Friday, March 31, 2017

5 Perkara Perlu Di Elak Ketika Membeli Kasut

Hi korang...

Gambar sumber google

Korang suka kumpul kasut?

Takde sapa tak suka kasut kan..sure semua suka..macam tu jugak SA..selain baju dan seluar, kasut antara barangan peribadi yang menjadi koleksi peribadi kebanyakkan individu tak kira lelaki mahupun perempuan.
Namun selain dari harga, warna dan bentuk, ada perkara lain yang 'wajib' diambil kira dan di elakkan ketika membeli kasut

Gambar sumber google


Tips Perlu Dielak Golongan Kaki Shopping Ketika Membeli Kasut

  1. Elak Beli Kasut Pada Waktu Pagi - Jangan sesekali membeli kasut pada waktu pagi kerana ketika itu kaki belum mengembang dengan ukuran maksimum. Sebaliknya beli pada sebelah petang iaitu ketika saiz kakinsedikit membesar namun sesetengah pakar mengatakan waktu malam adalah paling ideal. Nampak remeh tp ianya penting.
  2. Jangan Duduk Ketika Mencuba - Tabiat ini adalah satu kesilapan yang besar,tidak salah untuk duduk tetapi anda perlu bangun dan cuba berjalan bagi memastikan ia benar- benar sesuai dan selesa dipakai. Paling penting jangan malas mencuba kedua-dua belah kasut
  3. Ketahui Ukuran Kasut - Jangan membeli kasut berpandukan saiz yang anda pakai ketika itu. Tidak semua jenama menggunakan saiz kasut yang sama jadi anda perlu peka. Sebaiknya tanya dan minta nasihat pembantu jualan yang bertugas
  4. Elak Kasut Ketat - walaupun kasut itu cantik, jangan beli sekiranya ukurun tidak sama atu setakat muat-muat kaki anda. Mungkin tiada masalah pada awalnya tetapi besar kemungkinan kaki anda akan melecet apabila berjalan lama melainkan anda berpegang pada frasa cantik itu sakit..
  5. Jangan Terburu Buru - Keselesaan adalah penting ketika memakai kasut jadi jangan terburu- buru dan terlalu taksub mengikut fesyen sedangkan ianya tidak sesuai dengan anda.
Gambar sumber google

So..korang kena lihat semua perkara diatas kalau tak nak membazir. Melainkan korang ada lebih bajet kan...ye la..pakai sekali lepas tu simpan sebab tak boleh pakai dah, Tapi jangan lupa tau korang boleh jual secondhand..hehehe..itu yang biasa SA buat...kalau rasa dh tak nak pakai atau salah size..SA akan jual di laman web yang jual kasut secondhand. Walau tak dapat untung banyak at least orang lain boleh beli dan guna..kan?

Nora Danish - Nedim Selamat Diijabkabul


Selamat pengantin baru Nora Danish - Nedim. Pasangan selebriti ini selamat diijabkabul dalam satu majlis tertutup tetapi meriah di hadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak.
Tahniah buat kedua-duanya..berakhir sudah kontroversi.
Memetik kenyataan majlis yng serba sederhana Nora Danish berkata, pernah merasai suasana majlis pernikahan secara besar-besaran melalui perkahwinan yang terdahulu jadi untuk kali ini biarlah majlis di buat sederhana tetapi meriah..

Nora Danish bergelar ibu tunggal selama 8 tahun...

Haih..SA ni ha dah 12 tahun plak dan masih kekal...bila la nak ikut jejak Nora Danish ni...

Haih...sedih....

Thursday, March 30, 2017

Lunch Treat IGA Express NuSentral& Takde Kerja Buat Kerja

Hi korang..meh nak citer semalam makan free lagi kawan opis belanja..kali ni makan kat IGA Express Indonesian Cuisine yang dulu SA pernah share kat blog February rasanya..so datang makan sekali lagi kat sini...murah betul seminggu ni makan orang belanja je..yang jadi masalahnya makan nasi..aduhai rosak diet..
Sebenarnya hari ni pun ada makan free kat luar..huwaaaaa....sampai bila la nak kena makan nasi ni...takkan x nak join plak..bosses yang belanja kan...

Jom tengok apa SA makan semalam..kelakar sebab tau restaurant ni punya signature dishes dia IGA so kami sepakat amik set Nasi Goreng IGA. Apa IGA ni?
Iga dalam bahasa Indonesia merupakan bahagian ribs atau tulang selangka lembu..so..sedap ke tak korang kena cuba nanti...


Set Nasi Goreng Iga


Rupa Iga atau daging bahagian ribs lembu...


Sekali sup dan sambal yang pedas....sup tu pun sedap


Kami makan berempat je


Sirap ais free termasuk dalam set...


Lepas dh makan kawan opis nak pi buat spec mata eh..beli spec mata..ada promorion katanya..so SA pun ikut la sekali...buat kerja plak kat situ dengan melaram spec mata yang ada..takde keja buat kerja


Terima kasih buat Safiyyah Hashimi yang belanja makan tengahari semalam..alhamdulillah semoga murah rezeki..jimat belanja seminggu ni...
Hari ni kita makan kat Mahbob Bangsar plak ye..kali ni ada lagi sorang kawan opis nak banje..pangkat bosses gak la ni...
Jimat SA lagi...Murah rezeki

Wednesday, March 29, 2017

Dua Hari Makan Sedap Orang Belanja

Hi korang..

Dua hari ni SA makan free..hehehe..rezeki jangan di tolak kan...so memang 2 hari ni jahanam diet SA..tapi SA makan tengahari je..malam SA x makan dh sebab memang portion makan tengahari tu kenyang sampai ke malam..alhamdulillah rezeki boss banje makan hari Isnin kat Chilli's Mid Valley


Rakan2 dept yang join lunch..


Desserts Molten Chocolate Cake..mmg sedap giler moist dan melting sangat


Southwestern Lamb Grill SA punya..medium well yang sentiasa jadi pilihan..



Sedap..lembut..juicy...


Muka happy orang belanja makan...

Itu cerita hari Isnin...bawah ni cerita semalam lunch hari selasa En Ringgo yang balik bercuti..En Ringgo based kat Algeria so dia nak belanja kat Tupai-Tupai Restaurant...


Nasi campur lauk Kari ayam kampung, sambal sotong dan sayur kangkung belacan.


Up dengan ulam dan sambal belacan


Air Tembikai Longan...


En Ringgo yang baju merah


Rakan2 department yang join

Happy face perut kenyang

Alhamdulillah ..special thanks to En Ringgo and wife..seronok dengar pengalaman diorang kat Algeria. Berpeluang juga tengok gambar2 cantik yang diorang rakam masa kat sana..siap ada salji..ada padang pasir..pengalaman diorang petik buah orange dan macam2 lagi la..entah bila dapat merasa pengalaman macam tu kan..balik dari lunch semalam terus cari harga flight ke Algeria..hahahah...berangan la kan.
Macam tu la SA bila teruja tengok pengalaman orang..nak pergi sendiri ntah bila mampu..tunggu duit pencen la agaknya...

Hari ni bawak bekal tapi kan...tengahari td ada yang belanja jugak...so bekal aku bawak bagi kat geng makan kat port biasa..


Black Eagles Gegar Ruang Udara KL Hari Ini

Gambar sumber google


Patut la tengah buat kerja tetiba lalu pesawat pejuang 2-3 kali rupanya Black Eagles yang terbang lintas..dengar je la pesawat ni lalu..risau plak mula2 takut apa2 jadi kat negara kan...see imaginasi terlampau SA..
Sembilan pesawat pejuang jenis KAI-TB50 milik Tentera Udara Republik Korea menggegarkan ruang udara Kuala Lumpur hari ini.Pesawat pasukan aerobatik Black Eagles dari republik itu mendapat perhatian ramai ketika pertunjukkan udara sempena LIMA'17 yg tamat Sabtu lalu.
Orang ramai dinasihatkan tidak cemas dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung situasi berkenaan kerana dengan terbang lintas ini orang ramai berpeluang menyaksikan kehebatan Black Eagles ini.

Tak nampak so x tau macam.mana hebatnya Black Eagles ni...tau2 dh lalu je..hehehe

Makan Sedap Dengan Keluarga Di Black Canyon Palm Mall Seremban

Hi korang..

Cerita Ahad lepas...bawak mak abah , Dania dan Qhaira pi Palm Mall...konon nak shopping baju kerja skit...sampai2 aje dah sesat barat dah...tak faham SA mall punya besar bleh sesat dalam tu...nama pun sesekali masuk sana kan..kesian..nama je orang Seremban tapi boleh sesat..apapun sebelum pi cari baju kerja..singgah makan dulu kat Black Canyon Restaurant..dulu pernah makan sekali ngan Dania kat situ....teringat lauk mix mushroom dia...sedap..so ajak Mak Abah makan kat sini...anak dara yang 2 orang tu mengikut je...


Dengan Qhaira yang tak sabar- sabar nak berjalan...cepat la mama...cepat la mama...sabar je la..


Ni la Mixed Mushroom yang aku suka sangat tu..Mak pun suka..banyak gak mak makan...


Amik Nasi goreng Udang dan ada promo set complimentary ngan Tomyam soup kosong...boleh la...


Nasi Udang SA


Kakak Dania melayan Qhaaira makan Fish and Chips...


Mak Abah dengan hidangan pilihan mereka


Kakak Dania makan Teriyaki Chicken Chop...amboiiii....


Tengoklah ragam Qhaira...geram tau...


Sedap tak Dida? Ermmm Syedapppppp...Dida syuke mama....


Muka teruja....korang jangan tak percaya satu set fish n chips tu dia habis makan tau...

Lwpas tu pi cari baju kerja..takde plak yang menarik..macam tak banyak kedai kat Palm Mall tu...then ajak Mak Abah pi Jusco Seremban 2. Dah dapat apa yang dicari bawak plak Qhaira main game dalam Jusco tu...haih...tak nak plak balik...ikutkan aje la..bagi dia main puas2...

Dah puas main dan decide nak balik dia mintak dukung plak...Dida penat sangat la mama...Korang bayangkan badan dia macam mana...1/2 jam berdukung...nak patah pinggang....


Masuk kereta tak sampai 2 min terus lelap...aduhai...penat sangat la ni...


i'm a happy mama...

Cuti sekolah memang tak bawak Dania berjalan mana- mana sebab Acu dia berpantang kat rumah kan...so memang tak kemana...next Ibu si kembar plak bersalin...tak tau la macam mana nanti...berturut- turut dah...hehehe...Sebab tu luangkan masa skit ngan Dania Mak dan Abah...Kebetulan Qhaira pun ada so memang bonding time la ngan diorang....seronok tengok kerenah Qhaira...happy betul masing2 dapat berjalan....

Tuesday, March 28, 2017

Dari Dapur Suriaamanda - Menu Weekend

Hi korang,

SA busy sikit la hari ni...tapi tetap nak up jugak menu weekend lepas yang sempat SA masak. Abah tak berapa sihat so abah tak masak..memandangkan SA balik so dapur itu SA yang punya...hehehe...alhamdulillah dapat berkongsi rezeki makan udang galah..tak tau la udang galah betul ke tak tapi rasanya udang laut ni..kalau udang galah lagi besar..cuma bentuk rupa paras udang ni lebih kurang sama ngan udang galah so kita panggil je dia udang galah eh...harga untuk udang galah ni RM55 sekilo..dan SA memang beli sekilo..dapat la dalam 17 ekor macam tu..pilih yang gemuk2 sebab udang jenis ni kepala je besar badan eh kecik je...tapi part kepala tu memang SA suka...hehehe...suka sedut menyedut...

Jom la tengok gambar


Udang galah masak lemak cili api


Ikan kembung masak lemak cili api campur peria


Sambal Belacan


Sayur kangkung rebus

Dalam family SA cuma SA dan Dania je makan udang ni..yang lain semua tak makan...jenuh dua beranak menghabiskan lauk udang tu 2 hari..kira puas la makan sebab orang lain tak makan..hahaha...SA plak puas menyedut kepala udang...banyak isi plak tu..pas tu darah naik tinggi...padan muka...tapi sedap punya pasal memang menanggung la...hahaha...so itu jer la menu yang sempat SA amik gambar, ekceli ada je menu lain yang SA masak...tapi sebab ada tetamu datang rumah dari Perlis makanya memang tak dan nak amik gambar...tapi menu yang SA masak time tu dah banyak kali up kat blog la...

Jemputan Ke Sidang Media Sempena Hari Setiausaha 2017

Perhatian buat semua blogger..anda dijemput untuk memeriahkan Sidang Media Sempena Hari Setiausaha 2017..SA memang tak dapat nak join walaupun sambutan ini sangat bermakna buat SA yang merupakan salah seorang setiausaha...setia sangat sampai x dapat nak join..hehehe..kekangan kerjaya yang x menentu masa memang sukar untuk SA bg komitment kalau event hari biasa..
So kalau ada masa terluang kawan-kawan blogger yang lain boleh la join event ni nanti..

Invitation kat bawah ye..

RSVP boleh hubungi contact number di bawah


*Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,*

Kepada;
Semua Editor/Ketua Biro
Media Cetak & Elektronik.

Y.Bhg Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,


*JEMPUTAN KE SIDANG MEDIA SEMPENA HARI SETIAUSAHA 2017*

2.       Tuan/Puan dijemput untuk menghadiri Sidang Media Hari Setiausaha 2017 pada:

          Tarikh: 28 Mac 2017 (Selasa)
          Masa: 11:00 pagi
          Tempat: Mini Auditorium, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur

3.       Berikut adalah aturacara majlis bagi perhatian tuan/puan.

 11.00 pagi     - Ketibaan Tetamu Jemputan dan Media
 11.30 pagi     - Ketibaan Encik Zain Azrai Rashid
                           Pengarah Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)
                         - Persembahan
                         - Sidang Media
                         - Jamuan
1.30 petang   - Program Tamat

4.       Kehadiran dan sokongan rakan-rakan media dalam mewar-warkan program ini amat diharapkan demi menjayakan program ini. Sebarang maklumat lanjut mengenai sidang media ini, tuan/puan boleh hubungi Khairul di talian 016-311 7495 / khairul@matic.gov.my atau Emma di talian 03 9235 4807 / emma@matic.gov.my.

Monday, March 27, 2017

All You Can Eat | BBQ & Steamboat@ Lobbee Thai Connection Publika

Hi korang..

SA berkesempatan menghadirkan diri ke sessi food review di Lobbee Thai Connection Publika, Sri Hartamas minggu lepas..kali ni SA dan rakan blogger berpeluang menikmati BBQ Steamboat merupakan kali pertama SA ke sini. SA diberitahu Lobbee Thai Connection telah mengubah konsep dari menghidangkan makanan Thai biasa ke BBQ & Steamboat.Haaaa...menarik kan?

Jom kita tengok apa yang menarik dengan konsep terbaru Lobbee Thai Connection ni..di Lobbee Thai bukan sahaja disediakan BBQ dan Steamboat tetapi turut disediakan menu ala carte yang pelbagai dan jangan risau..bahan- bahan yang digunakan di sini adalah Halal.


Dari kejauhan dah nampak logo Restaurant...


Suasana di luar restaurant


Terdapat 2 set BBQ & Steamboat yang ditawarkan di Lobbee Thai Connection dan korang boleh pilih refill yang disediakan iaitu :-

  • Chicky Refill ( RM19.80 Dewasa/RM16.80 Kanak- kanak) - Refill hanya dibenarkan untuk menu item Chicky Refill sahaja.
  • Premium Refill ( RM38.90 Dewasa / RM25.90 Kanak-kanak) - Refill item hanya di bahagian Chicky Refill dan Premium Refill sahaja.
So set mana yang SA boleh suggest kat korang? Kalau ikutkan SA memang la SA pilih Premium Refill sebab itemnya banyak pilihan tetapi awas!!!setiap 100gram makanan yang tidak habis akan dikenakan bayaran sebanyak RM5. Make sure korang ambil set yang mengikut keupayaan korang untuk habiskan makanan ye...tak baik membazir kan...



Biasa korang pergi makan steamboat diorang akan sediakan marjerin kan?tetapi konsep di Lobbee mereka menggunakan lemak yang disapu diatas dapur BBQ Steamboat ni dan apabila lemak telah mencair maka korang dah boleh letak item yang korang nak grill..lain kan?di hujung entry ni nanti korang boleh tengok video yang sempat SA rakamkan semasa owner Restaurant tunjukkan demo.


Eh..tadi SA cakap pasal lemak kan...guna lemak apa ye...alaaaa korang tentunya lemak dari ayam yang disediakan...terdapat 2 pilihan soup juga iaitu chicken soup dan tomyam soup..meja SA dapat chicken soup yang awesome...tapi bila letakkan daging dan item lain pada grill pan tu kebanyakkan item tu akan jatuh ke dalam soup sebab pan agak melengkung so memang mudah jatuh ke dalam soup which is bagus juga sebab semua item tu lagi cepat masak dan lebih berperisa...


Semua item dah tersedia untuk santapan kami....yeayyyy...jom santap jom....

jom tengok bahan yang disediakan untuk kami nikmati 


sayur- sayuran dan mee hoon


standard item yang biasa ada dimana- mana restaurant steamboat, hotdog, crabstick,chicken ball dan fishball


Scallop...SA makan 3 scallop masa tu...sedap


Salmon Slices


Chicken slices and chicken cubes


Udang dan sotong


Lamb slices dan beef slices


Lobbee Iced Tea With Lychee yang sedap..fresh sangat


Coconut Shake yang sangat sedap


Video semasa kami mula masak


Secara keseluruhannya BBQ & Steamboat di Lobbee Thai Connection di Publika sangat memuaskan. Servis pun sangat cepat dan layanan semua staff pun baik cuma perlu ada sedikit penambahbaikkan sana sini dan perlu lebih banyak promosi sebagai tarikan lebih ramai pengunjung ke sini especially family crowd. Environment pun sangat sesuai untuk family crowd dan untuk suasana yang santai di hujung minggu.

Terdapat lagi 2 cawangan Lobbee Thai Connection yang korang boleh terjah selain Publika Shopping Gallery iaitu Empire Damansara ( HQ) dan IOI City Mall Putrajaya.

Info selanjutnya korang boleh layari :-


You should try!!! it's recommended...

Selamat Mencuba........

Love,
Suriaamanda

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah