Sunday, April 30, 2017

Perkongsian Dari Blogger Tua Katanya..

Hi korang...
SA memetik sedikit perkongsian dari rakan blogger iaitu Hadihaizil Din di Facebook..perkongsian yang betul- betul positif..dan SA kongsikan di sini untuk dikongsi bersama dengan semua follower SA..sesuatu yang baik elok di kongsi kan..boleh tambah pengetahuan..

Jom baca...

Perkara negatif ni, kita tak perlu sebarkan atau tulis pun, memang dia akan hadir dan melekat tanpa kita pinta.

Ini antara perkara yang menyebabkan ianya tidak perlu digembar-gemburkan, kononnya tak nak jadi positif sepanjang masa.

Perkara ini dikongsikan salah seorang guru saya, sekiranya kita tidak menjaga persekitaran.

Semasa kita berjalan melintas kawasan yang penuh dengan aura negatif, ianya tetap akan memberi kesan kepada badan kita.

Begitulah mudahnya untuk perkara negatif menyerap dalam tubuh.

10 perkara positif boleh hilang disebabkan satu yang negatif ini.

Jika anda memang super duper positif, alhamdulillah.

Cuma sebagai manusia biasa, kita ini penuh dengan kelemahan.

Carilah yang baik-baik, lakukan yang baik-baik, katakan yang baik-baik, insyaALLAH kita akan tergolong dalam yang baik-baik juga.

Walaupun ada yang akan mengambil kesempatan, itulah lumrah kehidupan. Yang baik tetap mendapat faedahnya.

Kita perlu syukuri setiap kejadian, walaupun kejadian itu nampak seakan tak elok di mata kasar kita, pasti dan pasti ada hikmah disebaliknya.


Eizil,
blogger tua berkongsi pengalaman,

Makanan Sedap Sepanjang Di Muar Minggu Lepas

Hi korang....
Selamat berhujung minggu....kemana kita hari ni? SA ada ni kat Seremban..petang ni nak balik KL semula sebab esok ada Ramadhan Review kat Hotel Bangi Putrajaya...review Ramadhan buffet kali ke 2 tahun ni..well..hari ni SA nak share gambar makanan sepanjang SA di Muar minggu lepas..semua makanan ni adik Ipar SA yang masak..ada la satu je lauk SA masak itupun Sambal Sotong gambar yang last tu...


Kari Ayam Kampung


Ayam goreng kicap untuk anak-anak 


Masak Tempoyak Daun Kayu - Mak Masak


Sambal Belacan


Asam Pedas Ikan Mayong


Ikan Belanak Goreng


Sayur Bayam Goreng


Sambal ikan cencaru


Sup Ketam


Sambal Sotong


Haaaa..meriah kan lauk..Sabtu dan Ahad punya menu..seronok makan ramai-ramai..tp knowing SA yang sedang diet pengambilan nasi..so..banyak meratah lauk je la..bukan x makan nasi langsung...cuma kurangkan jumlah nasi..adakala gantukan nasi dengan roti je...hehehe..kena turunkan sikit berat badan atas nasihat doktor...Family SA ni ada keturunan penyakit 3 serangkai..so kena la berjaga-jaga sikit....

Ini je entry yang sempat SA siapkan untuk hari ini...jumpa lagi di next entry...

Friday, April 28, 2017

Tarikan Baru Di Muar Don Hu Jurassic Park Garden

Hi korang....

Hujung minggu lepas cuti panjang 3 hari kan so SA dan family habiskan cuti ke Muar. Eh kenapa Muar..pergi rumah adik lelaki SA kat sana...ikutkan SA dilanda demam masa tu tp gigih la SA melayan anak-anak SA kat sana..SA x berjalan pun kat sana..lepak rumah and pi pasar je..ntah kenapa mood nak berjalan xde..lebih pada lepak..so xde la gambar banyak..SA sempat bawak anak- anak berjalan kat Don Hu Jurassic Park Muar di Sabak Aur Muar..SA baru tau wujudnya tempat ni yang dikatakan dh viral kat media sosial..ntah bila viral x tau la..maybe SA terlepas pandang..semangat nak pi sini berkobar - kobar bila si kembar excited nak pi..SA ikut je la..masa tu tengah weng demam kan...sampai je..dari jauh dh dengar bunyi Dinasour..apa lagi...meraung menjerit la si kembar ketakutan..Si Qhaira tengok si kembar menangis macam kena rasuk terus dia pun berubah muka..at lasr si kembar x masuk pun taman ni..takut..apa la..itupun takut....so bawak Qhaira dan Dania je masuk....

Jom tengok gambar....


Seee...masuk percuma..patut la ramai yang terjah...memang banyak ukiran Dinasour seolah2 memang hidup..ditambah plak dengan bunyi dan suara real Dinasour..memang rasa masuk di alam lain tau..minat mendalam terhadap haiwan pra sejarah mendorong pengusaha pokok semaian Dato Heng Chiang Hwee mengambil inisiatif mewujudkan Don Hu Jurassic Park Garden yang ditempah khas dari Guangzhou China. Wujudnya taman Dinasour ini berjaya menjadi tarikan pelancong sekitar Johor Bahru dan negeri berdekatan...


Qhaira ketakutan di teman Atuk..tengok muka dah lain macam...puas Atuk pujuk bergambar..


Dengan kakak Dania...terus terlepas tangisan ketakutan...hahahaa...puas yakinkan dia itu semua patung aje...


Si cantik mama sorang ni x yah cakap la...memang excited sentiasa


Dania di sisi Dinasour


Abaikan muka SA yg tengah demam...


Nampaknya kakak Dania terlebih happy..Qhaira masih blom dpt mood


Cantik gambar ni..nanti nak print la..


Kakak mmg x yah ajar pose..pandai aje


Seram tgok Anaconda tu ha...


Eh comel la..x tau nama..patut owner letak nama2 jenis Dinasour kat sini..at least memang boleh tambah pengetahuan pengunjung especially anak-anak..kan?


Kakak dalam pose bagi makan Dinasour..amboi..macam nak bagi ayam makan je kakak..


Yang ni mmg nampak real..seram kalau betul2 hidup


Dengarnya taman ni luas dan owner tempat ni sedang tambah beberapa bahan tambahan untuk menarik perhatian lebih ramai pengunjung..asalnya taman ini merupakan nursery pokok semaian dan masih menjual pokok-pokok..bahagian dalam taman ni disediakan mini cafe, gerai jualan cenderamata berunsurkan haiwan pra sejarah dan t-shirt. sambil melawat boleh la membeli belah kan...nanti kalau dah bertambah bahan pameran sure tempat ni lagi mendapat tumpuan pelancong....

Bayaran masuk adalah PERCUMA!!!!

Best kan?

Kalau korang nak rasai pengalaman berada di dunia dikelilingi haiwan prasejarah

Jom terjah

Don Hu Jurasssic Park Garden Muar
2700, Pintasan Muar
Kampung Sabak Aur
84000 Muar
Johor

Waktu operasi : 8.00 pg - 8.00 mlm


Thursday, April 27, 2017

Gangguan Bekalan Air 27 April 2017

Hi korang...

Hari ni diberitakan kawasan yang dalam senarai dibawah akan mengalami gangguan bekalan air selama lebih dari 48 jam...aduhai....dah la SA nyer rumah sewa pun terlibat sama..dah la minggu ni ingat mmg x balik Seremban..nampak gaya kena la balik Seremban nanti ni...kalau takde air memang masalah kan..tengah fikir ni macam mana SA nak pi kerja esok..takkan hari ni nak balik Seremban pas tu balik KL semula esok kan..memang la x jauh..cuma penat la nanti kan..SA baru je nak ok dari demam.

Ni la puncanya...gambar di bawah SA dapat dari facebook Syabas.. 




*Info SYABAS*: 7.30am, Khamis, 27hb April 2017

*Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual* ekoran paip utama bersaiz 2050mm (82")  pecah di *lokasi belakang Bangunan ELC International School, Jln Sierramas Barat Sg. Buloh.*

Penutupan injab sistem agihan bagi jajaran paip dari SSP1 dan SSP2 melalui Kolam Imbangan Matang Pagar  dilakukan bagi membolehkan kerja2 pembaikan dapat dilaksanakan.

Kerja 2 pembaikan dianggarkan dalam tempoh 48 jam dan pemulihan secara berperingkat dalam tempoh selama 3 hari selepas kerja2 pembaikan siap dilaksanakan.

Pihak kami telah mengaktifkan *Pelan Tindakan Kecemasan (ERP)* dan mengambil  tindakan perlu bagi menangani situasi ini. Aset-aset serta bantuan lori tangki air akan digerakkan ke kawasan2  terjejas dengan keutamaan  kepada pengguna-pengguna kritikal, hospital dan lain-lain.

Kawasan yang terlibat adalah seperti berikut :

*Wilayah Petaling*

1) Kg. Baru Sg Buloh
2) Kg. Sg Plong
3) Merbau Sempak
4) Kubu Gajah
5) Paya Jaras
6) Merbau Indah
7) Ladang Baru Kuang
8) Desa Moccis
9) Taman Sri Putra
10) Taman Sri Putra Mas
11) Kg.Permatang Pagar
12) Taman Saujana Akasia
13) Impian Indah
14) Taman Matang Jaya
15) Bukit Rahman Putra
16) Bdr Baru Sg Buloh
17) Valencia
18) Hospital Sg Buloh
19) Uitm Sg Buloh
20) Kg Melayu Sg Buloh
21) Kg Sri Indah
22) Desa Bukit Indah
23) Bukit Indah Utama
24) Magilds Park Industrial
25) Bukit Lagong
26) Plaza Tol Sg Buloh Exit Hospital
27) Hentian Rehat Sg Buloh (Plus)
28) Kusta Negara
29) Pju 3/18 - Pju 3/20
30) Seksyen 3
31) Jalan Teknologi
32) Seksyen 7
33) Seksyen 8
34) Seksyen 9
35) Jalan Tsb 9, 9a
36) Pju 5
37) Pju 3
38) Seksyen 4
39) Seksyen 5
40) Seksyen 6
41) Seksyen 11
42) Subang Bestari
43) Subang Permata
44) Kg. Baru Subang
45) Kg. Melayu Subang Tambahan
46) Kg. Melayu Subang
47) Subang Perdana
48) Mahsing U5
49) Subang Murni
50) Ss2, Ss4 - Ss8 (Ftz) Pj
51) Ss9a Sg Way
52) Sect 11 - Sect 14 Pj
53) Kg. Sg. Kayu Ara
54) Ss1 - Ss4
55) Ss9a
56) Sect 20, Sect 21 & Sect 22
57) Ss 2
58) Ss 20 - Ss22
59) Sect 17 & Sect 19
60) Kgpa
61) Pju 1a, Ara Damansara
62) Pju 3 Damansara
63) Tropicana Golf & Country Resort
64) Pju 7, Mutiara Damansara
65) Pju 8, Damansara Perdana
66) Taman Tun Dr Ismail, Ttdi
67) Kg. Sg. Penchala
68) Kg. Bukit Lanjan 
69) Pinggiran Ttdi
70) Eastin Hotel
71) Phileo Damansara
72) Bukit Damansara (Kl)
73) Paradigm Mall
74) Icon City
75) Bandar Utama
76) Kg Sg Kayu Ara
77) Ss 23 -Ss 26 Pj
78) Pju 1, Kg Cempaka, 
79) Taman Bukit Mayang Mas, Taman Sunway Mas, Aman Suria
80) Damansara Lagenda, 
81) Damansara Idaman
82) Lembah Subang Pju 1a
83) Hyatt Saujana
84) Glenmarie
85) Temasya Glenmarie
86) Hicom Glenmarie
Zero Lot
87) Ss 12
88) Ss 13
89) Ss 14
90) Ss 15
91) Ss 16
92) Ss 17
93) Ss 18
94) Ss 19
95) Seksyen 11 - Seksyen 14 Pj
96) Seksyen 17 Dan Sek 17a
97) Seksyen 19
98) Ss2
99) Seksyen 16 
100) Seksyen 21
101) Ppum
102) Jalan Universiti
103)  Jln 16/5 & Jln 16/9
104)  Sect 22
105) Sect 14
106) Sect 51a
107) Ss9
108) Sebahagian Ss9a
109) Damansara Damai
110) Saujana Damai
111) Prima Damansara
112) Saujana Utama
113) Sierramas
114) Sb Jaya
115) Kg. Desa Aman
116) Penjara Sg Buloh
117) Taman Sri Buloh
118) Kg Selamat
119) Bandar Baru Sri Petaling
120) Desa Petaling
121) Jalan Kuchai Lama 
122) Kuchai Entrepreneurs Park 
123) Oug 
124) Jalan Sg.Besi 
125) Kg Baru Salak Selatan 
126) Kg Malaysia 
127) Taman Bukit Indah
128) Taman Desa 
129) Taman Gembira 
130) Taman Kuchai Lama Taman Lee Yan Lian
131) Taman Salak Selatan
132) Taman Sg Besi 
133) Taman Perindustrian Oug
134) Taman Tan Yew Lai
135) Desa Tasek
136) Pekan Sungai Besi 
137) Bukit Jalil 
138) Pjs 1 
139) Taman Kannagapuram 
140) Taman Suria Puchong 
141) Kg Petaling Bahagia
142) Taman Kuchai, Batu 6 
143) Taman Nam Fong 
144) Taman Angkasa, Taman Pandyan, Taman Puchong Indah
145) Pusat Perniagaan Kinrara
146) Jalan Penchala 
147) Flat Kerinchi 
148) Kg Kerinchi 
149) Kg Pasir Baru 
150) Pantai Dalam 
151) Petaling Utama 
152) Pj State 
153) Seksyen 1
154) Seksyen 2 
155) Seksyen 3 
156) Seksyen 4
157) Seksyen 5 
158) Seksyen 6 
159) Seksyen 7 
160) Seksyen 8 
161) Seksyen 9
162) Seksyen 10 
163) Seksyen 18 
164) Seksyen 52 
165) Taman Bukit Angkasa 
166) Ss 12
167) Ss 13
168) Ss 14
169) Ss 15
170) Ss 16
171) Ss 17
172) Ss 18
173) Ss 19

