Thursday, February 2, 2017

Tips Elak Beli Bahan Mentah Rosak

Hi korang...

Dah semestinya kita kalau beli bahan mentah ikan, daging, sayur atau apa sahaja untuk masakan kita hari2 mesti nak cari yang segar kan..tapi dalam pada berhati-hati tu adakala terkena jugak kan...terbeli yang tak segar dan adakala sampai kat rumah dh busuk..akhirnya jadi makanan tong sampah...satu kerugian yang besar di situ kan?

Gambar dari google

So hari ni aku nak share sikit tips yang berguna untuk elakkan dari terbeli bahan mentah yang sudah rosak..tips ini bagus diamalkan untuk mengelakkan kita dari rasa sakit hati dan kecewa.

Cara Pilih Barangan Segar


Ikan

  1. Pilih ikan dengan kulit yang berkilat dan cerah
  2. Mata jernih bercahaya dan tidak terbenam
  3. Insang berwarna merah cerah dan tidak pucat
  4. Baunya tidak terlalu busuk
  5. Perut tidak pecah

Gambar dari google

Daging
  1. Pilih daging yang berwarna merah cerah
  2. Tidak berbau busuk
  3. Tidak berlendir
  4. Elakkan dari yang banyak lemak
Ayam
  1. Tidak berlendir san berbau busuk
  2. Tidak banyak lemak
Udang/Sotong
  1. Kulit cerah dan bersinar
  2. Kepala tidak tertanggal
  3. Tidak berbau busuk
  4. Tidak berlendir
  5. Isi pejal
Kerang - Kerangan
  1. Kulit kerang masih tertutup
  2. Tidak berbau busuk
  3. Tidak berlendir
Gambar dari google

Sejauh mana pengetahuan kita penting dalam membeli barangan dapur  supaya hidangan yang disajikan berkhasiat kerana ada sesetengah peniaga meletakkan bahan pengawet, memercikkan air atau meletakkan ketulan ais supaya bahan mentah nampak segar walau hakikatnya telah pun rosak..segelintir orang ambil mudah tentang perkara ini segelintir pula sangat teliti..

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

12 comments:

  1. tq kak SA, miza selalu pesan ja suh En Eddie beli, tak tau pilih hehe

    ReplyDelete
  2. Tq SA
    Ema kalau nak beli bahan mentah segar pergi beli kat banting.
    Pernah beli pasar tani shah alam... cepat sangat busuk..tak segar pun.

    ReplyDelete
  3. Tips ni bagus untuk mereka yang baru nak berjinak dalam dunia masakan

    ReplyDelete
  4. Bila belanja kena rajin tengok..kadang dicampur...yang elok dengan kurang elok..tu yang tak best..
    Tips ni sangat membantu dan menjadi peringatan..

    ReplyDelete
  5. good tips. terima kasih banyak share. :)

    ReplyDelete
  6. Nice sharing ^^ Untuk kegunaan bila berumah tangga nanti. Sekarang semua parent yang beli. hee

    ReplyDelete
  7. kerja orang rumah beli barang dapur nih.. saya kerja makan aje.. hehehe

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah