Friday, April 7, 2017

Hati - Hati Pencuri Siber Sindiket Penipuan Spoofing

Terbaca artikel dari Harian Metro Semalam dan SA terpanggil untuk share kat sini...untuk perhatian semua follower SA supaya kita semua tak menjadi mangsa penipuan Spoofing ni...Ekceli SA antara yang menerima panggilan dari scammers ni..korang baca dulu berita kat bawah ni..SA akan citer pengalaman SA minggu lepas.

Sumber google ( credit to http://www.mynewshub.cc )

Kuala Lumpur: Individu yang memiliki akaun Maybank dinasihati berwaspada terhadap kemunculan sindiket penipuan ‘Spoofing’.


Timbalan Pengarah JSJK (Siber dan Siasatan Multimedia), Senior Asisten Komisioner Datuk Kamaruddin Md Din berkata, pihaknya mengesan wujud rangkaian sindiket baru yang menyamar sebagai pegawai bank khususnya Maybank untuk menipu orang awam.

Menurutnya, sindiket itu akan menghubungi telefon mangsa secara rambang sebelum memulakan perbualan dengan mendakwa nama mangsa digunakan individu tertentu untuk melakukan pinjaman peribadi.

“Ahli sindiket akan memperkenalkan diri sebagai pegawai bank sebelum meminta mangsa menyatakan nama penuh dan nombor MyKad untuk tujuan pengesahan.

“Suspek kemudian mendakwa ada individu yang menyamar dan membuat pinjaman peribadi menggunakan identiti mangsa,” katanya.

Mangsa kemudian akan panik dan suspek akan menasihati mereka untuk membuat aduan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan memberi nombor telefon yang sudah diubah menggunakan ‘platform voice over internet protocol’ (VOIP) untuk memperdaya mangsa.

“Meskipun itu bukan nombor asal BNM atau PDRM akan tertera nombor asal dua agensi kerajaan pada telefon pintar mangsa menggunakan peralatan VOIP,” katanya.

Kamaruddin berkata, sebaik mangsa menghubungi nombor itu, seorang lagi ahli sindiket yang menyamar sebagai pegawai BNM atau PDRM akan menjawab panggilan itu.

Beliau berkata, ‘pegawai’ palsu itu pula akan meminta maklumat perbankan dan kad kreditmangsa kononnya untuk tujuan pengesahan dan semakan.


http://www.hmetro.com.my/node/219269

Okey kisah SA plak ye...

Sabtu lepas masa tengah bersantai tengok tv kat rumah, tetiba dapat call dari no 03 which is no KL la kan...mula2 x nak angkat sebab SA mmg x kan angkat no yang x kenal..tetiba teringat PR satu company ni yang nak call so SA pun jawab...baru cakap Hello, tetiba dengar suara dari machine yang bercakap..dengar je dulu...dia kata SA ada buat transaction RM3900 guna kredit card RHB dan di minta buat pengesahan dengan kadar segera. Bila dengar jer ayat kredit card RHB, SA terus letak HP.
Sebabnya...yang pertama SA xde dan x pernah ada kad kredit RHB mahupun akaun RHB. auto matik ingat mmg scammer. Naik bilik atas on komputer Dania check M2U...okey duit x luak mahupun berganjak..masa tu gaji baru keluar kan...call kredit card centre check plak ada ke transaction mana2 RM3900, diorang cakap takde..so selamat..Tetapi Isnin tu kat opis..salah seoarang kawan opis dapat panggilan yang sama, cuma ayat jadi lain, individu yang call cakap dari BNM bla2 bla...sampai la diminta buat pengesahan kad pengenalan dan macam2. Kawan SA dah cuak tp dia x bagi tau SA atau rakan2 lain..bila dia dah layan dan rasa macam pelik baru dia tanya kawan yang sorang lagi. Dia tak buat apa yang orang dalam phone tu suruh sebaliknya dia call BNM, BNM sahkan itu memang no BNM (kaedah spoofing) dan macam- macam lagi la..Kawan SA cepat2 blocked kredit card dia dan buat laporan polis..Orang tu tetap jugak call dan kawan SA yang lagi sorang tolong dia blockedkan number phone yang call tu...cuak giler dia..nasib baik sempat kan...kalau dia ikut arahan yang call tu sure habis semua simpanan...ya allah..mintak dijauhkan la...+60392018118 ini la no yang call SA tu...SA dah blocked siap2 dah...memang dia akan call secara rambang...mana yang panik sure cuak dan buat apa yang dia suruh...Macam- macam sekarang kan orang nak buat easy money ni...

So korang semua berhati- hati la...kalau ada dari bank call cakap korang dapat kad kredit/ offer kad kredit dan mintak butir2 peribadi korang sila la siasat dulu...jangan simply2 buta2 bagi semua details...takut scammers..orang zaman sekarang, zaman teknologi canggih ni semua boleh buat...so please be extra carefull. Zaman orang terdesak ni kan....Kalau betul perlukan Kad Kredit korang boleh pi bank apply. Lagi selamat..

Hati- hati, jangan kita plak jadi mangsa pencuri siber yang seterusnya....

22 comments:

  1. dunia makin maju.. teknik menipu juga dah semakin hebat.. huhuhu.. teknik yang digunakan sangat teliti..

    ReplyDelete
  2. macam2 bentuk penipuan sekarang ni

    ReplyDelete
  3. takut jugak menda alah ni, dengar SA citer pun dah cuak dah ni

    ReplyDelete
  4. ada bc kisah ni..kwn ada juga dpt panggilan camni tp sbb dh ada yg viral kt fb so terselamat...smoga kita smua dijauhkan dr perkara2 camni...mcm2 skarang ni org nk curi duit kn

    ReplyDelete
  5. Senang je nk dpt duit kan dorang ni. Hati2 semua.

    ReplyDelete
  6. Saya pula sentiasa berhati-hati dengan pencuri hati.....

    Hihiii

    ReplyDelete
  7. Rasa fae mcm nak lempang je scammers tu. Dah takde keja lain ke! Geram fae.

    ReplyDelete
  8. memang banyak phone call scam sekarang ni, minggu lepas dapat call dari tunisia, memang tk jawablah

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum SA...info yg bagus...berhati2 skg ni mcm2 penipuan yg ada kn..:)
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  10. menyusahkan betul scammers ni

    ReplyDelete
  11. Sekarang ni macam-macam cara orang nak menipu kan...saya memang install apps kat phone yang boleh detect call tu dari mana...SCAM ke apa...senang nak reject call...hehe

    ReplyDelete
  12. haihhh..takut pulak rasanya. kadang2 kita bukan tahu pun sape yg call..huhu

    ReplyDelete
  13. zaman sekarang ni dah semakin banyak sindiket penipuan & ada dalam pelbagai cara. Hidup pun kena sentiasa berhati-hati supaya tidak mudah tertipu.

    ReplyDelete
  14. banyak penipuan zaman sekarang..huhu

    ReplyDelete
  15. pernah kena jugak camni.
    konon aid utang kad kredit.
    sedangkan memang xde.
    menakotkan!

    ReplyDelete
  16. Skarang ni kan mcm2 jenis org wujud kat mukabumi..nak cepat duit mcm2 laa diaorg buat huhu

    ReplyDelete
  17. SA kita baru nak share kat blog..hasben pn nyaris terkena last week..

    ReplyDelete
  18. takutnya sekarang ni, macam macam kaedah dorang buat

    ReplyDelete
  19. Ee..risaunya minta dijauhkan la

    ReplyDelete
  20. Semakin canggih semakin tak selamat.. Memang kene extra careful.. Lagi2 kite ni online business. Ade la kang menyamar jadi pelanggan la.. Adeh! Dorang ni. Nak dapat duit bukan mudah, usaha lah.. janganlah buat org lain marah. Sekali dua bolehlah kau menang. Tapi "Sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga." Lag menyesal kau nanti.. Nak cari duit biarlah cara halal dan orang suka.. Hehehe... terfeeling pulak dlm komen Kak SA

    ReplyDelete
  21. Menakutkan.. kena hati-hati lepas nie..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah