Monday, March 27, 2017

All You Can Eat | BBQ & Steamboat@ Lobbee Thai Connection Publika

Hi korang..

SA berkesempatan menghadirkan diri ke sessi food review di Lobbee Thai Connection Publika, Sri Hartamas minggu lepas..kali ni SA dan rakan blogger berpeluang menikmati BBQ Steamboat merupakan kali pertama SA ke sini. SA diberitahu Lobbee Thai Connection telah mengubah konsep dari menghidangkan makanan Thai biasa ke BBQ & Steamboat.Haaaa...menarik kan?

Jom kita tengok apa yang menarik dengan konsep terbaru Lobbee Thai Connection ni..di Lobbee Thai bukan sahaja disediakan BBQ dan Steamboat tetapi turut disediakan menu ala carte yang pelbagai dan jangan risau..bahan- bahan yang digunakan di sini adalah Halal.


Dari kejauhan dah nampak logo Restaurant...


Suasana di luar restaurant


Terdapat 2 set BBQ & Steamboat yang ditawarkan di Lobbee Thai Connection dan korang boleh pilih refill yang disediakan iaitu :-

  • Chicky Refill ( RM19.80 Dewasa/RM16.80 Kanak- kanak) - Refill hanya dibenarkan untuk menu item Chicky Refill sahaja.
  • Premium Refill ( RM38.90 Dewasa / RM25.90 Kanak-kanak) - Refill item hanya di bahagian Chicky Refill dan Premium Refill sahaja.
So set mana yang SA boleh suggest kat korang? Kalau ikutkan SA memang la SA pilih Premium Refill sebab itemnya banyak pilihan tetapi awas!!!setiap 100gram makanan yang tidak habis akan dikenakan bayaran sebanyak RM5. Make sure korang ambil set yang mengikut keupayaan korang untuk habiskan makanan ye...tak baik membazir kan...



Biasa korang pergi makan steamboat diorang akan sediakan marjerin kan?tetapi konsep di Lobbee mereka menggunakan lemak yang disapu diatas dapur BBQ Steamboat ni dan apabila lemak telah mencair maka korang dah boleh letak item yang korang nak grill..lain kan?di hujung entry ni nanti korang boleh tengok video yang sempat SA rakamkan semasa owner Restaurant tunjukkan demo.


Eh..tadi SA cakap pasal lemak kan...guna lemak apa ye...alaaaa korang tentunya lemak dari ayam yang disediakan...terdapat 2 pilihan soup juga iaitu chicken soup dan tomyam soup..meja SA dapat chicken soup yang awesome...tapi bila letakkan daging dan item lain pada grill pan tu kebanyakkan item tu akan jatuh ke dalam soup sebab pan agak melengkung so memang mudah jatuh ke dalam soup which is bagus juga sebab semua item tu lagi cepat masak dan lebih berperisa...


Semua item dah tersedia untuk santapan kami....yeayyyy...jom santap jom....

jom tengok bahan yang disediakan untuk kami nikmati 


sayur- sayuran dan mee hoon


standard item yang biasa ada dimana- mana restaurant steamboat, hotdog, crabstick,chicken ball dan fishball


Scallop...SA makan 3 scallop masa tu...sedap


Salmon Slices


Chicken slices and chicken cubes


Udang dan sotong


Lamb slices dan beef slices


Lobbee Iced Tea With Lychee yang sedap..fresh sangat


Coconut Shake yang sangat sedap


Video semasa kami mula masak


Secara keseluruhannya BBQ & Steamboat di Lobbee Thai Connection di Publika sangat memuaskan. Servis pun sangat cepat dan layanan semua staff pun baik cuma perlu ada sedikit penambahbaikkan sana sini dan perlu lebih banyak promosi sebagai tarikan lebih ramai pengunjung ke sini especially family crowd. Environment pun sangat sesuai untuk family crowd dan untuk suasana yang santai di hujung minggu.

Terdapat lagi 2 cawangan Lobbee Thai Connection yang korang boleh terjah selain Publika Shopping Gallery iaitu Empire Damansara ( HQ) dan IOI City Mall Putrajaya.

Info selanjutnya korang boleh layari :-


You should try!!! it's recommended...

Selamat Mencuba........

Love,
Suriaamanda

22 comments:

  1. Amvoi amvoi...berkeroncong perut mommy tengok makanan...laparrr

    ReplyDelete
  2. Amvoi amvoi...berkeroncong perut mommy tengok makanan...laparrr

    ReplyDelete
  3. Banyaknya jenis makanan. Lapar pulak hujan-hujan ni. hehe

    ReplyDelete
  4. Oh biasa tgk ltk butter.. Ni ltk lemak ye.. Yummy tgk steamboat tu

    ReplyDelete
  5. banyaknya lauk lauk dia! dah lama elsa tak berbbq hakhak. boleh ajak family datang sini lah! yay

    ReplyDelete
  6. Sedapnya Tgk semua tu 😋

    ReplyDelete
  7. semua pown nampak sdap....first time rietta tgk guna lemak ayam...biasa majerin aje....

    ReplyDelete
  8. Lain dari yang lain.. sedapnya salmon, banyak juga pilihan kat sini ye

    ReplyDelete
  9. nampak sangat2 menyelerakan..harga pun boleh tahan hehe

    ReplyDelete
  10. aduhhhh... menariknya.. konsep makan sampai kenyang ni memang saya suka..

    ReplyDelete
  11. nampak menyelerakan..suka steamboat2 ni...

    ReplyDelete
  12. Nasib baik tengok masa perut tengah kenyang so kuranglah sikit perasaan teruja tu.. hehehe..

    ReplyDelete
  13. Wah.. BBQ ! Mcm dah lama sangat tak makan bbq.. Kena pi try ni..

    ReplyDelete
  14. makan sampai kenyang ni yang bestnya..

    ReplyDelete
  15. Aduhai... dah la memang teringin nak makan BBQ & Steamboat ni... nampak menarik lagi2 kelainan guna lemak ayam tu..

    ReplyDelete
  16. tengok air dia pun dah terliur hahaha

    ReplyDelete
  17. Lamanya tak makan steamboat sebab harga semuanya lebih kurang mahal tapi ni nampak macam berbaloi kalau makan

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah