Friday, April 21, 2017

Nikmati Signature Buffet Ramadhan Di Restoran Bangi Golf Resort

Bersempena Ramadhan yang akan tiba, Restoran Bangi Golf Resort akan menghidangkan kepada para tetamu dengan Signature Buffet Ramadhan bermula dari 29 Mei 2017 hingga 23 June 2017. Restoran BGR adalah restoran yang mendapat pengiktirafan HALAL oleh JAKIM dan merupakan salah satu diantara hanya beberapa kelab golf yang diiktiraf dengan akreditasi ini sejak tahun 2009.

Terkenal dengan sajian buffet gastronomi yang menawarkan variasi dan kualiti pada harga yang berpatutan. Restoran BGR sekali lagi menampilkan sehingga 200 jenis juadah istimewa yang bercirikan masakan popular Ala Melayu,Barat dan Timur. Harga yang ditawarkan bermula dari RM58 untuk dewasa dan RM28 untuk kanak- kanak. 

SA sekali lagi berpeluang memeriahkan Buffet Ramadhan Exclusive Media Preview minggu lepas..seronok jumpa kawan- kawan blogger yang dah lama tak jumpa dan ada jugak yang baru kenal..cuma sayangnya kali ini SA tak boleh nak lepak dengan diorang lama- lama. Sampai pun dah agak lambat sebab jammed. SA terus jalankan tugas amik gambar je masa sampai. Then makan...sempat jugak bertegur sapa dengan kawan- kawan.

Eh...jomlah tengok gambar...sediakan tisu ye..sebab semuanya gambar makanan.....sure korang terliur...


Hidangan yang cukup sinonim dengan buffet ramadhan iaitu KAMBING PANGGANG


Seksi tak?


Kreatif - Ukiran pada buah tembikai


Cantik kan hiasan?


Pumpkin Soup


Lasagna


Rendang Daging


Sayur Bok Choy


Puding


Sambal telur


Ayam stim untuk Nasi Ayam


Sambal ikan


Nasi Lemak Istimewa


Mee Rebus


Rendang Ayam kot ni...lupa plak


Spaghetti Carbonara


Kambing panggang dan sos blackpepper


Satay Ayam dan Satay Daging


Ayam bakar


Kuih muih melayu


Aneka dessert..


Haih..menduga iman tau upload gambar banyak2 ni...siap telan air liur lagi..ini SA yg upload blom korang yang baca kan? Untuk juadah yang bercirikan selera Melayu, Restoran BGR dengan bangganya memperkenalkan menu Nasi Lemak Istimewa sebagai tarikan utama pada tahun ini. Menu tersebut akan dihidangkan bersama Rendang Daging Taik Minyak, Sambal Sotong Kembang, Ayam Bercili Masak Ketumbar, Ikan Masak Asam Kari dan Telur Rebus Goreng Masak Sambal Tomato.




Macam - macam pilihan makanan kat sini kan..dan yang paling best antara yang best.Berita Baik untuk penggemar Durian, terdapat promosi " Durian Runtuh" dimana pengunjung boleh membeli durian yang dibawa khas dari ladang di Raub, Pahang. Selain buah-buahan tempatan terdapat juga Gelato (ais krim) yang di proses khas oleh Sweet Scoopz yang terkenal dengan Gelato Musang King dan PGA ( Passion Fruit, Guava, Asam Boi). Buah Durian  dan gelato boleh dibeli dan dibawa pulang dimana pengunjung BGR Restoran akan diberikan diskaun eksklusif...

Haaa..menarik kan?

Selain itu pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan muzik "live" dari jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam setiap hari.

Restoran BGR juga menawarkan lebih dari 800 ruang parkir serta ruang solat untuk para tetamu.

Buat tempahan segera ye..

Maklumat lanjut :

Bangi Golf Resort Restaurant
No 1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi
43650 Selangor

Koordinat GPS : 2.95716N, 101.76518E

Tempahan atau pertanyaan : 1-700-81-8557

Email : sales@bgrrest.com

Website : http://www.bgrrest.com

Facebook : www.facebook.com/bangigolfresort/

Instagram : www.instagram.com/bangigolfresortofficial/

24 comments:

  1. Semua menu sedap-sedap kan SA.. sampai tak tau nak pilih yang mana .. ehehe..

    ReplyDelete
  2. Rambang mata dekat BGR ni. Satay sedap, lasagna mengancam, kek choc menggoda. Haish kalau perut besar semua nak makan kak. Kena repeat lagi ni.

    ReplyDelete
  3. 2 kotak tisu guna abes dah harhar! Semua nampak so tempting tapi paling tak tahan tergoda nengok kambin seksi itu huhu... Jemput Singgah: JJCM: Restoran Nasi Arab Taif

    ReplyDelete
  4. puasa nanti nak bebruka dekat sini..suka sangat dengan makanan dekay sini

    ReplyDelete
  5. Wah macam macam ada. Sedapnyaa!

    ReplyDelete
  6. Seronok durian runtuh tu..mmg berbaloi dgn harga buffet ni..

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Shad pun dah tergoda tengok menu dia..

      Delete
  8. Aduh!!! Memang buat LeYa terliur ni Kak SA... Nasib baik la mase bace ni baru je pelas lunch.. Kurang sikit terliur nya..hehehe

    ReplyDelete
  9. Dessert dan buah-buahan tu..amboi...menggoda :)

    ReplyDelete
  10. Wawawa dapnyer..i lapar laaa kak..jom laa kak g makan hahaa..semua nampak sedap tuu

    ReplyDelete
  11. Semua sedap, kena bagi space kat perut ;)

    ReplyDelete
  12. mmg byk btul hidangan kt bangi golf club ni...harga pn murah

    ReplyDelete
  13. kak SA buat fae lapar laaa

    btw pandai diorang ukir tembikai camtu hehe.. and i loveeeee the dessertssss yummylicious hehe..

    ReplyDelete
  14. Bestnyaaa sedapnyaaa. Kalau ikutkan haritu Nad nak join sekali tapi ada dekat Penang pulak.

    ReplyDelete
  15. Woww.. okey, gambar first tu seksi dan menggoda.. sedapnya alahai semua makanan ni..

    ReplyDelete
  16. Dulu pernah buat grand dinner dekat sana. Memang best menu dia. Dan yang paling penting sedap giler.. Kalau ada yang berdekatan, mesti try berbuka dekat sana nanti..

    ReplyDelete
  17. lasagna tu fav sha tu. dapat makan tiap hari pun takpa hahahaha

    ReplyDelete
  18. Jual Beli kalung dan suping https://goo.gl/mUvIfi
    Jual Beli mobil https://goo.gl/DcusLI

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......