotanamos (otak dalam otak). Satu cara elakkan hidang makan malam didepan semasa berbuka. Hypotanamos yang keletihan berfungsi sepanjang hari akan tidak berfungsi dengan betul sekiranya makanan masuk dgn banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius kesihatan.

2. Jangan window shopping ke bazar ramadhan. Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypotanamos. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan untuk terus membeli makanan yang kita tidak perlu.

3. Jangan lewatkan solat maghrib.
- Makanan yang dimakan menghasilkan tenaga untuk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yang dilakukan oleh solat yang disegerakan. Allahuakbar......

4. Selepas solat maghrib, sel sudah dapat tenaga. Balik terus makan malam. Fully auto kita akan makan secara baik. Jangan lebih lima jenis makanan dalam satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air.

5. Selepas makan malam, sangat baik kita MANDI dengan air sejuk. Jangan pakai heater. Boleh pakai air batu tambah sejuk. Jgn risau mandi malam dgn paru2 berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jgn mandi mcm burung utk elak paru2 berair. Burung mandi dgn cara basahkan rambut tapi badan x basah.

5. Slps mandi, sblm pegi solat isyak minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yg diblender.

6. Solat Isyak berjemaah. Lps tu sembahyang terawih solat dengan perlahan dan santai. Jgn cari yg gopoh gapah.

7. Pastikan ringan ambil moreh. Mkn lps pkl 10.30 adlh kemudharatan yg besar. Masa ini tenaga sdh cukup penuh dlm badan. Masa tu aktiviti terbaik adlh tadarrus minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik kedalam otak dan hati. Klu masa ini diisi dgn aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yg kita isi dan blh menjadi pegangan kita seterusnya

8. Slps itu sebaiknya tidur sblm pkl 12 mlm utk kerehatan. Jgn pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu meningkatkan kadar kolestrol 4 kali ganda

9. Slps itu bangun pkl 3 utk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dgn renjis air sejuk dgn ujung jari. Boleh mandi. Xde masalah kesihatan.

10. Sempurnakan 13 rakaat solat. Sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat dan witir,

11. Slps qiam, blh tidur tetapi ringankan seperempat. Masa ni di langit ada spektro bewarna merah jambu antara 3 hgga 5 pg. Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kpd banyak penyakit.

12. Sahur. Sebaik2 sahur adlh seperlapanbelas dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak utk elak cepat basi. Lebihkan masak masa mkn malam, jgn campur garam dan simpan sikit untuk sahur. Bila nak sahur panaskan dan baru campur garam

11. Selepas sahur, terus solat subuh berjemaah.

12. Jangan tidur selepas subuh kerana gangguan kepada hypotanamos. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan.

13. Tidur qailullah ( 1 jam sblm zohor). 1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa.

Cara makan kurma....60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar kurma. Masukkan sebiji kurma dan last sekali keluar biji. Jgn kupas di luar. Kurma terbaik ada 4 jenis ajwa, mabrom, sapawi, mariami

Puasa adalah detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dlm perut berehat lbh dr 8 jam

Sblm sampai Ramadhan, berazam untuk berlatih untuk tingkatkan ibadah dengan latihan pra Ramadhan.

#Copypaste

Wednesday, May 24, 2017

Rezeki Menang Giveaway Milagro Coffee

Hi korang...

SA kan baru- baru ni saje la suka- suka join giveaway di facebook Milagro Coffee kan...saje suka- suka dan tak sangka SA terpilih jadi antara pemenang...alhamdulillah rezeki SA kan...ingat susah nak menang..tak sangka plak ada luck..TERUJA betul plak bila terpilih sebagai salah seorang pemenang


SA menang ...yeay


SA dapat buku Mudahnya Menjemput Rezeki..alhamdulillah .suka baca buku macam ni...Dan juga satu sachet Milagro Coffee...bila dh merasa menang macam ni kan..terus rasa nak join banyak2 GA lagi...hahahaha..GA sendiri pun x buat lagi..x tau bila nak buat..tgok la lepas raya ke kan?

Ada nak sponsor hadiah ke?

SA Cadang nak buat GA...tp tak confirm lagi...tengah fikir lagi nak cari penaja hadiah ke tak....

Shell Out Last Luncheon Before Ramadhan & Birthday Celebration

Alhamdulillah selesai jugak akhirnya majlis makan tengahari kami sebelum semua berpuasa Sabtu nanti sehingga lah habis puasa nanti..SA dan kawan- kawan  sibuk sejak Isnin malah sejak minggu lepas lagi untuk pastikan majlis berjalan dengan lancar.Walaupun ada dgaan melanda kami anggap satu cabaran dalam menjayakan majlis dan tugas kami. Apapun semuanya dah selesai walau tak semua dapat hadir mejayakan majlis.Ye la semua sibuk dengan projek dan macam- macam agenda office kan.Apapun seronok bila tengok boss pun seronok...

Jom tengok gambar dan telatah masing- masing layan Shell Out...ada yang first time..ada yang mintak plate ...macam - macam...