*Wilayah Kuala Lumpur*

1. Kelab Diraja Selangor
2.Bukit Kiara Resort
3. Pusat Sukan Bukit Kiara
4. Pusat Sains Negara
5. Inst Tadbiran Awam Negara (INTAN)
6. Suruhajaya Sekuriti
7. Bhgn Teknologi Pendidikan
8. Pusat Konvesyen Sime Darby
9. Jln Setiabistari
10. Jln Setiabudi
11. Jln Setiarasa 
12. Jln Setiaraya
13. Jln Setiajaya
14. Jln Medan Setia
15. Jln Setiamurni 1-4
16. Persiaran Basong
17. Jln Dungun
18. Jln Bruas 
19. Jln Batai
20. I-Damansara, Changkat Semantan
21. Jln Damansara Endah
22. Jln Setiamurni 5-12
23. Jln Setiabakti
24. Jln Setiakasih
25. Tmn Seri Beringin
26. Jln Gelenggang
27. Jln Derumun
28. Persiaran Beringin
29. Jln Chelagi
30. Jln Teruntung
31.Jln Cemperai
32. Jln Birah
33. Jln Beka
34. Jln Balau
35. Mid Valley
36. Cititel Hotel
37.The Garden
38.Wisma Goshen &  Pantai
39.Menara Telekom
40.TM Annexe
41.Plaza Cygal
42. Ibu Pejabat Air Selangor
43.Hosp Pantai, Jln Pantai Baru
44.Pandu Puteri Malaysia
45.Fajar Ria Kondominium
46.Tenaga Nasional Berhad 
47. Stadium Hoki KL
48.Institut Bahasa KL
49.Apartment Putra Ria
50.Balai Polis Jln Pantai Baharu
51.Balai Bomba Jln Pantai Baharu
52.Jln Pantai Baharu
53.Jln Pantai Endah
54.Jln Bkt Pantai
55.Jln Selekoh
56.Jln Persekutuan
57.Jln Ranau
58.Jln Kipas
59. Jln Panah
60.Jln Kilat
61.Jln Kawat
62.Jln Faraday
63.Abdullah Hukum
64.Jln Liku
65.Jln Bangsar
66.Jln Riong
67.Jln Tandok
68. Jln & Lrg Kurau
69.Jln Bilis
70.Jln & Lrg Tenggiri
71.Dataran Maybank
72.Jln 1/82B - 5/82B
73.Jln Kemuja
74.Jln Bangsar Utama 7,9&12
75.Lengkok Abdullah
76.Jln & Lrg Abdullah
77. Jln Bkt Pantai
78.Lrg Bkt Pantai 2-7
79.Jln Tmn Bkt Pantai
80. Lrg Tmn Bkt Pantai 1-7
81.Jln Tuli
82.Lrg Cenderai
83.Sebahagian Cenderai 1&2
84. Sebahagian Jln Cenderai
85.Jln Taban 4
86. Lrg Taban 1&2
87.Pengkalan Udara KL (PUKL)
88.Taman Seputeh
89.Tmn Bukit Seputeh
90.Mutiara Seputeh
91.Bukit Robson Seputeh
92.KL Sentral
93.Brickfields
94.Persiaran Syed Putra
95.Jalan San Peng
96.Jalan Loke Yew
97.Jalan Chan Sow Lin
98.Jalan Sungai Besi
99.Jalan Syed Putra
100.Jalan Bukit Petaling
101.Wisma Putra
102.Dataran F&N
103.Jalan Belamy
104.Kg Batu Kong
105.Jalan Kerayong
106.Jalan Robson
107.GAPENA

Mohon maaf atas segala kesulitan dan *bagi mengelakan panggilan lambat dilayan akibat kesesakan talian sila muat turun aplikasi telefon bimbit *mySYABAS* di Google Playstore atau Appstore atau ikuti kami di *facebook Air Selangor* untuk info dan status terkini yang akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Terima kasih.


Macam mana ni erk...kalau nak mandi kat opis esok pun still x ok gak sebabnya opis pun terlibat sama...

Sunday, April 23, 2017

Manis Hanya Masa Bercinta.. Betul Ke?



Kata orang...masa bercinta semua manis..kentut busuk pun jadi wangi...kata orang masa bercinta semuanya indah...kalau rindu nampak bumbung rumah pun jadi la, nampak office pun dah boleh hilang rindu..begitu sekali penangan orang bercinta kan..
Masa bercinta bersumpah setia, berjanji sehidup semati..susah senang hadapi bersama, walau terpaksa makan nasi dengan garam..tapi dalam zaman moden ni..ada ke yang sanggup berkorban macam tu sekali? SA tak rasa ada..sebabnya?
Sebabnya bila dah bertunang, dah kahwin semua janji tu indah khabar je...janji sehidup semati sebelum ni dilafazkan hanya tinggal janji..bila di duga dengan pelbagai dugaan, susah perit kehidupan..terus bercerai berai..sampai macam tu sekali kan?mana kemanisan semasa bercinta dulu?
Itu yang SA nampak...pasangan muda zaman sekarang..masa bercinta semua manis..tp sekejap aje..bila melangkah ke alam berumahtangga..semua jadi lain..
Pengalaman orang keliling SA banyak..

Contohnya..

Kes 1 : Bercinta semasa zaman belajar, bagai belangkas x boleh berpisah..belum lagi grad dah bertunang, lepas grad belum lagi kerja tetap dan belum lagi balas susah payah mak ayah sekolahkan dia, sibuk nak kawen, duit hantaran pun mak ayah yg dulu kan. Dah kawen tinggal menyewa jauh dari mak ayah konon nk bina kehidupan baru. Yang perempuan tak bekerja, hanya si suami berhempas pulas..kehidupan sederhana. Tapi sebab kawen diusia terlalu muda maka macam2 dugaan melanda. Sebelum kawen hidup senang, tak perlu fikir nak kena masak, nak kena basuh baju, kemas rumah..tapi bila dh kawen semua kena buat sendiri. Adat berumahtangga la kan...tapi sebab tengok kehidupan kawan2 lain senang, berkerjaya dan boleh berbelanja mewah untuk diri sendiri terus perasaan jadi cemburu.Mula timbul penyesalan..bawak bincang dengan suami jadi bergaduh. Kalau dh hari2 bergaduh? Terus ke arah perceraian. Bercerai berai di usia muda.

Kes 2
Dah kawen, dah ada isteri dan 2 anak. Kawen usia muda juga..pilihan sendiri..isteri x dibenarkan bekerja..suami pula bekerja dan bergaul seolah-olah belum berkahwin..habis office hour pergi berhibur dengan kawan-kawan..ada hubungan sulit dengan rakan sepejabat. Bila kantoi..bergaduh dengan isteri..lalu bercerai..

Kes 3
Suami terlalu taksub dengan kerjaya, 24/7 hanya kerja dan kerja..pergi pagi pulang lewat malam..anak isteri terabai..isteri bosan terus minta cerai..

So..kesimpulannya...

Dimana kemanisan semasa bercinta dulu?Janji dan sumpah setia..hilang begitu sahaja...diawal perkahwinan mungkin belum ada masalah..tapi selepas bertahun usia perkahwinan baru lah nampak true color kedua pasangan...barulah timbul tidak sefaham. Baru la timbul penyesalan..
Bagaimana nak menangani masalah ini? Semua terletak pada diri sendiri. Kematangan seseorang. Sebab itu sebelum buat keputusan untuk berkahwin fikir dan kaji semasak - masaknya. Fikir secara mendalam..kalau dh betul-betul bersedia baru teruskan perkahwinan.

Kita kalau boleh nak berkahwin biarlah sekali seumur hidup. Tak ada siapa dalam dunia ini nak berkahwin dan berakhir dengan perceraian. Yang penting cari pasangan yang betul- betul sesuai. Bukan main pilih ikut sedap mata memandang. Pendapat orang tua juga perlu diberi keutamaan. Tak tahu buat keputusan sila rujuk pada yang lebih berpengalaman, Rujuk pada ibu bapa dan boleh rujuk pada yang pakar

Semua info dan apa yang SA catatkan diatas adalah dari pandangan SA sendiri.Ingat ye adik-adik yang ingin melayari dunia perkahwinan. Bersedia betul-betul dengan ilmu rumahtangga, ekonomi kukuh, pasangan yang sesuai, cukup agamanya..baru lah teruskan impian korang.. Jangan main tangkap muat asalkan berkahwin.Jangan berkahwin semata ingin elak dari cakap-cakap orang..ingat..mereka hanya mampu bercakap. Mereka tidak berada di tempat kita sendiri. Jangan musnahkan hidup korang dengan takutkan cakap-cakap orang. Seandainya belum bersedia..usah diteruskan..takut nanti semua berakhir dengan perceraian.

SA bercerita berdasarkan pengalaman..

Sejauh mana kebenaran..wallahualam..

Saturday, April 22, 2017

Lembaga Hitam Himpit Waktu Tidur, Adakah Mimpi Atau Realiti..

