Sunday, April 23, 2017

Manis Hanya Masa Bercinta.. Betul Ke?



Kata orang...masa bercinta semua manis..kentut busuk pun jadi wangi...kata orang masa bercinta semuanya indah...kalau rindu nampak bumbung rumah pun jadi la, nampak office pun dah boleh hilang rindu..begitu sekali penangan orang bercinta kan..
Masa bercinta bersumpah setia, berjanji sehidup semati..susah senang hadapi bersama, walau terpaksa makan nasi dengan garam..tapi dalam zaman moden ni..ada ke yang sanggup berkorban macam tu sekali? SA tak rasa ada..sebabnya?
Sebabnya bila dah bertunang, dah kahwin semua janji tu indah khabar je...janji sehidup semati sebelum ni dilafazkan hanya tinggal janji..bila di duga dengan pelbagai dugaan, susah perit kehidupan..terus bercerai berai..sampai macam tu sekali kan?mana kemanisan semasa bercinta dulu?
Itu yang SA nampak...pasangan muda zaman sekarang..masa bercinta semua manis..tp sekejap aje..bila melangkah ke alam berumahtangga..semua jadi lain..
Pengalaman orang keliling SA banyak..

Contohnya..

Kes 1 : Bercinta semasa zaman belajar, bagai belangkas x boleh berpisah..belum lagi grad dah bertunang, lepas grad belum lagi kerja tetap dan belum lagi balas susah payah mak ayah sekolahkan dia, sibuk nak kawen, duit hantaran pun mak ayah yg dulu kan. Dah kawen tinggal menyewa jauh dari mak ayah konon nk bina kehidupan baru. Yang perempuan tak bekerja, hanya si suami berhempas pulas..kehidupan sederhana. Tapi sebab kawen diusia terlalu muda maka macam2 dugaan melanda. Sebelum kawen hidup senang, tak perlu fikir nak kena masak, nak kena basuh baju, kemas rumah..tapi bila dh kawen semua kena buat sendiri. Adat berumahtangga la kan...tapi sebab tengok kehidupan kawan2 lain senang, berkerjaya dan boleh berbelanja mewah untuk diri sendiri terus perasaan jadi cemburu.Mula timbul penyesalan..bawak bincang dengan suami jadi bergaduh. Kalau dh hari2 bergaduh? Terus ke arah perceraian. Bercerai berai di usia muda.

Kes 2
Dah kawen, dah ada isteri dan 2 anak. Kawen usia muda juga..pilihan sendiri..isteri x dibenarkan bekerja..suami pula bekerja dan bergaul seolah-olah belum berkahwin..habis office hour pergi berhibur dengan kawan-kawan..ada hubungan sulit dengan rakan sepejabat. Bila kantoi..bergaduh dengan isteri..lalu bercerai..

Kes 3
Suami terlalu taksub dengan kerjaya, 24/7 hanya kerja dan kerja..pergi pagi pulang lewat malam..anak isteri terabai..isteri bosan terus minta cerai..

So..kesimpulannya...

Dimana kemanisan semasa bercinta dulu?Janji dan sumpah setia..hilang begitu sahaja...diawal perkahwinan mungkin belum ada masalah..tapi selepas bertahun usia perkahwinan baru lah nampak true color kedua pasangan...barulah timbul tidak sefaham. Baru la timbul penyesalan..
Bagaimana nak menangani masalah ini? Semua terletak pada diri sendiri. Kematangan seseorang. Sebab itu sebelum buat keputusan untuk berkahwin fikir dan kaji semasak - masaknya. Fikir secara mendalam..kalau dh betul-betul bersedia baru teruskan perkahwinan.

Kita kalau boleh nak berkahwin biarlah sekali seumur hidup. Tak ada siapa dalam dunia ini nak berkahwin dan berakhir dengan perceraian. Yang penting cari pasangan yang betul- betul sesuai. Bukan main pilih ikut sedap mata memandang. Pendapat orang tua juga perlu diberi keutamaan. Tak tahu buat keputusan sila rujuk pada yang lebih berpengalaman, Rujuk pada ibu bapa dan boleh rujuk pada yang pakar

Semua info dan apa yang SA catatkan diatas adalah dari pandangan SA sendiri.Ingat ye adik-adik yang ingin melayari dunia perkahwinan. Bersedia betul-betul dengan ilmu rumahtangga, ekonomi kukuh, pasangan yang sesuai, cukup agamanya..baru lah teruskan impian korang.. Jangan main tangkap muat asalkan berkahwin.Jangan berkahwin semata ingin elak dari cakap-cakap orang..ingat..mereka hanya mampu bercakap. Mereka tidak berada di tempat kita sendiri. Jangan musnahkan hidup korang dengan takutkan cakap-cakap orang. Seandainya belum bersedia..usah diteruskan..takut nanti semua berakhir dengan perceraian.

SA bercerita berdasarkan pengalaman..

Sejauh mana kebenaran..wallahualam..

23 comments:

  1. Betul tu SA, Kak Sue setuju juga dengan pendapat SA.. seeloknya kukuh kan ekonomi dulu dan persiapkan diri dengan ilmu agama dan rumahtangga.. InsyaAllah rumahtangga selamat dunia,akhirat

    ReplyDelete
  2. jadi depan mata jugak. akhi ukhti takmo ngaku berchenta tapi selalu bergayut, mesej, jumpa. dah kahwin setahun, cerai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang baru bercinta tu yang tengah asyik masyuk tu

      Delete
  3. Betul...berkahwin bukan perkara main-main..sunnah juga...dan perkahwinan bukan kerana cinta semata-mata sebab banyak hal lain perlu diambil tahu...sangat banyak..sabar itu perlu...sangat perlu..

    ReplyDelete
  4. Perkahwinan mg best, tp tanggung jwb tu lebih penting...

    ReplyDelete
  5. biar betul cukup syarat semua baru boleh pikir nak kahwin atau tak. bukan senang hidup berumah tangga ni kan kak. banyak je ujian dan dugaan yang datang yang boleh buat rumah tangga bergoyang.

    ReplyDelete
  6. Setuju SA... Jangan fikir nak seronok je, orang kahwin awak pun nak kahwin. Bersiap dari segi mental dan fizikal serta ilmu agama. barulah keluarga bahagia, aman dan harmoni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trend gitu..ikut ikutan...sentiasa pray for jodoh yang terbaikkkkk..AMIN

      Delete
  7. Betul tu...kahwin bukan perkara yg boleh di ambil remeh temeh

    ReplyDelete
  8. Sebab kadang2 kita tidak menghargai benda yang selalu ada depan mata kita.. kita rasa benda tu sentiasa ada je dan tak ambil kisah sangat..

    Bila takde baru nak menyesal ;(

    ReplyDelete
  9. Lepas baca ni baru saya oerasan

    ReplyDelete
  10. Sebelum buat keputusan untuk berkahwin, kena tahu dan hadam dulu tanggungjawab yang perlu dipikul nanti. Kahwin ni bukan untuk sehari dua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SETUJU 100 PERATUS......... Kalau couple, takpe lagi sehari dua...kannnn~

      Delete
  11. Semoga perkahwinan yg telah terbina ini kekal hingga ke jannah...
    xnak jadi kes-kes di atas...minta di jauhi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. AMIN, AMIN..... Banyak kes seram2, smeoga dijauhkan.....

      Delete
  12. Betul SA..budak2 zaman sekarang, kemain lagi belum sah lagi dah ber 'papa', 'mama'..tak tahu macamana asam garam hidup berumahtangga..kadang tu ada yang kerja pun tak stabil, ada hati nak kahwin..sebab tengok kawan2 dah kahwin, dah beranak pinak..jeles..kawan2 tayang ada anak2, keluarga hidup bahagia kat sosial media..dorang tak tahu disebalik gambar2 tu kadang ada terpendam cerita tapi takkan nak tunjuk yang tak bahagia, kan..bila dah kahwin baru tahu besar & berat tanggungjawab jadi suami dan isteri..tapi apapun ikut kematangan masing-masing..jangan la gaduh je, lari rumah mak bapak..kena pandai bincang untuk selesaikan masalah rumahtangga sendiri..

    ReplyDelete
  13. lepas sha tengok orang sekeliling punya masalah sha pun mcm takut nak bercinta heehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama.....rasa macam nak layan semua sama rata je..hahahaha

      Delete
  14. Soal kahwin memang suatu yang bukan mudah. Perlu bersedia dari segi mental, emosi, fizikal, malah segalanya lah. Bila ada sedikit perbalahan, jangan merumitkan keadaan. Cuba kita bawak berbincang bersama. Insha-Allah hubungan kekeluargaan selepas kahwin lebih indah dari zaman bercinta.

    ReplyDelete
  15. Perkhawinan bukan untuk seronok je tapi sebenarnya adalah satu tanggungjawab yang besar. Jika masih belum kukuh dari segi ekonomi baik kukuhkan dulu bukannya ikut trend kawan kawin kita pun nak kawin.

    ReplyDelete
  16. Kalau setakat enjoy, yay dha kahwin...update status...hmm, tak ke mana sangatlah kan..
    Responsibility after tuh is the biggest thing to remember....trust each other....
    hmmm..bila ada problem, kesian kat anak-anak....and rasa terjerat je bila dah kahwin ...hmmmm.............. not me, tp selalu baca kat grup rumah tangga..haii, sakit hati itew~

    ReplyDelete
  17. Perkahwinan ini sebenarnya adalah tanggungjawab. bukan isu ada orang tolong picit kepala bila sakit, tolong siapkan makan pakai

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......