Semasa persiapan


Tak pandang kiri kanan dah


Malu- malu plak kak Ani


SA berkongsi meja dengan big boss dan boss kecik...


Layannnnn.....


Menghayati betul


Makan...makan..dan makan.....


Semua teruja...


Sebelah petang kita sambut plak Birthday untuk April babies dan May babies...


SA ucapkan ribuan terima kasih buat semua yang menjayakan majlis ini...

Next birthday Celebration selepas raya sebab bulan 6 puasa..alaaaa....lambat lagi la tu kan...well birthday SA plak tu...dah 2 tahun birthday jatuh bulan puasa...sedih tau....
Jumpa lagi korang di majlis akan datang selepas raya...boleh diet dah lepas ni...kalau tak sure susah nak maintain...

Lepas ni takde entry makan= makan dah...yang akan ada entry resepi bulan puasa...

Hahahaha...bertabah la korang....

Tuesday, May 23, 2017

Nikmati Seafood Segar Kaedah Steam Di Kungfu Steam Seafood Puchong

Masakan Kaedah Steam Sangat Sesuai Untuk Kesihatan.

Hi korang..
Suka seafood? Mustahil ada yang tak suka kan? SA memang hantu seafood, kalau boleh hari-hari mesti nak ada seafood dalam menu harian tapi tak boleh la makan selalu kan...minggu lepas SA berpeluang merasai pengalaman baru menikmati hidangan seafood dengan kaedah Steam di Kungfu Steam Seafood Puchong. Amboi jauhnya SA pergi semata- mata ingin mencuba kaedah baru pada SA. Ye la knowing me yang suka mencuba so jom kita tengok apa yang menarik di sini.

Ambiance atau suasana di dalam Restoran yang sangat tenang.Mesra family dan terdapat ruangan VIP di tingkat atas lengkap dengan set karaoke. So kalau korang nak bawak family atau ada gathering dengan kawan-kawan serta perlukan ruang yang private boleh menempah awal. Untuk sambutan hari lahir pun sesuai sekiranya diadakan disini.Terdapat juga ruang untuk anak-anak bermain di saat ibu bapa menikmati makanan.

Jom ikut SA jalan- jalan dan tengok gambar jom...


Antara ruang yang sempat SA capture


Live seafood di sediakan di bahagian luar restoran.Korang boleh pilih seafood yang segar untuk hidangan..menarik kan?


Lemongrass juice


More than 10 sauce



Signature Flower Crab Porridge - SA sediakan video di bawah


Live Clams/ Kepah


Kungfu Handmade Fish Ball


Garlic Vege Ramen


Live Tiger Prawn


Mixed vegetables


Live King Tiger Grouper


          Garlic Scallop With Glass Noodle


Setiap hidangan di steam dengan suhu yang berlainan.


sesuatu yang menarik, beras dimasukkan kedalam bekas besar bersama Flower Crab


Bahagian atas steamer diletakkan seafood yang di steam, air dari seafood akan mengalir ke dalam bekas beras sehingga menjadi bubur.

Jom tengok video




Jom tengok hasil yang dah siap masak...alaaaa...rasa nak makan lagi laa.....


Clams/ Kepah


Live King Tiger Grouper


Live Tiger Prawn


Signature Flower Crab Poridge yang sangat awesome....manis..segar dan ada rasa semua seafood yang kita steam mula- mula tadi..sebab tu SA tak boleh gambarkan rasa dia macam mana kat korang..sedap sangat..nasib baik perut dah kenyang sangat and SA x boleh habiskan bubur nasi special ni...


Apa yang specialnya di Kungfu Steam Seafood Puchong?

No Pork No Lard Seafood restaurant,Seafood yang segar dan boleh di pilih dari akuarium yang disediakan, Kaedah masakan diperkenalkan menggunakan kaedah steam untuk mengekalkan rasa ASLI dan rasa segar dari seafood tersebut. Tiada minyak, garam atau perasa tambahan digunakan dalam proses memasak dan setiap hidangan mempunyai masa steaming yang khas. Paling best terdapat lebih dari 10 jenis sos yang disediakan di Kungfu Steam Seafood Puchong.

Yang pasti SA akan ke sini lagi untuk menikmati hidangan lain kerana pendapat peribadi SA makanan yang di Steam mempunyai unsur kesihatan yang sangat tinggi.

Menarik kan?

Korang nak cuba?

Jom ke sini..

Puchong KungFu Steam 蒸功夫
No. G-13A, Jalan Puteri 7/13A, The Cube, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor.
Contact:+6016- 213 2828
Business Hours:
Monday to Friday 11.30am- 2.30pm, 6pm- 11pm
Saturday and Sunday 11.30am- 2.30pm, 5pm- 11pm

Sunway Mentari KungFu Steam 蒸功夫
Address: 28, Jalan PJS 8/1. Dataran Mentari, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor.
Contact:  +6010- 250 2828

Business Hours: Monday to Sunday 5pm- 11pm


Facebook:
Kungfu Steam Seafood