Gambar dari google

Hi korang..

Pengalaman SA yang entah ke berapa kali..

Tak tau samada boleh percaya atau tak..tak tau betul atau tidak wujudnya hantu himpit kita waktu sedang tidur...Tapi memang dah selalu sangat kena..
Semalam SA terlalu penat. Dari office balik ke Seremban berdiri sampai Bangi...penat kat office tak payah citer la...memang kebetulan ramai pulak yang naik komuter..mula- mula memang dapat duduk..tp ada aunty india naik dari Bandar Tasik Selatan..SA bangun bagi tempat SA...maka berdiri la...
Sampai Seremban tak rehat lagi terus ke Muar..memang Abah yang drive..tp dalam kereta pangku Qhaira yang tetiba nak berpangku plak..dalam pukul 8 malam sampai Muar..penat sangat..lepas makan terus masuk tido..
Rasanya SA baru je nak lelapkan mata..tetiba rasa berat..SA x boleh nak berkalih..rasa makin lama makin berat sampai tak boleh nak gerakkan kaki tangan..cuba buka mata SA nampak lembaga hitam..mata merah..SA cuba baca ayat suci alquran tp mulut seolah terkunci..cuba menjerit suara tak keluar..ya allah..aku nak mati ke..lama juga dalam keadaan macam tu...akhirnya SA sekuat hati menjerit..baru SA dapat bergerak..berdebar, menggigil..Dania kejutkan SA..mak abah masuk bilik..adik lelaki tanya kenapa..SA ckp kena himpit lembaga..

Gambar dr google

Mungkin SA bermimpi..SA penat sangat..takde apa kata Abah..penat sangat tu..kejadian ini ntah dh ke berapa kali SA alami..ye mungkin SA terlalu penat dan bermimpi..mungkin salah urat waktu tido..

Wallahualam..sangat menakutkan..Terus teringat kawan baik yang meninggal dalam tidur..ya allah..panjangkan umurku..terlalu banyak impian ku yang belum tertunai..
Kejadian ini memang buat SA takut...

Nak tidur jadi teringat....semoga ia hanyalah mimpi ngeri..bukan beerti apa2..
Ada yang kata kesan psicology sebab kita stress..ada yang kata sleep paralys..tak tau mana yang betul..tapi kenapa nampak betul ada Lembaga Hitam?

Ada antara korang pernah alami?

Jom share dengan SA..

Habiskan Weekend Di Muar


Hi korang..

Bersiaran dari Muo....hai orang Muo...orang NS mencemar duli weekend ni kat sini....lama gak la x lepak Muo ni..last pergi tahun lepas kot...tahun ni baru minggu ni la lepak sini....apa yang menarik kat Muo ni SA?
Ahaks...biasa la Muo dengan Sate pagi, Mee Bandung, Mee Rebus, Mee Jawa...Parit Jawa...eh SA x pi berjalan ke....pergi.....petang kang SA nak bawak anak2 berjalan...tak tau lagi la kemana...nak bawak diorang ni makan ayam MCD petang kang..pas tu jalan2 area pekan Muo tu kot....korang tengok la si Qhaira ngan Dania tu..teruja lebih tu ha...ikutkan satu family lagi nak datang which is adik SA yg no 3..tapi sebab dia dah sarat sangat..preggy anak no 2 kan..anak no 1 si kembar tu...tapi tengok la..kalau diorang sampai kang bagus la...ramai sikit...
SA nak mencari bahan untuk blog so tengok la kalau ada yang nak melayan SA kejap2 lagi kang boleh la berjalan...yang penting cuma nak habiskan masa ngan anak-anak je ni..SA jarang dapat luangkan masa ngan diorang kan..sibuk je sejak dua menjak ni..

Eh cuti panjang korang semua pi mana ni?

Friday, April 21, 2017

Nikmati Signature Buffet Ramadhan Di Restoran Bangi Golf Resort

Bersempena Ramadhan yang akan tiba, Restoran Bangi Golf Resort akan menghidangkan kepada para tetamu dengan Signature Buffet Ramadhan bermula dari 29 Mei 2017 hingga 23 June 2017. Restoran BGR adalah restoran yang mendapat pengiktirafan HALAL oleh JAKIM dan merupakan salah satu diantara hanya beberapa kelab golf yang diiktiraf dengan akreditasi ini sejak tahun 2009.

Terkenal dengan sajian buffet gastronomi yang menawarkan variasi dan kualiti pada harga yang berpatutan. Restoran BGR sekali lagi menampilkan sehingga 200 jenis juadah istimewa yang bercirikan masakan popular Ala Melayu,Barat dan Timur. Harga yang ditawarkan bermula dari RM58 untuk dewasa dan RM28 untuk kanak- kanak. 

SA sekali lagi berpeluang memeriahkan Buffet Ramadhan Exclusive Media Preview minggu lepas..seronok jumpa kawan- kawan blogger yang dah lama tak jumpa dan ada jugak yang baru kenal..cuma sayangnya kali ini SA tak boleh nak lepak dengan diorang lama- lama. Sampai pun dah agak lambat sebab jammed. SA terus jalankan tugas amik gambar je masa sampai. Then makan...sempat jugak bertegur sapa dengan kawan- kawan.

Eh...jomlah tengok gambar...sediakan tisu ye..sebab semuanya gambar makanan.....sure korang terliur...


Hidangan yang cukup sinonim dengan buffet ramadhan iaitu KAMBING PANGGANG


Seksi tak?


Kreatif - Ukiran pada buah tembikai


Cantik kan hiasan?


Pumpkin Soup


Lasagna


Rendang Daging


Sayur Bok Choy


Puding


Sambal telur


Ayam stim untuk Nasi Ayam


Sambal ikan


Nasi Lemak Istimewa


Mee Rebus


Rendang Ayam kot ni...lupa plak


Spaghetti Carbonara


Kambing panggang dan sos blackpepper


Satay Ayam dan Satay Daging


Ayam bakar


Kuih muih melayu


Aneka dessert..


Haih..menduga iman tau upload gambar banyak2 ni...siap telan air liur lagi..ini SA yg upload blom korang yang baca kan? Untuk juadah yang bercirikan selera Melayu, Restoran BGR dengan bangganya memperkenalkan menu Nasi Lemak Istimewa sebagai tarikan utama pada tahun ini. Menu tersebut akan dihidangkan bersama Rendang Daging Taik Minyak, Sambal Sotong Kembang, Ayam Bercili Masak Ketumbar, Ikan Masak Asam Kari dan Telur Rebus Goreng Masak Sambal Tomato.




Macam - macam pilihan makanan kat sini kan..dan yang paling best antara yang best.Berita Baik untuk penggemar Durian, terdapat promosi " Durian Runtuh" dimana pengunjung boleh membeli durian yang dibawa khas dari ladang di Raub, Pahang. Selain buah-buahan tempatan terdapat juga Gelato (ais krim) yang di proses khas oleh Sweet Scoopz yang terkenal dengan Gelato Musang King dan PGA ( Passion Fruit, Guava, Asam Boi). Buah Durian  dan gelato boleh dibeli dan dibawa pulang dimana pengunjung BGR Restoran akan diberikan diskaun eksklusif...

Haaa..menarik kan?

Selain itu pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan muzik "live" dari jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam setiap hari.

Restoran BGR juga menawarkan lebih dari 800 ruang parkir serta ruang solat untuk para tetamu.

Buat tempahan segera ye..

Maklumat lanjut :

Bangi Golf Resort Restaurant
No 1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi
43650 Selangor

Koordinat GPS : 2.95716N, 101.76518E

Tempahan atau pertanyaan : 1-700-81-8557

Email : sales@bgrrest.com

Website : http://www.bgrrest.com

Facebook : www.facebook.com/bangigolfresort/

Instagram : www.instagram.com/bangigolfresortofficial/