Bersempena Ramadhan yang akan tiba, Restoran Bangi Golf Resort akan menghidangkan kepada para tetamu dengan Signature Buffet Ramadhan bermula dari 29 Mei 2017 hingga 23 June 2017. Restoran BGR adalah restoran yang mendapat pengiktirafan HALAL oleh JAKIM dan merupakan salah satu diantara hanya beberapa kelab golf yang diiktiraf dengan akreditasi ini sejak tahun 2009.
Terkenal dengan sajian buffet gastronomi yang menawarkan variasi dan kualiti pada harga yang berpatutan. Restoran BGR sekali lagi menampilkan sehingga 200 jenis juadah istimewa yang bercirikan masakan popular Ala Melayu,Barat dan Timur. Harga yang ditawarkan bermula dari RM58 untuk dewasa dan RM28 untuk kanak- kanak.
SA sekali lagi berpeluang memeriahkan Buffet Ramadhan Exclusive Media Preview minggu lepas..seronok jumpa kawan- kawan blogger yang dah lama tak jumpa dan ada jugak yang baru kenal..cuma sayangnya kali ini SA tak boleh nak lepak dengan diorang lama- lama. Sampai pun dah agak lambat sebab jammed. SA terus jalankan tugas amik gambar je masa sampai. Then makan...sempat jugak bertegur sapa dengan kawan- kawan.
Eh...jomlah tengok gambar...sediakan tisu ye..sebab semuanya gambar makanan.....sure korang terliur...
Hidangan yang cukup sinonim dengan buffet ramadhan iaitu KAMBING PANGGANG
Seksi tak?
Kreatif - Ukiran pada buah tembikai
Cantik kan hiasan?
Pumpkin Soup
Lasagna
Rendang Daging
Sayur Bok Choy
Puding
Sambal telur
Ayam stim untuk Nasi Ayam
Sambal ikan
Nasi Lemak Istimewa
Mee Rebus
Rendang Ayam kot ni...lupa plak
Spaghetti Carbonara
Kambing panggang dan sos blackpepper
Satay Ayam dan Satay Daging
Ayam bakar
Kuih muih melayu
Aneka dessert..
Haih..menduga iman tau upload gambar banyak2 ni...siap telan air liur lagi..ini SA yg upload blom korang yang baca kan? Untuk juadah yang bercirikan selera Melayu, Restoran BGR dengan bangganya memperkenalkan menu Nasi Lemak Istimewa sebagai tarikan utama pada tahun ini. Menu tersebut akan dihidangkan bersama Rendang Daging Taik Minyak, Sambal Sotong Kembang, Ayam Bercili Masak Ketumbar, Ikan Masak Asam Kari dan Telur Rebus Goreng Masak Sambal Tomato.
Macam - macam pilihan makanan kat sini kan..dan yang paling best antara yang best.Berita Baik untuk penggemar Durian, terdapat promosi " Durian Runtuh" dimana pengunjung boleh membeli durian yang dibawa khas dari ladang di Raub, Pahang. Selain buah-buahan tempatan terdapat juga Gelato (ais krim) yang di proses khas oleh Sweet Scoopz yang terkenal dengan Gelato Musang King dan PGA ( Passion Fruit, Guava, Asam Boi). Buah Durian dan gelato boleh dibeli dan dibawa pulang dimana pengunjung BGR Restoran akan diberikan diskaun eksklusif...
Haaa..menarik kan?
Selain itu pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan muzik "live" dari jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam setiap hari.
Restoran BGR juga menawarkan lebih dari 800 ruang parkir serta ruang solat untuk para tetamu.
Buat tempahan segera ye..
Maklumat lanjut :
Bangi Golf Resort Restaurant
No 1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi
43650 Selangor
Koordinat GPS : 2.95716N, 101.76518E
Tempahan atau pertanyaan : 1-700-81-8557
Email : sales@bgrrest.com
Website : http://www.bgrrest.com
Facebook : www.facebook.com/bangigolfresort/
Instagram : www.instagram.com/bangigolfresortofficial/
Semua menu sedap-sedap kan SA.. sampai tak tau nak pilih yang mana .. ehehe..
ReplyDeleteRambang mata dekat BGR ni. Satay sedap, lasagna mengancam, kek choc menggoda. Haish kalau perut besar semua nak makan kak. Kena repeat lagi ni.
ReplyDeletejom repeat kak...
ReplyDelete2 kotak tisu guna abes dah harhar! Semua nampak so tempting tapi paling tak tahan tergoda nengok kambin seksi itu huhu... Jemput Singgah: JJCM: Restoran Nasi Arab Taif
ReplyDeletepuasa nanti nak bebruka dekat sini..suka sangat dengan makanan dekay sini
ReplyDelete5/5 bintang ye Kak Nad..
DeleteWah macam macam ada. Sedapnyaa!
ReplyDeleteSeronok durian runtuh tu..mmg berbaloi dgn harga buffet ni..
ReplyDeleteBestnya..menu2 menggoda,u...
ReplyDeleteShad pun dah tergoda tengok menu dia..
DeleteAduh!!! Memang buat LeYa terliur ni Kak SA... Nasib baik la mase bace ni baru je pelas lunch.. Kurang sikit terliur nya..hehehe
ReplyDeleteDessert dan buah-buahan tu..amboi...menggoda :)
ReplyDeleteWawawa dapnyer..i lapar laaa kak..jom laa kak g makan hahaa..semua nampak sedap tuu
ReplyDeleteSemua sedap, kena bagi space kat perut ;)
ReplyDeletemmg byk btul hidangan kt bangi golf club ni...harga pn murah
ReplyDeletekak SA buat fae lapar laaa
ReplyDeletebtw pandai diorang ukir tembikai camtu hehe.. and i loveeeee the dessertssss yummylicious hehe..
Bestnyaaa sedapnyaaa. Kalau ikutkan haritu Nad nak join sekali tapi ada dekat Penang pulak.
ReplyDeleteWoww.. okey, gambar first tu seksi dan menggoda.. sedapnya alahai semua makanan ni..
ReplyDeleteDulu pernah buat grand dinner dekat sana. Memang best menu dia. Dan yang paling penting sedap giler.. Kalau ada yang berdekatan, mesti try berbuka dekat sana nanti..
ReplyDeleteuiii..sdapnya..:)
ReplyDeletelasagna tu fav sha tu. dapat makan tiap hari pun takpa hahahaha
ReplyDeleteJual Beli kalung dan suping https://goo.gl/mUvIfi
ReplyDeleteJual Beli mobil https://goo.gl/DcusLI
https://goo.gl/1ffS9a
ReplyDeleteserawa durian ade x???
ReplyDelete